Terkini

Adakah Filem Seram Hollywood 'The Nun' Bakal Pecah Panggung?

The Nun ditulis oleh Gary Dauberman dan diarahkan oleh Corin Hardy. Ia memaparkan bintang Demian Bichir, Taissa Farmiga dan Jonas Bloquet dan akan melanda pawagam pada 7 September.


The Nun

Pengarah Corin Hardy, penulis oleh Gary, Dauberman, James Wan. Belanjawan filem seram hollywood ini hanya sekitar $22 juta dan mungkin akan pecah panggung seperti filem hollywood yang lain seperti The Conjuring, Conjuring 2, Marvel dan lain-lain.


Jika lihat filem seram The Conjuring 2 hanya memakan belanjawan sebanyak $ 40 juta sahaja manakala hasil kutipan panggung pula berjaya mendapat sebanyak $ 320.4 juta begitu juga filem The Conjuring 1 hanya berbekalkan belanjawan kecil ia mampu mengutip sebanyak $ 319.5 juta.



Agak kami adakah pengaruh James Wan yang menjadikan filem-filem ini laris di Malaysia walaupun hanya memakan belanjawan kecil tapi mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bagi yang belum tahu James Wan dilahirkan pada 26 February 1977 dan lahir di Kuching, Sarawak Malaysia.


Beliau telah menetap di Los Angeles, california AS dan bekerja dalam bidang Film director, penulis, penerbit semenjak tahun 1999.


Manakala filem The Nun juga mempunyai hasil penulisan dari beliau serta bermodalkan belanjawan yang kecil tapi seperti yang kami tahu ia mungkin akan pecah panggung dan mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda seperti filem-filem seram yang lain.


Kepada kaki filem seram, jom sama-sama kita nantikan berapakah jumlah kutipan filem seram barat 'The Nun' boleh dihasilkan.


Masa Tayangan Malaysia (Hari Ini)


The Nun

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)