Terkini

Resepi Kuih Donut Yang Boleh Kita Cuba Buat Sendiri Di Rumah

5:58:00 PTG

Kuih Donut telah menjadi terkenal dan berjaya menaikkan beberapa nama syarikat terkenal dari luar dan dalam negara yang sedang mengusahakan perniagaan rasmi mereka iaitu menjual pelbagai perisa donut.


Donut

Semasa kita kecil dahulu sudah pasti kita sering lihat kuih donut yang hanya disaluti gula halus supaya ia dapat memberi kemanisan. Namun donut keluaran sekarang sudah mempunyai pelbagai topping diatas dan sekaligus ia dapat menarik perhatian orang ramai.


Ada beberapa syarikat donut turut bersaing di pasaran Malaysia dengan menggunakan jenama terkenal masing-masing iaitu 'Dunkin Donuts', 'J.co Donuts', 'Krispy Kreme'.



Tidak terlupa juga kepada peniaga kecilan tempatan yang turut bersaing dalam bidang pembuat donut walaupun masih cuba untuk bersaing seperti perniagaan korporat diatas yang kini sudah mempunyai lebih dari beberapa buah cawangan di seluruh malaysia mahupun negara.


Siapa kata warga tempatan kita tidak dapat bersaing dengan syarikat-syarikat ternama yang menjual donut. Kunci kejayaan adalah anda perlu lebih kreatif untuk bersaing dalam apa jua produk makanan demi mencipta nama trademark tersendiri.


Donut

Dibawah ini ada beberapa resepi untuk membuat donut tapi bahagian topping atau dalaman haruslah mengikuti kreativiti masing-masing.


Resepi:

2 cawan tepung tepung gandum

3/4 cawan air (suam2 kuku. JANGAN PANAS)

2 sudu besar gula

1 sudu besar yis (rata, jangan membukit)

1 sudu besar marjerin

*campurkan kesemua bahan dalam bekas.

1. Lepas campurkan kesemua bahan dalam bekas, boleh uli.

Uli dengan tangan boleh. Pakai mixer pun boleh. Pakai hook mixer yang bergulung. Uli sampai dapat doh yang licin.

2. Lepastu, perap doh dalam sejam. Saya perap 30 minit jak. boleh tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

3.Bentukkan menjadi bentuk donat. Pakai acuan boleh, pakai tangan pun boleh. Timbang satu doh kecil 75gram. Dapat 7 biji donat. Bulatkan sampai licin, penyek pakai tapak tangan dan cucuk di tengah2 pakai jari. Perap balik dalam 30-40 minit. Lepas ta boleh goreng dalam minyak yang panas, tapi api perlahan. Balikkan sekali jak, jangan berkali2.


donut

Dah siap nanti jangan lupa komersialkan kepada kami atau rakan-rakan kut resepi anda sudah setanding dengan donut di pasaran sekarang ini.


Manfaat Teh Hijau Dan Khasiatnya Untuk Dalaman

8:37:00 PTG

Teh hijau mempunyai khasiat dan kebaikannya tapi sekiranya cara kita mengamalkan salah secara tidak langsung khasiatnya akan berkurang.


sekejung.com

Masa yang sesuai untuk minum teh hijau bergantung kepada individu, seperti kita tahu teh hijau mempunyai beberapa manfaat untuk tubuh badan seperti dalam proses menguruskan badan dan juga sebagai antioksidan.

Perkara yang kita boleh cuba amalkan sekarang adalah minuman teh hijau kerana ia boleh membuatkan badan merasa ringan malah perut juga terasa selesa dengan syarat tanpa gula dan susu.

Jenama pilihan saya masa ini adalah Boh Pure Green Tea sahaja dan jadual pagi dan malam seperti selepas makan sarapan pagi dan waktu malam pula sebelum tidur.


sekejung.com


5 khasiat teh hijau

1. Mencegah risiko diabetes

Mampu membantu kadar glukosa seperti melambatkan kenaikan paras gula darah setelah makan serta mencegah lonjakan insulin yang tinggi dan mengakibatkan penyimpanan lemak.


2. Mencegah serangan jantung

Menurut para ilmuwan, teh hijau berpengaruh pada lapisan pembuluh darah, yaitu membantu menjaga pembuluh darah tetap tenang dan lebih mampu menahan perubahan tekanan darah. Hal ini juga dapat melindungi terhadap pembentukan bekuan darah, yang merupakan penyebab utama terjadinya serangan jantung.


3. Mengurangi risiko kanser

Dengan cara membunuh sel kanser secara umum tanpa merosakkan jaringan sel sihat di sekitarnya.


4. Meningkatkan metabolisme tubuh

Dengan mengamalkan teh hijau setiap hari kita boleh mencapainya.


5. Mengecutkan jerawat

Kandungan katekin dalam teh hijau yang bersifat anti bakteri, boleh membantu ketidakseimbangan hormone dan anti inlamasi yang menyebabkan timbulnya jerawat.


Selepas minum teh hijau uncang jangan dibuang sebab teh hijau boleh dijadikan sebagai scrub muka, saya akan mengamalkan setiap 3 kali seminggu boleh mengecutkan jerawat dah hilangkan parut-parut jerawat , korang akan nampak hasilnya kulit muka pun lembut dan bersih.


Advertisement

Jom Menyimpan Dengan SSPN-i dan SSPN-i Plus Demi Menjamin Masa Depan

7:43:00 PTG

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.



SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.


Pengenalan sspn iplus dan sspn i-merupakan produk simpanan patuh syariah utk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi


Manfaat SSPN-i dan i-PLUS

*jaminan kerajaan

*menikmati pelepasan cukai sehingga rm8000

*dividen kompetitif

*perlindungan 24 jam

*tiada pemeriksaan kesihatan

*simpanan dengan perlindungan takaful

*perbezaan antara sspn-i plus dan sspn-i


SSPN-i

*bukan komitmen bulanan

*semua warganegara malaysia boleh membuka akaun untuk

a) Diri sendiri

b) Anak sendiri

c) Anak jagaan yang sah

*sumbangan takaful bagi pendeposit yang mempunyai simpanan rm1000 dan keats

*manfaat kematian ringgit ke ringgit bagi kematian

*khairat kematian bagi pendepost meninggal rm2000 dan penerima manfaat meninggal rm500

*pelepasan cukai sehingga rm8000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa

*geran sepadan(insentif kemasukan ke ipt) sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak


SSPN-i Plus

*komitmen serendah RM30

*mana-mana warganegara malaysia boleh membuka akaun untuk

a) Diri sendiri

b) Anak sendiri

c) Anak jagaan yang sah

*sumbangan takaful serendah RM10 sebulan mengikut pakej yang dipilih

*perlindungan takaful serta merta untuk manfaat kematian/ilat kekal(kemalngan dan selain daripada keadaan sedia ada)

*manfaat takaful serendah 40 ribu ringgit sehingga 1 juta ringgit bagi kes kematian kemalangan

*manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal serendah rm20 sehingga rm100 ribu

*elaun kemasukan hospital sehingga RM200

*khairat kematian mengikut pakej-pendeposit sehingga RM18,000-pasangan sehingga RM9,000-3anak sehingga RM2000 seorang

*pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8000 berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.



Email - nuursuriyana@ptptn.gov.my

Contact number – 0135909380

Facebook – nuursuriyanachedin




Advertisement

Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Yang Paling Istimewa Untuk Keluarga

10:57:00 PTG

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat disukai dan popular di beberapa seperti Negeri Melaka dan Johor.



Orang malaysia jika sebut masakan Asam Pedas sudah semestinya akan terfikir akan negeri Melaka kerana disana sangat terkenal dengan masakan asam pedas.


Walaupun ia kelihatan hidangan yang mudah tapi ada beberapa lokasi kedai mengenakan harga yang tinggi untuk masakan tersebut terutama di sekitar negeri Melaka dan Johor.


Dua negeri diatas adalah bersebelahan jadi selera masakan mereka lebih kurang serupa berbanding negeri sekitar pantai timur dan barat.



Ikan Pari Masak Asam Pedas

Bahan-bahan

Ikan Pari 2 Keping

Bawang Besar 3 biji

Bawang Putih 3 ulas

1 inci Halia

1 inci Kunyit Hidup

Belacan

20- 25 Tangkai Cili kering

1 Cawan Air Asam Jawa

1 Bunga kantan

1 Ikat Daun kesum

Bendi

2 Biji Tomato

Air Secukupnya

Garam dan Maggi Secukup Rasa


Cara-cara Penyedian

Kisar bahan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan, dan cili kering bersama dengan sedikit air. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.


Masukkan bunga kantan , air asam jawa bersama air secukupnya, masak hingga mendidih. Kemudian boleh masukkan ikan dan daun kesum. Renihkan atas dapur dengan api perlahan dan masukkan bendi, tomato, garam dan maggi secukup rasa.


Jika nak lebih tahu lebih terperinci sila nonton pautan video dibawah yang telah kami sediakan.



Resepi Rendang Ayam Paling Mudah Untuk Dicuba

9:21:00 PTG

Sebut sahaja rendang, siapa tidak terliur membayangkan keenakan sajian yang mempunyai sejarah tersendiri itu.


Sekejung.com

Rendang menjadi hidangan paling popular terutamanya menjelang musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha atau ketika majlis kenduri. Masakan tradisional ini sememangnya enak dimakan bersama nasi, pulut, lemang, ketupat palas, ketupat nasi, nasi impit dan malah juga roti.


Menyediakan hidangan tradisional ini, setiap negeri mungkin ada berbeza memasaknya, malah bahan ramuan yang dicampurkan juga tidak sama.



Bahan bahan

- Ayam 1 ekor

- Bawang merah 4 biji

- Bawang putih 3 ulas

- Halia

- Lengkuas

- Kunyit hidup

- Serai 4 batang

- Cili kering 20 tangkai

- Daun kunyit

- Kerisik

- Santan 1 kotak

- Gula melaka


Cara Memasak

1. Masukkan minyak dan tuangkan bahan yang sudah dikisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili kering, serai tumis hingga keperangan dan naik bau.

2. Selepas pecah minyak boleh masukkan santan satu kotak, nisan, asam keping, kerisik dan serai yang dititik.

3. Sudah sebati boleh masukkan ayam, perasakan dengan garam dan maggi secukup rasa.

4. Biarkan sehingga kesemua bahan masak dan pekat. Taburkan daun kunyit yang dicarikkan. Siap untuk dihidang.


Jika kurang faham tentang penyedian boleh jer korangh nonton melalui video dibawah.



 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)