Terkini

Portable DVD Player SINGER Tidak Boleh Memainkan ' MP3/MP4 ' Apa Sebabnya?

Portable DVD Player amat sinonim di kalangan keluarga yang mempunyai anak kecil tambahan lagi ketika berjalan jauh.



Faktor perjalanan jauh dapat menjadikan kanak-kanak akan mudah merasa bosan atau terpaksa tidur sepanjang perjalanan disebabkan tidak tahu aktiviti apakah yang patut dilakukan ketika terkurung didalam kenderaan berjam lamanya.


Belum lagi masuknya musim perayaan mungkin sahaja orang dewasa turut dapat merasakan kebosanan ketika meredah kesesakkan lalu lintas.


Posting kali ini akan menceritakan mengenai isu DVD Player gagal membaca fail MP4 walaupun pada kotaknya mempunyai logo MP3/MP4. Sebelum itu tahukah anda sebelum muncul teknologi DVD dan Blueray pengguna hanya dapat memanfaatkan CD player.



Ketika zaman CD player seingat kami hanya rumah tertentu sahaja mampu pakai, maklumlah pengganti era Video Tape (VHS) empat segi dimana ketika itu casing dia ada budak sekolah buat bekas pensel dan lain-lain.



Siapa sempat melalui zaman video tape memang legend dan pada ketika itu kediaman siapa yang ada pemain video tape turut akan dilabelkan sebagai bangsawan. Tidak lama kemudian beberapa syarikat gergasi mula memperkenalkan pemain video baru iaitu dinamakan CD Player.


Zaman ini juga peniaga CD cetak rompak bebas berniaga seperti jual sayur tanpa segan silu termasuk depan 7-Eleven, Pasar malam dan tepi jalan. Dengarnya ketika ini diorang punya taikun sudah bayar lebih pada kawasan-kawasan tertentu sehinggakan peniaga mereka pun ada walkie-talkie demi penjimatan kredit telefon.


Pemain DVD Tidak Boleh Memainkan ' MP3/MP4 ' Apa Sebabnya?



Berbalik pada isu diatas oleh kerana kami mempunyai pemain DVD jenama Singer yang boleh dibawa kemana sahaja setelah membuat ujicuba dapati setiap fail MP4 yang telah dimuat turun dari Internet telah gagal untuk dibaca. Pada mulanya kami fikir dia punya firmware atau permasalahan yang lain-lain.


Namun setelah dikaji mendapati punca sebenar permasalahan ini adalah pada bahagian encoding fail MP4 yang dimuat turun. Ini kerana setiap teknologi mempunyai kumpulan tersendiri bermaksud jika ia adalah pemain DVD mana mungkin dapat memainkan fail MP4 yang telah diubah suai mengikut teknologi masing-masing seperti Blueray 1080p , 4k , 8k.


Semakin cantik gambar didalam video maka semakin besar saiz fail tersebut, jadi untuk perbetulkan semula encode pada setiap fail yang telah dimuat turun adalah anda harus menggunakan perisian khas untuk melakukan kerja converter sama ada versi percuma mahupun berbayar.


Nak cerita lebih terperinci akan cara penggunaan converter kami sebenarnya bukanlah pakar membuat fail video namun dengan adanya pelbagai perisian di pasaran ia sedikit sebanyak dapat membantu. Isu seperti atas walaupun kelihatan ia mempunyai logo MP3/MP4 tidak bermakna setiap fail video MP4 yang korang muat turun dari Internet tu dapat dimainkan pada DVD player made in China ini.



Penyelesaian adalah anda harus convert kesemua fail .MP4 itu tadi menjadi .AVI menggunakan perisian converter. Selesai semuanya sila cuba memainkan faill yang baru di ubah tadi kedalam DVD player semula dan tahniah jika berjaya manakala sesiapa yang masih gagal sila tinggalkan sebarang pertanyaan di ruang komentar dibawah.


Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)