Terkini

Halalkan Hati Yang Ku Curi Mempunyai Pengajaran

Seperti yang kita ketahui dimana kebanyakkan tapi tidak semua drama bersiri melayu di kaca tv diambil dari kisah novel haa siapa yang minat baca novel tu tahulah tajuk-tajuk yang sering dijadikan sebagai drama jam 7 malam.



Aku ni bukanlah minat sangat terhadap drama bersiri terutama jika mengisahkan CEO syarikat, naik kereta besar, kahwin dengan orang miskin, dengki, berebut kekasih dan macam lagi masalah manusia akhir zaman ni.


Populariti drama petang hari ini juga jika mengikut statistik jantina kelihatan kaum wanita lebih cenderung menghabiskan waktu untuk menantikan apakah kesudahan kisah ini.


Amboi, sungguh penting kesudahan cerita setiap drama 7 malam bagi kaum wanita muda mahupun yang tua. Yang aku pelik kenapa pula syarikat penyiaran tv3 memilih jam 7 malam dan kenapa tidak di siang hari atau selepas waktu isyak bagi kaum muslim.


Jawapan yang dapat aku agak lain tidak bukan ia adalah salah satu stratergi pengiklanan dimana jika mengikut statistik penonton adalah lebih ramai di waktu malam haaa korang ingat filem/drama di kaca tv tu semua percuma ke.



Konsep perniagaan penyiaran seperti ini kelihatan memang percuma tapi sebenarnya bukannya percuma pun malah harus dibayar dengan cara lain oleh penonton sebagai contoh utiliti rumah masing-masing haa korang ingat tv tu hidup guna angin ke.


Kenapa dengan utiliti? Ok ceritanya berbunyi begini syarikat penyiaran memilih jam 7 malam adalah disebabkan kadar peratusan penonton lebih ramai dari waktu yang lain iaitu seperti di siang hari maka agak sukar pihak penyiaran menjalankan pengiklanan tv sebagai contoh syampoo rambut dan lain-lain.


Maka bila siang hari jarang penonton fokus depan tv alasan mungkin sibuk bekerja atau masing-masing mempunyai tugasan suri rumah. Maka oleh sebab itulah kalau korang perasan jika buka mana-mana siaran tv Media Prima di buka pada waktu siang hari korang akan mengadap promosi barangan di cjwowshop


Jadi apa kena mengena dengan drama ini?

Pada awalnya boleh dikatakan kebencian aku pada jalan cerita drama ini amatlah tinggi disebabkan watak yang diberi memang berlagak ngalah agong padahal kekayaan yang ada semua nenda(nenek) dia punya.


Datang cucu delisha yang tak bekerja dan masih mengharapkan dana dari kad kredit yang dibayar oleh nenda(nenek) telah menjadikan keadaan huru hara hanya disebabkan keras kepala dan tidak mendengar kata.


Sebelum itu keluarga delisha ini turut mempunyai perniagaan sendiri cuma dalam kisah ini orang tua isha mengalami masalah perniagaan dan sekaligus terpaksa berpindah tinggal di rumah nenda(nenek) delisha untuk mencari tempat teduhan.


Malangnya walaupun keadaan masih begitu cucunya delisha tetap juga tidak dapat menerima hakikat dimana sebenarnya dia tidak mempunyai apa-apa kecuali kad kredit yang di tanggung oleh nenda(nenek) semasa perniagaan orang tua-nya bermasalah.


Apa yang seronok cerita ini bagi aku adalah beringat sebelum terjadi apa-apa yang diluar jangkaan contoh pastikan dalam bank mempunyai simpanan.


.Seterusnya kaya mana pun keluarga, individu haruslah bekerja dan tidak memilih pekerjaan kerana pada akhir zaman ini ‘duit bukan segalanya, tapi segalanya guit’ .


Jadi drama ini telah diselit dengan memberi kesusahan kepada orang kaya sehingga terpaksa tidur berlapik dengan kotak di tepi kedai orang demi untuk merehatkan badan ketika waktu malam.


Seterusnya ia juga melakonkan watak berusaha walaupun terpaksa mengumpul kotak dan mencuci tandas awam pula tu siap melakonkan watak bekerja sebagai buruh binaan.


Drama ini turut mengajar penonton untuk sentiasa beringat walau ketika kaya mahupun miskin kerana setiap hamba pasti akan sentiasa diuji tanpa mengira pangkat.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)