Terkini

Sultan Johor Pemegang Saham Ke-2 Terbesar 7 Eleven


Sultan Johor Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah muncul sebagai pemegang saham utama di 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd .


Menurut satu kenyataan dengan Bursa Malaysia pada Selasa, beliau kini memiliki kepentingan langsung sebanyak 8.438% atau 93.7 juta saham dalam pengendali kedai serbaneka terbesar di negara ini.



Berjaya Group pula bukan lagi pemegang saham yang besar di syarikat ini setelah menjual jutaan saham mereka dalam 7-Eleven sejak kebelakangan ini.


Sultan Ibrahim dan Tan adalah rakan kongsi yang lama. Bersama, mereka memiliki REDtone International Berhad (51.71 peratus Berjaya Corp, Sultan Johor 17.9 peratus), U Mobile Sdn Bhd (Tan 21 peratus, Sultan Johor 15 peratus).


Pada 1 Ogos, 7-Eleven telah melantik Ho Meng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Gary Thomas Brown yang meletak jawatan pada awal Julai.


Mereka termasuk REDtone International Bhd , di mana Tan memiliki kira-kira 51.71% kepentingan melalui Berjaya Corp Bhd, manakala Sultan Ibrahim secara langsung memiliki 17.9% kepentingan.


Yang lain adalah U Mobile Sdn Bhd, di mana Tan adalah pemegang saham kedua terbesar dengan 21.46% kepentingan, diikuti oleh Sultan Ibrahim dengan 15%.


Kesimpulannya kena Sultan Johor suka membeli saham dimana adanya Tan , apakah mereka berdua ini kawan baik atau pun ada cerita disebaliknya. Maklumlah seperti diketahui rakyat Malaysia Tan memang suka ambil alih syarikat-syarikat yang berpontensi nama pun kepala ahli perniagaan.


Pada bulan-bulan lalu harga pasaran saham 7-Eleven hanyalah boleh mencecah sehingga 1.95sen seunit , baru-baru ini juga kelihatan telah mendaki dari 1.14sen seunit kepada 1.40sen seunit.


Jadi bagi pelabur besar, mungkin mereka sedang menikmati kenaikkan tersebut manakala pelabur kecil mungkin sedang mengambil langkah berjaga-jaga.


Jika dilihat, dimana ada Sultan Johor dan Tan maka disitulah lubuk berkumpulnya pelabur-pelabur kecil mahupun yang besar.


Tapi itu bukanlah bermakna kaunter itu akan terus memberi keuntungan, ia hanya cuma memberi pandangan positif kepada pelabur sahaja . Seperti yang terjadi di kaunter Redtone International Berhad, habis-habis pun kat situ je.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)