Terkini

Resepi Sup Tulang Sedap Yang Mudah Disediakan

Walaupun sup tulang tidak memiliki isi sangat namun ia masih mempunyai permintaan tinggi dikalangan orang kita tambahan lagi ketika berada di kedai masakan panas.


sekejung.com

Yang hairannya walaupun kita tidak dapat kunyah tulang tersebut namun harga hidangan ini saban hari makin mahal dan isi tulang juga semakin sedikit. Tidak pasti ia adalah angkara inflasi semasa atau tokey kedai memang ada sifat kedekut dalam perniagaan.


Penulis juga berpengalaman terhadap permasalahan ini sehinggakan terpaksa menikmati sup sahaja bersama nasi putih kerana isi yang berada di celahan tulang-tulang tersebut sangatlah sedikit dan tidak berpatutan.


Maka jika inginkan kepuasan dan sempurna eloklah memasak sendiri. Korang yang baru nak cuba tu sila lanjutkan bacaan resepi dibawah serta cara penyedian mana yang kurang silakan tambah sendiri mengikut citarasa masing-masing.



Bahan -Bahan

Tulang gear-box/tulang rusuk lembu

1 labu Bawang merah besar

1 labu Bawang putih

3 inci Halia muda

Rempah 4 sekawan: buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis

Rempah serbuk sup tulang adabi -1@2 sudu

Sup bunjut -1 paket

Garam dan maggi cukup rasa

Bawang goreng

Cili api (jika suka)

Daun sup

Perahan asam limau nipis


sekejung.com

Cara penyedian:

Rebus tulang sehingga empuk(1-3 Jam) bergantung keempukan dagingnya turut boleh letak sup bunjut adabi dalam rebusan tulang daging ini.


Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih lalu ditumis, diikuti pula dengan rempah lain iaitu buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis orang tua cakap tiga sekawan.


Bila dah masak sehingga naik bau, masukkan pula rempah sup adabi dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi. Masak lagi sehingga garing (mesti selalu dikacau2 supaya masaknya serata dan tidak hangit)


Bila sudah garing bolehlah dituangkan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang. Biarkan mesra kesemuanya, perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa.


Semasa menghidang bolehlah ditaburkan bawang goreng, hirisan cili api,daun sup dan perahan air asam limau nipis.


Sajian sup tulang sedap ini sesuai dihidangkan ketika ia masih panas supaya dapat menikmati aroma rempah sambil menghirup manisnya air daging, masam dan pedas dari kuahnya.


sekejung.com

Hidangan ini sangatlah mudah dan sesuai makan bersama bihun, mee kuning, kuay tiew dan nasi kalau rajin boleh sertakan sekali dengan begedil.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)