Terkini

Benarkah Digi Postpaid 150 Infinite Unlimited ?


Setelah melihat pengiklanan pelan terbaru dari syarikat Digi , sudah masanya penulis ingin bentangkan sedikit hasil ujicuba ketika menggunakan pelan postpaid Infinite 150 . Mungkin ada diantara kita yang masih belum menggunakan dan mempunyai hasrat untuk melakukan pendaftaran tapi risau akan hal kelajuan internet dan sebagainya jadi anda patut teruskan membaca artikel ini.

Seperti yang kita telah ketahui syarikat telco di Malaysia menawarkan beberapa pelan yang menarik dari kos bulanan yang murah hingga kos bulanan yang tinggi sambil meletakkan beberapa syarat seperti tidak boleh melakukan hotspot secara percuma atau tidak melebihi dari kuota yang ditetapkan.

Sebelum Infinite 150 dilancarkan , sudah adanya pelan postpaid dari Digi iaitu Infinite 80 , sayang sekali tawarannya tidak lama dipasaran dan juga mempunyai syarat terhadap pelan tersebut.

Dengan hadirnya Infinite 150 ia telah memecahkan tradisi telco kenapa dipanggil tradisi? ya sudah pastinya setiap telco ingin mengaut keuntungan dengan meletakkan beberapa syarat terhadap pelan yang diperkenalkan kepada pelangan tetapi dengan pelan kali ini ia tiada meletakkan sebarang syarat dan semuanya adalah unlimited !

Apa yang unlimited? baiklah penulis telah membuat beberapa penelitian terhadap terma dan syarat yang selalu sangat pelangan terlepas pandang iaitu walaupun semua adalah unlimited tapi had kelajuan internet dihadkan kepada 64 kbps untuk penggunaan P2P manakala had kelajuan internet biasa bergantung pada lokasi dan peranti anda.


Ketika baru-baru plan ini dilancarkan ada beberapa pelangan mengatakan kelajuan internet full speed mampu mencecah lebih dari 10 mbps , manakala hasil ujicuba dari penulis dengan menggunakan telefon pintar asus zen 5 yang tidak menyokong liputan 4G mendapati kelajuan internet pelan Infinite 150 tidak sampai 2 mbps adakah penulis harus cuba beralih kepada peranti 4G? Ya, hal itu akan penulis pertimbangkan.

Ada juga ulasan dari blogger lain mengatakan jumlah peranti yang dibenarkan untuk melakukan hotspot adalah tidak melebihi dari 5 peranti melainkan mempunyai teknik-teknik tertentu dan bergantung pada speksifikasi peranti anda.

Walaupun gambar diatas mengatakan full speed , ingin penulis katakan di Malaysia belum ada pelan yang betul-betul unlimited walaupun perkhidmatan fiber unipai. Jadi jumlah kuota yang ada pada pelan ini adalah hanya sebesar 1TB sebulan sahaja.

Khabarnya pelan ini juga hanya boleh didapati melalui secara atas talian dengan dikenakan bayaran muka sebanyak RM 318 termasuk %gst dan akan dihantar melalui perkhidmatan Gdex. Paling menarik pelan ini tidak mempunyai sebarang kontrak. Jika kawasan anda tidak mempunyai liputan yang menarik bolehlah melakukan pembatalan akaun di service centre digi yang berdekatan.

Kenapa bayaran muka agak mahal? Baiklah atas kenyataan yang diberikan oleh digi, bulanan pelan ini adalah berjumlah RM 150 tidak termasuk %gst dan bakinya akan dijadikan sebagai rebat untuk bulan seterusnya.

Khabar angin mengatakan pendaftaran akan ditutup pada 27 Jun ini, jadi bagi sesiapa yang berminat sila cepat melakukan pendaftaran kerana pelan ini tiada terikat dengan kontrak agak berbaloi untuk dicuba.

Anda boleh terus melakukan pendaftaran atas talian melalui link dibawah:-
http://new.digi.com.my/postpaid-plans

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)