Terkini

Air Fryer Undang Kesan Sampingan kepada Kesihatan

Di kala pandemik ini, ramai yang memilih air fryer untuk penyediaan makanan sihat terutama yang jenis bergoreng. Lagipun, lagi senang menggunakan air fryer untuk memanggang dan memanaskan makanan. Tiba-tiba tular pula yang mengatakan bahawa air fryer ini boleh menyebabkan kanser. Biar betul?
:anger:



Jom, baca kupasan dari Zakwan Mohtadza yang mengulas mengenai isu ini di facebooknya.

    Sekarang viral video yang menerangkan air fryer boleh meningkatkan risiko kanser. Saya perhatikan video tersebut dan terus siasat. Yelah, air fryer sekarang sudah jadi barang kegunaan harian jadi kenalah siasat betul dari segi saintifik dia, bukan hanya dari dengar cakap-cakap orang saja. :warning:

Ini hasil siasatan saya menurut pelbagai kajian saintifik:

1.     Dalam video viral tersebut menyebut Acrymalide sebagai punca kanser. Tetapi sebenarnya bukan air fryer sahaja yang boleh menyebabkan bahan ini terhasil dalam makanan. Semua jenis pemanggang, penggoreng, atau pembakar seperti oven boleh menyebabkan pembentukan Acrymalide ini! Jadi air fryer bukan masalah utama dia. Masalah utama nya ialah suhu dan tempoh memasak kita tersebut. Erti kata mudahnya, TIDAK TEPAT air fryer sahaja disalahkan kerana cara memasak yang lain turut boleh beri kesan yang SAMA! Sumber: FDA US

2.     Mana lagi bahaya? Guna air fryer atau goreng cara biasa? Saya ada menemui kajian dari tahun 2015 sehingga tahun 2020, ternyata penggunaan Air Fryer mengurangkan pembentukan Acrymalide sebanyak 90% daripada menggoreng cara deep fry! Dan ternyata ini lebih sihat bila dibandingkan dengan gorengan cara biasa! :+1:

Sumber:
a)     Effects of Thawing and Frying Methods on the Formation of Acrylamide and Polycyclic Aromatic Hydrocarbons in Chicken Meat (National Library of Medicine)
b)     Effect of Pretreatments and Air-Frying, a Novel Technology, on Acrylamide Generation in Fried Potatoes (ResearchGate)


3.     Berbalik kepada video tersebut, saya menemui sumber video tersebut dari data yang dikeluarkan oleh pemerhati dari Hong Kong. Memang betul apa yang diperkatakan tetapi sebaiknya kita lihat secara penuh data yang dikeluarkan, jangan hanya melihat sebahagian data sahaja. Menurut mereka, risiko Acrymalide dapat dikurangkan sekiranya suhu dan tempoh memasak boleh dikurangkan (jangan terlampau panas atau lama walaupun instruction model air fryer memberitahu sebegitu). Sumber: Consumer Council HK

Kesimpulan:
1-     Kurangkan makanan fast food seperti french fries, sebab bahan berkanji seperti ini lebih tinggi risiko ada Acrmalide, tak kisah cara masak guna apa, air fryer ke, goreng cara biasa ke
2 -     Kurangkan suhu dan tempoh yang digunakan (biar bersesuaian dengan portion memasak)
3 -     Target memasak biarlah kekuningan dan cukup-cukup masak (Jangan terlampau garing kerana risiko Acrmalide lebih tinggi untuk bahan yang dimasak lama)
4 -     Dari masa ke masa, lebih banyak teknologi dikeluarkan untuk cara memasak yang lebih mudah dan sihat, jadi kena sentiasa aware dengan perkembangan teknologi ya, boleh jadi ada teknologi yang lagi baik nanti. Tapi buat masa sekarang, air fryer masih pilihan utama saya kerana tak perlu menggoreng guna minyak yang banyak dan mudah!

Kredit: Nor Salehan Jamaludin, Zakwan Mohtadza
:pushpin:
:pushp

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)