Terkini

Resepi Biskut Coklat Chip Seakan Famous Amos

5:25:00 PTG

Angan-angan nak buat coklat chip tapi beberapa peratusan kurang menjadi dan terus corner buat biskut lain, rasa tetap sedap cuma rupanya kurang menjadi.



Sebelum berjaya kena tempuhi kegagalan dahulu namun Keindahan coklat bersama kekacang tetap masih terasa. Semasa proses buat biskut teringat pula wajah seorang ibu keluarkan dulang biskut dari ketuhar semasa kecil berebut-berebut kami nak merasa.


Resepi biskut ini sangatlah mudah tapi adakala kita kena tempuhi juga kegagalan tambahan lagi jika rupa bentuknya tidak mengikut seperti yang kita harap.



Bahan-bahan

Marjerin 250g (nak sedap pakai pure butter)

1 cawan gula perang

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan Tepung jagung

1 biji telur

Vanilla essence

1 sudu kecil soda bikarbonate

1 sudu kecil baking powder

1 cawan coklat chips

Sedikit kacang badam hancur

6 sudu besar minyak

Cara-cara

-Gaul marjerin dan gula perang (tips : jangan pukul sampai gebu, cukup sebatikan adunan sahaja pakai senduk)

-Masukkan telur dan vanilla essence

-Masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonate, baking powder (ayak semua ni dulu) dan masukkan minyak gaulkan sebati.

-Akhir sekali masukkan coklat chips. (sejukkan coklat chips dalam peti ais dulu bagi keras sikit kalau tidak nanti lembik kena aduanan)

-Perap adunan dalam peti ais selama 30 minit.

*Masa bakar letak secubit saja adunan sebab nanti kembang dan kena jaga jarak musim PKP ni. kalau tidak biskut akan melekat.

Bakar dalam oven suhu 150/20minit guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Bakar Menggunakan Air Fryer atau Ketuhar

4:09:00 PTG

Ramai prihatin terhadap kesihatan ahli keluarga mereka terutama dari segi pemakanan dan lebih baik jika ia dari dapur kita sendiri. Dalam posting ini penulis akan kongsikan resepi Ayam bakar menggunakan air fryer atau ketuhar



Sebelum tu pastikan peralatan pembakar anda mempunyai besi penapis minyak ayam kerana tanpa penapis minyak ini hidangan anda mungkin akan dipenuhi dengan minyak ayam. Resepi cukup ringkas bahan juga mudah didapati dan hasilnya juga sama seperti ayam bakar di restoran.


Bahan-bahan

Ayam (separuh ayam)

5 ulas bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu serbuk kari ayam/ikan

1 sudu serbuk cili

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil perasa (maggi cukup rasa)

Daun kari (optional)



Caranya

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Sediakan ayam campur semua bahan dan perap sekurangnya 1 jam. Bakar dalam air fryer atau ketuhar dengan suhu panas 200 celcius selama 20 minit. Pusingkan ayam tersebut dengan suhu yang sama sekitar 10 minit (Bergantung jenis peralatan pembakar).


Perkara Yang Perlu Kita Tahu Semasa Claim Cermin Depan Kereta : Bahagian 2

9:46:00 PG

Sangat berbaloi jika kita beli tambahan insurans cermin depan kenderaan tapi sebelum tu sila ambil tahu beberapa perkara sebelum serah ke bengkel cermin kenderaan.



Semasa perbaharui insurans kenderaan pastikan insurans cermin depan anda mengikut harga pasaran contoh beli insurans RM90 dapat cover RM600 punya cermin depan kenderaan jika berlaku retak tapi bengkel cermin sarankan biar lebih sebab boleh cover dengan tinted dan getah.


Jika tidak lepas korang klaim cermin satu kerja pula kena berhabis duit pasang tinted depan dengan kos angaran RM150-RM250 kan rugi tu haaa lebih baik beli insurans lebih sikit.



Sebelum ke bengkel cermin pastikan softcopy dokumen semua lengkap iaitu "kad pengenalan, lesen, geran, cover note, roadtax hidup". Selepas tu buat survey beberapa bengkel terdahulu adakah mereka panel insurans anda dan paling penting boleh cover dengan tinted sekali atau tidak.


Bahagian tinted ini pelangan selalu terciduk dengan bengkel dimana mereka tidak menyediakan sebarang pemasangan tinted atau lebih sedap didengari insurans yang kita beli tu tidak boleh tanggung kos tinted tapi yang sebenarnya kos harga tinted tu telah masuk poket mereka jadi sila berhati-hati dengan teknik ini.


Lagi satu teknik mereka adalah menyediakan pemasangan tinted tapi kualiti tidak mencapai standard dengan alasan jika nak yang bagus pelangan kena tambah tunai. Untuk pengetahuan anda tinted bahagian depan sewajarnya adalah jenis anti UV(tahan panas).


Dialog yang perlu kita guna adalah berbunyi begini.."Tokey ada cover insurans jenama sekian sekian tak, tinted boleh cover sekali tak untuk anti UV dan boleh tukar getah cermin sekali."


Kalau bengkel banyak cerita itulah inilah maka sila survey bengkel seterusnya kerana insurans yang kita beli sudah boleh cover semua kos pemasangan tersebut tanpa mengeluarkan satu sen pun di bengkel cermin sila rujuk posting sebelum ini "Penting Beli Insurans Cermin Depan Kenderaan"
Bagaimana jika anda tidak klaim cermin depan dalam masa setahun?

Ada berpendapat sangat rugi sebab tiada sebarang refund boleh dilakukan, maka golongan ini akan mengambil kesempatan dengan melakukan sedikit retak dimana-mana bahagian cermin depan sebelum tamat tarikh insurans.


Golongan satu lagi pula agak sibuk dengan pelbagai urusan dan kurang kerajinan jadi ia memilih untuk abaikan selagi cermin depan dalam kondisi sempurna dan sedap mata memandang.


Sangat Penting Beli Insurans Tambahan Untuk Cermin Depan Kenderaan : Bahagian 1

9:01:00 PG

Sebagai pemilik kenderaan pasti tidak boleh lari dari masalah cermin retak dibahagian hadapan kenderaan, adakala terkena batu kecil dari lori pasir dan adakala tidak tahu datang dari mana batu kecil tersebut.



Disebabkan isu ini sering terjadi maka syarikat insurans telah menawarkan tambahan insurans cermin depan kenderaan dengan harga yang begitu murah mengikut jenis model kenderaan.


Kepada yang belum tahu insurans tambahan ini hanya cover cermin hadapan sahaja dan cermin selebihnya boleh klaim menggunakan potongan NCD atau tunai. Namun sehingga sekarang ada yang masih berkira-kira untuk beli insurans cermin depan atas sebab-sebab...:



"Kereta jarang pakai"

"Beli untuk pusing dalam taman sahaja"

"Kos perlindungan cermin mahal"

"Tinted depan kalis peluru"

"Kesan retak di cermin kelihatan bergaya"

"Rugi jika tidak klaim dalam masa setahun"


Diatas adalah beberapa cetusan idea penulis apa pun bergantung kepada bajet poket anda ketika memiliki kenderaan, orang kata sekarang ini kenderaan sudah menjadi satu keperluan kepada golongan miskin dan keatas jadi faktor kewangan turut menjadi isu bila tiba masa untuk perbaharui insurans sampai ada yang sanggup beli third party alasan usia kenderaan sudah melebihi 10 tahun.


Penulis akan kongsikan perkara yang berbaloi setelah beli insurans cermin hadapan di posting seterusnya, lepas ini pasti kereta korang akan nampak berseri-seri setiap tahun "Klaim Cermin Depan Kereta".

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)