Terkini

Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa

6:12:00 PTG

Kurma Ajwa mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah ‘ٱللَّÙ‡ِ’.



Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad ï·º dalam sabdanya ketika Baginda ï·º berbuka puasa.


Rasulullah ï·º sendiri amat menggemari memakan buah kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. Sabda Rasulullah ï·º: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)


Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan kekebalannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkatan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad ï·º yang mulia.



Buah kurma itu dinamakan Ajwa, berdasarkan ‘asbabul wurud’ (sebab-sebab turunnya hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salaman Al-farisi seorang Nasrani yang baru memeluk Islam telah mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Beliau juga mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasulullah ï·º menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.


Dari sumber-sumber yang lain pula mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah ï·º adalah di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lampau.


Di ceritakan juga pada suatu hari Rasulullah ï·º sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda ï·º.


Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah ﷺ sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah سبحانه وتعالى supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah سبحانه وتعالى yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah ﷺ berbuka puasa.


Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah ï·º. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga pokok kurma Ajwa ini sukar hidup dan berbuah di tempat-tempat lain kecuali Madinah.



Pada masa ini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. Maka tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Itu pun ada pembekal yang menjual buah kurma ajwa yang belum masak untuk mendapat untung dengan merendamkannya dengan pemanis buatan.


Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Bulan-bulan puasa ni, ramai yang kongsikan resepi jus kurma susu, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu. Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.


Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi. Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.


Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg., manakala di Malaysia harganya boleh mencapai RM 80.00 – RM 160.00/kg. Kini kurma Ajwa juga dapat dinikmati dalam bentuk pati, jus pekat dan minuman serta mudah didapati di negara kita.


Mudah-mudahan kita semua dapat merasakan segala manfaat kebaikan daripada kurma ajwa ini, dengan mengambil kurma ajwa ini secara teratur InsyaAllah boleh terhindar daripada perbagai penyakit sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ï·º.


SUMBER

Wajah Sentiasa Berseri Dan Disukai Ramai Amalkan Doa Ini Setiap Hari

3:13:00 PTG

Mana mungkin kita akan ketepikan soal cantik dalam kehidupan kita? Tidak kira dalam segala aspek sekalipun, kecantikan itu pasti menjadi faktor utama untuk menjadikan kita sentiasa berkeyakinan apabila di hadapan khayalak ramai.



Wanita pula tidak pernah lari dari kecantikan. Dari segi solekan, fesyen, aksesori ataupun dekorasi rumah, semuanya mahu kelihatan cantik.


Dalam Islam, ada sebuah doa yang memberi kebaikan kepada kita untuk sentiasa nampak berseri. Doa ini seringkali digunakan untuk kita tampil menawan terutamanya berkaitan hal kerja.


Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).



Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.



Kemudian, selepas membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.



Caranya:


Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.


Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.


Muka yang berseri bukan bermaksud wajah yang bersih tanpa cela semata-mata. Ketenangan mental dan jiwa juga boleh tergambar pada wajah. Orang yang sentiasa ada masalah, hati tidak tenteram akan terpamer pada wajah mereka.


SUMBER
Advertisement

Berapa Lama Masa Yang Diperlukan Untuk Jantung Pulih Selepas Berhenti Merokok?

11:13:00 PG

Berhenti merokok sering dilakukan atas beberapa sebab termasuk kesihatan. Berhenti merokok boleh memberi manfaat dan faedah untuk kesihatan jantung dan paru-paru.



Keadaan jantung dan paru-paru anda boleh menjadi lebih baik selepas anda berhenti merokok. Tetapi berapa lamakah masa yang diperlukan untuk jantung kembali selepas merokok?


Apabila anda berhenti merokok, keadaan jantung anda akan kembali seperti sebelum ini. Namun untuk memulihkan sepenuhnya, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun.


"Faedah berhenti merokok tidak boleh dipandang remeh, sistem kardiovaskular akan pulih dengan cepat, dengan perubahan psikologi, ini boleh berlaku dalam masa beberapa jam," kata penyelidik Meredith Duncan dari bahagian kesihatan kardiovaskular di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee.



Walaupun keadaan jantung boleh bertambah baik dalam masa beberapa jam, kawasan ini akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.


Duncan dan pasukan penyelidiknya mendapati lima tahun selepas berhenti merokok, risiko penyakit jantung berkurangan dengan ketara berbanding mereka yang terus merokok. Tetapi untuk menjadikan jantung benar-benar kembali seperti orang yang tidak pernah merokok, ia mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 tahun.


"Untuk pulih, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun. Oleh itu, adalah penting bagi perokok untuk berhenti segera dan berjumpa doktor supaya perkara ini berjalan lancar dalam jangka panjang dan membincangkan langkah-langkah lain," kata Duncan.


Dalam kajian tersebut, pasukan Duncan mengkaji data daripada kira-kira 8,800 lelaki dan wanita. Dalam kalangan peserta, kira-kira 2,400 adalah perokok tegar yang telah mengambil sekurang-kurangnya satu bungkus rokok selama 20 tahun.


Selepas mengumpul data selama 26 tahun, lebih daripada 2,400 peserta mengalami serangan jantung, strok, kegagalan jantung, atau kematian akibat penyakit jantung. Daripada mereka yang meninggal dunia, kira-kira 1,100 adalah perokok tegar.


Dr. Gregg Fonarow, pengarah Pusat Kardiomiopati Ahmanson-UCLA, Los Angeles, berkata setiap kajian bekas perokok mendapati risiko masalah jantung mereka berkurangan berbanding mereka yang terus merokok.


"Dari sudut pandangan risiko kardiovaskular, masih belum terlambat untuk berhenti merokok."



Fonarow menyebut bahawa merokok adalah punca utama serangan jantung, strok, kegagalan jantung, penyakit vaskular periferal, dan kematian pramatang.


“Berhenti (merokok) boleh mengurangkan risiko dengan ketara,” jelas beliau.


SUMBER
Advertisement

Rahsia Kebaikan Buah Betik Yang Anda Perlu Tahu

10:42:00 PG

Buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi. Bukan sahaja merupakan antara buah yang mudah untuk dihadamkan, tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka.



Agak teruja juga bila dapat tahu buah betik juga mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita.


Tak banyak yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata mempunyai pelbagai manfaat. Salah-satunya adalah membantu menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di dalam usus dan hati kita.


Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari racun yang menjadi masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam sistem pencernaan.



Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), serta meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.


Biji betik juga mengandungi zat anti-kolesterol yang hebat di samping mempunyai kesan hipolipidemia dan bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. Kesan hipolipidemia ini sangat berguna sebagai terapi alternatif hiperlipidemia yang hadir dalam lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.


Adapun, saponin yang ada dalam biji betik bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu. Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah.


Kandungan fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit. Sementara flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas.


Di bawah ini disenaraikan 23 khasiat dan kelebihan buah betik.


1. Mengubati sembelit dan buasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.


2. Mencegah batu karang

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.


3. Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.


4. Mengubati sakit-sakit otot

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.


5. Merawat masalah kulit

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.


6. Mengubati tumit pecah-pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.


7. Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.


8. Merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.


9. Kaya dengan vitamin C

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.


10. Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.


11. Melembutkan daging

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.


12. Mengubati ketumbuhan dan hipertensi

Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.


13. Kurangkan berat badan

Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.


14. Merawat denggi

Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

15. Menyingkirkan cacing kerawit

Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.


16. Legakan sakit gigi

Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.


17. Menghentikan pendarahan

Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.


18. Mencegah penyakit kandung hempedu

Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.


19. Mengurangkan keradangan

Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.


20. Membantu peredaran haid yang teratur

Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.


21. Merawat sirosis hati

Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.


22. Merawat penyakit tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.


23. Penawar masalah limpa

Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.



Resepi Jus Biji Betik

Ada 2 cara penyediaan jus biji betik:

Pertama : Biji betik itu dikisar dan disajikan seperti kita membuat jus.

Kedua : keringkan biji betik, kemudian kisar menjadi serbuk. Bancuh serbuk seperti membancuh kopi.


Untuk cara kedua:

1. Cuci biji betik, lantas jemur 2 hingga 3 hari.

2. Setelah kering, kisar atau tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk.

3. Ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat.

4. Jika sukar untuk minum dengan cara di atas, campurkan serbuk biji betik tersebut dangan buah betik dan minum 1 hingga 2 gelas jus ini setiap hari. Kesannya ia dapat menurunkan berat badan dan paras kolesterol dalam darah.


SUMBER

Cara Mudah Bagi Ibu Hamil Untuk Hilangkan Masalah Morning Sickness

9:11:00 PG

Morning sickness adalah perkara biasa yang dialami oleh ibu hamil. Ia biasanya dicirikan oleh rasa mual dan muntah pada waktu pagi dan merupakan salah satu simptom kehamilan yang biasa.



Morning sickness biasanya dialami sehingga usia kandungan tiga bulan. Ia juga mungkin disebabkan oleh tindak balas yang kuat terhadap bau atau rasa tertentu.


Ini biasanya muncul pada wanita hamil disebabkan oleh beberapa perubahan dalam badan termasuk hormon, peningkatan deria bau, dan sistem penghadaman yang lebih sensitif. Beberapa perkara ini boleh menyebabkan anda berasa loya semasa hamil.


Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh wanita hamil untuk menghilangkan masalah ini. Melaporkan dari The Health Site, berikut adalah beberapa cara mudah untuk mengatasi mual pagi.



Istirahat yang cukup iaitu tidur sama ada pada waktu malam atau siang adalah perkara penting yang perlu dilakukan dengan kerap terutama bagi ibu hamil. Ini boleh menjadi satu cara untuk mengurangkan risiko morning sickness. Walaupun begitu, elakkan daripada tidur sejurus selepas makan kerana ia boleh meningkatkan risiko loya.


Elakkan makanan pedas dan berlemak sebab makanan berlemak dan pedas serta kafein boleh membebaskan asid perut, menyebabkan anda berisiko untuk muntah. Di samping itu, perut kosong boleh memburukkan lagi rasa mual yang muncul. Oleh itu, adalah disyorkan agar anda makan makanan lebih kerap tetapi dalam bahagian kecil berbanding tiga kali makan besar sehari.


Pengambilan halia boleh membantu penghadaman dan melegakan perut yang bermasalah. Penyelidikan juga telah mendedahkan bahawa halia boleh melegakan gejala loya apabila dimakan dengan cara yang berbeza.


Seboleh-bolehnya elakkan bau yang kuat dan tajam seperti asap rokok, minyak wangi, atau apa-apa lagi yang boleh memberi kesan. Perkara yang sama boleh digunakan untuk pelbagai makanan yang anda fikir mempunyai bau yang kuat.


Kekal Aktif dari segi mental dan fizikal. Senaman boleh mengurangkan gejala loya pada wanita semasa hamil. Senaman ringan dan tidak berbahaya boleh mengurangkan risiko morning sickness dan memastikan badan sihat dan cergas. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan morning sickness yang muncul. Semoga berjaya!


SUMBER

Ketahui 5 Pekerjaan Paling Dicari Tahun Ini

4:41:00 PTG

Malaysia telah menghadapi pandemik COVID-19 hampir 2 tahun. Pandemik ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan kita, tetapi juga semua aspek kehidupan kita, termasuk kerjaya.



Walaupun orang ramai kini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini, ramai orang telah kehilangan pekerjaan atau terpaksa menukar profesion akibat wabak itu.


Namun, ini tidak bermakna anda mempunyai peluang pekerjaan yang lebih sedikit. COVID-19 telah mengubah peta permintaan tenaga kerja memandangkan beberapa sektor perindustrian terjejas dan terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat.



Terdapat juga banyak industri yang telah dapat bergerak semula dan telah mempunyai sistem kerja yang baru. Dengan sistem baharu ini, syarikat dan agensi memerlukan pekerja baharu.


Berikut ialah 5 pekerjaan yang paling banyak dicari tahun ini, dipetik oleh JobStreet.


1. Tenaga Pendidikan


Tenaga kerja pendidikan merupakan salah satu industri pada tahun 2022 yang mempunyai permintaan yang tinggi. Bukan itu sahaja, ternyata laluan kerjaya untuk menjadi seorang guru juga memberangsangkan. Tenaga pendidikan yang paling dicari hari ini adalah tutor, pengajar, pensyarah, dan lain-lain.


Namun, tentunya bekerja sebagai seorang pendidik bukanlah sesuatu yang mudah. Seorang pendidik pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran, contohnya semasa pandemik, kaedah pengajaran bersemuka secara konvensional sudah sukar dilakukan.


Proses pembelajaran mungkin kurang optimum kerana bahan yang disampaikan tidak dapat dilakukan secara bersemuka dan secara praktikal. Oleh itu, warga pendidikan kini dikehendaki mencari cara lain yang unik dan kreatif untuk menyampaikan pembelajaran yang berkesan, termasuk melalui pengajaran dalam talian.


Sebagai seorang pendidik, anda boleh mencipta video yang unik, menggunakan pelbagai laman web untuk variasi dalam pembelajaran, menggunakan platform persidangan video dan lain-lain. Kemungkinan gaya pembelajaran ini akan dikekalkan pada masa hadapan. Menambah kemahiran dalam bidang komputer boleh menjadi nilai tambah bagi anda yang ingin menceburi dunia pendidikan.


2. Jualan


Jualan ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan aktiviti menjual barangan atau perkhidmatan. Biasanya, setiap syarikat mempunyai pasukan berasingan yang bertanggungjawab dalam penjualan. Kakitangan jualan, atau jurujual/jurujual, ialah orang yang menerajui urus niaga jual beli barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat.


Seorang jurujual akan menawarkan dan mencadangkan barangan atau perkhidmatan untuk syarikat tempat dia bekerja. Di samping itu, seorang jurujual juga akan menunjukkan cara menggunakan produk untuk bakal pembeli. Oleh itu, adalah penting bagi seorang jurujual untuk mempunyai pengetahuan tentang produk atau perkhidmatan yang mereka akan jual.


Mempunyai siri kemahiran insaniah seperti pandai berkomunikasi, pandai berunding, dan boleh menggunakan bahasa asing boleh menjadi nilai tambah bagi anda yang berminat untuk menjadi jurujual.


Jawatan yang dicari oleh sesebuah syarikat ialah penolong pengurus jualan, jurutera jualan, junior jualan dan eksekutif jualan. Pastikan anda telah membaca tentang laluan kerjaya jualan sekiranya anda berminat untuk meneruskan pekerjaan ini.


3. Pemasaran Digital


Dengan perkembangan teknologi yang pesat, tidak asing lagi bagi orang ramai untuk menjalankan hampir semua aktiviti mereka secara digital. Dengan penggunaan media sosial yang meluas, platform ini perlahan-lahan menjadi tempat untuk memasarkan produk dan meningkatkan kesedaran jenama sesebuah syarikat.


Apabila syarikat cuba memasuki dunia media sosial, pendekatan mereka akan berbeza dari pendekatan biasa. Di sinilah peranan pemasar digital dalam membantu pemasaran sesebuah syarikat. Syarikat memerlukan orang yang biasa dengan persekitaran media sosial dan sentiasa terkini dengan apa yang berlaku di media sosial.


Bagi anda yang suka bermain media sosial, industri ini sesuai untuk anda. Industri ini menawarkan pelbagai jawatan seperti menjadi pentadbir media sosial, pencipta kandungan, pakar strategi media sosial, pakar pemasaran digital dan lain-lain.


4. Restoran atau Perkhidmatan Makanan & Minuman


Industri makanan dan minuman akan sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi terhadap buruh dari tahun ke tahun. Walaupun industri ini goyah pada awal pandemik COVID-19, perlahan-lahan industri makanan dan minuman telah mula kembali dan boleh menyesuaikan diri dengan situasi semasa. Dengan mengehadkan jumlah pelawat, mematuhi prosedur, masuk ke dunia dalam talian dan lain-lain.


Selain itu, kita boleh lihat sendiri semakin banyak kafe bermunculan di bandar. Hampir di setiap sudut bandar, kita boleh mencari kafe baru. Pastinya industri ini menyerap ramai pekerja.


Profesion seperti barista, pelayan, chef, pelayan bar, juruwang, dan pengurus restoran sentiasa dicari oleh usahawan yang menceburi industri ini.


5. Pereka Grafik dan Editor Video


Pereka grafik dan editor video, yang turut diminati oleh golongan muda hari ini, menerajui syarikat yang ingin bersaing dalam dunia dalam talian. Ini kerana majoriti kandungan di internet adalah dalam bentuk video atau foto, sama ada video promosi, dokumentasi video, infografik, poster dan lain-lain.


Video dan gambar sangat penting di media sosial. Semakin menarik dan unik sesuatu video, semakin tinggi kemungkinan orang ramai akan menonton video tersebut. Konsep dan cerita yang baik daripada video mestilah seimbang dengan proses penyuntingan video yang baik juga. Oleh itu, tidak hairanlah permintaan terhadap editor video kini semakin meningkat.


Pereka grafik tidak kurang pentingnya dalam media sosial. Sebagai contoh, mencipta kandungan untuk siaran media sosial bukan perkara remeh sekarang. Lebih-lebih lagi bagi syarikat yang pastinya mahukan imej mereka di media sosial kelihatan kemas dan selesa di mata.


Penggunaan dan gabungan warna yang akan digunakan, fon yang akan digunakan, dan peletakan foto juga sangat penting di sini.


SUMBER

Cara Hilangkan Ketiak Hitam Berkerak Yang Mungkin Tidak Pernah Terfikir

3:01:00 PTG

Masalah ketiak hitam mesti buat ramai yang malu dan tiada keyakinan dengan diri sendiri kan?



Sebenarnya masalah ni bukannya di alami oleh korang je tapi hampir semua wanita di dunia ni! Kulit ketiak menjadi hitam akibat mencukur atau mencabut bulu ketiak, dan ianya mungkin juga disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat di deodorant yang digunakan.


Kalau nak memutihkan ketiak hitam, korang tidak perlu menggunakan produk yang mahal tetapi hanya memerlukan baking soda untuk memutihkan ketiak secara semulajadi.



Berikut adalah cara nak putihkan ketiak secara semulajadi :


Cara 1:

Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai berbentuk scrub. Kemudian, sapu campuran tersebut 2x sehari setelah mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih.


Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih. Bilas dengan air bersih.


Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.


Cara 2:

Campurkan dengan 1 sudu teh baking soda bersama dengan cuka atau perahan lemon atau limau nipis. Seterusnya, sapu campuran tersebut pada ketiak, biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.


Gosok ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan lemon atau limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak yang terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati.


Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.


Selamat mencuba dan semoga berjaya ya!


SUMBER

Menurut Kajian Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Kuat Berleter

2:21:00 PTG

Jika anda seorang yang suka membebel atau berleter, jangan risau kerana ia akan memberikan kebaikkan pada pasangan atau anak anda.



Kajian yang dilakukan oleh Universiti of Essex di England mendapati, anak yang didesak oleh ibu atau bapa ketika kecil, berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.


Penelitian keatas 15,500 gadis remaja, berusia 13 dan 14 tahun sejak dari 2004 sehingga 2014 mendapati, anak yang didesak oleh ibu mereka, selalunya diletakkan standard tinggi dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej dan memiliki gaji besar ketika sudah dewasa.


Tambah lagi, anak yang didesak ini mempunyai kurang masalah sosial. Antara kelebihan berleter yang kita perlu tahu adalah ia dapat mengurangkan tahap naik darah ibu-ibu.



Dan ini amat bagus kepada penghidap darah tinggi secara psikologi kerana dengan selalu berleter mereka dapat melepaskan perasaan marah atau geram tanpa disimpan di dalam hati yang boleh menyebabkan pelbagai perkara negatif lain timbul dan berkemungkinan penyakit lain yang datang.


Sekaligus dapat mengurangkan tekanan atau stress yang dialami. Cuma, biasalah kadang-kadang kita tak larat mendengarnya.


Ibu akan berleter mesti bersebab seperti anak bergaduh, rumah bersepah, anak kerap buat kesalahan sama, tidak ikut cakap mereka , malas belajar dan macam-macam lagi perkara yang berlaku.


Jika difikirkan kembali ada betulnya leteran ibu itu kerana hanya satu niat asalnya untuk pastikan anak-anak menjadi insan yang berguna kelak.


Jadi sebagai anak apa yang perlu dibuat? Ubah sedikit demi sedikit sikap kita. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan dan seterusnya leteran ibu pasti akan berkurang dengan perubahan yang anak-anak lakukan.


Anak-anak juga akan lebih bahagia jika tidak lagi mendengar leteran ibu, bukan?


SUMBER

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)