Terkini

Shopee Tanggung Kos Penghantaran Semula Barangan Rosak?

8:33:00 PTG

Pengalaman membeli belah atas talian melalui Shopee tidak seindah yang kita sangkakan kerana kita masih tidak tahu akan kondisi barangan yang bakal kita terima nanti begitu juga penyedia yang lain.



Yang selalu bermain di fikiran sudah semestinya bagaimana jika barangan yang kita terima itu mengalami kerosakkan atau salah? Adakah setiap pulangan yang dilakukan ditanggung sepenuhnya oleh Shopee atau pembeli.


Jadi oleh kerana Shopee memiliki FAQ yang berpanjang lela maka tidaklah sempat kami nak katam kesemuanya, namun berdasar pengalaman yang pernah kami lalui disebabkan malas membaca dan bertanya terus pada khidmat pelangan Shopee maka pernah juga kami menghantar semula barangan rosak tanpa klaim dari Shopee.



Sebelum itu dalam urusan tebus semula duit atau klaim bukanlah kerja yang mudah dan harus mengikut pelbagai polisi yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee bagi kesenangan bersama.


Ada pelbagai jenis pembeli iaitu redha dengan setiap permasalahan tanpa berusaha untuk menghubungi pusat atau penjual, seterusnya malas dan tidak tahu akan setiap sistem SOP oleh pihak penyedia dan akhir sekali mempunyai ketelitian yang sungguh tinggi mengalahkan deria kucing.


Jadi pengalaman pertama kali adalah malas nak ambil tahu akan FAQ pihak penyedia, nak dijadikan pengalaman ketika itu kami ada membeli peralatan elektronik (pre-order). Sampainya barangan tersebut, tanpa berlengah diantara kami pun dengan senang hati menekan butang (Recieved) pada paparan app.


Selepas itu barulah buka bungkusan dan ujicuba, tapi malangnya barangan tersebut tidak berfungsi seperti yang kami harapkan lalu terus menghubungi pihak penjual dan terus komen di ruang halaman produk dia bagi menunjukkan kami kurang berpuashati dengan barangan tersebut.


Pihak penjual pun pada mulanya tidak ingin bertanggungjawab kerana dia memberi alasan bahawa kami telah pun bersetuju dengan menekan butang 'terima' pada app shopee. Paling menarik pihak Shopee juga tidak peduli akan permasalahan sebegini disebabkan kami tidak mengikut polisi yang telah ditetapkan.


Sedikit nasihat dari kami kepada pembeli atas talian Shopee yang baru nak berjinak, pastikan anda memeriksa dahulu barangan yang dihantar itu terdahulu sebelum membuat keputusan untuk menekan butang terima bagi memastikan hak sebagai pembeli masih ada.


Berbalik pada kes kami yang pertama itu ia diselesaikan menerusi ruang chat antara pembeli dan peniaga, kerana ketika itu pihak Shopee hanya jadi pemerhati dan ia berakhir apabila kami berdua membuat persetujuan dengan meminta pihak Shopee memadam komen yang telah kami buat lalu proses memulangkan semula barangan tersebut dilakukan menggunakan kos sendiri dan peniaga pula bersetuju untuk memasukkan semula sejumlah wang kedalam akaun bank kami.


Kesimpulannya kami telah pun rugi terhadap kos penghantaran semula dan baru-baru ini turut ada mengalami perkara yang sama. Tapi kali ini tidak begitu risau setelah mengamalkan pemeriksaan barangan dahulu sebelum menekan butang terima di shopee dan hasilnya peniaga itu tidak banyak cerita terus menerima permohonan pemulangan barang dari kami.



Oleh kerana kami tidak mahu menanggung kerugian akan kos penghantaran buat kali kedua ini, satu pesanan ringkas telah pun dihantar kepada khidmat pelangan shopee dengan soalan 'Adakah kos pemulangan boleh di klaim semula' jawapan mereka adalah 'YA' mengikut terma dan syarat.


Terma dan syarat yang paling utama adalah kita tidak menekan butang terima atau apa-apa yang boleh melanggar peraturan dan paling penting penjual harus menerima dahulu barangan yang kita hantar itu setelah itu baru urusan pulangan balik duit kepada pembeli diuruskan iaitu memerlukan 3 hari bekerja atau lebih.


Permohonan Pulangan Item


Pembeli hanya boleh memohon bayaran balik dan / atau penyata Item dalam keadaan berikut:

• Item belum diterima oleh Pembeli;

• Item itu rosak dan / atau rosak semasa penghantaran;

• Penjual telah menghantar Item yang tidak sepadan dengan spesifikasi yang dipersetujui (contohnya saiz, warna, dan sebagainya yang salah) kepada Pembeli;

• Item yang dihantar kepada Pembeli adalah berbeza dari keterangan yang diberikan oleh Penjual dalam penyenaraian Item; atau

• Dengan cara persetujuan peribadi dengan Penjual dan Penjual mesti menghantar pengesahannya kepada Pembeli yang mengesahkan perjanjian tersebut.

Permohonan pembeli mesti dikemukakan melalui aplikasi mudah alih Shopee.

**Mengenai klaim kos penghantaran dari Shopee tu nanti akan kami kemaskini sekiranya benar pihak mereka membayar.


[Kemaskini] Shopee Malaysia telah menyelesaikan pembayaran kos penghantaran barangan rosak mengikut terma dan syarat. Terima kasih Shopee diatas ketelusan polisi anda setakat ini.


Bagaimana Maklumat Kita Di Explotasi Demi Keuntungan?

3:12:00 PTG

Sebelum tibanya zaman penggunaan telefon pintar dan internet yang meluas, maklumat data kita boleh sahaja dibocorkan dari helaian kertas borang yang berada di pasaraya atau institusi pinjaman.



Zaman itu jika masih ingat mereka menawarkan pelbagai hadiah demi menarik perhatian pelangan sambil itu kita juga disuruh mengisi borang seperti nama, kad pengenalan, no. telefon paling menarik ada yang sampai minta alamat rumah konon senang nak buat penghantaran hadiah jika menang cabutan.


Tahukah anda konsep diatas masih diguna pakai sehingga ke hari ini walaupun ramai yang sudah mula sedar akan sendiket ini.



Sekarang boleh dikatakan semua orang berada dalam rangkaian yang sama dan secara tidak sengaja telah berkongsi maklumat peribadi antara satu sama lain.


Saya memerhati ada yang sampai sudi berkongsi gambar lokasi kediaman secara sukarela maklumlah nak dapat reaksi dari pengikut katanya.


Disebabkan perubahan zaman terlalu cepat maka dengan tidak sengaja ramai yang menjadi hamba teknologi secara tidak diketahui dengan alasan untuk menjaga pengikut mereka dan sebagainya.



Tahukahh anda kes penipuan dan jenayah atas talian dilaporkan terus meningkat disebabkan manusia hari ini berada didalam rangkaian yang sama dan mudah menjadi mangsa.


Adakah kita sedar akan perkara ini atau terus leka dalam dunia internet tanpa menghiraukan apa² demi populariti.


Belum cerita tentang 'Big Brother' lagi, dalam diam² mereka buat duit dengan apa yang kita pernah kongsikan di internet.


Nak tahu apa 'Big Brother' boleh buat dengan maklumat kita yang didapati secara percuma tunggu posting akan datang.


Advertisement

Takut Dengan Inflasi Semasa? Jom Simpan Emas Sikit

11:20:00 PG

Antara wang kertas , emas , hartanah manakah pilihan anda? jika kami sudah pasti akan memilih wang kertas kerana boleh digunakan secara harian namun ia akan terasa seperti angin yang lalu di tepian pantai.



Hartanah sesuai untuk golongan yang mempunyai pendapatan tinggi dan komitmen yang rendah supaya dapat melakukan pinjaman bank, walaubagaimanapun ia bukan pilihan yang baik untuk semua golongan di Malaysia pada hari ini kerana akan terikat dengan bank hampir seumur hidup kecuali anda ingin makan keuntungan atas angin dari setiap sewaan.


Emas pula sesuai bagi semua golongan yang bekerja kerana kos yang diperlukan sangat minima iaitu sekitar bawah RM200 untuk 1gram berbanding kos pinjaman hartanah yang mencecah hampir RM500-RM1200 sebulan.



Kecoh dalam media sosial harga emas melambung sekejap ketika itu juga ada ar-rahnu sibuk buat marketing di FB untuk menarik pelabur pusing modal. Namun ia hanyalah sekejap sahaja tapi memadai kepada sesiapa yang ada membuat simpanan emas dalam jangka masa panjang.



Gambaran terkini diatas menunjuk downtrend yang drastik semenjak ramai yang mula ambil keuntungan, manakala yang lewat mengambil keuntungan harap bersabar menunggu nilai pasaran seterusnya.


Masalah orang kita terutama golongan wanita adalah terlalu suka membeli barang kemas 916(22K)walaupun mereka tahu susut nilai barangan kemas lebih banyak berbanding jongkong emas 999.9(24k). Maklumlah emas jenis ini tidak boleh dipakai dan ditayangkan kepada orang ramai tambahan lagi apabila musim perayaan.



Setelah nasihat diberikan bertubi-tubi baru ia faham apa itu 22k dan 24k emas dan manakah lebih berbaloi untuk disimpan. Maka kami pun terus ke cawangan public gold yang terdekat untuk berurusan pendaftaran supaya nanti mudah orang pompuan nak beli emas secara atas talian.


Ada satu potongan ayat " Ada duit belum tentu ada emas, Ada emas sudah tentu ada duit ". Jika korang sudah faham mulakan dari sekarang sikit-sikit lama jadi bukit. Sebelum itu yang anda perlu tahu adalah nilai pasaran emas bukan kita yang kawal mahupun bank tetapi ada tangan-tangan yang kita tidak nampak.


Ada yang merungut beli mahal-mahal tapi nilai pasaran tak naik, cik abang cik akak anda perlu tahu simpan emas bukan macam (MLM) kerja asik cari orang je untuk beli produk. Tapi ia lebih kepada simpanan jangka masa panjang untuk menahan inflasi matawang kertas yang semakin tidak terkawal.


Sebelum ini public gold pernah dilabelkan sebagai syarikat (MLM) dan setelah dikaji kini ia sudah mula mempunyai shariah compliant dan berkolaborasi bersama POS Ar-rahnu bagi memudahkan pelangan berurusan.


Advertisement

Rahsia Untuk Mendapatkan 10% Diskaun di KFC Malaysia

9:33:00 PG

Tahukah anda wajibnya melihat atau membaca keseluruhan setiap resit pembelian yang kita ada tidak kira dari pasaraya mahupun restoran indoor.



Teknik ini mungkin sudah lama tapi kami sendiri baru perasan dimana tempoh hari ada berkunjung di cawangan KFC terdekat dengan melakukan pembelian kentang putar untuk anak kecil. Selalunya resit pembelian kami komot dan campak ke dalam tong sampah tapi kali ini terasa rajin pula dari atas sampai ke bawah baca tulisan yang berasa di resit tersebut.


Jika korang nak tahu dibawah setiap resit KFC tu ada tertulisnya cara untuk mendapatkan diskaun 10% dengan setiap pembelian dinner plate yang akan datang. Dengan syarat kita perlu menjawab beberapa survey dari laman sesawang inikfc.com.my/feedback.



Korang jawab je setiap pertanyaan survey itu tapi sebelum tu sila pastikan yang anda memiliki resit pembelian KFC dahulu, jika tiada sila dapatkan dari mana-mana pelangan KFC yang ada. Buat muka tak malu je minta resit mereka sebab resit tu akan dibuang jua nanti bagi yang tidak tahu untuk redeem diskaun ini.



Pada kami 10% pun sungguh bermakna walaupun hanya dapat potongan beberapa peratus sahaja namun penjimatan harus diutamakan kecuali jika anda dari golongan berpendapatan tinggi jadi apa laa sangat dengan potongan 10%.


Nilai Kereta 'Trade In' Siapa Tentukan?

1:06:00 PG

Disebabkan ada individu yang bertanya siapakah yang tentukan nilai sesebuah kereta trade in? Jadi dalam posting ini kami akan huraikan mengikut kaji selidik dan kefahaman dari beberapa sumber.



Korang semua pasti sudah tahu kenderaan mempunyai susut nilai yang banyak boleh dikatakan peratusan harga selepas membeli terus turun dengan mendadak contoh hari ini kita beli dengan harga RM1 esok jika nak jual semula akan jadi 0.60sen.


Namun disebabkan ekonomi sekarang mempunyai kelemahan sedemikian jadi tidak hairanlah jika industri kereta terpakai berkembang seperti cendawan busuk. Kerana peratusan ketelusan mereka ketika berniaga sangatlah kurang memuaskan kepada pembeli maklumlah peniaga mana yang nak rugi tapi ia tidak bermakna kepuasan pengguna tidak perlu diutamakan.



Seperti yang kita ketahui di Malaysia majoriti yang menerajui perniagaan kenderaan terpakai ramai dari orang Cina, jika lembah klang ni boleh dikatakan diorang je yang sanggup meniaga kereta terpakai. Syarikat milik bumiputra bukannya tiada langsung cuma buat masa ini ia masih dalam situasi minoriti jika nak dibandingkan.


Berbalik pada tajuk utama 'Siapakah yang menentukan nilai kenderaan anda ketika Trade In?' jika kita lihat dari sudut mudah faham orang pertama yang korang jumpa di showroom atau used car adalah Salesman seterusnya barulah used car atau bank.



Masih tidak faham? Ok, katakan kita bawa kenderaan yang telah digunakan selama 3 hingga 5 tahun ke showroom atau syarikat kereta terpakai(used car) sudah pasti akan berjumpa dengan penjual kereta iaitu dalam bahasa english sales agent.


Tanpa membuang masa mereka akan meminta izin untuk melakukan penilaian terhadap kenderaan anda terdahulu bagi menentukan nilai sebenar kut ada calar atau kemek tu semua akan diambil kira nanti. Selesai semua pemeriksaan mereka ini akan merujuk kepada sistem penilaian mengikut tahun sesebuah kenderaan.


Data sistem penilaian ini boleh didapati dari Internet secara terbuka dan percuma namun data yang diperolehi dari insurance dan banker adalah anggaran sahaja.


1# https://www.oto.my/tool/car-market-value-guide/

2# https://www.takaful-malaysia.com.my/lang/bm/contactus/Pages/vehmarketvalue.aspx


Contoh baki hutang honda city tahun 2014 adalah 40K berdasarkan market value dari sistem diatas, tolak sana tolak sini salesman memberi penilaian bahawa kenderaan anda laku hanya 32k setelah menerima kata setuju dari used car dan baki selebihnya anda kena topup menggunakan duit poket sendiri bagi menyelesaikan baki hutang atau dijadikan sebagai downpayment kenderaan baru nanti dan siapa perasan penggunaan rebat seringkali diguna pakai namun pada kami ia hanya sekadar digit.


Oleh kerana itu jika anda melakukan hutang kereta selama 9 tahun sangat disarankan untuk bertahan selama 5 tahun walaupun telah mengalami kerosakkan kritikal. Jika tidak anda bakal mengeluarkan duit lebih banyak dari sepatutnya untuk menyelesaikan baki hutang dengan banker.


Kesimpulannya kami berpendapat yang memainkan peranan besar dalam urusan ini adalah antara salesman dan used car dan mendapati pihak Insurance berfungsi untuk memberi angaran nilai semasa sesebuah kereta mengikut tahun keluaran, akhir sekali peratus kelulusan pinjaman pula diuruskan oleh pihak banker menggunakan sistem kiraan pendapatan mereka yang ditetapkan oleh bank negara Malaysia.


Disebabkan used car tidak telus dalam urusan trade in atau jual kenderaan terpakai, syarikat Perodua telah membina bahagian POV sendiri demi menjaga kualiti setiap kenderaan dan kearah lebih telus kepada pelangan yang memerlukan perkhidmatan trade in atau pembelian kenderaan terpakai milik Perodua.


Sarapan Pagi Dengan Roti Keju Buat Sendiri Jerr

1:52:00 PG

Sarapan pagi sangatlah penting namun pengambilan jenis makanan turut menjadi masalah bagi sesetengah orang tapi tidak mengapa dalam artikel ini kami kongsikan satu resepi roti keju yang mudah dan kenyang.



Jika sebelum ini anda sering satukan roti bersama majerin atau kaya pandan yang lebih mesra pengguna tapi kali ini kita cuba buat hidangan yang lebih menarik.


Jika di semenanjung kami lebih menggunakan roti keluaran gardenia tapi jika tiada di kawasan dipersilakan menggunakan jenama roti alternatif. Bahan yang perlu ada seperti berikut Telur Ayam, Keju empat segi, Roti kosong (jangan pula beli roti krim).



Pecahkan beberapa biji telur ayam kedalam mangkuk mengikut keperluan anda lalu kacau sehingga sebati antaran putih dan kuning dan masukkan secubit garam, lada putih/hitam. Sediakan roti yang telah diletakkan keju macam kami setiap keping keju akan lapik sekurangnya tiga keping roti supaya ia menjadi tebal.


Panaskan kuali bersama minyak masak yang sedikit seterusnya tekapkan roti yang ada keju itu bersama telur ayam yang telah disebati tadi atas dan bawah secara berhemah.


Lalu masukkan kedalam kuali dan goreng seperti biasa, disaran menggunakan kuali non-stick(tidak melekat) bagi menjamin hidangan korang kekal cantik.


Apabila roti anda bersama telur ayam itu kelihatan kekuningan itu bermakna keju yang berada didalam itu turut sedang cair, jadi korang bayangkan betapa sedapnya melihat keju yang sedang cair bersama roti.


Setelah siap, hidangkan roti keju anda bersama mayonese dan sos cili bagi melengkapkan sajian pagi korang yang super sedap tu.


Hidangan Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah Lagi Sedap

12:47:00 PG

Tibanya musim durian runtuh sudah pasti akan ada tempoyak namun kepada yang tidak gemar pada bau buah durian anda mungkin mengalami kerugian sedikit, tapi tidak mengapa tidak suka buah durian tidak semestinya tidak suka gulai tempoyak.



Tempoyak ni ada bermacam jenis cara masakan mengikut negeri paling penting tengok tangan siapa juga, kena tangan yang tak bedung haa korang telan jelah tapi kalau kena yang super sedap risau hirup kuah tanpa nasi woiii jangan buat pasal.


Mengikut pengalaman bahawa ada dua buah negeri cara masakan yang berbeza, nama hidangan mungkin sama tapi cara penyedian agak berbeza. Masakan negeri yang pernah saya rasa adalah dari air tangan orang Perak dan Pahang.



Masakan kuah tempoyak dari negeri Perak adalah lebih cair berbanding dari kuah tempoyak negeri Pahang namun itu tidak menjadikan isu cuma pendapat saya mengatakan mungkin kuah yang cair itu mempunyai sifat berjimat cermat dalam setiap masakan dia berbanding dari kuah tempoyak orang Pahang jika boleh habis satu balang tempoyak dia nak curah tujuan memekatkan lagi kuah.


Tapi tidak mengapa kerana itu cumalah andaian mengikut negeri sahaja, alangkah baik jika kita menjadi seorang individu tanpa menghiraukan kelahiran negeri manakah.


Siapa yang kata susah nak masak gulai tempoyak ikan patin ala temerloh pahang sila teruskan membaca bahan-bahan dibawah bagi memudahkan korang ketika memasak di dapur.


Sebelum petik api dapur pastikan korang sudah sediakan bahan seperti dibawah risau nanti dah masak separuh jalan tetiba garam habis pula kan tak syiok nanti.



Bahan Penyedian:-


- Ikan patin

- Tempoyak

- Asam keping

- Cili padi

- Bunga kantan

- Garam

- Gula

- Daun kesum

- Kunyit hidup


Korang kisar tempoyak bersama kunyit hidup dan cili padi (jika suka kepedasan) bersama air sedikit, setelah selesai curahkan hasil kisar itu kedalam periuk dengan api yang kecil doktor pakar pesan jika nak memasak pastikan menggunakan api yang kecil kerana ia lebih sihat berbanding menggunakan api yang besar.


Masukkan bunga kantan dan daun kesum lepas tu masak seketika beberapa minit sehingga daun kesum kelihatan layu, seterusnya masuk pula ikan patin dan teruskan memasak seketika sehingga mendidih paling penting berhati-hati ketika gaul supaya ikan patin tidak hancur kena senduk korang.



Perasakan dengan garam dan gula sehingga kena dengan citarasa tekak korang, selesai semua tu hidangan gulai tempoyak ikan patin korang sudah pun boleh dihidangkan kepada ahli keluarga atau untuk diri sendiri.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)