Terkini

Unifi Mobile Menawarkan Promosi Data Serendah RM55 Sempena Hari Malaysia

Lihat dari segi perniagaan Unifi kelihatan sedang berusaha menarik perhatian pengguna dengan pelbagai tawaran istimewa walaupun ia belum cukup istimewa buat pengguna di Malaysia.



Semasa pelancaran Unifi Mobile sebelum ini boleh dikatakan setiap pendaftaran akan diberikan data internet percuma kepada pelangan.


Ketika itu ramai juga yang berpusu-pusu melakukan pendaftaran maklumlah barang percuma data juga percuma semasa itu. Tapi setelah data percuma itu kehabisan pelangan Unifi Mobile mula memberikan respon 'krik krik krik' disebabkan tawaran pelan data internet Unifi agak mahal dari harga di pasaran.



Kata ahli korperat, perniagaan itu ada turun naiknya bergantung pada pegawai pemasaran dan syarikat itu berfungi. Sempena hari Malaysia, Unifi Mobile cuba lagi memancing add-ons data internet tanpa had dengan harga promosi yang berlainan iaitu hanya RM55/30hari sahaja.



Apa yang kami tidak dapat sahihkan adalah mengenai penggunaan Hotspot dimana kini sudah menjadi trend pemasaran telekomunikasi meletakkan had kuota pada penggunaan hotspot. Apa yang kami dapat rasai oleh kerana ia adalah sebahagian dari pelan promosi Hari Malaysia maka besar kemungkinan data tanpa had juga boleh digunakan pada Hotspot.


https://unifi.com.my/mobile/bebas/addon.html

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)