Terkini

Duta Korea Utara Diusir Keluar Dari Malaysia Dalam Masa 24 Jam - Wisma Putra


Wisma Putra telah mengeluarkan perintah kepada Duta Korea Utara, Kang Chol untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 24 jam sehingga jam 6 ptg esok iaitu 6 march 2017 kata pegawai pemberita.

Perintah itu dibuat setelah Kang Chol gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra di Putrajaya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Luar mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara susulan kenyataan biadab dikeluarkan Kang Chol berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Jong-nam berada di KLIA2 pada 13 Februari bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Kediaman korea utara di malaysia juga telah dipenuhi wartawan dari seluruh dunia. Adakah kedutaan korea utara akan meninggalkan malaysia pada jam 6ptg esok ? Sama-sama kita nantikan tindakkan dari kerajaan malaysia untuk memastikan kedutaan korea utara keluar dari malaysia.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)