Terkini

Telco Malaysia 2018 Yang Mana Satu Pilihan Dihati

Statistik OpenSignal pada bulan april 2018 mengatakan talian Maxis mendahului dari yang lain bermaksud ia adalah yang terbaik.



Jadi apa pula pendapat dari pengguna telefon pada hari ini? Sedikit ulasan dari kami berkaitan isu-isu yang terjadi ketika menggunakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.


Maxis

Ini adalah jenama kedua tertua selepas Celcom, pada tahun 2000 ramai yang melangan prabayar dan pascabayar Maxis/Hotlink walaupun pada ketika itu tiada sebarang data internet yang disediakan. Ketika itu juga penggunaan SMS / MMS sangatlah popular dan masih tidak ramai yang sibuk ambil tahu berapakah kredit yang telah ditolak apa yang tahu bila kredit habis cepat-cepat cari topup atau bagi yang kaya pula setiap bulan beratur di kaunter maxis untuk bayar bil pascabayar.


Lama kelamaan pesaing mula memainkan peranan dengan menawarkan pelbagai pelan berbaloi untuk pengguna sehinggalah hari ini dimana pada ketika ini sudah mempunyai pelbagai apps yang mampu menggantikan sistem SMS. Boleh dikatakan tiada masalah jika tiada kredit yang penting harus ada data internet untuk kekal berhubung tanpa batasan.


Umobile

Umobile salah satu pesaing yang gila di dalam arena perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia apabila pada tahun ini dia telah melancarkan lebih dari satu pelan yang dianggap berbaloi buat pelangan yang tinggal dikawasan bandar.


Malangnya keluasan pencawang miliknya tidak dapat memenuhi citarasa pelangan kerana masih ada lokasi yang belum mempunyai talian setelah pihaknya membatalkan perjanjian kerjasama dari Maxis.


Seterusnya masalah yang sering berlaku kepada pelangan umobile apabila pelan yang dilancarkan itu sudah mula dapat permintaan tinggi dari pelangan dan pasti ia akan membuatkan kelajuan internet menjadi perlahan.



Celcom

Celcom pula dalam tahun 2018 sahaja sudah mempunyai pelbagai isu pelik berkaitan kredit atau bil bulanan milik pelangan.


Pelangan dapati talian Celcom mempunyai masalah kritikal dimana pengguna sering menerima sms berbentuk iklan dari pihak ketiga secara berterusan.


Paling ditakuti apabila ada pengguna Celcom telah membuat aduan apabila ia sering kehilangan sejumlah kredit setelah nombornya menerima sms berbentuk iklan dari pihak ketiga.


Setelah membuat aduan kepada pegawai khidmat pelangan Celcom, mereka memulangkan semula kredit yang hilang itu tapi selang beberapa hari kemudian masalah itu berlaku semula menyebabkan kredit mula hilang apabila menerima sms yang tidak dikenali.


Bagi pengguna pelan pascabayar dari Celcom pula membuat aduan dimana bil bulanan menjadi lebih tinggi berbanding seperti yang dipersetujui ketika menandatangi surat perjanjian kontrak.


Digi

Syarikat telco ini pada mulanya telah bersaing dengan membuat tawaran pelan pascabayar Infinity 150 iaitu dengan tawaran harga RM150 sebulan.


Kelajuan internet dia pula ketika itu dikatakan sangat mengujakan pelangan kerana mampu mencecah sehingga 20Mbps dengan kelajuan 4G.


Tidak lama kemudian pelan itu dapat saingan dari umobile yang menawarkan harga lebih murah dari itu cuma ia tidak dapat memberikan penggunaan tanpa had pada hotspot seperti mana yang ditawarkan oleh Digi Infinity 150. Bagi pelan prabayar pula tawaran yang diberikan tidak berapa releven buat kami kerana masih ada konsep catuan penggunaan.


OneXoX/Black

Jenama ini pula telah bergabung bersama XOX dimana ketika itu tidaklah dapat sambutan sehingga Onexox menawarkan pelan marketing yang menarik buat pelangan yang inginkan pendapatan sampingan. Onexox dibangunkan oleh anak tempatan dan dibantu oleh beberapa rakan kongsi yang lain termasuk para pelangan yang sedang menggunakan.


Versi prabayar mereka pada tahun ini kelihatan memang ada perubahan dimana CEO sering memainkan peranan pengiklanan data happy hour tanpa henti. Menariknya lagi Onexox satu-satunya talian yang menawarkan konsep carry foward Data Internet supaya pengguna dapat penjimatan yang maksima.


Setiap pendaftaran yang baru pula akan menerima tempoh hayat kredit selama 2 tahun bagi memastikan pengguna tidak terbeban. Tahun ini lancarnya pelan baru yang dinamakan onexox black iaitu kelihatan seperti pascabayar yang dikatakan tiada pembaziran #BurnProof.


Tunetalk/ToneGroup

Jenama Tunetalk pada mulanya tidaklah terkenal sangat kerana kurangnya promosi pada pelan internet dan panggilan sehingga Tonegroup datang menandatangi perjanjian menjadikan produk mereka sebagai marketing sambil menggunakan pengaruh Tunetalk untuk menjalankan pemasaran.


Tunetalk dipenuhi dengan pelbagai tawaran istimewa kerana mereka mengamalkan penyimpanan mata ganjaran pada setiap tambah nilai. Oleh kerana itu datangnya Tonegroup dalam pemasaran untuk mengembangkan lagi penggunakan talian tunetalk dengan melancarkan program menjana pendapatan dengan simkad ia sama seperti Onexox.


Dibawah Tonegroup turut mempunyai pelbagai anak syarikat yang berlainan program menjana pendapatan dengan simkad iaitu Tone Excel, Tone Plus, Terbaru Tone Wow yang dikhabarkan akan menggunakan pencawang digi.


Yoodo

Bunyi nama pelik, promosi mereka pun pelik apabila pelangan dapat tentukan kadar penggunaan bagaimanakah yang perlu di tetapkan.


Yoodo menggunakan perkhidmatan pencawang Celcom seperti Tunetalk dan XOX, pasti ramai yang tertanya kenapakah Celcom sungguh baik hati menawarkan penumpangan pencawang sedangkan pelan sendiri makin hari makin kelaut.


Unifi Mobile/Webe

Dahulunya ia dipanggil sebagai P1-Wimax tapi disebabkan telekom telah mengambil alih maka ia telah diubah kepada webe dimana ketika itu membuat pelan unlimited dengan harga Rm80 sebulan. Tidak lama kemudian ia bertukar menjadi Unifi Mobile, dimana pada ketika itu mereka membuat pemasaran dengan memberikan Data Internet percuma berkelajuan 4G kepada pendaftaran baru.


Lagi menarik bila satu nama layak daftar sehingga 10 simkad dan ia berkurangan sehingga satu nama layak daftar sebanyak 5 simkad sahaja. Walaubagaimanapun kadar harga data internet mereka masih tidak releven pada kami kerana ia kelihatan tidak berbaloi sama sekali.


Masih banyak lagi jenama simkad yang masih mengalami musim jatuh bangun kerana kekurangan idea pemasarann dan pelabur. Maka senarai diatas pula menunjukkan kami tidak menyokong mana-mana jenama telco kecuali hanya memberikan sedikit sebanyak ulasan.


Ingin kami nasihatkan hanya ada beberapa bulan sahaja lagi untuk memasuki tahun 2019 dan berharap pengguna di Malaysia dapat membuat keputusan telco manakah yang patut digunakan bagi melindungi bajet.


Seperti yang kami katakan, telco yang masih memberikan kuota internet kepada pelangan pada zaman ini sungguhlah tidak releven kerana dunia semakin canggih dan memerlukan kelajuan internet yang tinggi untuk memuat turun.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)