Terkini

Cara Memanjangkan Tarikh Luput Prepaid Celcom


Dari sehari ke sehari, minggu ke minggu, top up dan terus topup walaupun kredit masih ada, total dah cecah ratusan ringgit. hebatkan, ada ratusan ringgit tapi aku tak pakai-pakai. Mula-mula tu aku ingat nak transfer kredit ke orang atau nak bagi orang pakai, lepas tu orang tu bayar la aku value yang di pakai tu untuk aku top up balik, tapi sayangnya celcom mengenakan bayaran 50sen setiap perkongsian kredit yang dilakukan.

Agak tidak munasabahkan , masalah tempoh singkat dan mempunyai kredit banyak bukan terjadi pada kelompok yang kecil malah iaiya terjadi hampir setiap pengguna kerana dengan adanya perkhidmatan jalur lebar dan pelbagai pelan unlimited juga pelbagai aplikasi telefon pintar yang boleh dijalan hanya dengan menggunakan jalur lebar atau data internet ,ini ia akan membuatkan kredit anda makin bertambah.

Bila kredit anda makin bertambah , seakan anda sedang menabung tanpa faedah di poket mereka. Agak tidak menarik bukan ? Jadi pihak celcom atau mana-mana syarikat telekomunikasi sudah pasti telah memikirkan hal sedemikian cuma mereka sengaja untuk tidak mengiklankan cara-cara memanjangkan tarikh luput kredit pelangan atas sebab-sebab tertentu.

Bayangkan kalau selama 2 tahun pengguna tidak melakukan sebarang tambah nilai, sudah pasti perbuatan itu akan menjejaskan reputasi perniagaan syarikat . Katakan anda tambah nilai RM10 untuk seminggu dan minggu seterusnya anda tambah nilai lagi bukankah ia agak merugikan.

Sebulan mempunyai 4 minggu , bermakna anda harus melakukan tambah nilai sebanyak 4 kali dalam sebulan . Seterusnya jika anda lakukan tambah nilai RM30 untuk 30hari dan bulan seterusnya anda masih mempunyai kredit terkumpul boleh dikatakan RM100++  jadi anda perlu melakukan tambah nilai secara terpaksa.

Untuk menyelesaikan isu ini, syarikat celcom sudah pun menyediakan cara-cara untuk membeli pelan memanjangkan tarikh luput kredit dan harus anda tahu bahawa setiap permohonan akan dikenakan bayaran yang ditetapkan.

Tutorial ini aku dapat dari seorang blogger di internet dan amat berterima kasih kepada beliau kerana sudi kongsikan caranya. Sila kunjungi blog beliau disini: http://radinfadli.com

Dibawah adalah caranya dan jumlah yang bakal ditolak dari baki akaun kredit anda, pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi sebelum melakukan permohonan ini.


SMS 
(1 Tahun - RM30)
EXP1 hantar ke 28882
(2 Tahun - RM50)
EXP2 hantar ke 28882
**Bagi Simkad baru sila pastikan tambah nilai sekurangnya RM30 selama tempoh 6 bulan.

Setelah menghantar sms tersebut, celcom akan balas sms untuk pengesahan, disitu anda kena balas mengikut arahan yang ditetapkan.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)