Terkini

Bantuan Sara Hidup(BSH) Golongan Bujang RM100 Mencukupi?

1:31:00 PTG

Bantuan sara hidup untuk golongan bujang telah diagihkan kepada penerima yang layak pada hujung bulan mac adakah ia mencukupi atau tidak?



Posting ini tiada unsur politik cuma sekadar menulis mengikut ideologi sendiri dan berfikiran secara terbuka. Adakah rakyat Malaysia ambil tahu akan berita turun naik inflasi di negara sendiri atau pun terlalu taksub dengan berita semasa yang keluar di kaca TV dan di setiap corong radio dimana dikatakan ekonomi negara sedang berkembang maju bagai cendawan yang tumbuh sendiri tanpa perlu sebarang sumber.


Tahukah kita kehidupan rakyat di negara luar paling dekat Asia adalah Jepun dimana mempunyai rakyat yang hidup di bandar yang terlalu taksub dengan kerja kerana perlu menampung kos kehidupan yang serba mahal dan juga disebabkan masalah inflasi dalam negara di seluruh dunia.


Artikel berkaitan - Realiti di sebalik karoshi budaya terlebih kerja sampai mati di jepun.



Tahukah kita agak mustahil kerajaan sekarang nak jadikan RM50 penuh satu troli pasaraya sebagai realiti atau mungkin ia cuma boleh ditunaikan didalam mimpi setiap pengundi sahaja. Sumber petikan dari beberapa sejarah matawang, sejak bulan Mei 1997 bermulanya tragedi malang terhadap ekonomi di negara ASEAN di mana negara-negara tersebut akhirnya gagal untuk mempertahankan nilai mata wangnya. Bermula dengan Thailand, kemudian diikuti oleh mata wang peso Filipina, dolar Singapura dan Brunei, rupiah Indonesia dan tidak ketinggalan ringgit Malaysia.-sumber


Kesan serangan ini menyebabkan negara-negara di ASEAN mengalami susutan nilai mata wang dan merugikan ekonomi. Misalnya Thailand kerugian sebanyak 20 bilion US, peso Filipina 2 bilion dolar US, dan Malaysia kerugian RM9 bilion. Jika sebelum ini negara ASEAN meletakkan nilai dagangan mereka berasaskan ‘standard’ dolar US, maka sebagai tindakbalas kepada serangan berterusan ini, negara-negara ASEAN (Thailand, Filipina dan Indonesia) telah mengasaskan perdagangan negara mereka yang berasaskan nilai mata wang masing-masing demi mengukuhkan kestabilan.-sumber


Malaysia, tidak ketinggalan dalam cuba untuk menangkis serangan ini dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Bank Negara sebagai peneraju utama untuk mematahkan serangan ini terpaksa akur dengan pengurangan rizab sebanyak RM9 bilion (menyamai perbelanjaan 3 bulan import negara). Namun usaha ini gagal. Akibatnya nilai mata wang negara, hari demi hari terus turun sehingga negara kita terpaksa membayar lebih RM3 untuk membeli 1 dolar US. Cuba fikirkan bagaimanakah kesan ke atas segala aktiviti negara di luar negara akibat kejatuhan nilai mata wang ringgit ini?-sumber


Hasil penat lelah kita selama bertahun-tahun juga sia-sia dalam masa yang singkat. Ini terbukti dalam tempoh 10 tahun kita berjaya meningkatkan pendapatan perkapita negara dari 4 ribu dolar kepada 5 ribu dolar. Tetapi dalam tempoh 2 minggu sahaja nilai ini menyusut kembali kepada 4 ribu dolar. Malang terus menimpa, dianggarkan kerugian di BSKL sebanyak RM500 bilion.-sumber


Sampai bilakah kita akur dan terpaksa menanggung kerugian demi kerugian ini akibat kegiatan spekulator-spekulator ini? Persoalan ini tidak akan terjawab selagi kita masih meletakkan nilai dolar US sebagai piawaian mata wang negara. Oleh itu, adalah pendekatan alternatif yang tersedia untuk menangani permasalahan ini ? Untuk mengkaji persoalan tersebut, maka kita seharusnya melihat permasalahan ini dari akar umbi kepada kewujudan sistem mata wang kapatalis ini. Diharapkan rencana ini dapat menjawab permasalahan kepada krisis kewangan yang melanda selama ini. -sumber



Sebenarnya duit kertas yang kita gunakan hari 
ini tidak ada kena-mengena lagi dengan emas sejak 15 Ogos 1971, iaitu setelah Amerika memutuskan hubungan antara emas dengan US Dollar dan melanggar perjanjian Bretton Woods yang dipersetujuinya pada 1944. Semenjak daripada itu, ia menjadi “wang fiat”, iaitu duit yang dikeluarkan tanpa disandarkan kepada apa-apa aset fizikal. Ia dikeluarkan out of nothing menurut Profesor Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera.-sumber


Selepas tahun 1971, ekonomi berkembang dengan mencipta semakin banyak hutang dari segi teori sekiranya semua orang melangsaikan hutang mereka maka ekonomi moden akan lenyap. Oleh kerana itu apabila negara mula berhutang dengan bank dunia secara automatik hutang itu memang tidak akan berjaya di langsaikan walaupun setiap hari lahirnya generasi baharu yang baru nak kenal dunia.


Hutang negara pada masa ini adalah bergerak setiap saat dimana sama ada pemimpin kita dapat membayar bunga dalam masa yang singkat atau memerlukan jangka masa panjang. Ingat itu hanyalah pembayaran bunga sahaja belum lagi hutang kasar negara yang telah dibina sekian lamanya demi mengejar kemajuan dan membayar gaji menteri dan kakitangan kerajaan pada masa itu.


Belum masuk isu pecah amanah oleh ahli jemaah menteri dan juga isu-isu rasuah dalam negara sendiri, perkara sebegini yang mampu menghancurkan ekonomi negara kerana duit yang ada sepatutnya digunakan untuk menampung kos perbelanjaan negara namun ada individu telah membelot demi kekayaan diri sendiri dan yang menderita adalah rakyat sendiri kerana terpaksa menanggung inflasi disebabkan hutang negara semakin diabaikan oleh jemaah menteri pada ketika itu dan mungkin sehingga ke hari ini.


Sekarang sudah kita boleh lihat dimana ramai dikalangan ahli politik yang keluar bertanding pilihan raya meminta rakyat mengundi mereka demi kesejahteraan negara namun apa yang kita tahu adalah pendapatan gaji mereka terlalu tinggi dari gaji minima yang disarankan oleh majikan terhadap pekerja mereka. Jika kita mengikut logik akal patutkah menteri mempunyai gaji sebegitu tinggi iaitu melebihi dari RM10,000 sebulan tidak termasuk elaun dan makan minum yang ditanggung oleh pengundi atau rakyat?


Bagaimana jika hasil dari gaji menteri itu dikumpulkan untuk membayar bunga atau hutang kasar negara supaya Inflasi dapat dipulihkan dan rakyat dapat hidup dengan mewah tanpa perlu bekerja siang dan malam semata-mata ingin memenuhi keperluan dan mengikuti sedikit sebanyak peredaran zaman. Sistem kapitalis matawang yang moden ini yang dipanggil 'wang fiat' mampu merosakkan negara dengan memberikan tekanan kepada peniaga dan pengguna disebabkan pengilang harus menaikkan harga produk disebabkan kos bahan dan pembuatan telah meningkat manakala pembeli pula terpaksa membeli dengan harga yang semakin mahal disebabkan harga itu memang sedang berada di pasaran cuma beza beberapa sen sahaja.



Bayangkan jika zaman moyang kita dulu dapat makan nasi lemak lauk mewah dengan harga 10sen atau paling mahal 50sen, cuba kita lihat sekarang adakah harga itu berkekalan? ia sudah pasti tidak kerana zaman itu duit bersandarkan dengan nilai emas manakala kini duit sudah bersandarkan dengan nilai hutang semasa negara. Lagi banyak hutang negara yang gagal dibayar maka sempatlah kita rasa nasi lemak harga RM13.50 sepinggan.


Berbalik pada tajuk utama 'Bantuan Sara Hidup RM100 Untuk Bujang Mencukupi?' semuanya terletak pada pemikiran anda yang lebih pintar dan bijak berfikir mengalahkan pakar ekonomi dan ahli jemaah menteri.


Sejarah yang telah tercatat sekian lama sudah ada untuk dibaca cuma malas atau rajin sahaja untuk baca dan renungkan .


Kereta Baru Atau Kereta Terpakai Mana Pilihan Anda?

9:38:00 PTG

Baru atau Lama tetap sama kerana ia masih dapat pergi ke destinasi yang ingin dituju cuma yang menjadi isu dikalangan orang muda adalah faktor jenama dan bentuk sesebuah kenderaan.



Pemilik yang masih mempunyai hutang dengan bank sebahagian dari mereka pula memilih untuk memanfaatkan kenderaan selama 5 tahun sahaja atas beberapa faktor contohnya isu warranty dan nilai semasa. Ada juga yang bersifat gemar mengejar teknologi terkini yang direka oleh pengeluar kenderaan. Hobi tersebut memang tidak salah cuma yang penting pendapatan haruslah seperti jerung barulah pihak bank senang buat kerja dan anda tidak pening nak bayar ansuran dikemudian hari.


Bagi generasi yang baru masuk alam pekerjaan pula golongan ini boleh dikatakan dalam situasi yang mencabar dan merbahaya salah satu sebab dari segi ketahanan emosi apabila bekerja dengan majikan. 1 tahun 2 tahun lepas tu tak tahan cabut ? habis tu hutang lagi 7 tahun macam mana nak kira melainkan semasa keluar dari perut dah memang berada dalam keluarga yang senang dan ada tempat bergantung harap jika mengalami kesukaran.



Posting ini bukan suruh korang bergaduh untuk pilih Baru atau Terpakai cumanya ia ditulis mengikut ideologi sendiri dan ekonomi semasa. Sekadar pengetahuan bagi yang baru nak memiliki kereta haruslah berfikir sejenak sama ada ia satu keperluan atau saja-saja mengikut trend maklumlah 'rakan sebaya dah mula pegang stereng kita pun nak juga sebab pergi buat lesen sama-sama tak kan dia pula yang pakai kereta dahulu mana boleh jadi'.


Ceritanya bukan siapa yang pegang stereng dahulu tapi sebenarnya siapa yang dah bersedia untuk menanggung kos PENYELENGGARAAN kenderaan? tak kan nak minta bantuan dana dari orang tua atau saudara mara. Sini nak bagi sedikit perkongsian perkiraan dari rakan yang bekerja di bank berkaitan perkiraan kelayakkan seseorang yang ingin memiliki kereta secara ansuran.


Pihak bank akan meniliti transaksi keluar masuk akaun bank anda dahulu selama 3 bulan berturut maklumlah nak tahu korang buat apa dengan gaji bulanan manalah tahu guna buat belanja makwe ke pakwe kan. Seterusnya pihak akan tolong kira gaji bersih korang, maksud bersih ni gaji yang telah tolak EPF Socso IES serta komitmen korang macam topup juga duit untuk orang tua di kampung dan lain-lain.


Jadi baki dari segala potongan komitmen tu pula bank akan darab 12 bulan(setahun), katakan baki gaji korang (contoh) sekitar RM1000 sebulan manakala setahun baru ada RM12,000 maka harga kenderaan yang anda layak pakai adalah dibawah harga tersebut kecuali gatal ketiak nak juga pakai kereta harga lebih dari baki gaji bersih itu hak anda.


Kalau jatuh terduduk sila bangun sendiri sebab yang memilih adalah diri sendiri, dari segi faktor lain pula pihak bank tak peduli pun kereta yang kita pakai tu berteknologi tinggi atau tidak yang penting bagi mereka adalah kelayakkan pendapatan individu.


Yang sibuk tanya elok memiliki kereta baru atau lama sebenarnya itu semua bergantung pada kehendak dan kemampuan masing-masing asalkan baki gaji bersih anda itu mengikut kriteria yang disarankan oleh bank dan jangan hairan jika kita lihat ada pasangan yang berkhawin mampu memakai kenderaan yang diluar kemampuan kita kerana golongan yang berkhawin selalunya bank meminta mereka bergabung pendapatan jika kedua-dua bekerja.


Bagi isteri yang tidak bekerja pula maka teknik kiraan baki gaji bersih akan diguna oleh pihak bank kecuali anda ingin memohon pembiayaan kenderaan dari syarikat yang menawarkan Credit. Tak salah pun hutang bank atau hutang syarikat Credit yang penting kita mampu bayar ansuran bulanan sudah cukup memadai, jika tidak jeng jeng telefon anda akan sentiasa berdering tanda panggilan dari agensi pengutip hutang yang berkelakuan ala-ala samseng gitu.


Kepada golongan yang mempunyai perniagaan kecilan pula anda memang sangat layak jika akaun syarikat hari-hari ada duit masuk atau setengah bulan sekali. Jika hari ini duit masuk esok sudah keluar nampaknya susah juga pihak bank nak luluskan hutang kereta untuk CEO syarikat tersebut.

Oleh itu ada individu pendapatan pokok sebulan RM3,000 pun belum tentu dia layak memiliki kenderaan melainkan statement credit dia dapat memuaskan pihak bank iaitu memiliki baki gaji bersih yang mengikut kriteria.


Advertisement

Pelayar Web Mengikut Shariah Untuk Privasi : SalamWeb

3:34:00 PTG

SalamWeb menawarkan perkhidmatan aplikasi pelayar web mudah alih dan desktop yang mengikut syariah dimana ia mempunyai kelebihan untuk menyekat kandungan website atau gambar terlarang melalui tapisan enjin carian yang dicipta.



Aplikasi ini dilancar kepada pengguna dalam bulan march 2019 di Malaysia dimana pihaknya telah melakukan pengiklanan menerusi saluran Radio seperti yang kami ketahui kewujudan tentang SalamWeb dan matlamatnya adalah menjadikan Internet tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh pengguna Muslim dan Non-Muslim


Aplikasi ini disahkan mematuhi Lembaga Penyeliaan Shariah Amanie dan dibina di atas perisian sumber terbuka Chromium yang merupakan asas penyemak imbas web Google Chrome. Undang-undang Syariah melarang aktiviti yang dianggap tidak beretika, seperti perjudian, pelacuran dan perniagaan alkohol dan daging babi, serta perkhidmatan kewangan yang tidak mengikut syariah.




Ia juga mempunyai fungsi khusus Islam, seperti waktu doa dan penunjuk untuk Qibla, atau arah yang harus dihadapi oleh orang Islam ketika berdoa.


Setelah kami melakukan ujicuba di sistem android telefon pintar dapati ia masih banyak yang perlu diperbaiki kerana kelihatan ia masih dalam keadaan versi ujian(Beta).


Komen kami terhadap ciri-ciri yang diperkenalkan sangatlah berpuas hati kerana memudahkan pengguna Muslim mengetahui waktu solat, arah kiblat dan lain-lain yang berkaitan. Ujian terhadap enjin carian pula buat masa ini boleh dikatakan masih dalam keadaan ujian(beta) kerana dapati tidak semua laman web yang mampu disekat.


SalamWeb turut menambah ciri ruangan untuk pengguna bersedekah untuk beberapa projek dari badan bukan kerajaan(NGO) seperti membangunkan sebuah masjid dan lain-lain seluruh dunia. Jika tidak salah pandang aplikasi pelayar web ini juga membuka ruangan chat untuk pengguna namun ciri itu belum lagi kami berjaya untuk menguji cuba disebabkan penggunaan SalamWeb ini masih terhadap dan dalam versi pembangunan.


Produk ini dibina bertujuan untuk mempromosikan Ekonomi Digital Islam dengan rangka kerja di bawah Malaysian Digital Economy Corp (MDEC) yang menyokong usaha patuh Syariah di Malaysia walaupun belum lagi dapat pengesahan sepnuhnya dari (MDEC).


Beberapa ciri yang sedang dibangunkan didalam aplikasi ini adalah :-


Salam Protect

Salam News

Salam Chat

Salam Widgets

Salam Sadaqah


Dikatakan syarikat dari Dubai akan melabur sekitar $ 15 juta untuk membangunkan ciri-ciri dan memperkenalkan produk ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, demi menjayakan projek pelayar web 'Shariah-compliant' yang dilancarkan di Malaysia.


Ada beberapa sumber mengatakan produk SalamWeb ini dibina oleh syarikat tempatan di Malaysia manakala ada sumber berkata projek ini telah wujud di negara Arab dan dibawa ke Malaysia untuk memperluaskan lagi penggunaan. Namun begitu ada sumber juga berkata projek ini telah mendapat suntikan dana pelaburan dari Dubai bagi memperluaskan lagi startergi pemasaran di serata dunia dan info yang kami perolehi ini masih belum dapat disahihkan secara keseluruhan.


Kami berharap aplikasi ini dapat bertahan dan dapat diteruskan oleh pembangun demi generasi akan datang dimana kita ketahui kandungan di internet sekarang sudah tiada sempadan dan mampu mendorong anak muda kearah negatif.


https://salamweb.com/

SalamWeb - Android

SalamWeb - iOS

Advertisement

Sultan Ibrahim Ismail Rancang Buka Pasaraya Untuk Rakyat Johor

11:10:00 PG

Sultan Johor merancang untuk bekerjasama dengan pasaraya utama untuk menjual barang pada harga yang lebih rendah berbanding kadar pasaran di negeri Johor.



Pengumuman di Facebook pada hari khamis (28 Mac) lepas, berkata kini sedang dalam merangka stratergi pemasaran bersama pasaraya besar yang berpontensi demi membantu rakyat di Johor berbelanja dengan harga yang berpatutan.


Beliau berkata ada pasaraya yang telah sudi tampil ke depan untuk memberi jaminan kepada Sultan bahawa barangan yang dijual mempunyai diskuan sekitar 10 peratus lebih rendah daripada yang lain serta menyediakan barangan yang berkualiti tinggi kepada pelangan.




Ini akan membolehkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah mampu mendapatkan keperluan harian mereka dengan harga yang lebih murah,'' kata sultan Ibrahim. Maklumat lanjut mengenai pasaraya juga akan diberitahu kelak selepas selesai membuat penelitian.


Orang ramai dikatakan telah marah kerana Kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 10 bulan gagal menangkis sebarang kenaikkan kos barangan keperluan walaupun cukai barang dan perkhidmatan 6 peratus (GST) telah dihapuskan dan digantikan dengan cukai (SST).


Kami harap rancangan Sultan Ibrahim (Johor) berjalan dengan lancar demi membantu meringankan beban rakyat malah bukan sahaja fokus demi perniagaan dan keuntungan semata-mata.


Pengasas WhatsApp Minta Pengguna Padam Akaun Facebook Kerana Isu Privasi

1:01:00 PTG

Brian Acton menasihati orang ramai untuk memadam akaun Facebook atas isu privasi yang sedang dimanupulasi. Acton, yang menjual syarikatnya ke Facebook dengan harga $ 19 bilion, mengkritik Mark Zuckerberg menyalahgunakan privasi pengguna dengan membenarkan iklan di Facebook.



Ini bukan kali pertama Acton telah meminta orang ramai untuk melepaskan diri dari Facebook. Tahun lepas, beliau menunjukkan sokongan di Twitter untuk kempen media sosial #DeleteFacebook yang dicetuskan oleh skandal privasi data yang bermula apabila berita memecahkan Cambridge Analytica, firma pemasaran politik yang dikaitkan dengan kempen Trump.


"Inilah masamya , #deletefacebook," kata Brian Acton dalam tweet, menggunakan hashtag yang memprotes pengendalian krisis.



Pengasas WhatsApp turut mempunyai masalah dengan Facebook Sheryl Sandberg mengenai cara membuat wang dari aplikasi pemesejan.


Acton dan Koum kedua-duanya telah mendedahkan secara terbuka banyak kali bahawa mereka tidak bersetuju dengan Zuckerberg mengenai memperkenalkan pengiklanan di WhatsApp. Pada hari Rabu, Acton berkata mereka menolak cadangan yang akan mengenakan pengguna $ 1 setahun untuk menggunakan perkhidmatan pengiklanan untuk keuntungan.


Namun sekarang sudah ramai dikalangan peniaga kecil dan korperat sedang memanfaatkan Facebook Ads untuk mempromosi, tapi yang menjadi risiko apabila ada golongan telah menyalahgunakan dengan memaparkan privasi mereka secara terbuka di laman Facebook.


Oleh kerana itu dari pelbagai penjuru sedang giat cuba menapulasi data peribadi anda iaitu gambaran dan lokasi yang ditayangkan. Kami dari Sekejung.com juga sedang mempertimbangkan akan isu ini kerana kami lebih fokus dari pelawat organik berbanding pelawat dari FB.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)