Terkini

'KL Gangster Underworld' Siri Lebih Ganas - iFlix Originals

Kepada pelangan iFlix yang setia, Skop Production dengan kerjasama iFlix telah berusaha untuk menghadirkan drama bersiri yang lebih ganas iaitu KL Gangster Underworld.



Siang tadi aku dapati mempunyai notifikasi dari iFlix dimana memberitahu mereka telah mengeluarkan salah satunya drama premium Malaysia yang dihasilkan oleh iFlix Originals .


Bagaimanapun ini adalah salah satu kejutan buat pelangan iFlix di Malaysia kerana akhirnya syarikat ini sudah mula mengorak langkah ke hadapan dengan menyediakan drama premium sendiri.



Kepada peminat drama premium international seperti di Netflix tidak lama lagi mungkin bakal mempunyai banyak pilihan kerana iFlix juga sudah mula menyediakan drama bersiri premium dengan pelakon handalan tanah air.


Pihak iFlix juga berharap dapat mengubah dan menaik taraf tahap kualiti filem di Malaysia setanding luar negara demi kepuasan pelangan setia.


Disebabkan filem sebelum ini dapat kadar tontonan tertingi iaitu KL Gangster 1, KL Gangster 2 di pawagam maka iFlix juga bercadang mempersembahkan tayangan drama bersiri premium bertajuk KL Gangster Underworld yang semestinya lebih ganas dan mengujakan.


KL Gangster Underworld adalah dibawah arahan pengarah dari Singapura, Faisal Ishak. Yang berusaha menghidupkan ciri-ciri ganas setanding filem AS dan Rusia seperti mana yang ada di Netflix.


Juga berharap iFlix terus berusaha menjayakan drama dan filem premium 'Iflix Originals' serta sentiasa menaik taraf kualiti gambar rakaman dan aksi pelakon.


Akhir sekali setelah meluangkan sedikit masa menonton drama bersiri keluaran iFlix Originals tadi dapati memang 'Padu Beb!' jalan cerita dia. Korang kena saksikan sendiri sama ada dari pintu belakang mahupun pintu depan tapi aku sarankan sokonglah pelakon tanah air dengan melangan akaun premium iFlix.


https://www.iflix.com/


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)