Terkini

ANAK PEREMPUAN WAJIB BERTANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA SELEPAS BERGELAR ISTERI ORANG

3:09:00 PTG

Sedikit Renungan untuk diri Sendiri. Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu bapa sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi lagi mertua yg miskin. Jangan cakap ibu mertua itu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dengan mak kandung sendiri.



Sedihnya ramai isteri hari ini lepas diri daripada tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kahwin kena taat suami. Kalau macam tu, siapa yg lahirkan korang? Siapa yang mengandungkan korang? Siapa yang sekolahkan korang? Siapa yang daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja..siapa? siapa yang banyak berkorban untuk melihat korang jadi anak yg berguna?


Janganlah kita jadi anak tidak kenang budi, anak derhaka dan tidak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Kifarah itu berulang ulang. Mungkin suatu hari nanti anak kita pula abaikan tanggungjawab kepada kita.



Kenapa ibu bapa yang besarkan kita dengan kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami itu esok-esok boleh cerai kita, kahwin lain. Kita terkapai kapai tiada tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu tempat mengadu.


Aku bukanlah baik tapi aku tidak pernah cakap ibu aku bukan tanggungjawab aku. Ibu aku besarkan aku, sekolahkan aku,dan apa lagi kalau ibu orang susah. Suami aku tak dengar cakap ibu aku? Aku ingatkan lagi dia, aku pesan pada dia anggap dan hormati ibuku sebagai mana kau hormati ibumu.


kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu bapa. Bagilah apa yg termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.


Suami yang baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu bapa. Suami yang jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dengan ibu bapa.


#Muhasabah_Diri


Hargai Adik Beradik Sendiri Dengan Mendoakan Mereka

2:33:00 PTG

Adik beradik jangan dibuat musuh! Bila adik beradik susah kita kena tolong sebab adik beradik adalah teman kita yang bersama susah dan senang dari kecil sampai kita mampu berdikari, baik atau jahat dia tetap adik beradik kita. lngat pesan mak ayah, gaduh macam mana sekali pun jangan sampai putus persaudaraan.



Bersyukurlah, kehadiran adik beradik kita memberi warna yang sangat indah pada takdir yang kita lalui. setinggi mana pun kita berada. tanpa nikmat kasih sayang adik beradik. ianya jadi tawar dan terlalu sepi. menjaga hubungan adik beradik adalah sunnah anak-anak yang soleh.


"Ramai yang lebih suka tolong orang luar berbanding adik beradik sendiri. Sebab orang luar kita dapat nama dan pujian. Tapi kita lupa Nabi Muhammad SAW dah pesan ; Sedekah kepada adik beradik yang miskin akan dapat 2 fadhilat berbanding sedekah kepada orang lain, iaitu dapat PAHALA dan SILATURAHIM".



Mendoakan Adik Beradik Sendiri


1. Salah satu perkara yang boleh kita pelajari dari kisah-kisah al-Quran adalah mendoakan adik beradik sendiri. Perkara ini dapat dilihat apabila Nabi Musa mendoakan abangnya Nabi Harun.


2. Hubungan antara abang dan adik ini adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai. Mereka digambarkan di dalam Al-Quran sebagai adik-beradik yang saling membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.


3. Nabi Musa dan Nabi Harun memiliki dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam Al-Quran. Nabi Musa orangnya keras, sedang Nabi Harun itu sikapnya lembut. Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Nabi Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya. Sedang Harun membalas dengan baik dengan katanya:


قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي إِنِّي خَشِيتُ أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِي


“Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku (Nabi Musa)! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: "Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" Surah Taha: 94.


4. Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar. Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur. Kata Nabi Musa:



وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا

“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih dari diriku” (Surah al-Qasas: 34).


Menurut al-Imam Ibn Kathir, Musa mempunya sejarah yg menyebabkan beliau menjadi sedemikian. Ketika kecil, beliau diberikan pilihan antara tamar dan bara api oleh Firaun untuk menguji anak kecil ini. Nabi Musa telah memilih bara lalu diletakkan pada lidahnya yang menyebabkan terdapat gangguan kepada lisan beliau. (Ibn Kathir, Tafsir, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1419H, 6/212)


5. Walaupun memiliki karakter yg berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yg ideal dalam dakwah. Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu. Perlantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran. Ia menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut. Allah menceritakan dialog Musa ini di dalam al-Quran. Firman Allah:


وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي (29) هَارُونَ أَخِي (30) اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي (31) وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي (32) كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا


"Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. [30] Iaitu Harun saudaraku [31] Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya [32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku [33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu [34] – Surah Taha: 30-34.


6. Bukan sahaja sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dikalangan kita yang mendoakan sesama adik beradik sendiri?


رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأَخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِك


“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.” (Surah al-A’raf:151)


7. Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.


Semoga Allah membimbing kita.


Kredit : Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Advertisement

Tips Jika Terserempak Ular Di Rumah

1:47:00 PTG

Ular Tedung Hitam merupakan sejenis ular Tedung berbisa dari keluarga Elapidae. Ular ini terbatas di Jawa, Bali, dan Nusa Tenggara.



Ular ini mengandungi Racun Neurotoksin,Sitotoksin,Cardiotoxins,Ular Tedung Senduk/kobra terdapat dari India di sebelah barat sehingga ke China, Vietnam dan Kemboja, juga terdapat di Semenanjung Malaysia dan juga tempatan di Bangladesh, Bhutan, Myanmar, Laos, Nepal, dan Thailand.


Ular Tedung Senduk terdapat sehingga ketinggian 1,000 m (3,300 ka) dari aras laut dan gemarkan habitat berkait dengan air, seperti sawah padi, paya, dan paya bakau, tetapi juga terdapat di kawasan berumput tebal, semak-samun, dan hutan, di tanah pertanian dan kediaman manusia, termasuk di bandar.



Kalau dekat kawasan rumah terjumpa Ular hitam cuba bagi salam 3x, kalau ular tu lari kemungkinan mahkluk halus yang menyamar menyerupai Ular hitam bermata merah ada taring, TETAPI kalau ular tu tidak lari sudah bagi salam, kita lah yang kena lari, nanti kang kena sengat bisa dia.


Tips Doa untuk elak dari gangguan mahkluk halus (teknik mudah) :

1-AL-Fatihah x1

2-3Qul x1

3-Ayat Qursi x1

4-Doa Nabi Yunus x7


Zikir Doa Nabi Yunus-Alanbiya 21:87

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


Advertisement

KATA AL QUR'AN TENTANG USIA MENUJU KEHIDUPAN ABADI DI AKHIRAT

9:51:00 PTG

Al-Qur'an bagaikan "sumber mata air" inspirasi bagi kehidupan umat manusia. Darinya terlahir berbagai cabang ilmu pengetahuan yang belum pernah ada sebelumnya. Sebagai mukjizat, setiap kata pada ayat-ayat Al-Qur'an begitu mempesona, begitu indah ungkapannya serta memiliki kandungan makna yang sangat dalam.



Allah Subhanahu wa Ta'ala sudah menetapkan usia seseorang sebelum ia dilahirkan. Dengan usia (umur hidup di dunia) itu, manusia diberi kesempatan untuk mempersiapkan bekal menuju kehidupan abadi di akhirat. Sungguh beruntung jika seorang hamba mampu menggunakan usianya untuk beramal kebajikan.


Hidup mereka hanya untuk makan dan memuaskan hawa nafsunya. Hidup mereka hanya untuk berfoya-foya hidup mereka hanya untuk dunia. Akhirnya kelak di hari kiamat tiada yang tinggal pada mereka kecuali penyesalan dan kerugian.



1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia. ( Qs. Hud : 15-16 )


2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat. ( Qs. Al Isra:72 )


3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )


4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya. ( Qs. Ali Imran : 145 )


5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil. ( Qs. An Nisa : 78 )


6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih. ( Qs. Ali Imran : 185 )


7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia. ( Qs. Al-An'am : 32 )


Sumber : Google


Kehebatan Surah Al-Kautsar Bermaksud Sebatang Sungai Yang Mengalir Di Syurga

9:05:00 PTG

Surah Al-Kautsar adalah surah yang paling pendek yang diturunkan oleh Allah SWT. Ia hanya mengandungi tiga ayat sahaja. Al-Kautsar bermaksud sebatang sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.



1) Baca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan permintaan kita.


2) Baca ketika dalam kehausan dan tiada air, gosokkan di leher dan in sha Allah akan hilang dahaga.


3) Baca sebanyak 10 kali di air mawar, sapukan pada mata yang sakit, berair, gatal atau bengkak.



4) Baca sebanyak 10 kali jika rumah dipercayai terkena sihir, mudah-mudahan Allah S.W.T. beri petunjuk dimana terletaknya sihir tersebut.


5) Baca sebanyak 1000 kali, in sha Allah akan bertambah rezeki kurniaan daripada Allah S.W.T.


6) Rajin-rajinkanlah diri untuk selalu membaca surah ini, in sha Allah hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika solat.


7) Baca sebanyak 71 kali jika diri rasa teraniaya dan terpenjara, in sha Allah akan beri pertolongan oleh Allah kepada yang dizalimi.


Segalanya dengan izin Allah S.W.T.


IKUTI PERKONGSIAN "CARA WANITA BERSEDEKAH."

8:41:00 PTG

Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.



● Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan.?


● Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata : "Bagaimana, sedang aku tak punya duit ?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.



Rasulullah SAW bersabda :

● "Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."


● Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan penyelesaian...?


● Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.


● Berikut contoh- contohnya :


Sedekah itu beraneka ragam :

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi mungkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.


● Milik Allah lah segala puji dan kurnia.


● Kaedah Penting:


● Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.


● Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama yang paling dekat, kemudian yang terdekat.


● Perlu diingatkan bahawa; "Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".


Sumber : Ummu


Nampak Remeh Tapi Inilah "Bekalan Hidupnya" Ikuti 10 Perkara Ajarkan Anak

8:13:00 PTG

Anak adalah kurnia yang terbesar bagi keluarga, agama, bangsa, dan negara. Dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, anak adalah penerus cita-cita bagi kemajuan suatu bangsa.



10 perkara penting yang wajib kita ajarkan kepada anak.


1. Ajari anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan 'mental self image' anak kita.

Anak yang tak merasa baahwa dia adalah hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan sombong.


2. Ajari anak kita bahawa apa yg ada pada dirinya milik Penciptanya.

Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.



3. Ajari anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu.


4. Ajari anak kita bahawa dia akan menempuh 5 checkpoint

Checkpoint 1 - mati

Checkpoint 2 - barzakh

Checkpoint 3 - mahsyar

Checkpoint 4 - mizan

Checkpoint 5 - sirat


5. Ajari anak kita bahawa Al-Quran bukan cuma untuk dilagukan semata tapi diamalkan dan tuntunan hidup.


6. Ajari anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada ibu bapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta.

Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.


7. Ajari anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.

Anak yang tahu dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki 'sense of responsibility'.


8. Ajari anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa.

Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.


9. Ajari anak kita bahawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia.

Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.


10. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.

Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana tak sedikit anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.


Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


Aamiin.. ❤️🤲


Kredit : Dr Taufiq Razif


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)