Terkini

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Resepi Yee Mee Sizzling Mudah Dan Menyelerakan

10:48:00 PTG
Setiap hari mesti buntu hendak masak apa. Ulang- alik kat dapur tapi tak siap-siap masak lagi. Tanya suami nak mee sizzling laju dia jawab nak. Sebenarnya saya tak pernah masak mee sizzling tapi saya cuba.

Masa makan suami cakap sedap dari di kedai, aihhh tiba-tiba terharu suami cakap macam tu. Mak-mak kalau buntu nak masak sesekali boleh la cuba masak Yee Mee Sizzling untuk suami ataupun anak-anak. Di sini saya sertakan resepinya mudah nak tengok bahan-bahan jika terlupa nanti.


    Kredit : Suzana Othman


Bahan-bahannya
  • 1 mangkuk ayam bahagian isi potong dan bersihkan
  • 10 biji cendawan shiitake kering - rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian
  • 10 tangkai cili kering - potong (kurangkan jika tak nak pedas)
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 1 ketul kiub yam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dalam sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan-bahan lain
  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • pakchoy


Cara penyediaannya

1 - Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
2 - Masukkan isi ayam
3 - Masukkan sos tiram, kicap pekat, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam, gaul sebati.
4 - Masukkan cendawan shiitake
5 - Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.
6 - Apabila dah menggelegak masukkan tepung jagung yang dicampur air , masak hingga kuah pekat. Tutup api. 
7 - Sediakan kuali non stick letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. buka api dapur masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut.
Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.

Sudah siap yee mee sizzling. Tak payah guna pan macam di kedai pun takpe guna apa yang ada kat rumah saja. Sedap tau boleh la buat lepas rindu korang yang suka makan yee mee sizzling di food court tu. Selamat mencuba.

Kredit : Suzana Othman





Serunding Halia Untuk Wanita Berpantang Dan Masalah Angin Badan

5:42:00 PTG

Kita masing-masing mempunyai jenis-jenis genetik namun tidak dapat elak dari masalah angin dalam badan yang boleh menyebabkan diri kurang berasa selesa.


Ada golongan jika kepala atau badan tidak berasa sedap mereka terus rujuk dengan ubatan moden seperti P4nadol, tapi tahukah anda sebenarnya masalah angin badan itu boleh diatas menggunakan ubatan traditional seperti bawang putih dan halia.


Penulis faham tidak semua lidah dapat menerima jenis ubatan traditional yang pahit dan tidak sedap jadi dalam artikel ini kami kongsikan cara menjadikan halia sebagai serunding supaya ia senang dihadam dan dimakan begitu sahaja.



Caranya penulis petik dari beberapa laman web di Google


Bahan

- Halia / kisar atau tumbuk atau sagat sehingga halus

- Bawang putih secukup rasa untuk naik bau

- Ikan bilis

- Garam / Perasa secukupnya

- Minyak masak bersih lagi halal toyiba


Cara Penyedian

Perah halia yang dikisar tadi sehingga kering airnya.

Panaskan minyak masak lalu goreng hampas halia tu sehingga garing.

Kemudian nak bagi lidah korang berselera kita goreng pula ikan bilis sehingga garing.

Sudah siap tos minyak untuk kedua-duanya, jika rajin tumbuk ikan bilis goreng tu sehingga hancur lalu gaulkan sekali dengan hampas halia hingga rata. Jika bilis tadi malas nak tumbuk korang tabur jela asalkan ia bercampur dengan halia goreng tadi.


Advertisement

Resipi Apam Gula Hangus Kuih Traditional

4:19:00 PTG
Kali ini saya hendak kongsikan salah satu resipi kuih traditional iaitu resipi Kuih Apam Gula Hangus. Resipi ini saya jumpa di Google dan nampak ada ramai yang sudah mencubanya. Jadi saya pun mencuba dan hasilnya sangat memuaskan. Cara membuat apam ini sangat mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati. Selain guna mixer, boleh juga gunakan blender ataupun whisk untuk membancuh bahan-bahan.

Apam Gula Hangus atau dipanggil Apam Karamel. Bila diterjemahkan Apam Karamel kepada Bahasa Inggeris adalah Steamed Caramel Cakes. Tapi berbeza dengan Kek Gula Hangus dari nisbah sukatan bahannya.




Bahan gula hangus
1 cawan gula pasir ( saya kurangkan jadi 3/4 cawan)
1 cawan air panas 

Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan kisar
2 biji telur 
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Cara penyediaannya
1- Panaskan gula dalam kuali sampai gula jadi perang dan mencair lepas itu perlahan-lahan tambah air panas yang mendidih.
2 - Kisarkan telur, minyak, marjerin, susu pekat, esen vanila dan garam. Masukkan gula hangus yang dimasak tadi kisarkan sekejap hingga sebati.
3 - Dalam bekas lain masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat lepas itu barulah tuang bahan kisar tadi gaul sehingga sebati.
4 - Oles sedikit minyak pada acuan dan tuangkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan dan kukus selama 30 minit.

Resipi Apam Gula Hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat. Tidak menyesal jika anda buat resipi apam ini. Buat unutk sarapan pagi pekena pula dengan air teh o memang sedap. Selamat mencuba!












Advertisement

Resepi Biskut Coklat Chip Seakan Famous Amos

5:25:00 PTG

Angan-angan nak buat coklat chip tapi beberapa peratusan kurang menjadi dan terus corner buat biskut lain, rasa tetap sedap cuma rupanya kurang menjadi.



Sebelum berjaya kena tempuhi kegagalan dahulu namun Keindahan coklat bersama kekacang tetap masih terasa. Semasa proses buat biskut teringat pula wajah seorang ibu keluarkan dulang biskut dari ketuhar semasa kecil berebut-berebut kami nak merasa.


Resepi biskut ini sangatlah mudah tapi adakala kita kena tempuhi juga kegagalan tambahan lagi jika rupa bentuknya tidak mengikut seperti yang kita harap.



Bahan-bahan

Marjerin 250g (nak sedap pakai pure butter)

1 cawan gula perang

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan Tepung jagung

1 biji telur

Vanilla essence

1 sudu kecil soda bikarbonate

1 sudu kecil baking powder

1 cawan coklat chips

Sedikit kacang badam hancur

6 sudu besar minyak

Cara-cara

-Gaul marjerin dan gula perang (tips : jangan pukul sampai gebu, cukup sebatikan adunan sahaja pakai senduk)

-Masukkan telur dan vanilla essence

-Masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonate, baking powder (ayak semua ni dulu) dan masukkan minyak gaulkan sebati.

-Akhir sekali masukkan coklat chips. (sejukkan coklat chips dalam peti ais dulu bagi keras sikit kalau tidak nanti lembik kena aduanan)

-Perap adunan dalam peti ais selama 30 minit.

*Masa bakar letak secubit saja adunan sebab nanti kembang dan kena jaga jarak musim PKP ni. kalau tidak biskut akan melekat.

Bakar dalam oven suhu 150/20minit guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Bakar Menggunakan Air Fryer atau Ketuhar

4:09:00 PTG

Ramai prihatin terhadap kesihatan ahli keluarga mereka terutama dari segi pemakanan dan lebih baik jika ia dari dapur kita sendiri. Dalam posting ini penulis akan kongsikan resepi Ayam bakar menggunakan air fryer atau ketuhar



Sebelum tu pastikan peralatan pembakar anda mempunyai besi penapis minyak ayam kerana tanpa penapis minyak ini hidangan anda mungkin akan dipenuhi dengan minyak ayam. Resepi cukup ringkas bahan juga mudah didapati dan hasilnya juga sama seperti ayam bakar di restoran.


Bahan-bahan

Ayam (separuh ayam)

5 ulas bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu serbuk kari ayam/ikan

1 sudu serbuk cili

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil perasa (maggi cukup rasa)

Daun kari (optional)



Caranya

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Sediakan ayam campur semua bahan dan perap sekurangnya 1 jam. Bakar dalam air fryer atau ketuhar dengan suhu panas 200 celcius selama 20 minit. Pusingkan ayam tersebut dengan suhu yang sama sekitar 10 minit (Bergantung jenis peralatan pembakar).


Resepi Ayam Madu Yang Sedap Dan Mudah Untuk Anda Cuba

11:35:00 PG

Resepi Ayam madu yang boleh korang cuba semasa musim PKP 2.0 dengan hanya menggunakan bahan asas sahaja.





Kita gunakan brown sugar(gula perang) adalah lebih baik dari gula putih biasa. Kalau tiada oven ia juga boleh dipanggang menggunakan kuali non stick juga boleh dibakar menggunakan haba arang.

Tanpa berlengah lagi kita terus ke persediaan bahan supaya anda boleh mula ikuti satu persatu sehingga hidangan selesai.

Bahan-Bahan :

Ayam 
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1inci halia (ditumbuk)
Maggi cukup rasa
4 sudu gula perang
2 sudu serbuk cili 
2 sudu madu

Cara penyediaan:

- Tumbuk bawang putih dan halia, sediakan bekas atau mangkuk letak ayam yang dicuci bersih. Lepas itu ambil bahan yang ditumbuk gaul bersama ayam tadi.

- Masukkan pula maggi cukup rasa agak-agak 2 sudu sebab saya tak letak garam, letak gula perang dan serbuk cili gaul sebati dulu sebelum masukkan madu dan akhir sekali boleh masukkan madu gaul lagi.

- Perap lebih kurang 3-4 jam, lagi lama perapan lagi sedap dan kemudian boleh mula panggang guna kuali non stick atau alternatif lain sehingga masak.






Resepi Pau Goreng Sambal Ikan Bilis - Homemade

6:19:00 PTG

Jika ada lebihan sambal ikan bilis boleh cuba pau goreng sambal bilis ini. Tapi harini saya kongsikan resepi adunan pau sahaja tau. Caranya sangat-sangat lah mudah bahan-bahan senang sentiasa ada di dapur korang kan.



Sedapnya Pau Sambal kena pula jika dihidangkan ketika minum petang, alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan bagi korang yang nak cuba buat kuih ni, resepi perkongsian saudari Norsyahira Binti Yaacob ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


Kepada yang belum pernah ada pengalaman dinasihatkan mencuba dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelak sebarang pembaziran jika gagal namun keyakinan haruslah tinggi ketika mencuba.



Bahan A

Tepung gandum 2 cawan

Baking powder 2 sudu kecil

Yis mauripan 1 bungkus

Gula satu sudu

1 cawan air

Cara-cara

Yis tu rendam bersama air suam sebanyak satu cawan campur dengan satu sudu gula hingga berbuih. Ambil tepung gandum dan baking powder gaul sama rata. Bila dah rata masukkan yis tadi gaul dan uli hingga doh menjadi lembut.


Biarkan selama 1 jam hingga doh tersebut kembang kemudian baru bentukkan menjadi pau setelah itu haa goreng menggunakan minyak yang panas siap.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)