Terkini

Percutian Singkat di Pontian Johor atau Dikenali Sebagai Bandar Buah Nanas

Dapat panggilan untuk berada di sedenak Johor dalam masa 24Jam sebab mempunyai jemputan dan memang tak sempatlah nak survey lokasi penginapan yang ada hanya tawakal berserah jelah bergerak ke destinasi tanpa persiapan.



Bertolak dari Kuala Lumpur pada tengah hari dan tiba di sedenak pada petang selepas waktu Asar mujur jemputan tu mula selepas Isyak maka kami pun utamakan majlis dahulu sebab malas nak pergi balik maklumlah jauh-jauh belaka bazir petrol nanti.


Dari tol sedenak ke Pontian memerlukan masa lebih kurang 34minit ikut jalan lama itu pun jika tidak banyak kereta manakala ke Kulai melalui lebuhraya Plus memerlukan 47minit serta tol lebih kurang RM2.10 jauh pun lebih kurang sebenarnya.



Selepas majlis kami pun mengambil keputusan untuk berehat di kawasan Pontian kerana ia lebih menarik berbanding di Kulai. Itu pun selepas melihat gambar rajah di peta google dimana ia berada di kawasan pantai kononnya bolehlah dapat hirup udara pantai.



Kami tiba di bandar Pontian sekitar jam 11 malam dan kami terus mencari hotel yang boleh walk-in maklumlah sekarang ni kan memang disarankan untuk menempah seawal seminggu untuk mengelak dari tidur dalam kereta.


Sedikit pengalaman ketika mencari hotel yang boleh walk-in di Pontian adalah korang kena sediakan wang deposit sebanyak RM50 ketika check-in dan wang itu akan dikembalikan ketika anda check out. Tapi disebabkan ketika itu kami tidak memiliki tunai yang mencukupi maka terpaksalah mencari penginapan yang tidak memerlukan deposit mengikut budi bicara.



Setelah membuat rondaan pencarian hotel yang tidak memerlukan deposit kami pun menjumpai iaitu ALOHA HOTEL yang terletak berdekatan tambak Pontian goo.gl/maps/AFgM1bhtuxEJKLm89.


Pada mulanya orang di kaunter meminta untuk membayar deposit RM50 tapi dengan hasil budi bicara akhirnya di abaikan juga mengenai deposit itu tapi jangan ingat korang boleh terlepas macam tu sahaja sebabnya nak tidur di hotel pun kena bayar cukai woii.



Disebabkan kami sangat mementingkan sarapan pagi maka penginapan ini sudah memadai kerana ia menyediakan sarapan bermula dari jam 7pagi - 10pagi manakala makan tengah hari pula pandailah korang cari diluar nanti ya.


Gambar diatas adalah sebahagian sudut makanan yang ada di ALOHA Hotel Pontian iaitu mempunyai sup cendawan dan roti manakala di sudut lain pula mempunyai nasi lemak , sosej , mee goreng serta bahagian membancuh kopi.



Gambar diatas pula adalah di kawasan Laman DiRaja Pontian, Johor. Dan dijadikan sebagai kawasan pelancongan serta tempat mengambil gambar pemandangan.

Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)