Terkini

Hidangan Mee Ladna Menggunakan Mee Kuning Numee Gardenia

1:00:00 PTG

Tempoh hari kami diberitahu Gardenia telah mengeluarkan produk baharu mereka iaitu mee kuning, maka kami pun beli dan masak bersama kuah Ladna.



Kepada yang belum tahu mee kuning Numee Gardenia sila baca di pautan ini https://www.dtbn.com.my/. Syarikat 100% milik bumiputra iaitu Gardenia bakeries sdn.bhd .


Sebelum adanya Numee Gardenia ini kami sungguh jarang membeli mee kuning di pasaran ekoran tidak pasti siapa yang mengusahakan dan bagaimana tahap kebersihan penyediaan dan kilang. Maklumlah sudah banyak gambar-gambar disebarkan di Internet tentang pengusaha non-muslim yang tidak menjaga kebersihan.



Kepada sesiapa yang sedang mencari resepi santai untuk masak kuah Ladna sila rujuk dibawah.


Sebelum itu pastikan setiap produk dibawah dibeli dari peniaga Muslim dan jika boleh sokonglah ekonomi bumiputra di kawasan anda.


Bahan-bahan


- Mee kuning Numee Gardenia

- 5 ulas bawang putih (diketuk)

- 5 biji telur

- Isi dada ayam

- Udang

- Sotong

- Fish cake

- Sayur sawi

- Lobak merah

- Tomato

- Lada hitam

- Lada putih

- 6 biji cili - diketuk

- 2 sudu besar tepung jagung

- Sos tiram

- Garam atau megi secukup rasa

- Air secukupnya


Cara memasak


Ambil numee campurkan dengan telur 5 biji serta letak garam secubit dan gaul bersama. Panaskan kuali bersama minyak, goreng mee tadi dan biarkan seketika sehingga kelihatan kekuningan menandakan telah masak lalu angkat dan tapis.


Dalam kuali yang sama panaskan sedikit minyak masukkan bawang putih bersama cili goreng tumis sehingga naik bau. Masukkan ayam, fish cake, sotong dan udang lalu kacau sehingga hampir masak lepas itu masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.


Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih seterusnya masukkan sos tiram, lada hitam dan lada putih. Perasakan dengan garam atau megi secukup rasa.


Haa jangan lupa letak tepung jagung untuk pekatkan kuah tadi risau nanti tak jadi ladna pulak, dah siap masak kuah tuangkan kuah ke atas mee yang telah digoreng bersama telur tadi.. siap.


Tonton Viu Premium Dengan Tawaran Diskaun 20% : Google Pay

1:56:00 PTG

Kepada penggemar filem Korea dan Viu Original kini anda berpeluang menikmati potongan diskaun sebanyak 20% setiap bulan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.



Pasti ada yang komen benda percuma ada buat apa nak berbayar? Yeah! ramai kaki filem/drama lebih gemar memilih untuk menonton variasi percuma berbanding yang berbayar namun tahukah anda setiap aksi ngeri yang dilakonkan oleh pelakon hebat dalam dan luar negara demi hiburan anda bukanlah semudah apa yang anda saksikan.


Mereka sebagai pelakon harus mengulangi babak lebih dari 20 kali dalam masa sehari untuk mencapai tahap kualiti yang baik dan sempurna begitu juga kamera man yang sentiasa memainkan peranan penting demi mendapatkan posisi gambaran yang cantik.



Tahukah anda apa perbezaan sumber percuma dan berbayar?


Percuma semestinya penuh dengan gambaran iklan baik dari sumber cetak rompak mahupun dari kaca TV berbanding dengan variasi berbayar anda dapat menikmati secara tenang dan bersih kerana tidak lagi perlu untuk menunggu iklan.



Sumber percuma juga adakala memiliki kandungan virus yang ramai tidak ketahui kerana asalkan dapat nonton filem/drama terbaru tanpa had. Dalam posting ini kami tidak mahu menceritakan perkara ini lebih mendalam tapi lebih kepada memberitahu anda bahawa penstriman Viu memberi potongan 20% menjadi harga bulanan sekitar RM 8 sahaja.


Syaratnya adalah pelangan harus subscribe menggunakan kad kredit/debit melalui aplikasiGoogle Pay secara bulanan atau pembelian secara manual. Kepada pelangan yang gagal atau mendapat error message declined silakan hubungi nombor hotline dibelakang kad bank dan beritahu kepada meraka untuk aktifkan atas urusan apakah contoh nak melangan Viu melalui Google Pay.


Pelangan yang menggunakan variasi iOS sila lakukan ujicuba kerana buat masa ini kami belum terfikir untuk memakai iOS berbanding Android. Kami turut diberitahu bahawa ada kaki program yang cuba inject apk Viu namun walau apa pun pilihan anda silkan berhati-hati dengan data peribadi dalam peranti anda sebelum menggunakan apk third party.


https://www.viu.com/


Advertisement

Pasaraya Giant Menyediakan Troli Mainan Untuk Kanak-Kanak

1:38:00 PTG

Troli ini sudah lama disediakan oleh pihak Giant namun unit yang ada amatlah terhad ekoran tidak sangat diperlukan oleh pelanggan kecuali yang ada anak kecil.



Sebelum ini kami hanya melihat orang lain tolak anak mereka sambil meletakkan anaknya di dalam mainan bentuk kereta. Namun bila cuba untuk memiliki troli mainan itu sering kali gagal kerana unit yang ada sedang digunakan oleh pelanggan lain yang lebih awal.

Nak dijadikan cerita, kami pergi Giant semasa hari bekerja konon nak elak dari bertembung dengan pasangan yang bawa anak kecil dan semasa itu memang tidak ramai ibu-bapa yang datang untuk membeli belah. Nak dijadikan rezeki ketika itu ada beberapa troli mainan bentuk kenderaan telah disusun cantik di pintu masuk pasaraya kami pun buat muka tidak bersalah terus ambil dan memasukkan anak kecil kedalam kenderaan mainan.


Setelah ingin menolak kedalam pasaraya kami terdengar suara orang memanggil, menoleh ke belakang terlihat kami dipanggil oleh pekerja Giant. Dalam hati belum masuk pasaraya tak kan ada buat kesalahan kut, rupanya tidak dan diberitahu setiap troli yang ada kenderaan mainan itu harus meletakkan wang deposit sebanyak RM10 di kaunter.


Maka kami pun bersetuju untuk meletakkan deposit seperti yang ditetapkan maklumlah baru pertama kali nak merasa bawa budak menggunakan troli mainan tu.

Mungkin ada ibu-bapa diluar sana tidak mengetahui hal ini dimana setiap troli yang mempunyai kenderaan mainan ini haruslah meletakkan deposit terdahulu sebelum dibawa memasuki pasaraya atau dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan bangunan Giant.

Pada kami ia adalah salah satu marketing yang pintar kerana memudahkan ibu-bapa berbelanja dengan tenang ketika anak kecil mereka sedang leka duduk didalam kenderaan mainan itu. Jika korang perasan dalaman Giant kelihatan sudah dinaik taraf terutama bahagian dinding dimana kelihatan ada tulisan setiap bahagian jadi lepas ni korang nak cari barang pun senang hanya melihat tulisan yang tertera di setiap dinding.

Pengalaman ini membuatkan anak kecil terus tidak mahu meninggalkan troli mainan ini kerana sudah gembira berada didalam sambil ditolak kehulu kehilir ala-ala kereta betul katanya.

Kepada pasangan yang belum pernah cuba, disarankan datang awal atau pada hari orang bekerja dan ketika itulah troli ini akan disusun cantik sambil menunggu orang meletakkan deposit.

https://www.giant.com.my/

Advertisement

Cara Memanjangkan Tarikh Luput Umobile : RM1 Sehari

10:46:00 PG

Kredit banyak lagi tapi tempoh kredit hampir tamat, itu adalah senario yang sedang berlaku pada pengguna prepaid. Sebelum ini kami ada hidangkan posting panjangkan tempoh kredit Celcom boleh lihat pautan dibawah.



Cara memanjangkan tarikh luput Celcom


Pernah ditanya kepada kami bagaimana untuk melanjutkan tarikh luput telco Oren namun setelah melakukan pencarian terjumpa pula posting twitter Umobile tahun 2017 dimana ada pengguna yang bertanya adakah telco ini mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh kredit.


Namun pada masa ini pihak umobile tidak meletakkan fungsi lanjutkan tamat tempoh dan ia amat dikesali kerana pengguna terpaksa menambah nilai setiap bulan walaupun baki kredit masih banyak.




Tapi kini dapati pihak Umobile telah membuka ruang untuk pengguna melanjutkan tarikh luput walaupun kadar caj dikenakan RM1 sehari namun ia masih menunjukkan pertanyaan pengguna dapat perhatian dari pihak mereka.


Kami turut berpendapat ada baik dan buruknya kerana RM1 sehari adalah sangat mahal buat masa ini kecuali pengguna dalam situasi yang sukar untuk mendapatkan sebarang tambah nilai atau dalam proses menghabiskan baki kredit.


Sepatutnya Umobile harus bersikap terbuka dengan menawarkan harga yang berpatutan untuk tempoh 12 bulan atau lebih supaya pengguna tidak perlu terikat dengan tarikh luput yang singkat.


Dibawah ini cara-cara untuk memanjangkan tarikh luput Umobile


"Dial *118# > 99 > 6 > 2 > 4 > Akhir sekali pilih 1 Confrim "


Semoga posting ini bermanfaat kepada kita semua dan untuk pengetahuan anda keyword diatas mungkin akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan syarikat penyedia maka sila dail *118# untuk sebarang kemaskini pilihan.


Rebut Diskaun RM10 Dari Umobile Dengan Bertukar Ke Pelan Prabayar GX50 Sekarang!

11:34:00 PG

Promosi ini telah lama berlangsung tapi masih ramai yang takut untuk mencuba maklumlah untuk mendapatkan Rebate RM10 pengguna harus melakukan MNP dari nombor lama.



Rebate RM10 ini sah selama 12 bulan iaitu kita hanya perlu membayar bil RM40 sahaja dan masuk ke bulan seterusnya bil akan kembali menjadi RM50 setiap bulan. Namun dalam proses port in ke telco baru semua kos penghantaran kad SIM kepada pelangan akan ditanggung oleh pihak Umobile sepenuhnya.


Pengalaman aku ketika mengujicuba melakukan port in ke GX50 dari Kad SIM telco lain sangatlah mudah iaitu segala urusan hanya dilakukan dari hujung jari sahaja kerana proses permohonan kad SIM semua dilakukan secara ONLINE terus dari laman web u.com.my


Gilerunlimited/Gx50

Setelah kad SIM GX50 sudah sampai ke peti surat, aku pun terus masukkan ke dalam phone dan tunggu beberapa jam kononnya pihak Centre Umobile sudah lakukan semua proses MNP. Rupanya tanggapan aku salah setelah menunggu beberapa jam, tanpa membuang masa aku pun belek semula setiap resit dan kertas yang menyaluti kad SIM tersebut dan dapati ada beberapa langkah yang perlu dilakukan setelah menerima kad.


Ia tidak susah mana cuma kita memerlukan koneksi internet untuk mencapai pautan yang disediakan untuk melakukan proses kekal nombor lama. Selesai masukkan serial nombor kad dan lain-lain ia menyarankan kita menunggu sekitar 48JAM iaitu dua hari maka aku pun tunggu laa dengan penuh kesabaran maklumlah tidak sabar nak lenjan internet dan panggilan tanpa had GX50.


Masa pun sudah tiba dan Prabayar GX50 pun sudah berjaya di aktifkan dengan jayanya, cuma tiba-tiba tidak senang hati pula bila lihat signal bar cuma keluar H+/3G. Kepala pun pusing memikirkan tetapan apa yang masih belum dilakukan, lebih dari sehari aku belek rupanya pengguna perlu menghantar pesanan ringkas SMS untuk aktifkan signal bar 4G umobile.


Cara aktifkan 4G pada Umobile

Taip SMS " LTE (Jarak) ON " dan hantar ke 28118


Anda akan menerima SMS "Your LTE service is active. . . "


Baca Artikel Berkaitan Umobile

https://www.sekejung.com/2018/06/giler-laaa-dia-bagi-unlimited-data-lagi.html


Ingin tahu review aku mengenai prabayar GX50 ni? Tunggu artikel akan datang sebab aku belum sempat nak rembat dia punya semua data internet dan panggilan tanpa had.


Senarai Lokasi Rumah Terbuka Hari Raya Yang Boleh Pergi?

7:12:00 PTG

Menyambut perayaan Aidilfitri tanpa menghadiri jamuan rumah terbuka memang akan kurang sesuatu. Namun aktiviti rumah terbuka juga selalunya dilakukan oleh golongan yang berkemampuan.



Raja-raja melayu dan ahli politik turut tidak melepaskan peluang untuk mendekati rakyat dengan mengadakan jamuan rumah terbuka sempena Aidilfitri.


Kepada sesiapa yang berada di sekitar lembah klang, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bersama jemaah menteri dengan sukacita mengumumkan rumah terbuka di Putrajaya 1 Syawal 1440H bersamaan 5 Jun 2019




Seterusnya pada 2 Syawal 1440H bersamaan 6 Jun 2019 Sultan Johor turut perkenan untuk mengadakan jamuan rumah terbuka Aidilfitri bersama rakyat.



Kerajaan negeri Selangor juga tidak ketinggalan dengan mengadakan jamuan rumah terbuka seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri bertarikh 15 Jun 2019.



Mungkin banyak lagi lokasi rumah terbuka yang kami tidak tahu, jika ada diantara anda tahu sila kongsikan maklumat pada ruang komentar di bawah.


Aneka Colek di Farrah Cafe berdekatan Chabang Empat Tumpat, Kelantan

3:27:00 PTG

Lokasi kedai makan yang menjadi pilihan ketika berada di tumpat kelantan adalah Farrah Cafe.



Kami diberitahu cafe ini menyediakan dua lokasi meja makan yang berbeza iaitu mempunyai penghawa dingin indoor dan jenis outdoor pada kami ia sangat sesuai untuk yang berkeluarga dan perokok.


Cafe ini menyediakan masakan panas, colek dan pelbagai jenis minuman kelas teratas untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.




Cafe ini dari penilaian kami memang sangat selesa dan menepati citarasa pelangan dari faktor menu hidangan kami lihat ia dihiasi dengan penuh keunikkan serta mampu menarik selera pada sesiapa yang melihat.


Ketika kami datang mengunjungi untuk menikmati sajian dari cafe ini, dari segi tempat letak kenderaan(parkir) memang tiada masalah kerana sentiasa mempunyai ruang yang mencukupi.



Walaupun lokasi cafe ini terletak betul² tepi jalan utama namun pada siang hari memang sukar untuk terlihat salah satu faktor adalah faktor pencahayaan yang digunakan pada setiap pemilik restoran di kelantan dimana jika kita jalan pada waktu malam memang merata ada kedai makan berbanding pada siang hari yang agak sukar untuk lihat jika lalu menggunakan kelajuan kereta.



Popia sayuran? yeah disaluti dengan sos cili manis dan dihiasi bersama sayuran seperti touge supaya ia nampak lebih enak dan berseri.



Ini pula hidangan pencuci mulut yang sangat unik kerana idea yang dicurahkan memang mampu menarik perhatian kami untuk mencuba kerana disertakan sekali dengan aiskrim.



Kelantan terkenal dengan makanan Colek-colek pada mulanya kami fikir ia adalah buah-buahan sahaja namun bila sampai disini hampir kesemua jenis hidangan yang ber-sos turut di panggil colek tidak kisah ia adalah paru atau ayam dan lain-lain.


Kami juga diberitahu bahawa makanan colek-colek ini sangat terkenal ketika di bulan puasa kerana ia boleh dijadikan sebagai hidangan moreh selepas solat sunat terawih.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)