Terkini

Resepi Ayam Goreng Celup Tepung Mudah Lagi Rangup


Selalu kita menggunakan serbuk kunyit ketika mengoreng ayam , namun adakala kita tetap ke restoran KFC untuk menikmati menu ayam goreng mereka yang disaluti tepung rangup dan menyelerakan.


Sejarah KFC - Dahulu dikenali dengan nama Kentucky Fried Chicken, adalah satu restoran yang dibina oleh Colonel Harland Sanders. KFC juga dikenali terutama pada hidangan ayam gorengnya juga digoreng menggunakan "timba" (bucket).


Ayam Goreng Salut Tepung


Col. Sanders mulai menjual ayam gorengnya pada tahun 1939 di restoran miliknya pada tepi jalan di Corbin, Kentucky yang selanjutnya pindah ke sebuah motel dan tidak lama perniagaannya terpaksa ditutup.


Pada awal 1950-an, ia mulai merantau di Amerika Syarikat dan bertemu dengan Pete Harman di Salt Lake City, dan pada tahun 1952 mereka bersama-sama membina restoran Kentucky Fried Chicken yang pertama di dunia.


Keluaran KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 bernilai AS$2 juta.


Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico juga yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, namun pada masa kini digelarkan Yum! Brands, Inc.


Kini KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd, juga salah satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad dan syarikat induknya adalah Johor Corp. Mungkin kedengaran macam susah tapi itu tidaklah penting untuk anda buat masa ini kerana yang penting adalah resepi ayam goreng anda berjaya di hidangkan.


Jadi sekarang adalah masa menguji kerajinan anda untuk menghidangkan sajian ayam goreng salut tepung seakan KFC. Dengar mungkin susah tapi sebenarnya mudah sahaja asalkan ada kunci kerajinan.


Gambaran penyedian


Bahan

- Beberapa ekor ayam yang diperlukan

- Tepung seberguna jenama Bestari( Pedas atau Original )

- Tepung jagung


Cara-cara

- Ayam dicuci sehingga bersih

- Dipotong dadu supaya dapat menikmati salutan tepung itu

- Ayam harus di sejat atau tos kan dahulu

- Perapkan ayam bersama dengan tepung jagung lebih kurang 15minit

- Gaulkan ayam bersama tepung bestari tanpa air sehingga rata

- Minyak harus banyak dan dipanaskan terdahulu sebelum mengoreng

- Goreng sehingga kelihatan kekuningan dan boleh dihidangkan


Sumber KFC terkait : KFC Malaysia


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)