Terkini

Pengalaman Membeli Belah Di Pasaraya Milik Rosyam

Selamat datang ke dunia perniagaan pasaraya buat Dato Rosyam, sebagai pengguna bumiputra semestinya amat kagum dengan adanya pasaraya yang gah dan berdaya saing milik anak tempatan.

ST Rosyam Mart

Sempat juga ku berkunjung ke pasaraya ST Rosyam Mart di sekitar setiawangsa dimana lokasinya yang agak stratergi iaitu mempunyai ruang tempat letak kereta yang mencukupi paling penting tidak jauh dari bangunan pasaraya iaitu hanya bersebelahan sahaja.

Kelihatan ST Rosyam Mart buka sekitar kawasan yang dipenuhi oleh penduduk berbangsa Melayu, kenapa aku sebut bangsa dalam artikel ini nak tahu sila lanjutkan bacaan sehingga habis.


Disebabkan ia masih baru maka persembahan oleh pegawai khidmat pelangan pun agak bagus dimana setiap kali pelangan masuk ia akan menyambut dah macam korang sedang masuk restoran jepun tapi ini pasaraya bumiputra ye.

Pilihan warna pun agak menarik dan kelihatan kemas iaitu dengan memilih latar belakang warna hitam barang-barang nampak terserlah serta membuatkan suasana pasaraya itu kelihatan seperti premium.

Mengenai produk-produk yang dipamerkan pula kelihatan memang mempunyai perbezaan iaitu pada penilaian dalaman aku jenama-jenama tertentu sahaja yang dibawa masuk bagi memberi ruang kepada syarikat bumiputra.

Jika zaman muda sebelum ini dihabiskan untuk jalan di kompleks pusat membeli belah, perubahan itu akan terjadi bila sudah berkeluarga kerana akan lebihkan kepada barangan dapur kata orang biar sarung pakaian lama asalkan dapur penuh dengan makanan.

Sebagai keluarga muslim setiap makanan yang masuk ke rumah akan menjadi darah daging kita pula itu sebagai umat islam harus sama-sama berjuang dalam usaha mempertingkatkan ekonomi ummah.
Ingin mengambil kesempatan dalam artikel ini untuk melakukan sedikit perbezaan dari beberapa pilihan pasaraya iaitu milik bumiputra dan lain-lain.

Setelah bosan memasuki pasaraya Giant disebabkan mempunyai pesaing yang lebih uhmm!  maka ia membuatkan aku beralih tanpa dirancang.

Pilihan pasaraya seterusnya adalah NSK, bagi aku tawaran harga bagi produk basah adalah yang murah setakat ini sebagai contoh sayur seikat masih mengikut harga pasaran tapi yang menjadikan ia berbaloi untuk dibeli adalah tahap kuantiti setiap ikat dipertingkatkan.

Pada aku kuantiti yang ditawarkan itu agak berbaloi walaupun harga seikat sayur lebih kurang sama dengan harga di pasaran.

Seterusnya lihat pula bahagian produk basah yang telah label merah dengan harga berlainan di Giant manakala di NSK pula mereka mempunyai satu kaunter yang menawarkan longgokkan ikan/udang serendah harga RM5 sepingan bersama tahap kualiti yang sederhana.

Cuma sedikit meragukan aku kenapa NSK tidak membawa masuk minyak masak jenama bumiputra seperti saji? Tahukah anda betapa pentingnya jenama sesuatu produk bagi umat islam di malaysia terutama kepada golongan bumiputra bagi memastikan ia HALAL.

Disini bukanlah ingin menuduh sesiapa rasis cuma dalam erti kata lain dalam sistem ekonomi semestinya mempunyai masalah sedemikian dimana pengusaha pasaraya mempunyai kuasa untuk menentukan produk mana yang layak dibawa masuk ke permis kecuali pengeluar itu sendiri menyenarai hitamkan sesebuah pasaraya.

Berbalik kepada ST Rosyam Mart ia telah membukakan minda aku sebagai seorang anak tempatan. Walaupun harga barangan di pasaraya itu tidak dapat tandingi NSK maka hati aku tetap berkata siapa lagi yang ingin bantu ekonomi ummah jikalau bukan umat sendiri.

Paling terkesan bila aku perhati pembeli rata-rata dari golongan bangsa melayu manakala bangsa lain pula seorang pun tidak kelihatan yang ada pun pekerjanya yang berbangsa india.


Cina pula pada aku mungkin sedang jadi pemerhati dari luar sambil berkata bolehkah ini pasaraya tahan lama? Selain dari itu ST Rosyam Mart juga meletakkan anggota RELA untuk menjaga keselamatan kawasan parking dan keluar masuk lori tambahan pula mart dibuka 24jam.

Ketika aku melakukan pemeriksaan produk di ST Rosyam Mart dapati ada beberapa produk yang tidak pernah ku lihat di pasaraya lain. Dalam hati berkata adakah ini produk keluaran bumiputra yang selama ini ditenggelamkan oleh taikun pasaraya besar.

Aku juga diberitahu produk bumiputra rata-rata susah nak masuk pasaran disebabkan hal-hal yang diluar jangkaan kita. Maklumlah nak tumpang barangan di pasaraya orang haruslah minta izin dahulu tambahan lagi jika produk makanan milik bumiputra tapi nak parking pasaraya milik bangsa lain.

Akhir kata dari kami, jika sudah mempunyai pilihan adakah masih ingin lihat sahaja?  Seru ramai² bawa kaum kerabat pergi serbu ST Rosyam Mart yang berdekatan supaya pasaraya itu dapat berkembang dengan cepat dan paling penting pemiliknya seorang pembayar zakat.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)