Terkini

JANGAN SEDIH DENGAN UJIAN DUNIA INI

7:10:00 PTG

Dunia adalah ladang ujian, tidak ada seorang manusia pun melainkan akan diuji dengan kesihatan dan kelapangan untuk mengetahui sejauh mana ia akan mensyukurinya dan ia juga akan diuji dengan musibah dan kesempitan untuk mengetahui sejauh mana ia akan bersikap sabar menghadapi ujian tersebut.



Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha. Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.


ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman:

وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” (Surah Al-A’raf 168)



RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda :

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

.

“Sungguh menakjubkan perkara kaum mukmin, sesungguhnya semua perkaranya adalah kebaikan, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi orang beriman. Jika ia dianugrahi nikmat ia bersyukur dan itu baik baginya , jika ia tertimpa musibah ia bersabar maka itu baik baginya.” (HR. Muslim 2999)


Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :

“Seandainya manusia mengetahui bahwa nikmat ALLAH yang ada dalam musibah itu tidak lain seperti halnya nikmat ALLAH yang ada dalam kesenangan, niscaya hati dan lisannya akan selalu sibuk untuk mensyukurinya.”


ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman :

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah 216)


YA MUHAWWILAL HAAL HAWWIL HAALANA ILAA AHSANIL HAAL

Wahai Zat Yang Maha Merubah Keadaan, Ubahlah Keadaan Kami, Sebaik-Baiknya Keadaan.


- Al Habib Anis Bin Alwi Al Habsyi -


Wallahu A'lam.


In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.


Kredit : Aku Mencintai Mu Ya Rasulullah


SOLAT ITU MENUJU KEJAYAAN PENTINGNYA DAN KEUTAMAANNYA

6:39:00 PTG

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam untuk menyembah Allah, Tuhan yang satu. Solat itu dilakukan dengan merujuk Al Quran dan Sunnah Rasul.



Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.


Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu dengan nama umum subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.


Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat.



Nak cemerlang di DUNIA? 1 perkara ini mesti nak kena jaga; SOLAT.

Nak bahagia di AKHIRAT? 1 perkara ini mesti nak kena jaga; SOLAT.

Nak berjaya di DUNIA dan AKHIRAT? 1 perkara ini nak kena jaga; SOLAT.


Keluarga bahagia ialah apabila ayah, emak dan anak-anak jaga solat, utamakan solat, tekankan pasal solat dalam kehidupan.


Ke mana saja kita pergi, apa saja kita buat, 2 benda ni mesti nak kena ada dalam jadual kita :

1) Pukul berapa masuk waktu solat.

2) Kat mana kita nak solat.


Ramai orang yang berjaya saya jumpa, konsep yang mereka amalkan ialah SOLAT FIRST.

1. Mereka selalu fikir pasal solat.

2. Mereka menanti waktu solat.

3. Mereka sentiasa bersedia untuk solat.


Bila kita letak konsep solat first ni kat depan kita, kita akan dapat 3 keajaiban :

1. Hati kita jadi lega dan tenang.

2. Masa kita selepas solat jadi panjang dalam keberkatan.

3. Banyak urusan kita akan selesai dengan izin ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.


Selalu ingat ini, bila kita selesaikan tanggungjawab kita dengan ALLAH, ALLAH akan cukupkan segala keperluan kita tanpa ada banyak halangan. Di akhirat nanti, solat amalan yang pertama akan dihisab di hadapan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.


Selesai bab solat, baru kira amalan yang lain. Masa depan kita akan jadi terang benderang secerah pawana. Selagi tak selesai hisaban solat, banyak la benda lain akan tertangguh. Silap-silap haribulan, gelap masa depan kita. Hidup kita akan sengsara buat selama-lamanya.


So, always put in our mind, solat first.


Jangan ambil mudah dengan solat. Jangan sesekali letak dalam minda, nantilah solat. Atau, takpa, nanti boleh qadha’.


Jangan! Jangan! Jangan!...solat dulu. Yang lain boleh tunggu. In sha ALLAH nanti kita akan jumpa ketenangan dan kebahagiaan yang kita cari-cari selama ini.


Solat ni nampak kecil, tapi besar dan berat kalau tak kena cara dan perancangan.


Wallahu A'lam.


In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.


Kredit : Aku Mencintai Mu Ya Rasulullah


Advertisement

Khasiat Dan Kebaikan Air Barli Jika Amalkan Selalu

3:34:00 PTG

Bijirin barli ni kelihatan macam biasa tetapi disebaliknya terkandung 1001 khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan.



Ia kaya dengan fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting yang lain yang sangat bagus dalam memberikan manfaat kepada tubuh badan.


Tidak hairanlah kenapa air barli ni selalu menjadi pilihan ibu yang masih menyusukan anak kerana air barli boleh meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Mama boleh campurkan air barli yang panas dengan satu sudu teh jintan manis, biarkannya selama lima ke sepuluh minit dan kemudian minumnya. Air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung.


Air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. Bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga. Ia juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam.


Barli juga mampu merawat jangkitan saluran kencing. Pesakit perlu meminum air barli bagi tujuan merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini.



Barli tingkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksin dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.


Pada masa yang sama, air barli juga bantu bersihkan buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem pundi kencing.


Ia juga berperanan untuk kurangkan bau air kencing.


Untuk merawat jangkitan saluran kencing, kalian perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut sembuh.


Beras barli kaya dengan magnesium yang boleh cegah penghasilan batu karang selain daripada membantu kalian menyahtoksin badan.


Barli membantu mengawal kencing manis. Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis.


Ini kerana ia boleh stabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.


Cara-cara membuat air barli amatlah mudah.

Didihkan barli dengan air sehingga barli lembut.

Boleh letak beberapa helai daun pandan untuk aroma.


Moga bermanfaat


#BerasBarli

#RawatJangkitanKumanPadaPundiKencing


Advertisement

RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT JOM IKUTI RINGKASANNYA

1:38:00 PTG

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah S.W.T. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah S.W.T. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.



Ketika seseorang mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas dan was-was, terlupa bilangan rakaat dan bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya.


1 - Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi:

1. Dahi.

2. Hidung.

3. Kedua telapak tangan.

4. Lutut.

5. Kedua hujung jari kaki.


2 - Sujud adalah konsep:

1. Merendahkan diri.

2. Memuji ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

3. Dan memohon segala macam hajat kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.



3 - Sekaligus mengikis sifat tercela iaitu Riya', sombong, ujub, takabur dan lain-lain.


4 - Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University telah peluk Islam selepas mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.


5 - Dalam kajiannya, ditemukan bahawa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud. (lebih lama setelah Solat Subuh).


6 - Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya').

Subhan ALLAH. Ma sha ALLAH.


7 - Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.


8 - Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yg tidak solat saat ini.


9 - Kerana kedudukan otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak.


10 - Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.


11 - Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:

1. Mencegah pening.

2. Terhindar migrain.

3. Menyegarkan otak.

4. Menajamkan akal dan fikiran (lebih sensitif).

5. Melonggarkan sistem pernafasan.

6. Memperbaiki kandung rahim yang turun.

7. Menjaga dan menguatkan kedudukan bayi dalam kandungan.

8. Menghindarkan kandungan songsang dan lain lain.


12 - Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud.


Wallahu A'lam.


In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲


Kredit : Aku Mencintai Mu Ya Rasulullah


Resepi Ayam Masak Sos Tiram Yang Mudah Ringkas Dan Cepat

12:43:00 PTG

Menu kesukaan keluarga dan anak-anak masak hari-hari pun tidak jemu. Menu yang paling mudah, ringkas dan cepat masa penyediaannya dan memasak adalah 30 minit saja.



Nak kongsi satu resepi buat penggemar lauk ayam, boleh cuba resepi Ayam Masak Sos Tiram ini confirm makan nasi menambah-nambah.


Bahan-bahan:


1 - Ayam (gaul dan perap 15 minit dengan tepung jagung dan sos tiram)


2 - Bawang Holland setengah biji (hiris kasar)


3 - Bawang Putih 3 ulas (hiris nipis)


4 - Cili Padi


5 - Tepung Jagung


6 - Sos Tiram


7 - Kicap Lemak Manis


8 - Maggi cukup rasa


9 - Daun Bawang (optional)



Cara memasak :


1 - Goreng ayam yang sudah diperap bersama tepung jagung dan sos tiram sampai kekuningan atau garing.


2 - Kemudian ayam sudah masak masukkan sos tiram, kicap lemak manis gaul sebati dulu.


3 - Sudah sebati boleh masukkan bawang holland dan bawang putih yang sudah dihiris.


4 - Masukkan cili padi yang dibelah dua atau ikut kesukaan masing-masing nak potong macam mana.


5 - Perasakan dengan maggi cukup rasa satu sudu ikut selera masing-masing saya tidak letak garam sebab sos tiram dan kicap sudah ada perasanya dan tabur sedikit daun bawang. Siap Selamat mencuba.


Kuantiti cili ikut pada tahap kepedasan masing-masing.


Minyak berlebihan boleh buang ya.


"Surah Yasin Ayat ke 58" Alangkah Ruginya Kalau Anda Tidak Tahu Rahsia Ini

10:02:00 PTG

Surah Yasin adalah surah ke 36 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-Jinn. Dinamai Yasin karana dimulai dengan huruf Yasin.


RAHSIA FADHILAT SURAH YASIN AYAT KE 58


Barang siapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM‘ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.



سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬


Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku


2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam


3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat


4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini


5) YA-ALLAH YA-MUTAKABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin


6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin


7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..


Aamiin Ya Allah. Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.


Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.


Dengan beramal surah Yasin ini dapat menghindarkan hati yang keras. Ganjaran membacanya seolah-olah membaca al-Quran sebanyak 10 kali. Diampunkan dosa orang yang membacanya. Surah yang meliputi kebaikan di dunia dan akhirat.


Cc Owner


BERDOALAH MEMOHON KEPADA ALLAH DENGAN SATU PERTIGA MALAM

3:59:00 PTG

Walau sekecil manapun perkara itu, berdoalah memohon kepada ALLAH SWT kerana Dia tempat kita bergantung harap.



“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)


Waktu yang dianjurkan untuk berdoa agar dikabulkan adalah setiap satu pertiga malam terakhir, ketika bersujud atau azan, antara azan dan iqamat serta sewaktu bermusafir. Justeru, sebagai Muslim yang sejati, teruskan berdoa dan jangan sesekali berputus harap.



Cara Kiraan Sepertiga Malam


Malam bermaksud apabila masuknya waktu maghrib, maka itulah malam. Bermulanya malam apabila masuknya waktu Maghrib.


Penghujung malam pula apabila masuknya waktu subuh, itulah penghujung malam.


Kiraan 1/3 malam ni penting kerana, untuk mengetahui bilakah waktu yang tepat masuknya 1/3 malam terakhir.


Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:

"Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya."


Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya


Ini kerana ia adalah diantara waktu yang mustajab untuk berdoa dan beribadah.


Allah berfirman dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1-4 yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’."


Firman Allah dalam Surah Azzariyat ayat 18 bermaksud:

“Sesungguhnya mereka (iaitu mereka yang di dalam syurga)sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan."


Dan banyak lagi keterangan tentang ibadah di penghujung malam ini sama ada di dalam Al-Qur'an mahupun Hadis.


Semoga Allah perkenankan doa di sepertiga malam, luahkan lah segalanya


Sumber Siti Aminah Salleh


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)