Terkini

Resepi Ikan Kembong Kukus Air Asam Kerisik

9:41:00 PTG
Korang pening-pening nak makan apa untuk makan tengah hari tu boleh cuba resepi ini pasti makan nasi bertambah.

Resepi diet untuk kesihatan korang sesuai la yang mana berdiet sebab ikan dikukus bukan ikan yang bergoreng.



Bahan-bahan 

Ikan Kembong
Bawang Besar
Cili Merah Besar
Cili Api Hijau
Tomato
Asam Jawa
Kerisik
Gula 
Garam

Cara penyediaannya

1. kukus ikan kembong.
2. Sementara tunggu ikan kembong dikukus, potong bahan seperti tomato, bawang, cili merah besar, cili api hijau.
3. Masukkan 1 sudu asam jawa, 1 sudu kerisik perasakan gula dan garam gaul sebati.
4. Boleh curahkan bahan tadi di atas ikan kembong yang dikukus tadi. Siap.

Jika ikan kembong lebih gandakan bahan ikut citarasa masing-masing.

Perbezaan Tiga Jenama Paste Tomyam Yang Perlu Kita Tahu

9:23:00 PTG
Sekali imbas korang tengok botol-botol itu semua sama kan dan ramai apabila diceritakan tiga-tiga botol ini lain-lain jenama baru orang perasan. 

                                                        sumber : Zatty Roslan

    
1. Yang tulisan thailand tu paling sedap.
Yang ni tahun lepas saya cuba cari di padang besar memang payah jumpa. Diorang susun bahagian dalam kedai kena cari satu kedai ke satu kedai dan ada dua botol saja. Paste ini mahal sedikit dari jenama botol yang lain. Cara masak dia senang saja letak air, letak paste, letak segala ayam, seafood dan sayur-sayuran yang nak dimasak. Tidak perlu letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau pes letak sikit kena la letak semua bahan itu. Tapi cara saya letak paste banyak-banyak baru la tomyam pekat memikat tapi ikut selera masing-masing. 

2. Paste tomyam jenama nang fah.
Perhatikan bulat kecil yang ini kedua sedap. Harga dia murah sedikit dari tulisan thai tadi. Cara masak sama letak semua tak payah ubah apa-apa. Tapi korang cuba la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sedikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tidak berapa suka masam boleh letak sedikit susu cair.

3. Paste tomyam jenama PUM.
perhatikan bulat kecil itu. Yang ni kurang sedap dan ramai orang review masak-masak guna paste ini. Mungkin di tempat diorang ada jenama ini saja. Yang paste PUM ni memang korang kena tambah bahan. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang dan ikut selera masing-masing. Paste ini memang berlambak di padang besar dan harga dia murah dari dua botol yang diatas tadi.

Lepas ini korang nak beli paste tomyam tengok benda yang saya bulat-bulatkan itu. Selamat mencuba.

Saya selalu beli jenama 1 dan 2. Masak ini paling senang, cepat dan mudah campak-campak saja.
























Advertisement

Ketahui Khasiat Beras Rebus Atau Parboiled

7:17:00 PTG
Inilah makna "makanan adalah penawar dan ubat adalah makanan". 

Beras rebus memang sangat berkhasiat berbanding beras putih biasa. Malah dengan beras perang pun beras parboiled lebih baik dari segi penyerapan mineral seperti calsium dan iron. Harga tidak berapa mahal 10kg dalam RM30 saja.

Sumber Google
         Sumber Google

Sebenarnya beras rebus lebih baik khasiat daripada beras perang sebab nutriennya lebih tinggi dan lebih mudah diserap dari segi penyerapan kandungan zat besi dan mineral. Iaitu 11 kali ganda daripada beras perang dari segi penyerapan mineral yang 90% lebih tinggi. Kalau banding dengan beras putih sangat jauh bezanya.

Sama dengan Bulgur wheat contohnya parboiled wheat grains, 55 kali ganda khasiat daripada biji gandum asli yang perang itu.

Beras rebus tinggi kandungan protein, B komplex, mineral, iron, calcium, fiber, index glycemix yang lebih rendah tapi kadar penyerapan mineral dan vitamin 90% lebih tinggi antioksidan. Lembut dan gebu perut pun rasa kenyang lama dan tidak meragam, elok untuk sembelit, detox semulajadi, membina sel darah, merawat anemia, menguatkan tulang, organ dan tubuh. Ia juga boleh elakkan diabetes, darah tinggi, kolestrol, sakit lutut dan sendi.

Boleh mengelakkan penyakit angin dalam usus dan untuk bayi dalam kandungan bagi pertumbuhan saraf yang normal. Vitamin B komplex asli yang terdapat dalam bijirin beras rebus ini sangat penting untuk ekspresi gen yang normal dan seimbang iaitu terkawal untuk :

  • Pembaharuan sel yang normal dalam tisu kulit 
  • Pembentukan pelbagai molekul protein enzim untuk molekul pembawa dan detoksifikasi bahan toksik dalam sel.
  • Kekuatan otot dan organ jantung dan paru-paru
  • Tisu saraf dan otak
  • Fungsi penghadaman yang elak kembung dan makanan kurang hadam.
  • Elak badan dari masuk angin terutamanya wanita bersalin.
  • Untuk hemoglobin dan sintesis sel darah merah.
  • Pembentukan janin dan saraf otak yang normal.

Nanti ada pula yang cakap makan bertiga boleh la makan beras ini, kalau 8 orang macam mana. Mari sini nak jawab terus yang makcik bawang pergi beli beras yang mahal buat apa, beli beras yang murah sudah la asalkan beras rebus tapi mahal sikit dari beras biasa dalam harga RM30/10kg dan macam-macam jenama ada.

Tidak jadi juga kalau beras saja tukar, cara pemakanan haruslah tukar juga. Tapi tidak mengapa sekurangnya kita sudah ubah separuh daripada tidak ubag langsung.





Advertisement

Cara Menambah Ruang Storan Disk : Virtual Box

2:03:00 PTG

Sekian lama jiwa terperuk dalam rumah bagi menghadapi isu pandemik covid-19 yang semakin meruncing akhirnya penulis ada perkara baru untuk dikongsikan.


Kepada yang suka ujicuba program komputer atau lain-lain pasti sudah biasa dengan perisian Virtual untuk dijadikan sebagai sandbox untuk elak daripada malware atau kerosakkan operating system asal.


Perisian virtual ini mempunya versi berbayar dan percuma iaitu opensource(sumber terbuka). MWare work station berbayar dan Virtual box adalah perisian sumber terbuka sejak sekian lama dari perbezaan pula sudah semestinya ciri-cirinya.



Disini penulis tak nak bahas mengenai ciri terhadap kedua-duanya kerana artikel ini sekadar nak beritahu cara menambah ruang storan Virtual Box kerana ruang yang kita anggarkan tidak mencukupi setelah selesai memasang operating system.


Windows Command

vboxmanage.exe modifymedium "[YourPathToVdiFileOfYourVirtualMachine]" --resize [NUMBER]


Cara Penggunaan Secara Ringkas

Kena ubah saiz file .vdi dalam folder VirtualBox VMs dengan cara mudah iaitu klik show in Explorer pada operating system virtual anda.


Tekan Ctrl+S untuk buka setting virtual operating system yang anda inginkan lalu pilih Storage dan Remove Attachment file .vdi yang ada.


Seterusnya masuk Local C:\Program Files\ Oracle\ VirtualBox lalu tahan butang Shift + Right clik pilih Open command window here.


Kotak perintah windows akan keluar gambaran contoh seperti dibawah.



Selesai ni semua kita pergi Storage dan add semula file .vdi yang telah dikemaskini. Jika masih keliru anda boleh rujuk mana-mana sumber video di Youtube menggunakan kata kunci How to Increase Disk Size Virtual Box.


Resepi Donut Kampung Yang Gebu Dan Mudah

5:22:00 PTG

Tidak perlu guna serbuk penaik, ovalette senang cerita tidak memerlukan bermacam bahan kecuali toping.




Sebelum ini sudah banyak kali buat donut malangnya tidak sempurna tapi selepas hasil ujikaji dari pelbagai resepi akhirnya berjaya. Alhamdulillah, bolehlah dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama keuarga.



Bahan-bahan

1 paket yis 11g
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Segelas air suam (jangan air panas)
  • Campurkan semua bahan di atas dan kacau
  • Ketepikan, biarkan sehingga naik buih dalam 10 minit 
Tepung gandum 850g (saya guna Tepung Rose masuk sepaket)
4 sudu besar planta/marjerin


Cara penyediaannya

  • Campur tepung gandum dan planta/marjerin
  • Gaul sampai jadi macam serbuk roti
  • Tuang air yis yang sudah berbuih, rupa air gas
  • Uli dan tambah air sikit-sikit hingga menjadi doh tidak melekat pada tangan
  • Boleh tutup dan ketepikan sehingga kembang anggaran dalam 30-40 minit
  • Sudah kembang boleh tumbuk manja dan bulatkan. 
  • Lapik dengan kertas supaya doh tidak melekat ataupun boleh tabur tepung bahagian bawah 
  • Doh mengembang boleh tekan sikit dan tebuk lubang
  • Biarkan dan rehat sekejap dalam 10 minit
  • Sedia untuk digoreng.




Gambar diatas adalah cara penyedian donut yang telah saya sediakan.










Doa Para Ibu Boleh Amalkan Semasa Bayi Dalam Kandungan

11:37:00 PTG

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit."




"Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu."

"Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat."

"Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan  pandai, alim dan beramal".

"Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."





Vitamin C untuk Kuatkan Sistem Imun Badan Tapi Jangan Berlebihan

1:08:00 PTG
Sudah sarapan pagi? kalau belum jom sarapan pagi dulu sebelum mula bekerja. Lepas sarapan kita makan vitamin C pula.



Saya nak review Vitamin C 1000mg keluaran 21st Century. Umur pun semakin "remaja" ni kena makan supplement.

Vitamin C ini harga murah dalam RM23.96 tahan untuk 60 hari sebab ada 60 tablets dalam ini makan setiap sekali sehari. Saya beli Vitamin C ini melalui atas talian saja. Memang sedap rasa oren dan masam-masam sikit. Ibu mengandung pun boleh amalkan Vitamin C ini.

Sekarang sudah di kelilingi dengan virus covid tanpa kita sedar. Jadi perlu ambil vitamin C untuk kuatkan lagi antibodi kita. Sebaiknya ialah banyakkan makan limau atau air lemon. Tapi kita bukan hari-hari makan limau pun. kalau habis kena pergi beli lagi di pasaraya.


Kepentingan Vitamin C Untuk Anda

KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kologen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia berguna bagi virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

TINDAKAN KARDIOVASKULAR -  Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (>2000mg) untuk jangkamasa panjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).

Dipasaran ada banyak produk Vitamin C, pastikan ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Resepi Yee Mee Sizzling Mudah Dan Menyelerakan

10:48:00 PTG
Setiap hari mesti buntu hendak masak apa. Ulang- alik kat dapur tapi tak siap-siap masak lagi. Tanya suami nak mee sizzling laju dia jawab nak. Sebenarnya saya tak pernah masak mee sizzling tapi saya cuba.

Masa makan suami cakap sedap dari di kedai, aihhh tiba-tiba terharu suami cakap macam tu. Mak-mak kalau buntu nak masak sesekali boleh la cuba masak Yee Mee Sizzling untuk suami ataupun anak-anak. Di sini saya sertakan resepinya mudah nak tengok bahan-bahan jika terlupa nanti.


    Kredit : Suzana Othman


Bahan-bahannya
  • 1 mangkuk ayam bahagian isi potong dan bersihkan
  • 10 biji cendawan shiitake kering - rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian
  • 10 tangkai cili kering - potong (kurangkan jika tak nak pedas)
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 1 ketul kiub yam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dalam sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan-bahan lain
  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • pakchoy


Cara penyediaannya

1 - Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
2 - Masukkan isi ayam
3 - Masukkan sos tiram, kicap pekat, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam, gaul sebati.
4 - Masukkan cendawan shiitake
5 - Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.
6 - Apabila dah menggelegak masukkan tepung jagung yang dicampur air , masak hingga kuah pekat. Tutup api. 
7 - Sediakan kuali non stick letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. buka api dapur masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut.
Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.

Sudah siap yee mee sizzling. Tak payah guna pan macam di kedai pun takpe guna apa yang ada kat rumah saja. Sedap tau boleh la buat lepas rindu korang yang suka makan yee mee sizzling di food court tu. Selamat mencuba.

Kredit : Suzana Othman





 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)