Terkini

realme Buds Q : Kecil Tapi Ternyata Sangat Padu

Earphones bluetooth realme model RMA215 saiz kecil tapi memiliki bunyi yang padu seakan sama seperti speaker bass dirumah mahupun di pasaran namun sebelum itu pastikan ia original sebelum membeli.



Kami sudah aim lama terhadap beberapa produk realme dan akhirnya bila mereka membuatkan sales di Shopee MY 10.10 potong harga gila-gila dari RM129RM89 untuk earphones bluetooth. Tak cukup dari itu mereka juga sempat bagi voucher atas talian khas untuk pembeli Shopee MY terawal dan korang akan dapat hanya dengan harga RM74 sahaja. Amazing!


Selang beberapa hari menunggu proses penghantaran korang akan menerima sepasang earphones berserta tempat pengecasan, kabel type-C dan beberapa saiz pelapik getah untuk penyesuaian rongga telinga.



Pada mulanya pening juga mencari cara yang betul untuk letak di telinga, bahagian ini korang kena pastikan ia berada di posisi yang betul bagi mengelak tercicir akibat jatuh maklumlah barang kecil ada kemungkinan susah nak dijumpai tambahan lagi jika terselit kat mana-mana bahagian yang sukar.



realme juga klaim ketahanan bateri boleh bertahan selama 20jam dan memiliki latency serendah 119ms ketika bermain permainan video. Kadar berat item pula seringan 3.6g dan memiliki 10mm Bass Boost Driver yang mampu membuatkan gendang telinga korang melompat terkejut.


Ada beberapa fungsi sesentuh yang kelihatan moden iaitu sentuh dua kali untuk "Play/Pause music, Jawab panggilan" dan sentuh tiga kali untuk "Next media/song/video" berikut sentuh dan tahan 2 saat untuk "Letak panggilan" dan akhir sentuh kedua-dua dan tahan 2 saat untuk "Mode Gaming".


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)