Terkini

Pengalaman Menggunakan Set Aiken Prebiotik Hydra Plus

10:57:00 PTG
Set Aiken Prebiotik Hydra Plus sesuai untuk kulit muka kering dan berminyak. Antara produk yang dirumuskan dengan prebiotik semula jadi dari Perancis dan air beras dari Korea. Aiken Hydra Plus terbukti secara semula jadi meningkatkan penghidratan kulit dalaman dan luaran. Prebiotik semula jadi dari Perancis mendorong pertumbuhan bakteria mesra kulit untuk menguatkan fungsi penghalang kulit untuk kulit yang lebih sihat. Meningkatkan kehalusan kulit dan cahaya secara semula jadi.




Atas permintaan, saya nak review set Aiken Hydra Plus ini. Saya ambil fullset tau iaitu Micellar Water, Facial Cleanser, Essence Water, Moisturiser and face mist. Set ini takda sebarang perfume jadi yang tak boleh tolerate dengan bahan perfume boleh cuba ya.

Okay kisahnya tahun 2020 muka saya breakout agak teruk, jerawat membiak dengan gembiranya sampai rasa taknak tengok muka sendiri bertapa teruknya jerawat tumbuh. Satu kali tu siap pergi treatment lagi jumpa doktor, muka saya jenis kulit kering dan sensitif . Doktor cadangkan saya cari pelembap jenama Neutrogena Hydro Boost. Tapi maklum la tahun 2020 ekonomi tak menentu jadi saya hold dulu la sebab harga kayangan kan. Hari-hari tanya suami muka ok ke tak 😆. So Pujuklah suami nak beli skincare baru.

Setiap hari research nak mencari skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit muka dan harga mampu milik. Pening juga risau tak sesuai dengan kulit muka yang sensitif ni. Jadi saya buat keputusan ambil set Aiken yang ni sebab dia ada fungsi hydrating dan prebiotic dan tak perlu risau sebab produk Aiken 0% Paraben, Mineral oil, Alcohol, Colourant, Fragnance, Propylene Glycol, SLES/SLS, selamat digunakan tau.

Sebulan saya pakai Aiken ni setakat ini hasil dia sangat-sangat memuaskan. Disebabkan kulit muka saya sensitif parut masih ada, jerawat sudah berkurangan dan ia sangat membantu kurangkan jerawat. Produk Aiken ini ada kandungan niacinamide paling tinggi, jarang ye produk harga mampu milik ada niacinamide paling tinggi. Testur kulit muka dah kurang kasar dan makin lembut. Jerawat pun kecut hanya tinggal parut-parut saja. Nanti saya akan fokus untuk hilangkan parut pula.

Micellar Water bukan hanya untuk menghilangkan solekkan ianya juga membersihkan kulit tanpa membilas. Memang bersihlah!

Cleanser kurang buih takkan bagi rasa tegang atau ketat pada muka lepas cuci. Mula-mula pakai rasa best sangat memang bersih.

Essence pula tekstur sedikit cair tapi tidak cair sangat. Lepas pakai cepat meresap hanya tepuk-tepuk sikit muka lepas pakai essence tu. Sangat bagus sebab mengandungi 8 jenis Hyaluronic Acid.

Moisturiser paling best, Tekstur gel lepas pakai sejuk dan cepat meresap memang kulit moist gilaaa. Lembut je sebab ada kandungan niacinamide paling tinggi.

Face mist tekstur macam air. Mula-mula pakai rasa macam apa fungsi dia ni. Entah-entah dia letak air paip je dalam ni. Tapi semestinya saya silap, sangat-sangat best dapat membantu sangat hydrate kulit.

Routine siang hari 
1- Micellar Water
2- Facial Cleanser
3- Toner Garnier
4- Essence Water
5- Moisturiser
6- Face Mist
7- Sunscreen ( Biore UV Aqua Rich Watery Essence Sunscreen )

Routine sebelum tidur
1- Facial Cleanser
2- Essence
3- Moisturiser

Skincare lama semua suami pakai, so faham-faham la kalau dia flawless sangat nanti.





Pengalaman Buat Pemeriksaan Puspakom Premier - Mobile Van

12:12:00 PG

Puspakom telah menaik taraf tahap perkhidmatan mereka iaitu pemeriksaan secara out-door ekoran pandemik covid-19.



Perkhidmatan mobile van premier sangatlah sesuai kepada pemilik yang malas beratur menunggu lama di pusat pemeriksaan Puspakom. Harga yang ditawarkan bermula dari RM100 dan keatas mengikut perkara-perkara yang anda pilih.


Penulis anggap harga yang dikenakan sangat berpatutan disebabkan mereka akan datang ke lokasi kita untuk melakukan pemeriksaan dan jauh berbeza dari SOP di pusat mungkin disebabkan bayaran mahal kut.




Pemeriksaan puspakom ini terpaksa buat disebabkan kenderaan pernah digunakan sebagai pengangkutan E-hailing jadi syarat yang dikenakan oleh bekas kerajaan Pakatan Harapan(PH) sebelum ini adalah diwajibkan menjalani pemeriksaan setiap tahun walaupun menggunakan kenderaan sendiri.



Syarat ini juga telah dibawa dan diguna pakai sehingga kerajaan Perikatan Nasional(PN), jadi penulis telah membuat keputusan untuk membatalkan akaun E-Hailing dan kembalikan status kenderaan ke 'individu'. Tempoh pemeriksaan mobile van premier Puspakom mengambil masa sekitar 1-2jam turut bergantung tahap kelajuan sistem mereka.


Dalam mobile van diorang lengkap dengan komputer, pencetak dan lain-lain jadi selepas diorang buat pemeriksaan tidak lama begitu terus dapat salinan laporan selalunya LULUS jika kenderaan anda sudah siap sedia mengikut syarat yang ditetapkan oleh JPJ/Puspakom.



Tapi jika gagal, harap bertabahlah dan cuba lagi pada hari lain, mengikut kes kenderaan penulis iaitu E-Hailing jika telah melepasi tarikh pemeriksaan Puspakom maka sebarang kerja memperbaharui insurans tidak akan dibenarkan sama sekali.


Walaubagaimanapun perkhidmatan Mobile Van Premier ini sangat sesuai jika anda seorang yang menghargai masa tambahan lagi semasa isu covid-19 adalah lebih baik berada dirumah, namun jika masih inginkan penjimatan boleh sahaja terus walk-in atau membuat temu janji terdahulu.



Semasa artikel ini ditulis adalah jatuh pada hari Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia(PKP) maka ketika ini juga kebanyakkan kaunter kerajaan tidak dibuka atau perlu membuat temujanji atas talian dahulu termasuk kaunter JPJ dimana tidak semua urusan boleh dibuat semasa musim PKP.


Mujur selepas dapat laporan puspakom terus dibenarkan untuk membeli insurans kenderaan jika tidak memang niaya jugalah nak menunggu tempoh PKP tamat baru boleh berurusan di pejabat JPJ untuk pertukaran status kenderaan sekaligus untuk dapatkan cukai jalan.


Maklumat lanjut

https://www.puspakom.com.my/premier-mobile-inspection/

Tempahan atas talian

https://www.mypuspakom.com.my/


Advertisement

BiP Messenger Keluaran Turki Sebagai Pilihan Alternatif Pengguna

11:42:00 PG

BiP adalah sebuah aplikasi messenger tempatan Turki namun ia tidak dapat sambutan sepenuhnya oleh dunia.



Berhubung isu salah guna data privasi oleh WhatsApp, warga net seluruh dunia telah pun mengumpul beberapa messenger alternatif kepada pengguna tapi seperti yang kita jangka pengguna nak beralih dari satu platform kepada yang baru sangatlah sukar.


Penulis lihat ekonomi di Malaysia hampir kesemua syarikat besar mahupun kecil sudah menggunakan platform facebook untuk kaedah pemasaran dan diikuti whatsApp untuk berhubung dengan kakitangan syarikat.




Menurut sumber media luar negara BiP messenger milik negara Turki telah pun diterima baik di beberapa buah negara seperti bangladesh dan indonesia dan ia turut mempunyai ciri yang baik sama seperti Zoom milik China dan Duo milik Google.


Apps mesengger milik Malaysia? haa korang pergilah berbasikal di tepian jalanraya dahulu. Selain itu kerajaan Turki turut memanggil syarikat tempatan untuk membina platform media alternatif seperti facebook supaya ada persaingan.


bip.com/en/


Advertisement

Kecoh Isu Beralih Dari WhatsApp Kepada Alternatif Masengger Seperti Telegram dan Signal

1:28:00 PTG

WhatsApp dengan rasmi telah mengeluarkan policy baru mereka dimana memerlukan persetujuan pengguna untuk berkongsi data kepada facebook.



Secara ringkas jika pengguna gagal bersetuju maka secara automatik akaun whatsApp akan dihapuskan dari server. Isu ini telah menyebabkan beberapa individu yang ada nama telah mengeluarkan kenyataan minta pengguna beralih kepada platform alternatif yang lebih terjamin.


Pengguna internet kini mempunyai pelbagai lapisan iaitu dari golongan yang ambil tahu sehingga yang malas ambil tahu terutama tentang data mereka diguna pakai secara percuma oleh pihak ketiga.



Jadi beberapa kumpulan mahupun individu seluruh dunia telah mula membuat kempen meminta pengguna whatsApp beralih kepada platform alternatif jika tidak mahu bersetuju dengan policy baru itu.


Pada mulanya Telegram telah berjaya mendahului untuk dijadikan platform alternatif masengger dan berjanji akan menjaga data privacy pengguna namun setelah menerima pengguna yang ramai baru-baru ini pengasasnya telah pun mengeluarkan statement bahawa bercadang membuat versi premium bagi menampung kos perkhidmatan.


Cadangan itu dibuat kerana tidak mahu mengikut jejak WhatsApp suatu ketika dahulu yang terpaksa menjual kepada syarikat lain yang lebih berkemampuan.


Bagaimanapun beberapa cadangan di internet pula telah menawarkan platform masengger sumber terbuka iaitu Signal disebabkan ia lebih terjamin. Tahap security pula ditahap yang memuaskan kerana dipantau oleh komuniti dan ia turut menggunakan konsep sumbangan bagi menampung kos operasi platform tersebut.


Dengan ini penulis pun telah memadam akaun WhatsApp tanpa memberitahu kenalan, tahukah anda jika kenalan kita gagal mencari di WhatsApp sudah pasti mereka akan menghubungi kita terus jika ada apa-apa disitu tidak perlulah risau sangat dan sayang sangat ya.


TIDAL Holiday Offer! 4 Bulan Hanya RM4 Sahaja - HI-FI/Premium

8:12:00 PTG

Penstriman muzik TIDAL menawarkan Holiday Offer RM4 sahaja untuk 4 bulan. Untung kaw-kaw kepada pencinta muzik seluruh dunia.



Tapi offer ini hanya sah kepada akaun baru manakala akaun sedia ada sila guna inisiatif seperti alamat emel baru atau lain-lain kaedah.


Menurut ulasan youtuber di seluruh dunia mengenai penstriman muzik TIDAL ini dilengkapi dengan tahap bunyi kualiti tinggi kalau nak kira video lebih kurang kualiti gambar 1080p gitu. Cuma yang muzik ni tak tahu nak cakap tahap mana apa pun setelah penulis cuba ternyata memang padu.




Sound system dia sedap didengari bila menggunakan headphone/ earphone yang menyokong bass, tidak ketinggalan dengan perkakasan sound system yang korang ada tu dan TIDAL juga klaim bahawa mereka mempunyai lebih 70 juta senarai muzik serta 250 ribu muzik video haaa! betapa besarnya ruang simpanan koleksi mereka.


Tawaran holiday ini tidak tahu sampai bila tapi jika korang pencinta muzik dan malas nak download masuk memory card atau pun malas nak search gudang Youtube music. Yeah TIDAL pilihan inisiatif tambahan lagi ia sedang murah berbanding yang sudah ada dipasaran nak sebut setiap jenama penstriman muzik risau lari tajuk.


Malas nak cerita panjang korang klik je pautan ini TIDAL HOLIDAY OFFER! dan lengkapkan segala butiran yang diminta mengikut kesesuaian masing-masing, 4 bulan tu siapa je nak bagi walaupun ada banyak alternatif percuma namun apa salahnya mencuba pengalaman baru sementara ia murah betul tak.


TIDAL HOLIDAY OFFER! RM4 FOR 4 Month


Terperangkap Dengan Refund Policy 'Hostinger.my'

10:40:00 PTG

Setiap syarikat penyedia domain/hosting mempunyai tahap policy masing-masing dan pasti ramai diantara kita selalu terlepas pandang berkaitan refund policy dan seangkatannya.



Pengalaman penulis kita bertanya akan baki duit yang terdapat didalam akaun hostinger adakah ia boleh dikeluarkan atau pun tidak dan jawapannya adalah 'TIDAK'.


Terkejut dibuatnya walaupun jumlah baki tidak terlalu banyak tapi terkilan juga tak dapat dipindahkan semula ke akaun bank. Dan cara penyelesaian adalah harus menghabiskan baki tersebut dengan melangan apa-apa perkhidmatan yang disenarai oleh Hostinger.my secara paksa rela.



Sudah berbuih perkataan dengan pihak support mereka namun tetap gagal kerana sudah terperangkap dengan 'refund policy' syarikat. Walaupun nampak mudah tapi sebenarnya mereka mempunyai pelbagai undang-undang ciptaan syarikat tambahan lagi berkaitan duit memang berpusing-pusing jadinya.



Tapi penulis pun tak faham datang dari mana baki duit yang ada dalam akaun Hostinger.my sebab seingatnya selama ni bayar full digit tade pula lebih 1sen 2sen.


Dalam isu refund policy dianggap selesai oleh penulis kerana mereka sudah mempunyai undang-undang syarikat. Kepada sesiapa yang sedang atau ingin menggunakan jenama hostinger harap korang tidak meninggalkan jumlah baki dalam akaun kecuali bertujuan untuk renew perkhidmatan yang disenaraikan.


Akhirnya baki dalam akaun hostinger telah pun penulis buat akaun EMEL untuk domain @sekejung.com haaa lepas ni bolehlah eksen sekejap balas menggunakan alamat emel rasmi.


Langan Viu Menggunakan Google Pay Dengan Hanya RM8 Sebulan - Promosi Terhad!

7:56:00 PTG

Kepada peminat drama/filem korea pasti sudah tahu akan perkhidmatan streaming VIU yang sentiasa mengemaskini episod baharu.



Pihak Viu turut membuat beberapa tawaran pakej mengikut bulanan sehingga tahunan dan seperti biasa lagi panjang tempoh anda langan sudah semestinya lebih menguntungkan.


Macam penulis lebih suka tunggu tajuk drama/filem yang menarik barulah terkial-kial cari promo kod dan sebagainya untuk proses melangan selama sebulan sudah memadai.



Jika anda malas nak fikir link kad bank kepada Google Pay sebagainya, Viu turut menerima pembayaran e-Wallet TnG dan beberapa kaedah kupon yang boleh didapati dari 7-Eleven.


Penulis sedar dunia digital memang tidak boleh lari dari isu aplikasi pihak ketiga atau dikenali sebagai mod. Cuma ingin menasihati bahawa aplikasi percuma yang boleh dimuat turun dari pihak ketiga mungkin sahaja mempunyai kod jahat atau mudah difahami Virus tersembunyi.


Tapi jika anda seorang nerd atau pakar ICT mungkin sudah biasa bermain dengan kod jahat dan sudah tahu selok belok, namun kepada pengguna biasa harap sentiasa peka dan berhati-hati dengan sebarang perkongsian di internet.


Resepi Pau Goreng Sambal Ikan Bilis - Homemade

6:19:00 PTG

Jika ada lebihan sambal ikan bilis boleh cuba pau goreng sambal bilis ini. Tapi harini saya kongsikan resepi adunan pau sahaja tau. Caranya sangat-sangat lah mudah bahan-bahan senang sentiasa ada di dapur korang kan.



Sedapnya Pau Sambal kena pula jika dihidangkan ketika minum petang, alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan bagi korang yang nak cuba buat kuih ni, resepi perkongsian saudari Norsyahira Binti Yaacob ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


Kepada yang belum pernah ada pengalaman dinasihatkan mencuba dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelak sebarang pembaziran jika gagal namun keyakinan haruslah tinggi ketika mencuba.



Bahan A

Tepung gandum 2 cawan

Baking powder 2 sudu kecil

Yis mauripan 1 bungkus

Gula satu sudu

1 cawan air

Cara-cara

Yis tu rendam bersama air suam sebanyak satu cawan campur dengan satu sudu gula hingga berbuih. Ambil tepung gandum dan baking powder gaul sama rata. Bila dah rata masukkan yis tadi gaul dan uli hingga doh menjadi lembut.


Biarkan selama 1 jam hingga doh tersebut kembang kemudian baru bentukkan menjadi pau setelah itu haa goreng menggunakan minyak yang panas siap.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)