Terkini

Adakah Kenderaan Elektrik(EV) Dapat Mengubah Dunia

Negara maju pada hari ini sedang berlumba menghasilkan Electric Vehicle(EV) walaupun pada awalnya ia kedengaran seperti tidak releven disebabkan perlu menggunakan sumber penjanaan elektrik untuk tujuan pengecasan.


Kenderaan elektrik (EV) mempunyai beberapa kelebihan, seperti mesra alam dan kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman tradisional. Walau bagaimanapun setiap teknologi terdapat juga beberapa kelemahan dan cabaran.


Salah satu kelemahan utama kenderaan elektrik masa kini ialah pengeluaran bateri yang terhad dan mahal. Walaupun ada peningkatan kemajuan dalam teknologi bateri mereka, tetapi kebanyakan kenderaan elektrik masih mengalami jarak perjalanan yang pendek daripada yang mempunyai enjin pembakaran dalaman. Masalah ini telah mengehadkan pengguna kenderaan elektrik untuk perjalanan jarak jauh atau dalam situasi kesesakan lalu lintas.



Seterusnya sistem pengecasan untuk kenderaan elektrik masih belum setanding dengan petrol pam walaupun kini terdapat peningkatan dalam bilangan stesen pengecasan yang tersedia tapi masih terdapat batasan dari segi infrastruktur pengecasan yang mencukupi. Ini boleh menjadi masalah bagi pemilik kenderaan elektrik dimana perlu menunggu giliran untuk melakukan proses pengecasan semula kenderaan masing-masing jadi anda bayangkan jika musim perayaan di Malaysia mesti ramai yang mengalami kemurungan.


Disebabkan proses mengecas semula bateri kenderaan elektrik mengambil masa lebih lama daripada mengisi minyak kenderaan konvensional. Walaupun teknologi pengecasan pantas mula dibangunkan tapi pada masa ini masa pengecasan yang lama masih menjadi halangan bagi sesetengah orang yang ingin segera tiba destinasi.


Kesan Alam Sekitar Pengeluaran Bateri

Walaupun kenderaan elektrik dikatakan mesra alam apabila digunakan tapi pengeluaran bateri untuk kenderaan elektrik boleh memberi kesan alam sekitar yang ketara. Proses pengeluaran bateri melibatkan penggunaan sumber semula jadi yang berharga dan intensif tenaga dan sisa yang dijana dalam proses pengeluaran ini juga mesti diuruskan dengan betul untuk mengelakkan kesan negatif terhadap alam sekitar.


Pengeluaran bateri kenderaan elektrik memerlukan bahan mentah yang terhad, seperti litium, kobalt dan nikel. Permintaan yang tinggi untuk bahan ini boleh membawa kepada peningkatan pengekstrakan sumber asli yang mampan dan peningkatan risiko kepada manusia terutama kanak-kanak dan pekerja asing dalam penyediaan rantaian bekalan bateri.


Sumber juga mengatakan dunia sedang mengalami kenaikkan kos eletrik dimana ada negara-negara yang perlu menampung kos elektrik rakyat dengan subsidi. Tapi, sampai bilakah mereka boleh laksanakan program subsidi elektrik ini?.


Bagaimana pula keadaan negara-negara pengeluar minyak mentah, adakah ekonomi mereka akan terjejas jika dunia berjaya beralih sepenuhnya kepada penggunaan kuasa bateri? Ya, perkara ini mungkin dapat banyak tentangan dari beberapa negara pengeluar minyak mentah kecuali mereka membuat syarat dalam bentuk cukai atau lain-lain.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)