Terkini

Facebook, Instagram Dan WhatsApp Down Seluruh Dunia

8:19:00 PTG

Tiga rangkaian media milik Mark Zuckerberg semuanya mengalami masalah sejak pagi untuk pengguna di seluruh dunia. Facebook dan Instagram tidak dapat diakses manakala mesej WhatsApp juga tidak berfungsi seperti biasa.



Oleh kerana kesemua Aplikasi diatas ini adalah dimiliki oleh seorang individu maka bila salah satu mengalami masalah pasti yang lain turut serta. Kami fikirkan masalah dari pihak telekomunikasi tempatan rupanya permasalahan itu datangnya dari sistem rangkaian mereka.


Adakah ini tanda-tanda platform milik Mark Zuckerberg akan berakhir tidak lama lagi? Perkara sebegini turut pernah terjadi dengan penyedia rangkaian media sosial sebelum ini dimana bila sampai masa pasti akan pihak penyedia akan mengalami permasalahan rangkaian.



Walaupun ia tidaklah memberi kepentingan buat mana-mana individu namun tanpa kita sedari platform rangkaian media sosial ini telah berjaya merantai kehidupan sesetengah pengguna tegar.


Ada diantara mereka bekerja sepenuh masa dengan menggunakan perkhidmatan dari Mark Zuckerberg contohnya WhatsApp dan Facebook Pages dimana rata-rata mempunyai pengikut tersendiri dan sekaligus membuatkan sedikit sebanyak keuntungan dari platform yang ada.


Sistem Monarki Malaysia Diganggu Oleh Ahli Politik Tidak Bertanggungjawab?

2:08:00 PTG

Kerajaan Malaysia pimpinan Tun Mahathir merancang untuk menandatangi perjanjian Makhamah Jenayah Antarabangsa (ICC).



Keputusan ini juga tidak ditularkan oleh pihak media sangat terutama oleh Media Prima dimana ia seakan dibuat secara senyap tanpa pengetahuan rakyat. Tidak lama kemudian berita ini telah tersebar kerana ada individu yang mula membuka mulut berkaitan perjanjian Makhamah Jenayah Antarabangsa dengan bertanya kepada pemimpin adakah ia benar atau tidak.


Atas penelitian dari kami perkara ini diusulkan setelah kecoh mengenai isu ICERD di Malaysia baru-baru ini dan sumber mengatakan turut dalam cubaan semenjak beberapa tahun lamanya untuk menggangu kuasa Raja-Raja Melayu di Malaysia dimana atas kefahaman kami jika kerabat di Raja melakukan kesalahan maka makhamah antarabangsa tempatnya.


Perkara (ICC) juga telah sampai dikalangan keluarga diraja Malaysia dan mendapat kritikan bahawa pengiktirafan undang-undang itu akan melanggar perlembagaan persekutuan dimana semua negeri-negeri telah bersatu demi mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu.


Artikel berkaitan : Kisah prebet adam amuk di chow kit



Kepada generasi muda sekarang, sekadar pertanyaan pernahkah anda membuka buku sejarah kesultanan Melayu selain dari mengadap media sosial buatan orang asing. Jika anda masih leka dengan budaya barat yang makin merosakkan sistem saluran otak maka eloklah anda mencari buku sejarah di perpustakaan terdekat supaya tidak terjebak dengan penyakit Phycology ciptaan dari barat.


Malaysia mempunyai perlembagaan monariki sejak tahun 1957 apabila ia mendapat kebebasan dari penjajahan British. Dalam kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini setelah keluarga diraja Malaysia bersidang bagi membincang isu-isu berkaitan berkata "Nampaknya terdapat banyak kekeliruan mengenai Rome Statute, maka pihak kerajaan akan tarik balik dan tidak bersetuju untuk menandatangi perjanjian tersebut.


Golongan bumiputra yang masih berpihak kepada kepentingan Raja-Raja melayu tidak senang duduk dan menyokong tindakan Tengku Mahkota Johor(TMJ) untuk menghalang tindakkan yang dilakukan oleh parti kerajaan PH.



Tengku Mahkota Johor(TMJ) telah menulis tweet pada 10 Mac bahawa pihak kerajaan tidak merujuk kepada "Persidangan Raja-Raja" sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan sistem perlembagaan persekutuan.


Difahamkan ICC adalah makhamah jenayah antarabangsa berasaskan perjanjian yang pertama dengan matlamat untuk menamatkan kekebalan bagi pelaku kejahatan yang paling kritikal iaitu seperti kerabat di Raja atau negara-negara yang cuba melakukan peperangan.


Dan boleh dianggap sebagai makhamah yang terakhir dimana jika pihak kerajaan gagal mendakwa pada mana-mana individu yang mempunyai kekebalan contoh seperti Sultan mahupun yang di-Pertuan Agong Malaysia.


Sehingga kini 122 buah negara telah berpihak kepada Rome Statute manakala tidak termasuk Amerika, China, Rusia dan India atas mengikut beberapa sumber luar negara.


Advertisement

Resah Dengan Hibah 1.25% Bagi Tahun 2018 Dari Tabung Haji ?

9:25:00 PTG

Tabung haji telah mengumumkan nilai hibah peratus bagi tahun 2018 dan melibatkan agihan keuntungan sebanyak RM913 juta.



Mujahid Yusof Rawa turut mengumumkan kedudukan kewangan Tabung Haji kembali pulih dengan lebihan aset RM1 bilion berbanding nilai defesit RM4.1 bilion pada laporan kewangan tahun 2017.


Adakah bumiputra Islam terutamanya pelabur baru terlalu mengharap dengan keuntungan dari Tabung Haji ini? Jika ya, tahniah anda baru sahaja memasuki fasa kejatuhan dimana terpaksa merasai hasil kerja dari jemaah menteri kerajaan baru PH dimana asal usul mereka sebelum ini tidak henti-henti membangkang demi kuasa bukannya demi rakyat dan negara.


Sepatutnya kedua-dua pihak antara kerajaan dan pembangkang di malaysia haruslah mempunyai sikap saling berbincang demi memajukan negara dan kesenangan rakyat bawahan.



Tapi apa yang terjadi di Malaysia kita lihat bila dalam parlimen sering bergaduh macam monyet. Tahukah mereka kita sebagai pengundi bersusah payah beratur tanpa penghawa dingin demi memastikan calon yang dipilih dapat menyampaikan permasalahan rakyat di dalam parlimen dan barisan ahli jemaah kabinet.


Tapi apa yang kita nampak hari ini adalah masing-masing berubah menjadi monyet ketika dalam parlimen dan siap ada yang ponteng pun ada belum lagi yang jenis mudah tertidur.


Posting ini bukan bermakna penulis ingin berpolitik sama tapi ia lebih kepada suara sebagai seorang rakyat bawahan dimana terpaksa mengikat perut seperti mana yang disarankan oleh menteri kabinet baru ini.


Manakala jika sebelum ini kita dinasihatkan supaya melakukan lebih dari satu pekerjaan supaya ia dapat menambahkan pendapatan bagi melengkapkan keperluan harian. Maka dengan statement yang kita perolehi dari ahli menteri ini adakah dapat mengubah kehidupan kita yang serba tertekan dengan kos sara hidup kian meningkat di kawasan bandar.


Jika di kampung tu mungkin masih ada cara untuk memanfaatkan sungai, laut dan tanah demi meneruskan kehidupan berbanding di bandar apa sahaja dilakukan akan menggunakan wang walaupun ia percuma pada asalnya tapi bila sudah diambil alih oleh taikun dan beberapa organisasi yang sukar dikesan dari percuma terus jadi berbayar.


Perkara diatas ini adakah para jemaah menteri ambil kisah atau mereka juga sebahagian darinya dan sengaja buat tidak nampak akan kesusahan rakyat miskin bandar yang tertindas? Sekarang kita lihat yang banyak menjalankan kerja-kerja menteri dan pegawai yang sepatutnya adalah dari golongan NGO bukan badan kerajaan dimana mereka ini sering menaikkan isu-isu berkaitan kepada ahli menteri dan kerajaan yang memimpin.


Kalau nak bergantung kepada NGO dan ketua kampung maka apa gunanya rakyat penat beratur semasa musim mengundi pemimpin. Lebih baik kita mengundi NGO dan ketua kampung mana lebih layak dipilih untuk menaikkan isu berkaitan rakyat dan lain-lain.


Posting ini hanyalah berbicara secara minda terbuka, jika tidak berminat dan terasa anda lebih memahami bagaimana cara jemaah menteri bekerja dipersilakan henti membaca kerana anda mungkin seorang yang susah berfikiran terbuka.


Berbalik pada tajuk adakah anda masih ingin bergantung harap dengan pelaburan dibawah kerajaan atau sudah bersiap sedia mengeluarkan dana dan melabur ke platform yang lain seperti bursa Malaysia? Pada saya, semuanya terserah kepada anda kerana posting ini di tulis bukan ingin mengajak anda melakukan pelaburan atau menghasut cuma harap anda dapat membuat keputusan yang benar tanpa merugikan diri sendiri dan orang lain.


Tahukah anda mengapa zaman ibu bapa kita kita sekitar tahun 1994 hibahTabung Haji dapat cecah setinggi 9.5% dan beberapa pelaburan bumiputra yang lain seperti ASB turut dapat pulangan yang sangat membantu ekonomi rakyat bumiputra pada ketika itu.


Ia disebabkan bagaimana pemimpin pada ketika itu menjalankan amanah rakyat yang mengundi mereka untuk telus ketika mentadbir negara dan belum lagi tentang isu rasuah dan skandal projek dari kalangan ahli politik dimana perkara sedemikian yang bakal membuatkan negara musnah dan rakyat bawahan ditindas.


Apa pun kami harap tidak lama lagi biarlah para ulama yang memimpin negara Malaysia yang tercinta ini kerana Islam mengajar kita supaya berlaku adil sesama umat manusia di muka bumi dan saling bantu membantu demi mencapai kemakmuran dan kedamaian bukannya bertekak siapa benar siapa salah sedangkan kedua-dua pihak antara pembangkang dan kerajaan belum tentu betul.


Advertisement

Bantuan Sara Hidup(BSH) Golongan Bujang RM100 Mencukupi?

1:31:00 PTG

Bantuan sara hidup untuk golongan bujang telah diagihkan kepada penerima yang layak pada hujung bulan mac adakah ia mencukupi atau tidak?



Posting ini tiada unsur politik cuma sekadar menulis mengikut ideologi sendiri dan berfikiran secara terbuka. Adakah rakyat Malaysia ambil tahu akan berita turun naik inflasi di negara sendiri atau pun terlalu taksub dengan berita semasa yang keluar di kaca TV dan di setiap corong radio dimana dikatakan ekonomi negara sedang berkembang maju bagai cendawan yang tumbuh sendiri tanpa perlu sebarang sumber.


Tahukah kita kehidupan rakyat di negara luar paling dekat Asia adalah Jepun dimana mempunyai rakyat yang hidup di bandar yang terlalu taksub dengan kerja kerana perlu menampung kos kehidupan yang serba mahal dan juga disebabkan masalah inflasi dalam negara di seluruh dunia.


Artikel berkaitan - Realiti di sebalik karoshi budaya terlebih kerja sampai mati di jepun.



Tahukah kita agak mustahil kerajaan sekarang nak jadikan RM50 penuh satu troli pasaraya sebagai realiti atau mungkin ia cuma boleh ditunaikan didalam mimpi setiap pengundi sahaja. Sumber petikan dari beberapa sejarah matawang, sejak bulan Mei 1997 bermulanya tragedi malang terhadap ekonomi di negara ASEAN di mana negara-negara tersebut akhirnya gagal untuk mempertahankan nilai mata wangnya. Bermula dengan Thailand, kemudian diikuti oleh mata wang peso Filipina, dolar Singapura dan Brunei, rupiah Indonesia dan tidak ketinggalan ringgit Malaysia.-sumber


Kesan serangan ini menyebabkan negara-negara di ASEAN mengalami susutan nilai mata wang dan merugikan ekonomi. Misalnya Thailand kerugian sebanyak 20 bilion US, peso Filipina 2 bilion dolar US, dan Malaysia kerugian RM9 bilion. Jika sebelum ini negara ASEAN meletakkan nilai dagangan mereka berasaskan ‘standard’ dolar US, maka sebagai tindakbalas kepada serangan berterusan ini, negara-negara ASEAN (Thailand, Filipina dan Indonesia) telah mengasaskan perdagangan negara mereka yang berasaskan nilai mata wang masing-masing demi mengukuhkan kestabilan.-sumber


Malaysia, tidak ketinggalan dalam cuba untuk menangkis serangan ini dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Bank Negara sebagai peneraju utama untuk mematahkan serangan ini terpaksa akur dengan pengurangan rizab sebanyak RM9 bilion (menyamai perbelanjaan 3 bulan import negara). Namun usaha ini gagal. Akibatnya nilai mata wang negara, hari demi hari terus turun sehingga negara kita terpaksa membayar lebih RM3 untuk membeli 1 dolar US. Cuba fikirkan bagaimanakah kesan ke atas segala aktiviti negara di luar negara akibat kejatuhan nilai mata wang ringgit ini?-sumber


Hasil penat lelah kita selama bertahun-tahun juga sia-sia dalam masa yang singkat. Ini terbukti dalam tempoh 10 tahun kita berjaya meningkatkan pendapatan perkapita negara dari 4 ribu dolar kepada 5 ribu dolar. Tetapi dalam tempoh 2 minggu sahaja nilai ini menyusut kembali kepada 4 ribu dolar. Malang terus menimpa, dianggarkan kerugian di BSKL sebanyak RM500 bilion.-sumber


Sampai bilakah kita akur dan terpaksa menanggung kerugian demi kerugian ini akibat kegiatan spekulator-spekulator ini? Persoalan ini tidak akan terjawab selagi kita masih meletakkan nilai dolar US sebagai piawaian mata wang negara. Oleh itu, adalah pendekatan alternatif yang tersedia untuk menangani permasalahan ini ? Untuk mengkaji persoalan tersebut, maka kita seharusnya melihat permasalahan ini dari akar umbi kepada kewujudan sistem mata wang kapatalis ini. Diharapkan rencana ini dapat menjawab permasalahan kepada krisis kewangan yang melanda selama ini. -sumber



Sebenarnya duit kertas yang kita gunakan hari 
ini tidak ada kena-mengena lagi dengan emas sejak 15 Ogos 1971, iaitu setelah Amerika memutuskan hubungan antara emas dengan US Dollar dan melanggar perjanjian Bretton Woods yang dipersetujuinya pada 1944. Semenjak daripada itu, ia menjadi “wang fiat”, iaitu duit yang dikeluarkan tanpa disandarkan kepada apa-apa aset fizikal. Ia dikeluarkan out of nothing menurut Profesor Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera.-sumber


Selepas tahun 1971, ekonomi berkembang dengan mencipta semakin banyak hutang dari segi teori sekiranya semua orang melangsaikan hutang mereka maka ekonomi moden akan lenyap. Oleh kerana itu apabila negara mula berhutang dengan bank dunia secara automatik hutang itu memang tidak akan berjaya di langsaikan walaupun setiap hari lahirnya generasi baharu yang baru nak kenal dunia.


Hutang negara pada masa ini adalah bergerak setiap saat dimana sama ada pemimpin kita dapat membayar bunga dalam masa yang singkat atau memerlukan jangka masa panjang. Ingat itu hanyalah pembayaran bunga sahaja belum lagi hutang kasar negara yang telah dibina sekian lamanya demi mengejar kemajuan dan membayar gaji menteri dan kakitangan kerajaan pada masa itu.


Belum masuk isu pecah amanah oleh ahli jemaah menteri dan juga isu-isu rasuah dalam negara sendiri, perkara sebegini yang mampu menghancurkan ekonomi negara kerana duit yang ada sepatutnya digunakan untuk menampung kos perbelanjaan negara namun ada individu telah membelot demi kekayaan diri sendiri dan yang menderita adalah rakyat sendiri kerana terpaksa menanggung inflasi disebabkan hutang negara semakin diabaikan oleh jemaah menteri pada ketika itu dan mungkin sehingga ke hari ini.


Sekarang sudah kita boleh lihat dimana ramai dikalangan ahli politik yang keluar bertanding pilihan raya meminta rakyat mengundi mereka demi kesejahteraan negara namun apa yang kita tahu adalah pendapatan gaji mereka terlalu tinggi dari gaji minima yang disarankan oleh majikan terhadap pekerja mereka. Jika kita mengikut logik akal patutkah menteri mempunyai gaji sebegitu tinggi iaitu melebihi dari RM10,000 sebulan tidak termasuk elaun dan makan minum yang ditanggung oleh pengundi atau rakyat?


Bagaimana jika hasil dari gaji menteri itu dikumpulkan untuk membayar bunga atau hutang kasar negara supaya Inflasi dapat dipulihkan dan rakyat dapat hidup dengan mewah tanpa perlu bekerja siang dan malam semata-mata ingin memenuhi keperluan dan mengikuti sedikit sebanyak peredaran zaman. Sistem kapitalis matawang yang moden ini yang dipanggil 'wang fiat' mampu merosakkan negara dengan memberikan tekanan kepada peniaga dan pengguna disebabkan pengilang harus menaikkan harga produk disebabkan kos bahan dan pembuatan telah meningkat manakala pembeli pula terpaksa membeli dengan harga yang semakin mahal disebabkan harga itu memang sedang berada di pasaran cuma beza beberapa sen sahaja.



Bayangkan jika zaman moyang kita dulu dapat makan nasi lemak lauk mewah dengan harga 10sen atau paling mahal 50sen, cuba kita lihat sekarang adakah harga itu berkekalan? ia sudah pasti tidak kerana zaman itu duit bersandarkan dengan nilai emas manakala kini duit sudah bersandarkan dengan nilai hutang semasa negara. Lagi banyak hutang negara yang gagal dibayar maka sempatlah kita rasa nasi lemak harga RM13.50 sepinggan.


Berbalik pada tajuk utama 'Bantuan Sara Hidup RM100 Untuk Bujang Mencukupi?' semuanya terletak pada pemikiran anda yang lebih pintar dan bijak berfikir mengalahkan pakar ekonomi dan ahli jemaah menteri.


Sejarah yang telah tercatat sekian lama sudah ada untuk dibaca cuma malas atau rajin sahaja untuk baca dan renungkan .


Kereta Baru Atau Kereta Terpakai Mana Pilihan Anda?

9:38:00 PTG

Baru atau Lama tetap sama kerana ia masih dapat pergi ke destinasi yang ingin dituju cuma yang menjadi isu dikalangan orang muda adalah faktor jenama dan bentuk sesebuah kenderaan.



Pemilik yang masih mempunyai hutang dengan bank sebahagian dari mereka pula memilih untuk memanfaatkan kenderaan selama 5 tahun sahaja atas beberapa faktor contohnya isu warranty dan nilai semasa. Ada juga yang bersifat gemar mengejar teknologi terkini yang direka oleh pengeluar kenderaan. Hobi tersebut memang tidak salah cuma yang penting pendapatan haruslah seperti jerung barulah pihak bank senang buat kerja dan anda tidak pening nak bayar ansuran dikemudian hari.


Bagi generasi yang baru masuk alam pekerjaan pula golongan ini boleh dikatakan dalam situasi yang mencabar dan merbahaya salah satu sebab dari segi ketahanan emosi apabila bekerja dengan majikan. 1 tahun 2 tahun lepas tu tak tahan cabut ? habis tu hutang lagi 7 tahun macam mana nak kira melainkan semasa keluar dari perut dah memang berada dalam keluarga yang senang dan ada tempat bergantung harap jika mengalami kesukaran.



Posting ini bukan suruh korang bergaduh untuk pilih Baru atau Terpakai cumanya ia ditulis mengikut ideologi sendiri dan ekonomi semasa. Sekadar pengetahuan bagi yang baru nak memiliki kereta haruslah berfikir sejenak sama ada ia satu keperluan atau saja-saja mengikut trend maklumlah 'rakan sebaya dah mula pegang stereng kita pun nak juga sebab pergi buat lesen sama-sama tak kan dia pula yang pakai kereta dahulu mana boleh jadi'.


Ceritanya bukan siapa yang pegang stereng dahulu tapi sebenarnya siapa yang dah bersedia untuk menanggung kos PENYELENGGARAAN kenderaan? tak kan nak minta bantuan dana dari orang tua atau saudara mara. Sini nak bagi sedikit perkongsian perkiraan dari rakan yang bekerja di bank berkaitan perkiraan kelayakkan seseorang yang ingin memiliki kereta secara ansuran.


Pihak bank akan meniliti transaksi keluar masuk akaun bank anda dahulu selama 3 bulan berturut maklumlah nak tahu korang buat apa dengan gaji bulanan manalah tahu guna buat belanja makwe ke pakwe kan. Seterusnya pihak akan tolong kira gaji bersih korang, maksud bersih ni gaji yang telah tolak EPF Socso IES serta komitmen korang macam topup juga duit untuk orang tua di kampung dan lain-lain.


Jadi baki dari segala potongan komitmen tu pula bank akan darab 12 bulan(setahun), katakan baki gaji korang (contoh) sekitar RM1000 sebulan manakala setahun baru ada RM12,000 maka harga kenderaan yang anda layak pakai adalah dibawah harga tersebut kecuali gatal ketiak nak juga pakai kereta harga lebih dari baki gaji bersih itu hak anda.


Kalau jatuh terduduk sila bangun sendiri sebab yang memilih adalah diri sendiri, dari segi faktor lain pula pihak bank tak peduli pun kereta yang kita pakai tu berteknologi tinggi atau tidak yang penting bagi mereka adalah kelayakkan pendapatan individu.


Yang sibuk tanya elok memiliki kereta baru atau lama sebenarnya itu semua bergantung pada kehendak dan kemampuan masing-masing asalkan baki gaji bersih anda itu mengikut kriteria yang disarankan oleh bank dan jangan hairan jika kita lihat ada pasangan yang berkhawin mampu memakai kenderaan yang diluar kemampuan kita kerana golongan yang berkhawin selalunya bank meminta mereka bergabung pendapatan jika kedua-dua bekerja.


Bagi isteri yang tidak bekerja pula maka teknik kiraan baki gaji bersih akan diguna oleh pihak bank kecuali anda ingin memohon pembiayaan kenderaan dari syarikat yang menawarkan Credit. Tak salah pun hutang bank atau hutang syarikat Credit yang penting kita mampu bayar ansuran bulanan sudah cukup memadai, jika tidak jeng jeng telefon anda akan sentiasa berdering tanda panggilan dari agensi pengutip hutang yang berkelakuan ala-ala samseng gitu.


Kepada golongan yang mempunyai perniagaan kecilan pula anda memang sangat layak jika akaun syarikat hari-hari ada duit masuk atau setengah bulan sekali. Jika hari ini duit masuk esok sudah keluar nampaknya susah juga pihak bank nak luluskan hutang kereta untuk CEO syarikat tersebut.

Oleh itu ada individu pendapatan pokok sebulan RM3,000 pun belum tentu dia layak memiliki kenderaan melainkan statement credit dia dapat memuaskan pihak bank iaitu memiliki baki gaji bersih yang mengikut kriteria.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)