Terkini

KFC Zinger Double Down Terbaru Rangup Tanpa Roti


Kfc malaysia telah mengeluarkan produk makanan terbaru mereka iaitu zinger tanpa roti , dengan kuasa iklan mereka di kaca tv aku pun terus merancang untuk bawa keluarga ke restoran kfc yang berhampiran untuk menikmati hidangan baharu ini.
KFC Zinger Double Down, All Meat No Bun

Tiba sudah di kfc dan seperti biasa terus menuju ke kaunter untuk membuat pesanan hidangan yang kita target, tapi korang kena faham iaitu makanan iklan dalam kaca tv tidak sesekali sama dengan apa yang anda dapati di restoran. Ketika dalam iklan memang kelihatan besar tapi setelah dibeli di kaunter mereka hmmmm celah gigi jelah.

Iklan Yang Cuba Menghantui Penonton

Harga bagi ala-carte zinger double down hanya RM10.90 , manakala untuk combo ialah RM14.50 disertakan air mountain dew dan kentang. Jadi sudah pasti aku pilih combo sebab harga lebih kurang sahaja sebab risau nanti tercekik tak pasal-pasal mengelupur cari air, boleh lihat promosi mereka.

https://kfc.com.my/promotions/double-down

Dibawah ini pula adalah gambar rajah disebalik ayam rangup iaitu mempunyai mayonese , chicken strips , sekeping cheese , sos cheezy seterusya adalah ayam goreng tanpa tulang. Hmmm! memang sedap ketika mengunyah secara keseluruhan dalam satu masa kerana semuanya dapat dinikmati bersama.


Bagi pengemar ayam kfc kali ini korang sudah boleh menikmati burger ayam tanpa roti , sebelum itu aku nak beritahu berdasarkan pengalaman ketika kunjungi lebih dari satu restoran kfc , pada pendapat aku saiz ayam yang berada di setiap lokasi restoran kfc adalah tidak sama kerana pernah aku pergi salah satu restoran kfc yang boleh dikatakan saiz ayam goreng mereka agak mengecewakan iaitu kecil manakala aku cuba pergi ke restoran kfc yang lain apa yang aku dapat adalah saiz ayam goreng yang super mengkagumkan iaitu besar lagi memuaskan pelangan.

Jadi jika ada peluang sebelum tiba di kaunter kfc, anda bolehlah skodeng sikit sebanyak ayam kfc pelangan yang berada di meja mereka untuk kenal pasti sama ada restoran itu mempunyai ayam besar atau kecil. Aku juga boleh dikatakan kerap menggunakan teknik sedimikian untuk mengenal pasti saiz ayam kfc sebelum tiba di kaunter pesanan kfc.

Selamat menikmati hidangan baharu dari KFC Malaysia.!

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)