Terkini

Cara Mendaftar Akaun Developer Google Play Store

Mengikut sumber statitik jumlah APK di Google Play Store dari tahun 2009 sehingga hujung 2018 dianggarkan telah mencapai 4 juta aplikasi yang berjaya dimuat naik oleh pembangun dari seluruh dunia.



Telefon android hari ini semakin memiliki spesifikasi yang sangat maju dan memuaskan berbanding dengan peranti model jenis lama dimana kita dapat merasakan ia semakin perlahan dan tidak lagi menyokong kemaskini dari kebanyakkan aplikasi.


Google Android juga telah melakukan banyak perubahan dari segi undang-undang Play Store diperketatkan lagi supaya developers tidak memuat naik aplikasi yang berbahaya kepada sistem android pengguna.




Kepada developers yang baru nak berjinak dan ingin memuat naik aplikasi APK anda ke Google Play Store amatlah kami sokong kerana anda mempunyai minat terhadap dunia programing secara tidak langsung memajukan lagi industri IT.


Jika diberi peluang, kami turut ingin menceburi bidang pembangun APK di Play Store dan lain namun belum tiba masa yang sesuai tapi tidak mengapa kerana dalam posting ini sedikit sebanyak review berkaitan pendaftaran developers android akan dikongsikan.


Pemilik android pasti tidak pernah terlepas untuk memuat turun apk dari Google Play Store tujuan untuk percubaan seperti mainan video untuk anak kecil, peta atas talian dan lain-lain namun pernah tak kita terfikir untuk membuat sebuah apk milik sendiri dimana ia boleh dimanfaatkan oleh seluruh pengguna android yang lain.


Tapi oleh kerana ada diantara kita tidak memiliki kemahiran programing maka ia telah membatalkan niat untuk mencuba. Sebelum cerita panjang mengenai ini kita teruskan topik cara mendaftar akaun developer google play store dahulu supaya anda tahu apakah yang perlu kita sediakan sebelum memerah otak untuk mencipta APK.



Pautan untuk mendaftar telah disatukan pada gambar diatas ini dimana korang cuma perlu klik pada gambar Google Play Console itu sahaja dan ia akan membawa anda ke ruang pendaftaran. Oleh kerana sebelum ini kita dapati banyak APK sampah telah dimuat naik kedalam Google Play Store termasuklah dengan APK yang memiliki malware maka play store telah menaik taraf keselamatan dengan mencipta alat pengimbas untuk mengesan apk mana yang sedang membuat cubaan penyebaran MALWARE.


Google Play Store juga telah mengenakan yuran pendaftaran sebanyak $25 USD untuk setiap akaun developers sebelum memuat naik apk. Di Malaysia jika cerita tentang USD memang macam nak nangis maklumlah matawang sedang merudum walaupun kita lihat $25 USD jumlah yang kecil tapi jika convert ke Malaysia Ringgit mahal tau.


Dah alang-alang daftar 25usd tu korang kenalah sentiasa mengemaskini APK ya jangan pula lupa sebab Google Play Store ada terma dan syarat tersendiri. Jadi lepas sahaja korang membuat pembayaran yuran tu pihak Play Store Console tu akan meminta sedikit butiran peribadi contoh nama Syarikat atau individu.


Google kenakan yuran $25 usd korang kata mahal? Kami turut mencari maklumat yang lain syarikat Apple mengenakan yuran kepada developers sebanyak $99 usd manakala syarikat Microsoft pula mengenakan yuran sebanyak $55 usd pada kami play store masih paras yang berpatutan untuk dicuba.



Dengar khabar individu yang berjaya maintain APK di Play Store telah berjaya membuat keuntungan dengan hasil kreativiti masing-masing dimana ada yang telah dibayar oleh iklan Ad-mob milik Google Adsen dan ada yang berjaya menjual APK serta buku novel digital menarik melalui Google Play Store.


Jangan tanya kenapa tiada gambaran cara mendaftar dari A - Z kerana kami khuatir gambaran yang kami beri sekarang tidak sama dengan gambaran yang akan datang. Maka minta korang rajinkan diri untuk explore dan ikut cara-cara yang diberi oleh laman web Google Play Console tu.


Jika ada diantara anda tidak berkemampuan untuk membayara yuran Google Play, sila manfaatkan pasaran gelap seperti Uptoide , Apkpure dan lain-lain. Mereka mungkin menyediakan tempat percuma untuk anda memuat naik APK kepada pengguna Android dan lain-lain.


Cuma kekurangan yang ada di pasaran gelap adalah ramai pengguna risau peranti mereka dijangkiti Malware oleh kerana itu jika APK anda sudah femes seperti yang lain disarankan juga mendaftar di Google Play Console supaya dapat kepercayaan yang tinggi oleh pengguna seluruh dunia.


Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)