Terkini

TikTok Telah Mencecah 1 Bilion Muat Turun

Aplikasi video yang dimiliki oleh syarikat ByteDance dari China, kini telah dimuat turun lebih daripada satu bilion di seluruh dunia.



Pada bulan Januari sahaja aplikasi itu telah berjaya mencatat lebih daripada 71 juta pengguna. Pertumbuhan terbaru TikTok adalah berpunca daripada penggabungannya dengan aplikasi video bermuzik iaitu Musical.ly dengan perjanjian bernilai hampir $ 1 bilion.


Dengan hasil penggabungan itu ia dapat mendorong aplikasi TikTok menjadi salah satu app paling popular pada tahun 2018.



Dalam catatan blog dari pengasas Sensor Tower, Oliver Yeh mengatakan banyak aplikasi yang berkembang pada tahun 2018 setelah mereka berjaya membuat beberapa perubahan mengikut keperluan pengguna.


Tapi jika nak dibandingkan dengan penggunaan Facebook dan Instagram ia masih jauh lebih besar kerana kedua-duanya telah mencatat berbilion pengguna aktif dalam masa sehari.


November lalu Facebook turut melancarkan klon TikToknya sendiri yang dipanggil Lasso, ia adalah dalam usaha memanfaatkan populariti aplikasi video bermuzik.


Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)