Terkini

Nak Makan Kek Coklat Moist Tapi Masih Dalam Fasa Berjimat Jom Buat Sendiri

Musim dunia diserang wabak covid-19 ni kita pasti akan terasa nak makan macam-macam maklumlah terkurung dirumah dari musim pkp sehinggalah pkpb(bersyarat).

 



Jadi dari duduk rumah saja-saja ada baiknya kita memenuhi ruang dapur dengan keluarga orang kata sambil menyediakan bahan-bahan sambil berbual mesra haaa barulah Happy Family gitu.

Jika sebelum ni kita rajin buat tempahan dengan rakan-rakan sampai ada yang berniaga buat packaging siap. Nah kali ini kita buat semuanya sendiri dari tepung hinggalah moist. Kepada yang masih nak berniaga tu janganlah tersinggung pula sebab artikel ini hanyalah untuk mereka yang ingin rasa hasil air tangan sendiri.

Pada masa bolehlah menambah ilmu dalam penyedian kek moist yang sebenarnya mudah jer tapi apa pun kesabaran dan keyakinan haruslah tinggi setiap masa maklumlah walaupun bahan sama tapi hasil kerja mungkin berbeza.

Maka setiap apa yang kita usahakan harus ada sikap cuba mencuba sehingga ia nampak sempurna, begitu juga semasa kita belajar memandu kereta bukan jam tu belajar jam tu juga sudah mahir betul tak.

Kek moist ni ada variasi mudah dan ada juga variasi betul-betul ikut resepi dalam buku, namun apa yang penting semuanya terletak pada hasil kreativiti masing-masing. Manalah tahu korang nak tambah serbuk oreo ke serbuk nestum ke dan lain-lain yang terlintas di fikiran korang jadi sila teruskan niat tu.

Manalah tahu suatu hari nanti korang dapat cipta satu variasi kek moist yang lain dari yang lain, ketika itu boleh juga cuba buat pemasaran dan bina sebuah jenama sendiri.

Malas nak cerita panjang jom lihat bahan-bahan yang kami guna dibawah ni.

- Susu cair 1 tin
- Susu pekat 1 tin
- Telur 3 biji
- Minyak masak 1 tin
- Gula 1 tin
- Esen vanila 1 penutup 
(kisar atau sebatikan semua bahan diatas)

- Tepung gandum 1 1/2 tin 
- Serbuk koko 1 tin
- Soda bikarbonat 1 sudu kecil
- Serbuk penaik 1 sudu kecil
(Ayak bahan ini)

Siap ayak boleh campur bahan yang dikisar tadi. Selepas itu boleh kukus atau bakar dalam sejam, lebih baik guna pengukus sebab nak dapatkan moist kek itu.

Sambil menunggu kek yang dikukus boleh la sediakan topping kek.

- Serbuk koko 1/2 tin
- Susu pekat 3 sudu 
- Susu cair 1 tin (saya guna susu tepung sebab tiada susu cair)
- Marjerin 1 sudu

Bahan diatas masak atas api dengan api kecil, ikut kesesuaian citarasa korang.




Dapat la banyak seperti gambar diatas, kalau ada kurang pandai-pandailah korang tambah mengikut citarasa masing-masing kut kalau sedap bolehlah kongsi resepi jika tidak kongsikan pengalaman korang ketika proses membuat kek.




Nak menaip panjang-panjang risau korang tak faham jadi kami sediakan rakaman proses membuat kek di atas harap ia dapat membantu.

Jika tak keberatan sila kongsikan gambar kek korang kepada kami kut ia nampak lebih kreatif boleh juga kami buat tempahan dari korang kan.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)