Terkini

Delima Terlalu Banyak Penstriman Digital Luar Dan Dalam Negara

Pada zaman video tape kita disarankan menyewa atau membeli untuk menonton tapi pada hari ini semuanya sudah menjadi digital atau secara live streaming.



80an - 90an boleh dikatakan zaman mencari kawan salah satu sebab adalah untuk bertukar video tape atau secara meminjam jika tidak mampu untuk membeli atau menyewa.


Namun pada era video tape boleh dikatakan tidak semua keluarga yang mampu mengikuti perkembangan semasa disebabkan pendapatan ketika itu masih kecil tidak seperti sekarang pelbagai bidang pekerjaan boleh di lakukan.



Tidak lama begitu beralih kepada musim cakera padat iaitu penggunaan CD/DVD , tapi teknologi ini sangatlah singkat kerana ia mudah rosak akibat calar. Lama kelamaan muncul kaedaah muat turun berbayar dan percuma terus dari penyedia dan boleh dinonton melalui komputer atau DVD player yang menyokong USB pendrive.



Setelah isu cetak rompak telah menjadi topik perbualan, kaedah muat turun telah menjadi perlahan setelah rangkaian 4G diperkenalkan iaitu memiliki tahap kelajuan internet yang tinggi sehingga mampu menonton secara live streaming tanpa perlu sebarang aktiviti muat turun.


Dari situ pelbagai syarikat penstriman luar dan dalam negara telah muncul bagi memenuhi permintaan penonton dengan caj secara bulanan serta tahunan. Tapi akan jadi masalah bilamana syarikat penstriman berlumba-lumba buat drama bersiri dan filem sendiri untuk bersaing kerana kita sebagai penonton akan jadi delima dan kos hiburan menjadi tinggi untuk melangan kesemuanya dalam satu masa.


Bayangkan jika persaingan ini terus berlanjutan, sebagai rakyat marhaen sudah pasti akan beralih kepada keadah muat turun secara percuma dari mana-mana sumber terbuka disebabkan adakala syarikat penstriman A lebih menarik dari B begitu juga C dan D dan lain-lain jadi mana mungkin kita nak langan kesemuanya kecuali ada beberapa tajuk yang kita minat.


Cadangan penulis bagi menyelesaikan isu muat turun secara percuma dari mana-mana sumber terbuka ada baiknya syarikat penstriman beri tawaran harga mampu milik atau buat satu pass bulanan untuk perlepasan kesemua isi kandungan dari setiap syarikat penstriman yang ada di pasaran.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)