Terkini

Khasiat Air Kelapa Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

12:57:00 PTG

Apakah khasiat dan kebaikan air kelapa pada kesihatan? Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai khasiat air kelapa terhadap kesihatan kita.



Air kelapa merupakan sejenis minuman yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ianya digemari oleh setiap peringkat umur dan minuman ini sering dijadikan sebagai pembasah tekak dikala cuaca panas. Air kelapa terhasil dari tisu endosperm buah kelapa atau nama saintifiknya cocos nucifera L.


Buah ini bukan sahaja dijadikan minuman penghilang dahaga, malah turut digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit seperti cirit-birit dan demam.



Kandungan makronutrisi yang terdapat pada setiap 100 ml air kelapa. Setiap 100 ml air kelapa dapat membekalkan sebanyak 22 kcal tenaga dan 5.6 g karbohidrat. Di dalam air kelapa tidak mengandungi serat, protein dan lemak.


Kandungan mikronutrisi yang terdapat dalam setiap 100 ml air kelapa. Terdapat sebanyak 14 mg kalsium, 0.1 mg zat besi, 1 mg sodium, 198 mg kalium, 12 mg fosforus dan 15 mg vitamin C.


Terdapat beberapa komponen berkhasiat yang terdapat pada air kelapa. Antaranya adalah seperti vitamin B. Antara vitamin B yang terkandung dalamnya ialah asid nikotinik, asid pantotenik, riboflavin dan tiamin. Ianya juga mengandungi vitamin C, asid folik dan asid amino.


Di samping itu, air kelapa juga mengandungi ion tidak organik. Antara kepentingan ion tidak organik ini adalah untuk pembentukan tulang yang sihat, penghasilan enzim, penting di dalam penghasilan hemoglobin, dan juga terlibat di dalam metabolisma asid amino, lemak dan karbohidrat.


Komponen mikronutrisi yang berkhasiat di dalam air kelapa sudah semestinya kandungan kalium yang terbukti berkesan untuk mengurangkan paras tekanan darah dan penting di dalam pengecutan otot.


Kali ini kami akan kongsikan khasiat dan manfaat air kelapa kepada kesihatan serta kelebihannya berbanding air penghidrat tenaga di luar sana.


1. Sebagai minuman elekrolit


Tahukah anda selain minuman isotonik seperti 100 plus, air kelapa juga sesuai dijadikan sebagai minuman elektrolit. Hal ini kerana air kelapa mengandungi pelbagai mineral, ion dan elektrolit yang mampu menghasilkan tekanan osmotik yang sama seperti darah.


2. Mengawal tekanan darah


Air kelapa mengandungi kandungan kalium yang agak tinggi di mana setiap 100 ml air kelapa mampu membekalkan sebanyak 198 mg kalium. Antara salah satu sifat kalium adalah menyebabkan salur darah menjadi lebih luas. Tekanan darah akan menurun apabila salur darah menjadi kurang sempit.


Selain itu, kalium juga penting di dalam pengawalan pengecutan otot seperti otot jantung. Pengecutan otot jantung yang normal juga mampu mengekalkan tekanan darah pada paras normal.


3. Mengelakkan tekanan oksidatif (oxidative stress)


Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pemberiaan air kelapa sebagai terapi kepada haiwan yang diberi diet fruktosa dapat menurunkan bilangan kejadiaan tekanan oksidatif pada haiwan tersebut dan membaiki paras anti oksida di dalam haiwan terbabit.


Hal ini kerana terdapat kandungan vitamin C dan L ariginine di dalam air kelapa yang membantu melawan tekanan oksidatif.


4. Memperbaiki paras lipid di dalam darah


Kajian yang dijalankan ke atas haiwan mendapati bahawa pemberiaan air kelapa dapat memperbaiki paras lipid dan kolesterol haiwan tersebut. Air kelapa didapati dapat menurunkan paras kolesterol, trigliserida, LDL yang lebih dikenali sebagai kolesterol jahat dan meningkatkan paras HDL ataupun kolesterol baik.


5. Melindungi jantung


Oleh kerana pengambilan air kelapa terbukti untuk meningkatkan paras HDL, ianya mampu untuk mencegah sebarang masalah jantung seperti seperti serangan jantung. Kajian yang dijalankan terhadap haiwan yang mempunyai masalah jantung mendapati bahawa air kelapa bersifat melindungi jantung haiwan tersebut.


6. Bersifat anti radang


Air kelapa juga mempunyai sifat anti radang dek kerana kandungan vitamin, mineral dan asid cytokinin yang terdapat padanya. Hal ini telah terbukti berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas haiwan. Air kelapa mampu untuk menyekat penghasilan prostaglandin yang bertanggungjawab ke atas rasa sakit dan keradangan.


7. Merawat cirit birit


Air kelapa telah digunakan secara tradisional untuk merawat kejadian cirit-birit yang terjadi di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Selain itu ianya juga digunakan untuk mencegah jangkitan salur pencernaan.


8. Bersifat anti diabetik


Satu kajian yang telah dijalankan terhadap haiwan mendapati bahawa air kelapa dapat menurunkan paras glukosa darah apabila haiwan tersebut diberi rawatan air kelapa berbanding dengan haiwan yang tidak menerima rawatan. Selain itu, air kelapa juga meningkatkan paras insulin dan paras glikogen hati. Ianya juga menurunkan paras glycated hemoglobin di dalam haiwan tersebut.


9. Melindungi ginjal


Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian air kelapa terhadap pembetukkan kristal. Setelah 7 minggu kajian dijalankan, didapati bahawa pemberian air kelapa mencegah pembentukkan kristal pada tisu renal dan juga mengurangkan jumlah kristal di dalam urin haiwan tersebut. Air kelapa didapati mampu melindungi kejadian tekanan oksidatif pada ginjal.


10. Mempunyai kandungan vitamin B9


Air kelapa mempunyai kandungan folate ataupun vitamin B9. Vitamin ini sangat penting untuk mencegah kejadian anemia semasa hamil. Ianya juga mencegah toksisiti mitokondria yang disebabkan oleh metanol.


11. Mengurangkan rasa mual bagi wanita hamil


Wanita yang hamil seringkali menghadapi masalah morning sickness pada peringkat awal kehamilan mereka. Jika sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya, anda disarankan untuk minum air kelapa bagi mengurangkan rasa mual. Malah, ia dapat meningkatkan metabolisme anda.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi dari segelas air kelapa. Namun haruslah diingat bahawa pengambilannya haruslah secara bersederhana dan perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang lain terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.


Diharapkan artikel khasiat air kelapa ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca berkenaan kebaikan air kelapa ini.


SUMBER

Anda Kurus? Ini Senarai Makanan Untuk Menaikkan Berat Badan

3:53:00 PTG

Apakah makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan anda.



Pernahkah anda mencuba untuk menaikkan berat badan sebelum ini? Selain menurunkkan berat badan, menaikkan berat badan juga antara tujuan sesetengah individu seperti individu yang mengalami kekurangan berat badan.


Di dalam proses menaikkan berat badan, antara tujuannya adalah untuk menaikkan berat secara sihat dengan menaikkan peratusan otot di dalam badan bukannya peratusan lemak.


Dengan panduan dan tunjuk ajar yang betul, pasti kenaikkan berat badan yang sihat dapat dicapai. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai makanan yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan.



Apakah proses yang menyebabkan kenaikkan berat badan? Sama seperti penurunan berat badan, kenaikkan berat badan turut mengambil kira konsep keseimbangan tenaga. Untuk menaikkan berat badan, tenaga yang diambil haruslah melebihi keperluan tenaga harian.


Anda boleh mengira keperluan tenaga harian anda di pelbagai laman web yang terdapat secara percuma di internet. Setiap 3500 kcal bersamaan dengan 0.5 kg berat manakala 7000 kcal bersamaan dengan 1 kg berat. Ini bermakna sekiranya anda mengambil lebih 500 kcal tenaga dari keperluan tenaga harian anda selama seminggu, anda boleh menaikkan berat anda sebanyak 0.5 kg.


Oleh itu, makanan apa yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan? Di bawah disenaraikan makanan yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan.


10 Makanan Untuk Kenaikkan Berat Badan


1. Susu penuh krim


Susu penuh krim merupakan antara pilihan susu yang ada bagi yang ingin menambah berat badan. Anda juga boleh mengambil pilihan susu lain namun susu penuh krim mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi bagi satu hidangan berbanding dengan jenis susu lain.


Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap peserta yang melakukan senaman jenis rintangan, didapati bahawa protein yang terdapat di dalam susu menyokong pembentukkan otot.


2. Nasi putih


Nasi putih merupakan antara makanan ruji masyarakat di Malaysia. Tahukah anda bahawa kandungan lemak di dalam nasi putih adalah rendah di setiap satu sajian nasi putih mempunyai antara 0.5 g lemak dan 75 kalori. Bagi yang ingin menambah berat, anda boleh melebihkan pengambilan nasi putih anda.


3. Daging merah


Daging merupakan antara sumber protein yang kaya dengan sumber tenaga. Setiap satu sajian daging iaitu bersamaan dengan saiz 1 kotak kecil mancis sudah dapat membekalkan sebanyak lebih kurang 65 kcal jika ingin dibandingkan dengan satu sajian ikan yang hanya menyumbang lebih kurang 35 kcal sahaja.


Satu kajian telah mendapati bahawa pengambilan daging berkait dengan peningkatan berat badan.


4. Telur


Telur merupakan antara sumber protein yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan. Ianya kaya dengan sumber tenaga, protein, mineral dan vitamin yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Anda juga boleh memilih telur yang diperkaya dengan omega-3 iaitu sejenis sumber lemak yang baik untuk ditambah di dalam diet harian.


5. Yogurt penuh lemak (natural/plain)


Yogurt penuh lemak atau sering dilabel sebagai natural atau plain yogurt merupakan antara pilihan makanan yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan. Yogurt ini mengandungi kandungan lemak yang baik untuk badan dan ia selalunya tidak dicampurkan dengan sebarang perasa.


Elakkan dari mengambil yogurt yang berperisa kerana sering dicampur dengan perasa dan gula tambahan. Anda boleh mencampurkan yogurt dengan buah-buahan pilihan dan diambil sewaktu snacking.


6. Keju


Antara makanan lain yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan adalah keju. Keju merupakan makanan yang kaya dengan sumber lemak, protein dan kalsium yang sesuai bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Ianya juga tinggi dengan kandungan kalori.


Anda boleh menambah keju ke dalam diet harian anda seperti menambah keju cheddar ke dalam sandwich sarapan pagi.


7. Bar bijirin (cereal bar)


Bagi menambahkan berat badan, anda juga boleh cuba mencuba untuk mengambil bar bijrin sebagai snek. Bijirin bar kaya dengan tenaga dan protein yang boleh membantu untuk menaikkan berat badan.


Terdapat pelbagai jenis bar bijrin yang terdapat di pasaran namun anda haruslah bijak memilih bar bijirin yang tidak ditambah dengan sebarang gula tambahan.


8. Ubi keledek


Ubi keledek juga antara pilihan yang boleh dicuba untuk menaikkan berat badan. Ubi ini bukan sahaja kaya denga tenaga, tetapi juga penuh dengan khasiat seperti beta karotin yang bagus untuk kesihatan mata. Anda boleh mengambil ubi keledek sebagai snek samada direbus atau dijadikan bubur mengikut citarasa dan selera anda.


9. Mentega kacang


Antara pilihan makanan lain yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan ialah mentega kacang. Mentega kacang merupakan makanan yang kaya dengan tenaga, lemak baik, protein dan pelbagai lagi mineral lain yang baik untuk kesihatan. Anda boleh menyediakan menambah mentega kacang ke dalam sandwich sarapan pagi anda ataupun ke dalam smoothie untuk menambahkan tenaga makanan anda.


10. Kacang walnut


Kacang walnut merupakan sejenis kacang yang mengandungi kandungan lemak baik. Ianya juga kaya dengan kandungan tenaga. Satu kajian telah mendapati bahawa pengambilan kacang walnut dalam diet harian telah meningkatkan pengambilan kalori peserta kajian di mana mereka turut mengalami peningkatan berat badan.


Kesimpulannya, untuk menaikkan berat badan, tenaga yang diambil haruslah melebihi keperluan tenaga harian anda. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, anda haruslah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar doktor dan pegawai dietetik untuk mereka menilai keadaan kesihatan semasa anda agar sebarang masalah kesihatan dapat dielakkan.


SUMBER
Advertisement

Khasiat Asam Keping Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

12:58:00 PTG

Apakah khasiat asam keping kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat asam keping, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Asam keping atau dikenali sebagai asam gelugor merupakan tumbuhan yang boleh ditemui di kawasan Semenanjung Malaysia, Thailand dan India. Nama saintifik bagi asam keping adalah Garcinia atrovidis dan tergolong dalam keluarga Clusiaceae.


Pokok asam keping mampu mencecah ketinggian sehingga 20 meter dengan batang yang panjang dan ranting yang membengkok ke tanah. Daun pokok asam keping berwarna hijau gelap dan panjang manakala bunganya berwarna merah gelap dan berbentuk bulat.


Bahagian pucuk dan daun pokok asam keping ini pula boleh dimakan secara mentah atau dimasak sebagai sayuran. Di Thailand, asam keping sering dikaitkan dengan sup campuran tomyam yang terkenal kerana rasanya yang pedas dan masam.


Buah asam keping pula berwarna kuning kehijauan dan berbentuk bulat. Buah asam keping yang telah masak ranum akan dihiris, dikeringkan dan digunakan sebagai agen penambah perasa dalam masakan. Asam keping ini memberikan rasa masam dan dijadikan sebagai alternatif kepada asam jawa.


Menariknya, buah asam keping dijadikan salah satu bahan dalam bidang perubatan. Sebagai contoh, dijadikan sebagai ubat untuk merawat sakit perut ketika mengandung dan dijadikan sebagai losyen untuk disapu pada bahagian perut semasa berpantang. Asam keping turut digunakan untuk merawat sakit telinga, batuk, sakit tekak, masalah kelimumur, meningkatkan pengaliran darah dan sebagai ubat julap.



Analisis proksimat dan kandungan mineral telah dijalankan untuk mengkaji kandungan makronutrient dan mikronutrient dalam asam keping. Rajah 1 dibawah menunjukkan analisis proksimat dan komposisi mineral dalam asam keping yang masih segar.



Rajah 1: Analisis Proksimat dan Komposisi Mineral dalam Asam Keping


Kandungan Berkhasiat dalam Asam Keping


Asid Organik


Asam keping mengandungi pelbagai asid organik seperti asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik, asid pentadekanoik, asid nonadekanoik dan asid dodekanoik.


Asid hidroksisitrik merupakan asid utama dalam asam keping. Pada awalnya, asid hidroksisitrik dalam asam jawa telah dikomersialkan sebagai produk dalam mengawal berat badan. Asid ini memainkan peranan yang penting dalam mengawal selera makan dan mengawal berat badan.


Asid ini menghalang enzim hepatik yang menukarkan karbohidrat berlebihan kepada lemak. Asid ini turut merangsang penghasilan glikogen dalam darah daripada glukos.


Xanthone


Asam keping turut mengandungi xanthone yang dinamakan sebagai atroviridin. Atrovidirin adalah sebatian aktif semula jadi yang menghasilkan pelbagai kesan positif terhadap badan seperti anti mikroorganisma, anti kanser, anti virus, anti kulat, antioksidan dan berupaya untuk melawan penyakit Tuberkulosis.


Atrovidirin turut memberikan kesan anti obesiti dan memecahkan lemak dalam badan, lantas menjadikan asam keping salah satu bahan semula jadi dalam produk untuk mengawal berat badan. Atrovidirin turut menghasilkan kesan anti keradangan dan melindungi badan daripada penyakit kronik.


10 Khasiat Asam Keping dalam Kesihatan


1. Kesan Antioksidan


Salah satu khasiat asam keping adalah ia boleh menghasilkan kesan antioksidan dan beberapa ujian telah dijalankan untuk mengkaji kandungan antioksidan dalam asam keping. Asam keping mengandungi alpha-tokoferol, vitamin E yang merupakan vitamin yang larut dalam lemak.


Alpha-tokoferol merupakan antioksidan fenolik yang menghalang reaksi antara oksigen dan lipid tidak tepu untuk menghasilkan hidroperoksida lipid. Radikal bebas yang terhasil akan menyebabkan disfungsi tisu dan kerosakan kepada sistem tubuh badan.


Keadaan akan lebih serius apabila badan menghasilkan hidroperoksida lipid yang tinggi. Ini kerana hidroperoksida lipid akan menjadikan disfungsi tisu dan kerosakan kepada sistem tubuh badan lebih teruk. Oleh itu, alpha-tokoferol berfungsi untuk melawan radikal bebas untuk mengelakkan daripada oksidasi lipid terhadap oksigen.


2. Kesan Anti Mikroorganisma dan Anti Bakteria


Ekstrak asam keping berupaya dalam melawan mikroorganisma seperti Bacillus subtilis B28, Bacillus subtilis B29, Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan Clasdosporium herbarum. Selain itu, asam keping berpotensi dalam membunuh bakteria seperti patogen bakteria, bakteria Gram-positif dan bakteria Gram-negatif.


Kesan anti bakteria amat penting dalam menghalang mikroorganisma dan bakteria yang terdapat pada sistem penghadaman daripada mencetuskan penyakit seperti cirit-cirit, kembung perut dan ketidakselesaan pada perut. Ini kerana asam keping mengandungi kandungan fenolik yang tinggi.


3. Kesan Antikulat


Kajian menunjukkan bahawa ekstrak butanol daripada asam keping menghalang pertumbuhan kulat Cladosporium herbarum. Kulat ini merupakan kulat tumbuhan yang boleh merangsang tindak balas alergi dan serangan asma bagi individu yang sensitif.


Spora Clasdosporium boleh ditemui pada batang pokok, tekstil, getah, kertas dan juga makanan. Spora ini turut ditemui pada lantai, pada karpet, pada tilam, pada lukisan akrilik, penapis dan kipas.


Cladosporium herbarum merupakan spora yang boleh merebak melalui udara dan menyebabkan daging tidak tahan lama walaupun disimpan dalam bekas yang sejuk beku.


4. Membantu Menurunkan Berat Badan


Asid hidrosisitrik atau dipanggil sebagai HCAyang terdapat dalam asam keping membantu dalam menurunkan berat badan dengan mengurangkan selera makan. Asid hidrosisitrik akan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh obesiti seperti keradangan, tekanan oksidatif dan kerintangan insulin.


Kajian yang lain menunjukkan bahawa asid hidrosisitrik berupaya dalam mengurangkan selera makan, menurunkan berat badan, mengurangkan pengambilan makanan dan meningkatkan proses membakar lemak.


5. Rawatan Tradisional untuk Orang Berpantang


Asam keping dijadikan sebagai rawatan traditional untuk orang berpantang. Asam keping dicampurkan dengan cuka dan dijadikan sebagai losyen untuk disapu pada bahagian perut orang yang berpantang. Selain dijadikan losyen, asam keping turut dijadikan jus dan diminum oleh orang yang berpantang.


Ini kerana asam keping mengandungi kesan anti mikroorganisma dan berupaya untuk membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan berlakunya penyakit.


6. Anti Kanser


Kanser, pertumbuhan sel tidak normal yang membiak dan merebak ke seluruh badan disebabkan oleh beberapa faktor. Sebagai contoh, terdedah dengan bahan karsinogen, kerosakan pada genetik, keradangan yang kronik, hormon yang tidak seimbang dan disebabkan oleh tekanan oksidatif.


Asam keping mengandungi sebatian yang dikenali sebagai atroviridison B yang berkesan dalam melawan sel kanser seperti kanser payudara, kanser prostat dan kanser paru-paru. Atroviridison B berperanan dalam proses apaptosis, proses dalam mematikan sel kanser yang merebak dengan cepat.


Proses apoptosis akan melawan protein yang menghalang proses apoptosis dan menghasilkan protein yang membantu proses apoptosis. Satu kajian menunjukkan bahawa esktrak asam keping menghalang pertumbuhan kanser sel kolon berbanding sel normal pada dinding usus.


7. Anti Keradangan


Di samping itu, esktrak asam keping menghasilkan kesan anti keradangan. Keradangan adalah tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan. Kemerahan, panas, bengkak, sakit dan kegagalan organ yang terbabit untuk berfungsi merupakan simptom apabila berlakunya keradangan.


Atrovirinon, sejenis benzoquinone, menghalang penghasilan nitrik oksida dan prostaglandin. Nitrik oksida adalah molekul yang tidak stabil dan boleh dipecahkan dengan cepat didalam saluran darah. Prostaglandin pula adalah lipid yang dihasilkan pada bahagian tisu yang rosak atau jangkitan yang disebabkan oleh sakit dan luka.


Prostaglandin mengawal proses seperti keradangan, pengaliran darah, penghasilan darah beku dan merangsang untuk bersalin. Nitrik oksida merangsang prostaglandin, dan boleh menyebabkan keradangan menjadi kronik apabila dihasilkan dengan terlalu banyak.


8. Mengawal Paras Kolesterol Dalam Badan


Kajian menunjukkan asam keping mengandungi kalium hidroksisitrat untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Satu kajian terhadap haiwan dijalankan menunjukkan bahawa ekstrak asam keping berjaya mengurangkan paras LDL-kolesterol (kolesterol jahat) dan meningkatkan paras HDL-kolesterol (kolesterol baik).


Selain itu, pembentukan lemak dalam saluran aorta juga berkurangan. Ekstrak asam keping turut mengurangkan tekanan oksidatif yang berpotensi untuk mengurangkan risiko penyakit atherosklerosis.


9. Menghalang Penyakit Osteoartritis


Penyakit osteoartritis adalah sakit pada bahagian sendi lutut yang menyebabkan lutut tidak berupaya untuk bergerak dengan pantas mengelak dari sebarang halangan. Penyakit ini dipengaruhi oleh jantina, genetik, etnik dan aktiviti harian.


Satu kajian dijalankan yang melibatkan pesakit osteoartritis dimana kumpulan ini diberikan satu dos ekstrak asam keping setiap hari selama enam minggu. Ekstrak asam keping bertindak lebih cepat dalam melegakan kesakitan berbanding plasebo.


Ekstrak asam keping mengandungi kesan analgesik dan kesan anti keradangan yang positif. Esktrak asam keping boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pesakit osteoartritis. Namun demikian, untuk pesakit osteoartritis yang mengambil ubat tidak disarankan untuk mengambil ekstrak asam keping sebagai sumber perubatan utama. Ubat mestilah diambil dan ekstrak asam keping hanya dianggap sebagai makanan tambahan.


10. Mengawal Paras Gula Dalam Badan


Asam keping turut membantu dalam mengawal paras gula dalam badan kepada paras yang normal. Satu kajian yang dijalankan pada orang dewasa yang normal dan menunjukkan bahawa paras gula dalam darah menurun.


Kajian lain yang melibatkan haiwan menunjukkan bahawa asam keping menurunkan paras leptin dan insulin serta meningkatkan proses pemecahan gula dalam darah. Asid hidrosisitrik mengurangkan penyerapan gula ke dalam saluran darah dan merendahkan paras gula selepas makan.


Selain itu, asid hidrosisitrik membantu dalam mengurangkan paras gula dan insulin semasa berpuasa serta mengelakkan berlakunya rintangan insulin. Hidrosisitrik asid meningkatkan penyimpanan gula dalam sel otot dan meningkatkan sensitiviti insulin.


Kesimpulannya, asam keping mengandungi pelbagai bahan aktif yang menjadi sumber untuk mengelakkan berlakunya sebarang penyakit dan untuk merawat penyakit. Selain daripada berpotensi dalam membantu mengurangkan berat badan, asam keping turut memberikan khasiat yang lebih meluas terhadap kesihatan.


Kajian yang lebih meluas dan mendalam perlu dilakukan untuk mengkaji kesan positif asam keping pada kesihatan tubuh badan. Langkah ini perlu dijalankan untuk menghasilkan lebih banyak produk kesihatan yang berasaskan asam keping.


SUMBER
Advertisement

Makanan Untuk Masalah Jerawat Yang Sering Timbul

3:44:00 PTG

Apakah makanan untuk mereka yang mengalami masalah jerawat? Artikel akan membincangkan makanan yang sesuai untuk masalah jerawat anda.



Pasti setiap daripada kita pernah mengalami masalah jerawat bukan? Jerawat atau juga turut dikenali sebagai acne vulgaris merupakan salah satu masalah inflamasi atau keradangan pada kulit yang disebabkan oleh peningkatan penghasilan sebum, gangguan proses keratinisasi dan jangkitan bakteria pada folikel rambut di beberapa bahagian badan seperti muka, tengkuk, dada dan belakang badan.


Masalah jerawat ini sering terjadi apabila seseorang itu sudah mencapai akil baligh di mana mungkin terjadinya ketidakseimbangan hormon badan. Masalah jerawat ini boleh diatasi dengan pelbagai cara seperti penggunaan ubat-ubatan topikal ataupun oral yang telah diberi oleh dermatologi.


Bagi mereka yang sudah lama mengamalkan rutin penjagaan kulit, pasti mereka sudah tahu apakah tindakan yang sesuai dilakukan apabila timbulnya masalah jerawat ini seperti meningkatkan hidrasi kulit, tidak meninggalkan penggunaan krim pelindung matahari dan lain-lain lagi.


Namun begitu, wujudkah makanan yang dapat membantu masalah jerawat ini? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan makanan yang sesuai untuk masalah jerawat.



Jerawat merupakan masalah kulit yang boleh disebabkan oleh beberapa punca dan masalah. Berikut merupakan punca bagi terjadinya masalah kulit ini.


- Penghasilan minyak dan sebum yang berlebihan yang menyebabkan peyumbatan pada pori.


- Pengumpulan sel-sel kulit mati pada kulit yang berkumpul pada bahagian folikel rambut.


- Jangkitan bakteria.


- Perubahan hormon terutamanya ketika fasa akil baligh yang menyebabkan penghasilan hormon androgen yang tinggi.


- Masalah kesihatan seperti sindrom polisistik ovari yang mengganggu keseimbangan hormon yang juga dapat menyebabkan masalah jerawat.


- Pengunaan beberapa jenis ubat-ubatan seperti kortikosteroid.


- Pengambilan sesetengah jenis makanan juga dapat menyebabkan masalah jerawat pada sesetengah individu.


Terdapat pelbagai simptom jerawat dan ianya berbeza mengikut jenis jerawat. Berikut merupakan simptom-simptom bagi jerawat berdasarkan AAD (American Academy of Dermatology Association).


Whitehead adalah apabila terdapat pengumpulan minyak dan sel kulit mati yang menutup liang roma. Ini akan menghasilkan kesan cela yang berwarna putih kerana liang yang tertutup akan menghalang proses pengoksidaan.


Blackhead pula adalah sejenis jerawat berwarna hitam. Warna hitam ini terhasil kerana liang roma yang terbuka mendedahkan sebum di dalamnya kepada udara dan kekotoran dari luar.


Pimple pula adalah apabila kulit kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan. Sekiranya pimple ini mengandungi pus, ianya dikenali sebagai pustule dan sekiranya ianya tidak mengandungi pus ianya dikenali sebagai papule.


Nodul atau cyst simptom ini melibatkan bakteria yang menyebabkan inflamasi pada bahagian dalam kulit dan ianya akan menghasilkan rasa yang sakit berbanding yang lain. Cyst adalah apabila ianya mengandungi pus manakala nodul adalah apabila ianya tidak mengandungi pus.


10 Makanan untuk Masalah Jerawat


Beberapa kajian telah dijalankan dan menyimpulkan bahawa tiada jawapan untuk mengaitkan bahawa diet merupakan punca kepada masalah jerawat. Namun begitu berikut merupakan antara makanan yang dikatakan sesuai diambil untuk mengatasi masalah jerawat.


1. Air kosong


Pasti anda sering mendengar bukan bahawa pengambilan air yang mencukupi dapat membantu mengatasi masalah jerawat. Bagaimana pengambilan air yang mencukupi dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengatasi masalah jerawat.


Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat mengelakkan dehidrasi badan dan mencegah kekeringan kulit. Kulit yang kering sering terdedah kepada masalah kulit dan jangkitan bakteria.


2. Makanan rendah indek glisemik


Apa itu makanan yang rendah indek glisemik? Makanan yang mengandungi indek glisemik yang rendah adalah makanan yang dapat menaikkan paras gula di dalam darah dengan perlahan. Antara makanan yang rendah indek glisemik adalah beras perang dan roti gandum penuh. Satu kajian telah menemukan bahawa pengambilan makanan yang mempunyai indek glisemik yang rendah dapat mengatasi masalah jerawat.


3. Teh hijau


Seringkali kita mendengar bahawa teh hijau mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan esktrak teh hijau tanpa kafein terhadap peserta wanita yang mempunyai jerawat.


Kajian ini mendapati bahawa pemberian ekstrak teh hijau dapat mengatasi masalah jerawat di kalangan peserta. Namun begitu, lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong kajian ini.


4. Makanan tinggi zink


Zink merupakan sejenis mikronutrisi yang boleh didapati di dalam makanan seperti ayam, tofu, kekacang dan pelbagai lagi. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji paras zink di dalam badan dan kaitannya dengan jerawat.


Kajian ini mendapati bahawa paras serum zink yang rendah berkait dengan kemunculan jerawat di mana zink ini penting untuk perkembangan kulit dan keseimbangan hormon.


5. Omega 3


Pasti ramai diantara pembaca pernah mendengar apa itu omega 3. Omega 3 adalah sejenis lemak baik di mana antara fungsinya adalah untuk mengurankan inflamasi dan keradangan. Antara makanan yang kaya dengan sumber omega 3 ialah ikan, kekacang dan minyak sayuran.


Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara omega 3 dan jerawat. Kajian ini mendapati pemberian suplemen omega 3 dapat mengurangkan penghasilan jerawat.


6. Sayur-sayuran


Umum mengetahui bahawa sayur-sayuran mempunyai pelbagai kelebihan untuk kesihatan. Selain daripada mempunyai indek glisemik yang rendah (seperti yang diterangkan di atas), sayur-sayuran juga mempunya pelbagai mineral yang membantu untuk menjaga kesihatan kulit. ianya kaya dengan sumber antioksida yang dapat mencegah sel kulit daripada tekanan oksida.


7. Buah-buahan


Selain sayur-sayuran, buah-buahan turut digalakkan pengambilannya. Kita disarankan untuk mengambil sebanyak dua hidangan buah setiap hari untuk memenuhi keperluan serat harian. Antara buah-buahan yang disarankan ialah buah-buahan beri kerana ianya kaya dengan sumber antioksida.


8. Herba dan rempah ratus


Herba dan rempah ratus bukan sahaja dapat menambahkan rasa di dalam makanan malah sifat anti inflamasinya turut dikatakan dapat menyelesaikan masalah jerawat. Antaranya adalah kunyit, kulit kayu manis, lada hitam dan lain-lain.


9. Protein


Tahukah anda protein merupakan salah satu komponen yang penting diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel-sel yang baru. Pengambilannya yang mencukupi dapat menyokong pertumbuhan sel-sel kulit yang baru. Antara sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan juga sumber kekacang.


10. Gantian produk tenusu berasaskan tumbuhan


Jerawat sering dikaitkan dengan pengambilan produk tenusu. Sekiranya anda mendapati bahawa masalah jerawat anda berkait dengan sumber tenusu, anda bolehlah bertukar kepada gantian yang berasaskan tumbuhan seperti susu badam, susu soya dan lain-lain.


SUMBER

Berpuasa? Tetapi Berat Badan Tidak Turun Juga?

3:32:00 PTG

Seringkali kita dengarkan apabila bulan puasa hampir tiba, banyak desas-desus bermula tentang keinginan untuk diet dan turunkan berat badan.



Ramai yang kata ingin lakukan demi kesihatan, tidak kurang juga yang ingin kelihatan ramping berseri di pagi Hari Raya. Namun, berapa ramai antara kita yang benar-benar dapat mencapai azam itu? Berikut adalah antara sebab kegagalan mencapai target turun berat badan pada bulan Ramadhan.


1. Corak pemakanan yang tidak tetap


Ramai antara kita yang seronok makan ketika berbuka, menjamah sedikit sebelum terawih, ditambah lagi dengan moreh sebelum sahur di awal pagi. Adapun anda dinasihatkan untuk menjamah lebih pada waktu malam, sila elakkan pengambilan makanan berat sebelum tidur.


Metabolisme badan turun ketika tidur dan makanan yang diambil sebelum tidur tidak akan diproses dengan betul dan mungkin lebih disimpan sebagai lemak berbanding digunakan sebagai tenaga. Hadkan pengambilan makanan berat hanya ketika berbuka dan sahur.



2. Tidak kekal hidrat


Pengambilan air yang cukup adalah sangat penting untuk keseimbangan tenaga dan berat badan. Tanpa kadar kehidratan yang cukup, badan akan sering lesu dan penggunaan tenaga berkurangan. Semua ini menyebabkan anda kurang bergerak dan menambah kumpulan lemak daripada semua makanan yang diambil tadi.


Banyakkan minum air (terutamanya air kosong/mineral) antara waktu berbuka dan sahur. Hadkan pengambilan air manis atau berkarbonat.


3. Kekurangan buah-buahan, sayur dan serat


Kelancaran pergerakan usus anda adalah sangat penting untuk mengimbangkan serapan tenaga dan zat untuk kesihatan badan. Cuba pandang kiri dan kanan bazar ramadhan. Segala jenis makanan ayam, daging dan ikan dihidang dengan hanya segenggam sayuran.


Beli sayuran yang tahan lama seperti timun dan lobak yang boleh dimakan begitu sahaja dan tambahkan kepada hidangan yang anda beli atau masak pada awalnya. Cuba tukarkan masa moreh kepada makanan snek buah-buahan dan air kosong dan rasakan perbezaannya.


4. Berhenti sebelum kenyang


Berapa kali anda berbuka puasa sehinggakan pergerakan solat Maghrib dan Solat Isyak anda terbatas dek kerana perut yang terlalu penuh? Amalkan pengambilan kalori yang berpada-pada dan hadkan bilangan kuih dan pinggan sampingan anda. Berhenti sebelum kenyang. Beli dan masak makanan yang anda perlu dan bukan berpandukan nafsu.


Inginkan cara mudah? Cuba kuncikan peringatan menggunakan telefon bimbit anda supaya berhenti makan selepas 15 minit. Hidangkan makanan hari-hari berikutnya menurut jumlah yang anda makan dalam tempoh itu. Anda dapat mengurangkan pembaziran serta menghadkan pengambilan kalori. Dua kerja dalam satu masa!


5. Aktiviti fizikal


Benar, anda tiada tenaga untuk ke gimnasium. Berenang pula makruh. Lebihkan berjalan. Pergi ke taman pada waktu petang untuk riadah ringan. Sekiranya anda biasa bersukan ketika puasa, teruskan. Sekiranya tidak, mulakan dengan aktiviti ringan. Ada sesetengah orang yang bertukar kepada aktiviti fizikal pada waktu malam. Namun nasihat saya, baik penuhkan masa itu untuk terawih.


6. Rehat dan tidur yang cukup


Badan memerlukan rehat yang cukup untuk mengimbangi penggunaan tenaga. Sekiranya banyak masa tidur malam anda terkorban dengan masa terawih dan sahur, amalkan “power nap” pada waktu tengahari sebelum zuhur. Hanya 20-30 minit diperlukan untuk kembali rasa segar.


7. Masa untuk berhenti “fastfood” dan makanan ringan (junk food)


Kalau anda jenis yang asyik mengunyah pada siang hari waktu bekerja dan asyik berkunjung ke restoran “fastfood”, inilah masanya untuk merubah semua itu dan bawakan tabiat baru ini ke masa selepas Ramadhan.


Masih belum terlambat untuk anda mencuba semua nasihat di atas dan sekiranya berjaya untuk anda teruskan ke amalan puasa enam dan puasa-puasa sunat yang lain.


Banyak lagi kaedah “intermittent fasting” yang terbukti selamat dan berkesan, namun nasihat yang saya berikan adalah cara mudah untuk dibawa bersama ke amalan puasa yang kita sama-sama lakukan.


Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa.


SUMBER

Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

12:23:00 PTG

Apakah khasiat buah durian kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat buah durian, kandungan nutrisi dan juga komponen sihat di dalam durian.



Durian merupakan sejenis buah yang terkenal dengan nama panggilannya, raja buah. Durian atau nama saintifiknya Durio berasal dari keluarga Malvaceae dan terkenal di negara Malaysia dan Thailand. Buah ini mempunyai kulit yang berduri dan isinya pula berwarna putih atau kuning bergantung kepada jenis durian tersebut.


Untuk baunya pula, ada yang mengatakan ianya berbau harum dan ada sesetengah pihak melabel buah ini mempunyai bau yang tidak menyenangkan, bergantung kepada penerimaan masing-masing. Durian digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan makanan contohnya di dalam penghasilan ais krim, kek, keropok atau snek ringan dan lain-lain.


Namun begitu, tidak ramai yang tahu akan kebaikan yang ditawarkan oleh buah ini terhadap kesihatan. Oleh itu, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut akan khasiat buah durian.



Kandungan makronutrisi yang terdapat pada setiap 100 g buah durian. Setiap 100 g buah durian mampu menyumbang sebanyak 153 kcal tenaga. Terdapat sebanyak 27.9 g karbohidrat, iaitu hampir 2 tukaran karbohidrat (1 tukaran karbohidrat = 15 g karbohidrat). Ianya juga mengandungi sebanyak 0.9 g serat, 2.7 g protein dan 3.4 g lemak.


Buah durian juga kaya dengan kandungan mikronutrisinya. Setiap 100 g durian, terdapat sebanyak 40 mg kalsium, 1.9 mg zat besi, 40 mg natrium, 70 mg kalium, 44 mg fosforus, 23.3 mg vitamin C dan 150 µg karotin.


Komponen Berkhasiat Buah Durian


1. Karotenoid


Karotenoid adalah komponen yang boleh didapati pada tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran dan terdiri daripada pelbagai jenis. Ianya adalah sejenis pigmen menyumbang kepada warna terang yang terdapat pada sayur dan buah-buahan. Antara kelebihan karotenoid adalah bersifat anti oksida.


2. Polifenol


Polifenol adalah sejenis sebatian organik yang boleh didapati pada tumbuhan. Terdapat pelbagai jenis polifenol yang ditemui dan setiap satunya mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antara sifat polifenol adalah anti radang dan anti oksida.


3. Flavonoid


Seperti karotenoid, flavonoid adalah sejenis elemen yang juga menyumbang kepada warna yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan di samping bersifat anti oksida.


Khasiat Buah Durian Kepada Kesihatan


1. Bersifat anti-diabetik

Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa pemberian ekstrak durian terhadap haiwan tersebut secara oral penunjukkan penurunan gula di dalam darah yang signifikan. Hal ini dapat dijelaskan dengan kandungan serat di dalam durian yang melambatkan peningkatan gula di dalam darah. Selain itu, kajian turut mendapati bahawa durian mempunyai indeks glisemik yang rendah.


Tetapi jika anda sudah mengalami penyakit kencing manis, maka anda masih perlu mengambil buah in dalam keadaan terkawal


2. Membantu penghadaman

Durian mempunyai kandungan serat yang mampu untuk melancarkan pergerakkan usus dan penghadaman. Hal ini kerana serat akan meningkatkan isipadu kandungan di dalam usus dan meransang proses peristalsis (pergerakkan usus) untuk mengelakkan sembelit.


3. Mengurangkan paras kolesterol

Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa pengambilan durian dapat mengurangkan paras kolesterol dan LDL (kolesterol tidak baik) di dalam darah. Hal ini boleh dijelaskan dengan komponen serat yang terdapat di dalam durian. Serat merupakan komponen yang terbukti berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah.


4. Mencegah anemia

Durian adalah salah satu buah yang kaya dengan kandungan zat besi. Zat besi adalah elemen yang penting diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dapat menyebabkan anemia di mana pesakit mengalami kekurangan sel darah merah dan sering keletihan.


5. Kaya dengan vitamin C

Jika dirujuk pada jadual komposisi di atas, setiap 100 g durian mneyumbang lebih kurang 23.3 mg vitamin c. ini menunjukkan bahawa durian mempunyai komposis vitamin c yang tinggi. Pengambilan vitamin c yang mencukupi dapat mencegah penyakit skurvi (kekurangan vitamin c) dan meningkatkan sistem imunisasi badan.


6. Meningkatkan mood

Durian mengandungi amino asid tryptophan. Tryptophan adalah sejenis amino asid yang akan meningkatkan paras serotonin, sejenis hormon yang bertanggungjawab untuk menaikkan mood dan menjadikan sesorang itu gembira.


7. Mengawal tekanan darah

Durian adalah sejenis buah yang kaya dengan kandungan kalium. Kalium berfungsi untuk menurunkan paras tekanan darah melalui pengembangan salur darah. Namun begitu, pengambilannya haruslah secara bersederhana.


8. Meningkatkan kualiti tidur

Seperti yang dinyatakan diatas, durian mengandungi mengandungi tryptophan. Selain berfungsi untuk meningkatkan paras serotonin, tryptophan juga mampu meningkatkan paras melatonin. Melatonin berfungsi untuk mengawal kitaran tidur di mana paras melatonin yang tingi berkait dengan kualiti tidur yang baik.


9. Baik untuk kesihatan tulang

Berdasarkan jadual komposisi di atas, durian mengandungi pelbagai makronutrisi seperti zat besi, kalsium dan fosforus. Kesemua makronutrisi ini penting untuk pembentukkan tulang yang sihat.


10. Membekalkan tenaga

Buah durian adalah sejenis buah yang kaya dengan kandungan karbohidrat. Karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Pengambilan durian dapat membekalkan tenaga dengan segera kerana kandungan karbohidrat dan gula buah yang terdapat padanya.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai khasiat yang ditawarkan buah esotik ini. Namun haruslah diingat bahawa pengambilannya haruslah secara sederhana terutamanya bagi penghidap penyakit diabetes kerana kandungan gula yang terdapat di dalamnya.


SUMBER

Ubat Cacing? Orang Dewasa Pun Kena Ambil ke?

9:20:00 PG

“Puan X amat terperanjat semasa membuang air besar pada hari tersebut. Dia mendapati seekor cacing yang panjangnya hampir 15cm keluar daripada duburnya.



Risau dengan keadaan itu, Puan X pergi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Doktor bertanyakan sama ada dia pernah mengalami beberapa simptom seperti mudah berasa letih, kembung perut serta kegatalan pada lubang dubur.


Puan X mengakui mempunyai kesemua symptom itu. Doktor juga mendapati wajah Puan X agak pucat. Pemeriksaan darah mendapati Puan X mempunyai anemia.



Orang dewasa juga tidak terkecuali daripada jangkitan cacing atau kecacingan. Ia merupakan suatu masalah yang biasa berlaku tetapi sering terlepas pandang. Antara cacing yang biasa menjangkiti manusia adalah seperti Cacing gelang, cacing pita, cacing cambuk, cacing benang dan cacing kerawit.


Di negara-negara belum membangun, punca utama jangkitan cacing adalah daripada sistem sanitasi dan pembentungan yang mundur. Contohnya di kalangan masyarakat yang masih mengamalkan membuang air besar di atas tanah atau di dalam sungai.


Telur cacing di dalam najis akan menjangkiti individu yang terdedah kepada tanah atau sumber air yang tercemar ini.


Walaupun dikategorikan sebagai negara membangun, Malaysia tidak terkecuali daripada masalah jangkitan cacing kerana Malaysia mempunyai iklim tropika yang sesuai sebagai habitat cacing.


Oleh yang demikian, kita boleh terdedah kepada jangkitan cacing melalui pelbagai cara. Antara punca utama berlakunya jangkitan cacing :


1) Tidak membasuh tangan dengan sempurna sebelum makan.

2) Memakan unsur daging yang mentah atau tidak dimasak sempurna.

3) Tidak membasuh sayuran dan buah-buahan dengan sempurna.

4) Minum atau menggunakan air tercemar / tidak terawat.

4) Jangkitan daripada haiwan peliharaan.

5) Berkaki ayam sewaktu berjalan di atas tanah.


Cacing adalah parasit yang boleh hidup bertahun-tahun di dalam tubuh manusia dengan bergantung kepada sumber makanan di dalam usus manusia. Oleh itu, kecacingan akan menyebabkan masalah kesihatan yang berpunca akibat kekurangan zat makanan seperti anemia (kurang darah merah),susut berat badan, pertumbuhan terbantut (di kalangan kanak-kanak) dan sistem imun tubuh yang lemah (mudah dijangkiti penyakit).


Cacing juga merembeskan sisa toksin ke dalam tubuh manusia yang boleh menimbulkan simptom seperti gatal-gatal, keresahan (anxiety) dan masalah pada sistem penghadaman (kembung, loya, cirit-birit).


Jangkitan yang kronik selama bertahun-tahun boleh menyebabkan cacing berkembang biak di dalam usus manusia. Ini seterusnya boleh menyebabkan masalah kesihatan di atas menjadi lebih teruk. Ia juga boleh menyebabkan usus tersumbat!


DIAGNOSIS


1)Sampel najis akan diperiksa melalui mikroskop untuk mengesan kehadiran telur cacing.

2)Diagnosis yang tidak boleh disangsikan lagi apabila CACING KELUAR DARIPADA DUBUR ! Ini boleh dilihat sama ada semasa membuang air besar atau di sekeliling dubur.


MITOS


1) Kecacingan hanya berlaku pada kanak-kanak.

Sebagaimana situasi yang berlaku pada Puan X, ia boleh berlaku kepada mana-mana orang dewasa yang lain.


2)Kecacingan tidak berjangkit.

Cacing memang tidak boleh menjangkiti individu lain secara terus. Namun, terdapat pelbagai cara tidak langsung yang boleh menyebabkan jangkitan cacing tersebar dari satu individu kepada individu yang lain contohnya pemindahan telur cacing kepada individu lain melalui sentuhan atau suapan makanan. Juga, apabila mereka berkongsi makanan yang telah tercemar.

Oleh itu, jika seseorang telah didiagnos mendapat jangkitan cacing, AHLI KELUARGANYA JUGA PERLU DIRAWAT (DEWORMING).


3)Cacing hanya di dalam usus.

Ada jenis cacing yang boleh memasuki salur darah dan tinggal di bahagian-bahagian lain anggota badan seperti mata, di bawah kulit, hati, paru-paru (Loeffler’s disease) dan otak (cycsticercosis).

Kecacingan juga boleh berlaku pada organ lain termasuk mata


APA YANG PERLU DILAKUKAN ?


1)“Deworming” (Pembasmian cacing):

- Perlu dilakukan setiap enam bulan sekali untuk mengelakkan jangkitan cacing. Ubat cacing boleh didapati di farmasi.

- Walaubagaimanapun, seseorang yang sudah dijangkiti perlu mengambil ubat ini mengikut preskripsi doktor.


2)Tingkatkan kebersihan diri dan persekitaran:

- Basuh tangan dengan sempurna (terutama di celah dan di bawah kuku) sebelum makan dan setiap kali masuk ke dalam rumah.

- Gunakan kasut/selipar semasa di luar rumah.


3)Tingkatkan kebersihan semasa penyediaan dan pengambilan makanan:

- Masak unsur daging dan ikan dengan sempurna.

- Basuh sayur dan buah-buahan dengan sempurna.

- Minum air yang telah dimasak atau ditapis dengan sempurna.

- Pastikan system penapisan air kerap diselenggara.


4) Utamakan aspek kebersihan dalam pemeliharaan haiwan:

- Haiwan peliharaan juga perlu menjalani “deworming”.

- Gunakan sarung tangan semasa membersihkan sisa tinjaan haiwan peliharaan.

- Basuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan.

- Elakkan daripada dijilat haiwan.


"Kecacingan" kita semua berisiko untuk mendapatnya. Amalkan langkah-langkah pencegahan di atas untuk diri dan ahli keluarga kita.


SUMBER

Khasiat Belut Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

11:56:00 PG

Apakah khasiat belut pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat belut, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Belut adalah sejenis haiwan yang tergolong di dalam kumpulan ikan. Secara amnya, terdapat pelbagai spesis belut di seluruh dunia. Antara belut yang biasa ditemui di Malaysia adalah belum dalam spesis Monopterus albus atau dikenali belut sawah.


Seperti seekor ular, belut mempunyai badan yang panjang, licin dan tidak mempunyai kaki atau tangan. Belut biasanya boleh ditemui di dalam air samada di dalam laut, kawasan air tawar, kawasan sawah padi, paya dan kawasan tasik.


Hidangan berasaskan belut sangat popular kerana rasa isinya yang sedap dan lembut. Belut biasanya dihidangkan dalam pelbagai cara termasuklah digoreng berempah, dimasak gulai, dibuat sup atau pun dijadikan bahan dalam makanan jepun iaitu sushi.


Tidak dinafikan, belut juga mempunyai kandungan nutrisi yang baik. Senarai di bawah menunjukkan kandungan nutrisi yang ada di dalam belut.



Nutrien Jumlah (setiap 100g belut segar)


Kalori (kcal) - 184

Karbohidrat (g) - 0

Protein (g) - 18.4

Jumlah lemak (g) - 11.7

*Lemak tepu (g) - 2.4

*Lemak tak tepu mono (g) - 7.2

*Lemak tak tepu poli (g) - 0.9

*Jumlah asid lemak omega-3 (mg) - 653

*Jumlah asid lemak omega-6 (mg) - 196

*Kolesterol (mg) - 126

Vitamin A (IU) - 3477

Vitamin C (mg) - 1.8

Vitamin D (IU) - ~

Vitamin B1 (mg) - 0.2

Vitamin B2 (mg) - 0.0

Vitamin B3(mg) - 3.5

Vitamin B5 (mg) - 0.2

Vitamin B6 (mg) - 0.1

Vitamin B9 (mcg) - 15

Vitamin B12 (mcg) - 3.0

Calcium (mg) - 20

Zat besi (mg) - 0.5

Magnesium (mg) - 20.0

Fosforus (mg) - 216

Kalium (mg) - 51

Natrium (mg) - 51

Zink (mg) - 1.6

Selenium (mcg) - 6.5


Berdasarkan senarai di atas, dapat dilihat bahawa belut mengandungi pelbagai nutrien penting seperti protein, vitamin dan mineral. Walau bagaimana pun, ia juga dengan lemak yang terdiri daripada pelbagai jenis lemak termasuklah lemak tepu dan tidak tepu.


Belut adalah sumber protein yang bagus. Protein yang boleh ditemui di dalam belut terdiri daripada pelbagai jenis asid amino termasuklah isoleucine, leucine, cystine, arginine, phenylalanine, tryrosine, histidine, alanine dan banyak lagi. Protein dan asid-asid amino ini penting untuk fungsi badan seperti untuk sistem pencernaan, sistem pembiakan, meningkatkan imuniti badan atau terlibat dalam aktiviti otot di dalam badan.


Selain itu, belut juga kaya dengan omega 3 yang terdiri daripada omega 3 dan omega 6. Jumlah kandungan omega 3 dan 6 adalah seimbang di dalam belut, menjadikan ia bagus untuk mencegah penyakit koronari.


Di samping itu, omega 3 yang terdapat di dalam belut juga terdiri daripada Eicosapentanoic acid (EPA) dan Docosahexanoic acid (DHA) yang boleh memainkan pelbagai peranan seperti sebagai antiradang dan antitumor yang boleh mencegah pelbagai jenis penyakit.


10 Khasiat belut kepada kesihatan


Memandangkan belut mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat belut kepada kesihatan:


1. Sumber protein yang bagus

Protein adalah satu nutrien yang memainkan peranan penting untuk pembentukan otot, tulang dan tisu-tisu di dalam badan. Ia juga penting untuk fungsi-fungsi badan lain termasuklah untuk membina antibodi bagi sistem pertahanan badan dan membina hormon atau enzim bagi mengoptimumkan fungsi sel dan organ di dalam badan.


Belut adalah sumber protein yang bagus yang diperlukan oleh badan di mana pada setiap 100g belut terdapat kira-kira 18.4g protein. Oleh itu, pengambilan belut dalam diet boleh membantu mempelbagaikan pilihan sumber protein dalam pemakanan seharian disamping memberi khasiat kesihatan pada tubuh badan.


2. Kesan antihiperlipidemia

Hyperlipidemia adalah satu keadaan di mana seseorang individu mempunyai masalah tinggi lemak di dalam salur darah yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan strok.


Satu kajian ke atas tikus yang mempunyai masalah hiperlipidemia (yang disebabkan corak pemakanan yang tinggi lemak) telah mendapati bahawa diet yang mengandungi minyak belut boleh menurunkan kadar jumlah kolesterol dalam kumpulan tikus tersebut. Ini menjadikan salah satu khasiat belut adalah dapat mengurangkan kolesterol dalam badan.


Diet yang mengandungi minyak belut itu juga menunjukkan penurunan yang jelas dan paling tinggi pada paras trigliserida dalam tikus tersebut. Hal ini kerana kandungan omega 3 yang terdiri daripada EPA dan DHA di dalam belut tersebut yang mempunyai sifat antiradang sekaligus memberi kesan antihyperlipidemia.


3. Menurunkan paras gula

Tiada kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan yang mengandungi omega 3 memberi kesan kepada paras gula dalam darah bagi subjek yang mempunyai diabetes.


Namun begitu, kajian baru-baru ini ada menunjukkan bahawa diet pemakanan yang mengandungi minyak daripada belut selama 30 hingga ke 90 hari boleh menurunkan paras gula dalam tikus yang mengalami masalah hiperlipidemia.


Kajian lain terhadap tikus yang mempunyai masalah PCOS (Polycystic ovary syndrome; masalah kecelaruan hormon dalam wanita) juga menunjukkan bahawa omega 3 berupaya menurunkan paras gula dalam darah tikus tersebut.


Oleh itu, ini menunjukkan bahawa belut yang kaya dengan omega 3 juga berpotensi menurunkan paras gula dalam darah terutama dalam individu dengan masalah hiperlipidemia atau PCOS. Walaupun ia tidak menurunkan paras gula dalam darah bagi individu yang mempunyai diabetes, ia tidak pula memberi kesan buruk kepada individu tersebut jika diambil secara berpatutan.


4. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Selain itu, pengambilan belut juga berpotensi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan penyakit koronari arteri (keadaan salur darah menjadi sempit dan keras).


Hal ini kerana kandungan omega 3 yang boleh didapati di dalam belut mempunyai aktiviti antiradang, antithrombotic (aktiviti mencegah pembekuan darah) dan menurunkan paras trigiserida dalam darah.


Selain itu, keseimbangan kandungan omega 3 dan omega 6 yang ada di dalam belut juga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan risiko penyakit koronari. Oleh itu, jelaslah bahawa belut berpotensi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.


5. Penyembuhan luka

Di samping itu, belut juga bagus untuk proses penyembuhan luka. Kajian ke atas tikus yang luka telah mendapati bahawa ubat sapu yang diperbuat daripada belut efektif bagi proses penyembuhan luka di dalam tikus tersebut.


Kajian itu mendapati bahawa tikus yang diberi ubat sapu daripada belut mempunyai kadar fibrosis (pembentukan tisu penghubung untuk proses penyembuhan) yang tinggi dan parut luka yang paling pendek berbanding rawatan lain di akhir kajian.


Oleh itu, ini menunjukkan bahawa belut bukan saja bagus untuk dimakan, ia juga boleh diproses menjadi ubat sapu bagi rawatan luka-luka kecil.


6. Sebagai penahan sakit

Di samping itu, belut juga sesuai digunakan sebagai ubat penahan sakit kerana aktiviti analgesiknya. Kajian ke atas tikus yang didorong kesakitan telah mendapati bahawa tikus yang diberi ekstrak minyak daripada belut menunjukkan respon kesakitan yang kurang berbanding rawatan lain.


Hal ini kerana belut mengandungi omega 3 yang terdiri daripada DHA dan EPA yang berperanan menghalang pembentukan interleukin (IL-1β, IL-6 dan IL-12L) yang boleh mendorong kepada kesakitan.


7. Sebagai antiradang

Selain itu, belut juga mempunyai aktiviti antiradang yang boleh membantu melawan keradangan. Keradangan adalah merupakan tindak balas sistem imunisasi badan terhadap sesuatu jangkitan yang boleh menyebabkan kemerahan, bengkak atau sakit.


Selain itu, keradangan yang berpanjangan boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit termasuklah diabetes, kemurungan dan kanser. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ekstrak minyak daripada belut mempunyai aktiviti antiradang yang boleh mengurangkan bengkak dalam tikus.


Hal ini kerana belut mengandungi EPA dan DHA yang mempunyai aktiviti antiradang sekaligus boleh merawat keradangan dan kesakitan akut atau kronik. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa belut berpotensi mencegah pelbagai jenis penyakit melalui aktiviti antiradangnya.


8. Untuk masalah artritis atau sendi

Selain itu, belut juga berpotensi untuk merawat masalah artritis. Hal ini kerana belut mengandungi omega 3 yang mempunyai aktiviti antiradang sekaligus merawat masalah artritis.


Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa diet pemakanan yang tinggi dengan omega 3 berpotensi untuk mencegah masalah artritis dalam individu yang berisiko. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa belut bukan saja boleh membantu mengurangkan kesakitan artritis, ia juga berpotensi untuk mencegah masalah ini.


9. Untuk kesihatan tulang

Di samping itu, belut juga memainkan peranan penting untuk kesihatan tulang. Ia mempunyai kandungan omega 3 yang boleh membantu meningkatkan penyerapan kalsium di dalam tulang sekaligus bagus untuk rawatan atau pencegahan masalah osteoporosis. Selain itu, belut juga mempunyai kandungan kalsium dan fosforus yang boleh membantu dalam pembentukan tulang.


10. Berpotensi mencegah kanser

Akhir sekali, belut juga berpotensi untuk mencegah kanser. Kandungan omega 3 seperti DHA dan EPA yang ada di dalam belut boleh membantu mencegah kanser dengan menghalang pembentukan sel tumor melalui sifatnya yang antiradang.


Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ekstrak daripada belut mempunyai aktiviti antikanser atau antitumor pada sel manusia yang boleh menyebabkan kanser leukemia. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa belut juga berpotensi untuk mencegah kanser.


Walaubagaimana pun, kajian lanjutan masih perlu dijalankan bagi mengetahui jumlah yang diperlukan bagi memberi kesan ini.


Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa belut adalah sumber protein yang bagus. Oleh itu, ia sesuai untuk dijadikan sebagai sumber protein dalam diet seharian. Di samping itu, belut juga kaya dengan omega 3 seperti DHA dan EPA. Oleh itu, belut boleh memberi kesan seperti antihyperlipidemia, menurunkan paras gula dalam beberapa golongan dan sekaligus boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.


Selain itu, belut juga boleh memainkan peranan dalam proses penyembuhan luka, sebagai penahan sakit dan sebagai antiradang. Ia juga bagus untuk masalah artritis, kesihatan tulang dan berpotensi untuk mencegah kanser.


Oleh itu, untuk mendapatkan kebaikan yang ada di dalam belut, anda bolehlah memasukkan belut di dalam diet pemakanan seharian anda. Namun begitu, adalah diingatkan untuk menggunakan cara masakan yang sihat bagi mengelakkan penambahan lemak dalam makanan memandangkan belut juga mempunyai kandungan lemaknya tersendiri. Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai kebaikan belut.


SUMBER

Makanan Untuk Kecantikan Kulit Yang Sihat Dan Bebas Daripada Sebarang Cela

1:12:00 PTG

Apakah makanan untuk mencantikkan kulit? Artikel ini akan membincangkan beberapa makanan untuk kecantikan kulit yang sesuai untuk anda?



Setiap orang pasti mahukan kulit yang sihat dan bebas daripada sebarang cela. Malah terdapat individu yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mendapatkan rawatan kulit dan produk penjagaan kulit yang bagus demi menjaga kecantikkan kulit masing-masing.


Proses untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat bukanlah boleh dicapai dengan sekelip mata sahaja malah ianya memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Pada zaman dahulu kala, masyarakat akan menggunakan kaedah tradisional dan bahan-bahan yang ada di sekitar mereka untuk menjaga kulit seperti kunyit, limau nipis dan pelbagai lagi. Selain daripada penggunaan produk, diet turut memainkan peranan yang penting di dalam proses penjagaan kulit.



Berikut merupakan antara nutrisi yang diperlukan oleh kulit.

1. Vitamin A

Vitamin A merupakan antara nutrisi yang diperlukan oleh kulit kita. Apakah kebaikan vitamin A terhadap kulit? Salah satunya adalah melindungi kulit daripada kerosakkan yang disebabkan oleh sinar UV. Ianya juga diperlukan untuk merawat masalah jerawat dan proses penyembuhan luka.


2. Vitamin C

Pasti ramai yang sudah maklum bahawa vitamin C merupakan antara komponen yang diperlukan untuk menjaga kecantikan kulit. Antara kelebihan vitamin C adalah mencegah kerosakkan UV, mencegah kedutan, menggalakkan penghasilan kolagen dan turut diperlukan di dalam proses penyembuhan luka.


3. Vitamin D

Antara sumber utama vitamin D untuk kulit adalah cahaya matahari. Antara kepentingan sumber vitamin D kepada kulit adalah untuk proses penyembuhan luka.


10 Makanan untuk Kecantikan Kulit

1. Air kosong

Pengambilan air yang mencukupi tidak boleh dipandang ringan jika anda ingin memiliki kulit yang sihat dan cantik. Hal ini kerana air mempunyai pelbagai fungsi termasuklah menghidratkan tubuh badan. Apabila kekurangan air, kulit akan terlihat kering dan tidak bermaya. Oleh itu, pengambilan air haruslah mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


2. Sayur-sayuran

Apakah kepentingan pengambilan sayur-sayuran di dalam penjagaan kulit? Sayur-sayuran seperti brokoli, tomato, lobak merah, bayam dan lain-lain mempunyai kandungan nutrisi seperti yang dinyatakan di atas di mana ianya merupakan nutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.


Kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurang 3 hidangan sayur-sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan serat harian.


3. Buah-buahan

Buah-buahan juga merupakan antara makanan yang boleh diambil untuk menjaga kecantikkan kulit. Antara pilihan buah yang boleh diambil adalah buah yang kaya dengan kandungan vitamin C seperti buah jambu, kiwi, oren, buah-buahan beri, anggur dan lain-lain. Vitamin C merupakan sejenis mikronutrisi yang bersifat anti oksida dan membantu di dalam penghasilan kolagen.


4. Makanan tinggi selenium

Selenium merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan beberapa fungsi penting seperti penghasilan DNA. Mineral ini mempunyai potensi untuk menghalang kerosakkan sel kulit yang disebabkan oleh UV. Antara sumber makanan yang tinggi dengan selenium adalah seperti susu, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, telur dan lain-lain.


5. Makanan tinggi zink (6)

Zink merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan beberapa fungsi seperti fungsi imunisasi dan metabolisma. Untuk kulit pula, zink berperanan untuk fungsi kelenjar minyak di mana ianya membaiki kulit yang rosak dan mengekalkan kelembutan kulit melalui penghasilan minyak. Antara makanan yang kaya dengan sumber zink adalah ikan, daging merah, bijirin penuh dan lain-lain.


6. Makanan tinggi vitamin E

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak yang mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat kepada tubuh badan. Untuk kulit pula, vitamin E bertindak sebagai anti oksida untuk menghalang kerosakkan sel kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Antara makanan yang kaya dengan vitamin E adalah biji bunga matahati, badam, mintak hazelnut dan lain-lain.


7. Makanan rendah indek glisemik

Apa itu makanan rendah indek glisemik? Makanan rendah indek glisemik adalah makanan yang melambatkan kenaikkan gula di dalam darah apabila dimakan. Antara makanan yang mempunyai indek glisemik yang rendah adalah bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain. Makanan rendah indek glisemik dikatakan dapat mencegah kemunculan jerawat pada kulit .


8. Lemak baik

Tahukah anda bahawa lemak juga terdiri daripada kategori lemak baik. Antara contoh lemak yang baik adalah omega 3 dan omega 6. Omega 3 berfungsi untuk menambahkan kelembutan pada kulit manakala omega 6 diperlukan untuk pembentukan membran sel dan mencegah kekeringan kulit. Antara contoh bagi omega 3 adalah ikan salmon, sardin dan kacang soya manakala contoh bagi omega 6 pula adalah minyak sayur, kekacang dan lain-lain.


9. Protein

Protein merupakan makronutrisi yang tidak patut diabaikan sekiranya anda ingin memiliki kulit yang sihat. Hal ini kerana protein berfungsi untuk penghasilan dan penjanaan sel-sel kulit yang baharu. Antara sumber protein yang boleh diambil adalah ayam, telur, daging, tauhu, tempeh dan lain-lain.


10. Prebiotik dan probiotik

Apakah perbezaan antara prebiotik dan probiotik? Prebiotik merupakan makanan bagi bakteria baik manakala probiotik pula merupakan bakteria baik tersebut. Bakteria baik merupakan bakteria yang diperlukan oleh tubuh badan dan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan. Pengambilan prebiotik dapat merawat pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan jerawat kerana ianya menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.


SUMBER

Shopeefood Semakin Rancak Kerana Masih Mempunyai Percuma Voucher Diskaun Dan Penghantaran

9:29:00 PG

Tahukah anda Shopeefood semakin rancak di kawasan lembah klang diikuti dengan negeri lain kerana khabarnya ia tidak henti memberi voucher diskaun makanan dan paling menarik penghantaran percuma tanpa order minima.



Setelah penulis ikut rapat akan perkembangan pemasaran Shopeefood dapati ia masih lagi releven untuk pelangan dan rakan penghantar mereka.


Radius vendor dan penghantaran juga tidak melebihi 12km kecuali sistem mengalami masalah atau rakan penghantar mereka tersalah jalan tapi boleh jadi jika ada cubaan manupulasi GPS dari pelangan iaitu sengaja pin salah alamat supaya dapat akses kepada vendor yang diingini.



Mata Ganjaran?

Jika syarikat Hijau ada pengumpulan mata ganjaran dengan setiap pembelian maka Shopee turut ada iaitu dikenali sebagai coins. Pelangan Shopee juga boleh mengumpul coins tersebut dengan pelbagai cara dan paling menarik coins tersebut sangat mudah di kumpul.


Pembayaran PayLater?

Shopee mempunyai pembayaran SpayLater namun ia tidak terpakai untuk pembelian makanan ShopeeFood. Sebaliknya syarikat Hijau memberi akses PayLater kepada pelangan yang mempunyai rekod baik dengan pengesahan kad pengenalan.


Pilihan Vendor Banyak?

Penulis dapati Shopeefood ada sedekit sebanyak ikut seperti syarikat Merah Jambu iaitu membenarkan peniaga kecil turut serta walaupun hanya berniaga dibawah kanopi.


Cuma sedikit nasihat untuk peniaga kecil supaya melabur untuk pemasangan banner perniagaan supaya rakan penghantar tidak membuang masa mencari tapak perniagaan anda.


Setakat ini setiap tempahan shopeefood hanya boleh dibuat melalui app shopee sahaja. Penulis akan kemaskini lagi jika ada perkara baru dalam shopeefood demi penjimatan korang.


Khasiat Garam Bukit Untuk Kesihatan yang Anda Perlu Tahu

4:01:00 PTG

Apakah khasiat garam bukit pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat garam bukit, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Garam adalah mineral yang terbentuk daripada sebatian natrium klorida melalui proses pemeluapan air garam atau dengan mengekstrak garam daripada bawah tanah. Sebelum terhasilnya garam yang berada di pasaran, pelbagai proses dijalankan seperti proses penapisan untuk menyingkirkan bendasing dan mineral selain daripada natrium klorida.


Setelah itu, agen anti ketulan akan dicampurkan untuk meningkatkan kelembapan dan iodin akan ditambah untuk membantu para pengguna yang kekurangan iodin. Garam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana digunakan untuk memberikan rasa dan agen pengawet sejak zaman dahulu lagi.


Dalam era moden, garam bukit telah mendapat tempat di pasaran. Garam bukit adalah garam yang berwarna merah hambu yang diekstrak daripada Lombong Garam Khewra yang terlerak berdekatan dengan kawasan Himalaya di Pakistan. Lombong Garam Khewra adalah satu satu lombong yang terbesar dan tertua didunia.


Garam bukit yang terhasil daripada lombong ini dipercayai terbentuk melalui proses pemeluapan air. Garam bukit ini diekstrak secara manual dan melalui proses yang minimum untuk menghasilkan produk yang bebas daripada bahan pengawet. Ini menjadikan garam bukit lebih semulajadi berbanding dengan garam biasa.


Kandungan nutrisi utama dalam garam bukit dan garam biasa adalah natrium klorida tetapi istimewanya garam bukit ini, ianya mengandungi 84 mineral dan unsur surih tambahan. Tambahan pula, kandungan mineral penting seperti kalsium, kalium, magnesium dan zat besi dalam garam bukit lebih tinggi berbanding garam biasa.



Senarai dibawah menunjukkan kandungan mineral dalam 1g garam bukit.


Kalsium (mg) - 1.6

Kalium (mg) - 2.8

Magnesium (mg) - 1.06

Zat besi (mg) - 0.0369

Natrium (mg) - 368


Nutrisi penting dalam garam bukit, ianya mengandungi 40% natrium dan 60% klorida. Natrium adalah mineral dan elektrolit yang diperlukan oleh badan. Natrium akan menarik dan menyimpan air iaitu cecair yang ada didalam dan juga diluar sel badan. Selain itu, natrium diperlukan untuk keseimbangan elektrolit dalam badan.


Badan turut memerlukan natrium untuk pergerakan otot dan fungsi saraf. Kebanyakkan natrium dalam badan iaitu kira-kira 85% ditemui dalam darah dan cecair limpa. Untuk memastikan kandungan natrium dalam badan pada paras normal, hormon aldosteron yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal akan menghantar maklumat kepada buah pinggang untuk menyimpan natrium dalam badan daripada merembeskan melalui air kencing.


Selain daripada disingkirkan melalui air kencing, badan akan kehilangan natrium melalui kulit apabila berpeluh. Natrium juga digunakan untuk masakan dalam bentuk natrium klorida ataupun garam dan natrium bikarbonat iaitu serbuk penaik. Natrium juga digunakan dalam bidang perubatan iaitu sebagai laksatif, aspirin, ubat kumur dan ubat gigi.


Klorida pula adalah elektrolit yang diperlukan dalam darah. Ianya membantu untuk mengawal jumlah cecair yang berada didalam dan diluar sel supaya dalam keadaan yang seimbang. Klorida akan bertindak seiringan dengan natrium dan kalium untuk mengekalkan homeostasis dalam badan.


Selain itu, klorida juga diperlukan untuk mengawal isi padu darah, tekanan darah dan pH cecair badan. Sama seperti natrium, klorida juga penting untuk pergerakan otot, fungsi sarad dan sel hati dimana ianya diperlukan untuk menghantar impuls elektrik untuk impuls saraf dan pengecutan otot.


10 Khasiat Garam Bukit Kepada Kesihatan iaitu :


1. Mengandungi mineral penting untuk penyingkiran toksin


Proses detoksifikasi menjadi amalan untuk menyingkirkan toksin yang berkumpul dalam badan melalui air, makanan berserat, jus dan bersenam. Toksin yang terkumpul akan menyebabkan badan berasa letih, kenaikan berat badan, sembelit, jerawat tumbuh di muka, sakit pada bahagian otot dan ketidakseimbangan perasaan.


Cara yang paling mudah untuk detoksifikasi adalah melalui air. Garam bukit menjadi pilihan untuk dilarutkan dalam air dan diminum sebagai agen detoks. Ini kerana garam bukit mengandungi mineral seperti magnesium, sulfida, kalsium sulfida, kalsium klorida dan kalium klorida.


Apabila air garam bukit melalui bahagian perut, ianya akan menyingkirkan toksin yang terkumpul dan menggantikannya dengan mineral yang berkhasiat untuk badan. Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, larutkan air garam dalam air suam.


2. Kandungan Natrium Lebih Rendah


Seperti yang telah diterangkan, garam biasa terhasil melalui pelbagai proses dan ditambah dengan bahan pengawet. Ini menjadikan kandungan natrium dalam garam biasa lebih tinggi daripada garam bukit. Kandungan natrium yang lebih tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular.


Garam bukit pula mengandungi mineral penting yang lain dan kandungannya lebih tinggi berbanding garam biasa. Sebagai contoh, garam bukit diperkaya dengan iodin dimana iodin berperanan untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit, membantu usus untuk menyerap nutrisi dan menurunkan tekanan darah.


3. Mengekalkan Kehidratan


Air merupakan bahan kedua terpenting dalam badan selepas oksigen kerana air membentuk 60% komposisi dalam badan. Air memainkan peranan yang besar dalam memastikan badan sentiasa sihat dan cergas. Air merupakan bahan utama dalam darah, sistem limfa dan peluh.


Air diperlukan untuk mengawal suhu badan terutama semasa melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Apabila badan kita tidak mengandungi air yang mencukupi kerana pengambilan air yang kurang dan kehilangan air melalui peluh, menyebabkan badan kita berasa letih. Pengambilan air yang dicampur dengan garam bukit adalah pilihan yang tepat terutamanya selepas bersenam.


Ini kerana apabila kita bersenam, badan kita akan mengeluarkan peluh yang mengandungi mineral dan elektrolit. Pengambilan air yang ditambah dengan garam bukit akan menjadikan badan terhidrasi dan menggantikan semua mineral dan elektrolit yang telah hilang.


4. Membantu Proses Pencernaan


Untuk memastikan proses pencernaan yang sihat, penghasilan enzim dan pH dalam sistem pencernaan sangatlah penting. Ini kerana setiap bahagian dalam sistem pencernaan memerlukan pH yang berbeza bergantung kepada peranan bahagian tersebut.


Sebagai contoh, air liur yang diperlukan untuk mencernakan kanji dan memudahkan pergerakan makanan melalui saluran makanan memerlukan pH 6.5 hingga 7.5. Garam bukit mengandungi mineral seperti natrium, kalium, klorida dan bikarbonat yang diperlukan untuk mengekalkan keseimbangan asid-alkali dalam badan. Secara tidak langsung, garam bukit membantu proses pencernaan.


5. Memberikan Tidur Yang Berkualiti


Tahukah anda bahawa pengambilan garam mempunyai kaitan dengan tidur? Kajian menunjukkan bahawa tindak balas biokimia dalam badan selalunya berlaku pada jam 2 pagi sehingga jam 4 pagi. Ini kerana paras hormon tekanan yang tinggi menyebabkan tidur kita terganggu. Diet yang rendah garam menyebabkan isi padu darah dalam sistem simpatetik berkurangan lantas, mengaktifkan adrenalin dan respons lari atau lawan. Oleh itu, disarankan untuk mencampurkan sedikit garam bukit dan madu dalam minuman sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.


6. Mencantikkan Kulit


Seperti yang telah diketahui, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tahukah anda bahawa garam bukit berupaya mencantikkan kulit kita? Garam bukit boleh dijadikan sebagai skrub wajah dengan mencampurkannya dengan minyak badam dan minyak untuk melembapkan kulit wajah. Campuran tiga bahan ini sangat berguna untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Sel-sel kulit mati ini yang menyebabkan kulit menjadi kusam. Selain itu, penggunaan garam bukit membantu dalam mengurangkan kesan kedutan yang menyebabkan penuaan pada wajah.


7. Membersihkan Udara Sekeliling


Garam bukit yang sinonim penggunaanya dalam makanan turut dijadikan sebagai bahan untuk membersihkan udara sekeliling. Sejarah menceritakan bahawa lampu yang diperbuat daripada garam bukit berperanan dalam membersihkan udara sekeliling. Ianya akan mengurangkan alergi dan meningkatkan tahap kesihatan.


Oleh kerana garam bukit bersifat ‘hygroscopic’ dimana garam bukit akan menyerap air dalam udara sekeliling. Lampu yang diperbuat daripada garam bukit akan menyerap air melalui proses penyejatan. Keadaan ini membantu dalam mengurangkan pertumbuhan kulat dan alergi.


8. Memberikan Perasaan Yang Tenang dan Gembira


Berdasarkan khasiat garam bukit sebelum ini, lampu daripada garam bukit berupaya memberikan ketenangan dan kegembiraan. Kajian menunjukkan setiap hari, badan kita terdedah kepada ‘blue light’ iaitu cahaya yang datang daripada telefon bimbit, komputer dan tablet.


Lampu daripada garam bukit menghasilkan cahaya yang lembut iaitu cahaya yang sesuai apabila sedang tidur. Tambahan pula, lampu daripada garam bukit menghasilkan ion bercaj negatif yang sama seperti ion yang terdapat pada persekitaran semulajadi seperti di bukit dan di pantai. Ion ini akan menghasilkan serotonin, hormon yang menstabilkan perasaan dan memberikan perasaan gembira pada badan. Penghasilan serotonin membantu untuk mengurangkan tekanan.


9. Memberikan Kelegaan Pada Sengal Otot


Garam merupakan bahan pengelupasan semulajadi dan bersifat anti keradangan, dimana ianya digunakan untuk merawat sakit otot dan sengal otot. Caranya adalah dengan merendam bahagian otot yang sakit atau sengal ke dalam air yang dicampurkan dengan garam bukit.


Untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus, gunakan air suam untuk rendaman tersebut. Ini kerana garam bukit mengandungi mineral seperti magnesium yang akan diserap ke dalam badan. Ini akan menguatkan tulang dan tisu penyambung yang menyebabkan sakit otot dan sengal otot.


10. Meningkatkan Sistem Pernafasan


Kajian menunjukkan bahawa terapi menggunakan garam bukit sangat baik untuk sesiapa yang mengalami masalah pernafasan seperti penyakit asma, alergi, jangkitan sistem pernafasan atas dan sebagainya. Ini kerana apabila kita bernafas, partikel garam bukit akan diserap ke dalam paru-paru dan terus kepada saluran pernafasan.


Partikel garam bukit akan membersihkan saluran pernafasan daripada partikel berbahaya yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Saluran pernafasan akan menjadi lebih luas dan memudahkan untuk bernafas.


Selain itu, garam bukit yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti mikroorganisma akan membunuh dan menghalang pertumbuhan toksin dan patogen dalam paru-paru. Apabila partikel garam bukit masuk ke dalam sistem pernafasan, ia akan menyerap mukus berlebihan dan bakteria yang berbahaya.


Kesimpulannya, walaupun garam bukit mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh badan, namun demikian, pengambilan garam bukit perlulah mengikut kepada saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 1 sudu teh (5g) sehari. Ini kerana pengambilan garam bukit yang berlebihan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Selain itu, garam bukit yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang. Oleh itu, ayuhlah kita mempraktikkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan hidup kita.


SUMBER

Khasiat Tongkat Ali Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

7:44:00 PTG

Apakah khasiat tongkat ali? Artikel ini akan membincangkan khasiat tongkat ali, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Di Malaysia, Tongkat Ali terkenal sebagai tumbuhan herba ajaib terutama bagi merawat atau mengatasi masalah kesuburan lelaki. Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia (EL) mempunyai pelbagai fungsi dari pelbagai bahagian tumbuhan termasuk daun, batang dan juga akar.


Tumbuhan kecil Tongkat Ali biasanya dijumpai di hutan tropika, hutan berpasir ke kawasan pergunungan sekitar 1 kilometer atau 1000 meter. Tongkat Ali telah dipercayai mempunyai fungsi yang pelbagai kepada kesihatan manusia termasuklah sebagai anti-bakteria, anti-malaria, mencegah pereputan tulang dan sebagainya.


Kandungan Nutrisi


Kalori – 84 kalori

Karbohidrat – 15 gram

Protein – 5 g

Lemak – 2 g

*Merujuk kepada Ali Cafe 5 in 1 -Tongkat Ali (20 g)



Tongkat Ali mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang mampu mencegah pelbagai jenis kanser. Selain itu, Tongkat Ali juga mengandungi alkaloid. Alkaloid dikatakan terdiri daripada quinine, iaitu sejenis komponen yang bersifat anti-malaria.


Tongkat Ali juga mengandungi kandungan mineral yang tinggi seperti kalsium, magnesium dan potassium di mana komponen-komponen ini terlibat dalam mencegah jangkitan bakteria dan meningkatkan metabolisma badan.


Khasiat Tongkat Ali Pada Kesihatan adalah :


1. Meningkatkan Kesuburan Lelaki


Satu kajian telah dijalankan selama 30 hari dengan penglibatan 76 orang lelaki yang lebih tua dan mempunyai kadar testostron yang rendah. Peserta-peserta kajian ini diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari untuk melihat sebarang perubahan pada tahap hormon.


Keputusannya tahap hormon mereka meningkat secara signifikan dalam kalangan 90% peserta kajian.


2. Mengelakkan dari Tulang Reput (osteoporosis)


Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana tulang kepadatan tulang berkurangan dan menjadi rapuh. Keadaan ini menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Keadaan ini kerap dialami oleh golongan warga emas terutama wanita selepas menopous, apabila badan tidak dapat lagi menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.


Tongkat Ali atau Eurycoma longifolia (EL) telah menunjukkan kesan yang berbeza apabila pada dos 25 g/mL, sel-sel lebih aktif membesar atau membahagi berbanding sel-sel yang tidak dirawat.


3. Mengurangkan Stres dan Tekanan


Tekanan sering dialami oleh golongan dewasa oleh sebab pelbagai tanggungjawab dan tugasan harian. Oleh itu pelbagai cara telah ditemui untuk mengurangkan tekanan, termasuklah berikhtiar dengan minuman ekstrak Tongkat Ali.


Seramai 63 peserta (32 lelaki dan 31 perempuan) telah menjalani analisis hormon tekanan sebelum dan selepas uji kaji. Hasil kajian mendapati, peningkatan yang signifikan telah ditemui dengan Tekanan (-11%), Kemarahan (-12%) dan Kekeliruan (-15%).


Setelah peserta-peserta kajian mengambil minuman ekstrak Tongkat Ali ini juga mendapati, status hormon testosteron juga meningkat, dan berkurang hormon stress, cortisol.


4. Boleh Meningkatkan Saiz dan Kekuatan Otot


Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kemampuannya yang mampu meransang penghasilan hormon testosteron. Hormon testosteron yang tinggi dikaitkan dengan fizikal yang tegap dan maskulin.


Oleh itu, pengambilan ekstrak minuman Tongkat Ali yang konsisten mampu membantu meningkatkan jisim otot dan mengurangkan penghasilan lemak dalam badan.


5. Mempunyai kesan Anti-Malaria


Malaria adalah penyakit berjangkit yang tersebar melalui jangkitan nyamuk. Di Malaysia, prevalens penyakit malaria amat rendah tetapi di peringkat global telah mencatatkan hampir setengah juta kematian akibat penyakit Malaria pada tahun 2018.


Tongkat Ali dipercayai mempunyai sebatian eurycomnone dan asid 7-methoxy-beta-carboline-1-propionic yang mempunyai kesan anti-malaria.


6. Mencegah Jangkitan Bakteria


Daun Tongkat Ali telah terbukti mampu mencegah dari jangkitan bakteria seperti Salmonella Typhi, Escherichia Coli (E.Coli), Staphylococcus aureus dan Serratia marscesens. Bakteria - bakteria ini mampu menyebabkan jangkitan pada kulit, paru-paru dan darah.


7. Meningkatkan Prestasi Seks Lelaki


Golongan dewasa lelaki sering dikaitkan dengan ‘mati pucuk’ atau kualiti hidup terganggu. Satu minuman tambahan mengandungi ekstrak Tongkat Ali atau ‘Physta’ telah diberikan kepada peserta kajian yang berusia 40-45 tahun. Setelah 12 minggu, peserta kajian melaporkan peningkatan pada prestasi seks, dan juga kualiti hidup mereka.


8. Membaiki atau menambah baik metabolisma badan


Kadar metabolisma badan yang baik akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dan pembebasan tenaga dalam badan. Tongkat Ali dipercayai mampu mempercepatkan fungsi hormon Thyroxine yang berfungsi meransang pengambilan oksigen lalu mempercepatkan proses pembebasan tenaga dari badan.


9. Melambatkan Kenaikan Paras Gula dalam Darah


Bagi pesakit kencing manis, kenaikan paras gula mendadak merupakan ‘red flag’ yang patut diawasi sepanjang masa. Jika tiada pengawalan pada paras gula, pelbagai komplikasi yang lebih buruk mungkin berlaku kepada tubuh badan.


Kajian telah dilakukan ke atas pelbagai tumbuhan herba dan mendapati Tongkat Ali antara 13 tumbuhan yang menunjukkan kemampuan dalam meningkatkan pengambilan glukos atau gula dalam darah di sel lemak 3T3-L1 selepas suntikan insulin dilakukan.


10. Boleh Melawan Kanser


Satu kajian telah dijalankan ke atas pelbagai bahagian Tongkat Ali meliputi daun, batang dan akar. Hasil dapatan menunjukkan 16 dari bahagian tersebut menunjukkan kesan anti-kanser dan mampu menghalang perebakan sel-sel kanser dalam badan.


Antara kanser yang dikesan mampu dihalang adalah kanser payudara dan kanser paru-paru. Secara ringkasnya, Tongkat ali boleh dianggap sebagai terapi tambahan untuk rawatan pelbagai jenis kanser pada manusia.


Kesimpulannya, pelbagai khasiat Tongkat Ali telah dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji saintifik. Khasiat dan fungsi Tongkat Ali bukan sahaja pada akarnya, tetapi juga daun dan batangnya. Namun harus diingatkan tentang dos dan saranan pengambilan seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan.


SUMBER
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)