Terkini

Drama Korea Terkini Yang Mesti Layan "Now, We Are Breaking Up"

10:51:00 PG

Korang yang minat drama korea ini mesti layan drama ini kan, pelakon Song Hye Kyo yang terkenal yang cantik jelita setiap kali dia berlakon saya wajib tengok drama dia. Tidak lupa juga pelakon hero yang kacak tinggi lampai iaitu Jang Ki Young, korang boleh langgan viu untuk menonton drama ini.



Sebanyak 16 episod yang akan ditayangkan setiap minggu setiap jumaat dan sabtu. Dibawah ini saya cerita sinopsis drama ini.



Sinopsis

"Now, We Are Breaking Up" menceritakan kisah cinta emosional dan kisah putus cinta. Kisah cinta antara dua orang dari latar belakang yang berbeda namun dipertemukan dalam waktu yang terlalu tepat. Ha Young-eun, pengurus pasukan reka bentuk di label fesyen bergaya dan pintar yang realistik. Yoon Jae-guk, seorang jurugambar bebas yang kaya dan popular yang juga mempunyai kepintaran dan rupa.

Hwang Chi-sook adalah pengarah pasukan reka bentuk label fesyen yang menghadiri sekolah menengah bersama Ha Young-eun dan Seok Do-Hoon ialah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat PR yang mahir.

Ha Yeong Eun ialah pengurus pasukan reka bentuk di sebuah syarikat fesyen terkenal yang bergaya dan pintar bernama The One. Dia sentiasa menumpukan masa dan tenaganya hanya untuk bekerja. Tetapi sebenarnya dia seorang yang tidak dingin dan cuba meletakkan sesuatu di tempatnya. Dia tidak pernah berjaya dalam kehidupan cintanya.

Sehingga itu dia bertemu Yoon Jae Gook, seorang jurugambar bebas yang kaya dan popular yang juga mempunyai otak dan kelihatan baik. Kedua-dua mereka tertarik antara satu sama lain dan memutuskan untuk menjalin hubungan. Namun rupa-rupanya, tarikan yang mereka ada tidak cukup untuk mengekalkan hubungan mereka.


Butiran

Drama: Now, We Are Breaking Up (tajuk harfiah)

Romanisasi yang disemak semula: Jigeum, Heeojineun Joongibmida

Hangul: Sekarang, kami sedang berpisah

Pengarah: Lee Gil-Bok

Penulis: Je-In

Rangkaian: SBS

Episod: 16

Genre: Asmara, Drama, Melodrama

Tarikh Keluaran: 12 November 2021 --

Masa berjalan: Jumaat & Sabtu 22:00-23:10

Bahasa: Korea

Negara: Korea Selatan

Drama ini menggantikan drama sebelum ini "One the Woman.


Pelakon Utama

Song Hye Kyo sebagai Ha Yeong Eun

Jang Ki Young sebagai Yoon Jae Gook

Choi Hee Seo sebagai Hwang Chi Sook

Kim Joo Hun sebagai Seok Do Hoon

Park Hyo Joo sebagai Jeon Mi Sook

Yoon Na Moo sebagai Kwak So Hoo


Selamat menonton


Resepi Rempah Khomok Golok mudah disediakan. Apa itu NASI KROMOK?

10:59:00 PTG

Hari ini saya nak masak Nasi Khaomok Thai guna serbuk rempah nasi kromok. Sesiapa yang pernah travel ke Dannok, Hatyai, Krabi or Southern Thailand region korang mesti pernah makan or jumpa nasi khaomok ni. Even di kedai-kedai makanan halal di Phuket, Ramkhamhaeng atau Chatuchak Bangkok pun ada juga.



Simple tapi sedapp kan, di Thailand ayam memang dimasak bersama nasi macam nasi briyani kita, cuma di Malaysia nasi khaomok di buat ayam goreng berempah. But of coz mek prefer the authentic Thai recipes..aroii maak maakk..



Resepi Nasi Khaomok Thailand


BAHAN-BAHAN

Ayam (potong, cuci bersih dan toskan)


BAHAN PERAPAN AYAM:

4 batang serai

Ketumbar

Kunyit hidup atau serbuk

1 labu bawang putih

Halia

1 sudu tepung gandum

Sedikit pewarna merah

Sedikit garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

Kisar dan gaulkan pada ayam

perap selama 1 jam dan kemudian goreng


BAHAN NASI KROMOK:

1kg beras basmati atau beras biasa (bersihkan dan toskan)

serbuk rempah nasi kromok (tambahkan sedikit serbuk kunyit)


CARA MEMASAK:

Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau. Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras. Jangan lupa letak gula, garam atau secukup rasa. Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi masak.


BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:

3-4 ulas bawang putih

4 biji cili merah

5-6 biji cili padi

Akar daun ketumbar

Sedikit garam

Gula

2 sudu cuka

Air


CARA MEMASAK:

Kisar halus semua bahan-bahan selepas itu panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar untuk elak sakit perut.


Advertisement

ASAL USUL NASI KANDAR YANG POPULAR DI MALAYSIA

10:03:00 PTG

Nasi kandar merupakan antara makanan yang amat popular bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di Malaysia. Jika anda tidak tahu, dahulu sebenarnya nasi kandar merupakan makanan ruji untuk pekerja kelas bawahan.



Pada satu ketika dahulu Pulau Pinang merupakan pelabuhan utama Semenanjung Tanah Melayu dan merupakan pelabuhan yang sangat sibuk serta menjadikannya tempat sebahagian rakyat mencari rezeki dengan bekerja di sini. Rakyat berpeluang mencari rezeki dengan menjadi buruh di pelabuhan ini. Sebahagian yang lain pula mengambil peluang sebagai penarik beca dan berniaga makanan kepada buruh yang bekerja di pelabuhan ini.



Di sinilah bermulanya nama nasi kandar iaitu di ambil dari peniaga-peniaga nasi yang berniaga secara bergerak menggunakan kayu pengandar dan dua bakul di kandar yang di dalamnya di isi dengan nasi, kari ikan, ikan goreng dan kacang bendi. Yang menariknya, dahulu nasi kandar dijual pada waktu pagi kerana pekerja perlabuhan akan selalunya memulakan kerja mereka selepas makan nasi awal pagi sebagai memberi sumber tenaga untuk persiapan mereka bekerja sehingga petang.


Sebab itulah sehingga ke hari ini nasi kandar telah siap sedia di jual pada awal pagi kerana ini adalah tradisi dari dahulu lagi. Kini makanan ini bukan sahaja dimakan oleh kelas bawahan dan pekerja buruh malahan sudah menjadi makanan orang kaya dengan variasi pilihan lauk-pauk mahal yang langsung tidak ada kena mengena dengan asal usul nasi kandar asli.


*Sumber google


Advertisement

Perbanyakkan Istighfar “Astaghfirullahalazhim” Maknanya "YA ALLAH, AMPUNI DOSAKU”

11:33:00 PG

Sekadar peringatan manja. Untuk motivate diri sendiri and awak sendiri untuk perbanyakkan istighfar. Next one, nak kena work on how to feel lebih sikit bila beristighfar. Mulut sebut tapi hati tak connect. So how ?


Saya ambil ni daripada : www.tiprezeki.com


Bila kita istighfar, jangan main sebut je “Astaghfirullahalazhim”, namun tak faham pun maknanya. Makna istighfar mesti diserap ke dalam hati penuh makna dan rasa insaf. Maknanya “YA ALLAH, AMPUNI DOSAKU”



Bukan itu sahaja, kita kena bayangkan pula dosa yang mana satu yang mahu Allah ampunkan. Kena ingat, kena rasa dosa yang mana?


Jangan terbayang kat kepala “Allah ampunkan tak dosa aku ni duk istighfar ni?” Dah kita rasa ragu-ragu dengan istighfar kita memang tak lah Dia nak ampunkan. Allah tidak menerima sebarang doa dari hati yang lalai apatah lagi tak yakin padaNya.


Ini pula perkongsian dari live Prof Muhaya dan Ustaz Nasrullah. Ustaz pesan, taubat itu pembuka rezeki, istighfar tu penyelesai segala masalah kerana perisai (penghalang) rezeki tu adalah dosa kita sendiri.


Apabila sebut ASTAGHFIRULLAH.. Ingat 3 perkara..

1. Saya salah

2. Ampuni saya

3. Saya siap untuk belajar. Perbaiki diri.


Kredit: Neelofa


Ketakutan atau Kebergantungan? Ini Yang Ramai Kena Faham

11:19:00 PG

I feel like, ini yang ramai kena faham. Ketakutan atau kebergantungan ?


Takut tiada duit, takut hilang kerja, takut tak hilang kawan, takut hilang kuasa, takut tidak famous. takut.. takut .. takut ..


But do we really rely on Allah bila kita dalam ketakutan. Allah tuhan semesta alam. Yang mentadbir seluruh makhlukNya.



لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْض

Yang memiliki segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi


Everytime kita serabut fikirkan masalah dunia , cuba kita sama-sama cari cara untuk bergantung kepada Allah. Salah satunya dengan setting your mind ( berserah diri & usaha ) + doa . Yakin sepenuh hati dengan doa yang dibaca. Mungkin the first few times baca doa susah nak timbul keyakinan, insyaAllah the more you recite the more you’ll believe in it.


Kredit : Neelofa


Somebymi Truecica Mineral 100 Calming 50ml Suncream SPF 50+, PA++++

9:38:00 PTG

Sebelum ini saya ada cerita tentang Somebymi Miracle AC SOS KIT. Lagi elok jika pakai Miracle AC SOS KIT itu bersama suncream dari somebymi juga iaitu Somebymi Truecica Mineral 100 Calming 50ml Suncream SPF 50+, PA++++.


Suncream yang menyamankan, lagi-lagi untuk kulit yang sensitif, pedih-pedih boleh dikurangkan dengan cepat.Suncream atau sunscreen wajib pakai tau hari-hari. Korean routine skincare, wajib ada. Itu yang buat kulit kita terjaga, sihat, tidak rosak dari dalam.




Sunscreen dari somebymi untuk korang yang mempunyai masalah kulit sensitif atau jerawat.

- Nano-nano Mineral 100 suncream, mudah meresap ke kulit dan tidak lengket.

- Dengan 3 fungsi, iaitu UV Blocking + Whitening + Wrinkles Improvement.

- Mengandungi 10.000 ppm Truecica (Artemisia Princeps Extract, Tea Tree Leaf Water, Centella Extract, Centella Powder Extract) untuk menenangkan kulit, melindungi dan meningkatkan ketahanan kulit.

- Dengan 85% esen kelembaban, teksturnya seperti lotion tidak membuat white cast pada wajah.

- Tidak Menggunakan pewangi buatan,pewarna dan juga tidak mengandungi 20 bahan berbahaya.


Cara Kegunaan

Aplikasikan secara merata pada tahap terakhir skincare di pagi hari.


Pakai 20 minit sebelum meninggalakan rumah.


SOME BY MI AHA BHA PHA 30 DAYS MIRACLE AC SOS KIT

7:48:00 PTG

Korang yang ada masalah kulit muka boleh la cuba set SOME BY MI ni. Bagi yang pertama kali dengar brand somebymi, brand ni antara brand yang dikenali juga di KOREA.


Sudah habis beribu duit buat treatment tapi skin masih belum pulih. Jerawat saya kering selepas 2 atau 3 hari naik lepas pakai set miracle biasanya sebelum ni ambil masa lama nak kering.



Saya sudah cuba yang TRIAL AHA BHA PHA 30 DAYS MIRACLE AC SOS KIT selama satu minggu ini. Terdapat dalam itu ialah Miracle acne foam (50ml), miracle toner (30ml), miracle serum (10ml) dan miracle cream (20 gram). Manfaat utama yang boleh menghilangkan jerawat atau merawat jerawat (fungsi utama), mengecilkan pori, merawat masalah pigmentasi, melembabkan kulit, menghaluskan kulit wajah, menyekatakan ton kulit wajah atau mencerahkan kulit, merawat masalah blackhead atau whitehead dan merawat tiny bump.



Miracle acne foam (50ml) - membersihkan kotoran kulit di dalam pori-pori dan menghilangkan sebum yang berlebihan dan terbukti memiliki fungsi meringankan kulit yang berjerawat.


Miracle toner (30ml) - menenangkan kulit yang beriritasi dengan menanggalkan sel kulit mati.


Miracle serum (10ml) - menenangkan kulit yang teriritasi dan bermasalah.


Miracle cream (20gram) - melembabkan kulit dan memperkuatkan kulit dan melindungi kulit dengan rawatan 4 cica dari agresor eksternal.


Cara Penggunaan : Gunakan mengikut urutan


Foam - Toner - Serum - Cream - (sunscreen atau sunblock jangan lupa pakai ye)

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)