Terkini

Resepi Yee Mee Sizzling Pasti Menyelerakan Untuk Keluarga

    Setiap hari mesti buntu hendak masak apa. Ulang- alik kat dapur tapi tak siap-siap masak lagi. Tanya suami nak mee sizzling laju dia jawab nak. Sebenarnya saya tak pernah masak mee sizzling tapi saya cuba.

Masa makan suami cakap sedap dari di kedai, aihhh tiba-tiba terharu suami cakap macam tu. Mak-mak kalau buntu nak masak sesekali boleh la cuba masak Yee Mee Sizzling untuk suami ataupun anak-anak. Di sini saya sertakan resepinya mudah nak tengok bahan-bahan jika terlupa nanti.


    Kredit : Suzana Othman


Bahan-bahannya
  • 1 mangkuk ayam bahagian isi potong dan bersihkan
  • 10 biji cendawan shiitake kering - rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian
  • 10 tangkai cili kering - potong (kurangkan jika tak nak pedas)
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 1 ketul kiub yam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dalam sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan-bahan lain
  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • pakchoy


Cara penyediaannya

1 - Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
2 - Masukkan isi ayam
3 - Masukkan sos tiram, kicap pekat, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam, gaul sebati.
4 - Masukkan cendawan shiitake
5 - Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.
6 - Apabila dah menggelegak masukkan tepung jagung yang dicampur air , masak hingga kuah pekat. Tutup api. 
7 - Sediakan kuali non stick letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. buka api dapur masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.

Sudah siap yee mee sizzling. Tak payah guna pan macam di kedai pun takpe guna apa yang ada kat rumah saja. Sedap tau boleh la buat lepas rindu korang yang suka makan yee mee sizzling di food court tu. Selamat mencuba.

Kredit : Suzana Othman





Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)