Terkini

Felda Berhasrat Jual Lebih Banyak Aset Untuk Tampung Kerugian - Malaysia



Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, hasil penjualan aset-aset tersebut akan digunakan antaranya untuk menutup kerugian Felda Investment Comittee (FIC) akibat salah tadbir urus.

“Maka kami terpaksa mencairkan aset-aset tersebut mengikut pernilaian semasa supaya kami boleh mengembalikan semula akaun seimbang kepada FELDA serta membiayai aktiviti FIC yang sudah diketahui mengalami kerugiaan,” katanya pada sidang media di Menara FELDA, Selasa.

http://bit.ly/2jV2k9S


Antara aset yang bakal dilupuskan ada hotel di luar negara serta pegangan-pegangan saham dalam syarikat-syarikat senaraian awam.

Menurutnya, keputusan untuk menjual aset-aset termasuk pegangan di dalam Maybank telah diputuskan oleh ahli lembaga pengarah FELDA pada November lalu.

Aset-aset ini dibeli ketika FELDA ada banyak duit. Felda tidak berhutang untuk memilikinya tetapi apabila mereka tidak memberikan pulangan yang sepatutnya maka kita boleh jual.

“Saya tidak tahu berapa yang akan diraih tetapi mandat untuk penjualannya telah diberikan pada November lalu. Sebelum saya menjadi Pengerusi,” katanya lagi.


sumber - enjin carian internet

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)