Terkini

Keputusan Piala Malaysia Final Terengganu Menentang Perak

Perlawan bola sepak malaysia malam ini siapakah yang menjulang piala Malaysia bagi tahun 2018?



Lihat pada rentak permainan pada malam ini dan permainan sebelum ini sudah boleh agak siapakah yang akan menjulang piala Malaysia. Cuma ada beberapa isu yang membuatkan penonton kurang puas hati adalah pengadilnya.


Minit ke 60 menunjukkan TFC 2 : 1 PRK, dimana pasukan terengganu telah berjaya mendahului pasukan perak. Walaupun ada sedikit gangguan dari pengadil dalam padang yang sememangnya mempunyai pelbagai ragam baik dari pemain mahupun pengadil itu sendiri.


Jika melihat susun atur permainan TFC menentang JDT sebelum ini memang kelihatan pasukan ini mempunyai potensi untuk menang dalam perlawanan Piala Malaysia pada tahun ini.



Minit ke 70 permainan masih rancak dimana pasukan perak sedang berusaha mencari jaringan gol untuk memenangi perlawanan ini walaupun banyak masa telah dibuang oleh pemain atas padang.


Barisan pertahanan Terengganu FC yang diketuai oleh pemain dari Montenegro, Igor Zonjic mencatatkan dua gol bolos secara purata bagi setiap perlawanan yang pasti akan merisaukan peminat setia pasukan dari Pantai Timur itu.


Permainan jadi sengit apabila pasukan perak berjaya mengejar mata seri dengan TFC iaitu 3-3 sehingga minit terakhir dan terpaksa melakukan sesi tendangan penalty untuk penentuan iaitu TFC 1 - 4 Perak dimana pasukan negeri perak telah berjaya memenangi Piala Malaysia 2018.


Tahniah buat warga perak kerana telah memenangi Piala Malaysia pada tahun ini, walaubagaimanapun pasukan TFC turut tidak mengecewakan penonton ketika beraksi atas padang perlawanan akhir.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)