Terkini

Resepi Kek Batik Coklat Bersama Biskut Marie

9:37:00 PTG

Kek batik sangat digemari oleh orang melayu terutama di Malaysia, Brunei dan Singapura pula tu cara penyedian juga amat mudah kerana hanya menggunakan bahan-bahan seperti Milo, serbuk Coklat, Susu pekat dan lain-lain.



Hidangan ini sangat sesuai dibuat ketika menyambut tetamu atau dijadikan sebagai kudapan semasa namun ia tidak sesuai diamalkan selalu kerana kandungan gula sangat tinggi maklumlah bahannya semua manis belaka.


Kalau penulis hari-hari nak ngadap kek batik jika boleh tapi itulah kesihatan harus diutamakan paling penting selepas makan pastikan meminum air suam dengan kadar yang banyak jika tidak maka tepu laa lemak dalam badan korang tu nanti.




Bahan-Bahan

- 600gm Biskut Marie

- 1 Cawan Air

- 1 Cawan Milo

- 1/2 Cawan Serbuk Koko

- 1 Cawan Susu Pekat

- 250gm Marjerin/Buttercup

- 3 Biji Telur

- Esen Vanila

-



Cara penyedian

- Cairkan butter/marjerin dalam kuali.

- Masukkan susu pekat, milo dan serbuk koko lepas itu kacau seketika supaya sekata tak berketul.(api kecil).

- Masukkan telur yang dikacau dahulu supaya tak berketul.

- Masukkan air kacau sampai agak pekat sudah boleh tutup api.

- Masukkan biskut marie gaul sebati. selepas itu masukkan dalam loyang jangan lupa padatkan.

- Masukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum kek batik dipotong. Siap! Selamat mencuba.



Resepi Ayam Masak Kicap

12:46:00 PTG

Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat makan bersama nasi yang panas-panas. Pasti ramai yang menngemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya.



Resepi ayam masak kicap ini saya lebih suka kuahnya mestilah pekat, lemak manis dan pedas secukup rasanya. Untuk resepi ini saya letak serbuk cili atau cili kisar bagi memekatkan kuah dan pedasnya secukup rasa.


Bahan-Bahan

Ayam Separuh

3 Ulas Bawang Putih

1 Biji Bawang Besar

1 Inci Halia

3 Sudu Besar Serbuk Cili

2 Sudu Besar serbuk Kari Ikan/Daging/Ayam

Kicap pekat

Kicap Lemak manis

Sos Tiram

Cili Padi

Tomato

Daun Bawang


Cara Penyediaan

Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak setelah masak angkat dan letak ketepi.

Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan halia.

Panaskan sedikit minyak tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan serbuk cili,serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air, biarkan seketika sehingga naik minyak. Selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat, kicap cair berserta sedikit air 2 cawan.

masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau sampai mendidih boleh masukkan cili padi, tomato dan daun bawang. siap!


Jangan terkejut sebab saya guna serbuk kari ikan sebab itu je stok ada kat rumah tapi rasa dia memang sedap sangat sampai nasi pun bertambah, yang penting anak-anak pun berselera makan. Anak kenyang ibu gembira.


Advertisement

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah

9:27:00 PTG

Kali ini CikSue nak kongsikan resepi masakan ayam yang mudah dan sangat sedap iaitu Resepi Ayam Masak Halia.



Kadang kala kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga.


Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri, dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Sila lah cuba resepi ini.



Penggunaan halia juga sangat elok untuk sesiapa yang selalu mempunyai perut kembung dan ingin membuang angin dalam badan.


Menu ayam masak halia ini juga sering disarankan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berpantang selepas melahirkan anak.


Bahan-Bahan:

Ayam Separuh

Halia Dihiris

1 Batang Serai Dibelah Dua Dan Diketuk

1 Sudu Kecil Lada Hitam

1 Ulas Bawang Merah

3 Ulas Bawang Putih

Daun Bawang

Lada Sulah

2 Sudu Sos Tiram

2 Sudu Tepung Jagung Dibancuh Sedikit Air

Kicap cair

Garam dan perasa

5 Biji Cili padi

1 Tomato


Cara penyediaannya

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia yang dhiris dan serai sampai naik bau. Masukkan ayam, masak seketika sampai ayam dah empuk sedikit.

Letak sedikit lada hitam, lada sulah, sos tiram dan kicap cair selepas itu masukkan air dua cawan, biarkan seketika sampai mendidih.

Sudah mendidih boleh masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama air. Kacau selepas itu masukkan cili padi, tomato dan daun bawang.

Jangan lupa perasakan bersama garam dan maggi cukup rasa, siap untuk dihidang, Selamat mencuba!.

Advertisement

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Sertai Foodpanda

7:43:00 PG

Foodpanda adalah sebuah jenama yang terkemuka kerana hanya fokus pada perkhidmatan penghantar makanan sahaja berbanding jenama lain kalau boleh semua bidang nak.



Diatas penelitian penulis Foodpanda bekerja secara dalam kumpulan kerana ia mempunyai radius penghantaran yang terhad berbanding jenama lain. Jadi setiap kawasan akan dilantik seorang ketua rider bagi memantau permasalahan anak buah.


Jenama ini terkenal kerana dikatakan mempunyai banyak pilihan makanan berbanding jenama lain mana tidaknya kalau ikutkan dahulunya dia pernah bersaing dengan uber food jadi kalau dari segi pemasaran semestinya telah mendahului yang lain.



Walaupun nampak mudah tapi rider mereka telah dikenakan peraturan yang ketat bagi menjaga imej syarikat salah satunya pakaian, tidak boleh offline sesuka hati, harga penghantaran mengikut batch(pangkat) dan paling menarik sebelum mula kerja kena ambil jadual dahulu supaya supply & demand seimbang dan rider tidak berkumpul sambil menunggu order.


ID HALAL & NON-HALAL DARI SEGI PEKERJAAN HALAL

- Hanya menyokong restoran(vendor) yang mempunyai sijil halal atau kedai muslim sahaja .

NON-HALAL

- Menyokong semua restoran(vendor).


RADIUS PENGHANTARAN

Radius penghataran adalah terhad tidak seperti jenama lain dan ia sesuai kepada yang suka bekerja dalam kawasan sahaja. Bukan itu sahaja oleh kerana kawasan terhad maka foodpand membuka peluang kepada individu yang tiada motosikal untuk berjalan kaki sambil menghantar makanan (Foodpanda walker) dikawasan yang ditetapkan terutama bandar.



Berkaitan dengan pembayaran pula Foodpanda masih mengekalkan penggunaan tunai berbanding cashless seperti jenama satu lagi. Jadi rider mereka diwajibkan membawa duit pecahan yang mencukupi sebelum memulakan pekerjaan dan setelah tamat jadual rider haruslah memasukkan(bankin) semula duit kedalam akaun Foodpanda tanpa gagal.


Tentang gaji pula dengarnya Foodpanda membayar seminggu sekali kepada rider maka kepada yang jenis suka gaji hari tidaklah sesuai dengan jenama ini.


Selebihnya pilihan ditangan anda sama ada ingin mencuba atau memang dalam keadaan sesak kewangan kerana belum jumpa pekerjaan yang sesuai.


Pautan artikel Grabfood


Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Sertai Grabfood

8:39:00 PG

Sekarang manusia sedang cuba beralih kepada digital dari segi semua sudut tapi sebelum kita jadi pengguna harus kita kaji selidik dahulu beberapa perkara.


Di Malaysia kita mempunyai pelbagai bangsa dan kaum mahupun agama tapi kalau cerita bab agama ada sesetengah individu mereka hanya sekadar ambil ringan demi keuntungan.


Semasa dunia sedang dibelengu dengan serangan virus pandemik covid-19 pelbagai sektor perniagaan dan keluarga telah terjejas ekoran pendapatan dan simpanan semakin berkurangan namun kerajaan ketika itu masih membenarkan beberapa sektor perniagaan penting untuk terus beroperasi seperti pasaraya, penghantar makanan, kenderaan awam dan lain-lain.



Sejak itu maka berduyun-duyun pemilik motosikal mendaftar dalam bidang delivery demi menampung perbelanjaan dan semenjak itu juga jalanraya sekitar lembah klang ini dipenuhi dengan motosikal delivery dari pelbagai jenama.


Tapi dalam artikel ini hanyalah cerita tentang jenama Grabfood yang mungkin sedang menjadi pilihan utama untuk dijadikan punca rezeki dari pelbagai lapisan masyarat baik muda mahupun tua. Tapi sebelum itu anda perlu tahu satu perkara dimana sektor delivery makanan kebanyakkan bercampur aduk antara Halal-Non-Halal.


Jika jenama lain mungkin ada pilihan untuk rider memilih ID Halal atau Non-Halal manakala jika Grabfood sememangnya tidak boleh kerana itu semua bergantung pada nasib atau berdasarkan penilaian dari sudut tertentu.


Tapi jangan terkejut kalau rakan anda dahulunya ID Non-Halal tiba-tiba menjadi Halal haa itu mungkin dia ada buat rayuan di pejabat atau sebagainya(pandai2lah nak hidup). Dari segi pendapatan setakat ini semua jenama delivery lebih kurang sama cuma kepada yang lebih suka gaji hari Grabfood salah satunya pilihan kerana ia bukan sahaja bebas tunai malah turut boleh buat pengeluaran setiap hari tanpa gagal dengan syarat pengeluaran haruslah dibuat sebelum jam 5 petang(hanya akaun Maybank).


PERBEZAAN ID HALAL & NON-HALAL DARI SEGI PEKERJAAN

HALAL - Hanya menyokong restoran(vendor) yang mempunyai sijil halal atau kedai muslim sahaja dan runcit(GrabMart) tapi jangan terkejut kalau tiba-tiba kena pergi kedai cina ambil order haa itu mungkin sistem Grabfood sudah tidak betul atau anda ketika itu kena bantu ambil order disebabkan tiada rider Non-Halal berhampiran.


NON-HALAL - Menyokong hampir semua restoran(vendor) dan semua bidang pekerjaan iaitu delivery barang(GrabExpress 20% komisen) dan runcit(GrabMart). Tapi disini agak bermasalah bagi rider Muslim kerana terpaksa hantar makanan khinzir dan minuman arak, ada individu yang paksa rela dan ada yang terus menekan butang batal pesanan walaupun kadar peratus pembatalan menjadi tinggi lalu akaun pun bakal dibatalkan oleh Grabfood.


RADIUS PENGHANTARAN

Radius segi penghantaran boleh dikatakan tanpa had tapi masih kekal dalam kawasan negeri maknanya tadelah lintas negeri lain seperti ke melaka dan pahang manakala sabah ke sarawak. Cuma yang tak sedapnya kena pickup jauh hantar jauh haaa bahagian ni memang jiwa kena kental kalau tidak sila tekan butang cancel dan hadapi peningkatan peratusan pembatalan.


Selebihnya pilihan ditangan anda sama ada ingin mencuba atau memang dalam keadaan sesak kewangan kerana belum jumpa pekerjaan yang sesuai.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)