Terkini

Bantuan Sara Hidup(BSH) Golongan Bujang RM100 Mencukupi?

Bantuan sara hidup untuk golongan bujang telah diagihkan kepada penerima yang layak pada hujung bulan mac adakah ia mencukupi atau tidak?



Posting ini tiada unsur politik cuma sekadar menulis mengikut ideologi sendiri dan berfikiran secara terbuka. Adakah rakyat Malaysia ambil tahu akan berita turun naik inflasi di negara sendiri atau pun terlalu taksub dengan berita semasa yang keluar di kaca TV dan di setiap corong radio dimana dikatakan ekonomi negara sedang berkembang maju bagai cendawan yang tumbuh sendiri tanpa perlu sebarang sumber.


Tahukah kita kehidupan rakyat di negara luar paling dekat Asia adalah Jepun dimana mempunyai rakyat yang hidup di bandar yang terlalu taksub dengan kerja kerana perlu menampung kos kehidupan yang serba mahal dan juga disebabkan masalah inflasi dalam negara di seluruh dunia.


Artikel berkaitan - Realiti di sebalik karoshi budaya terlebih kerja sampai mati di jepun.



Tahukah kita agak mustahil kerajaan sekarang nak jadikan RM50 penuh satu troli pasaraya sebagai realiti atau mungkin ia cuma boleh ditunaikan didalam mimpi setiap pengundi sahaja. Sumber petikan dari beberapa sejarah matawang, sejak bulan Mei 1997 bermulanya tragedi malang terhadap ekonomi di negara ASEAN di mana negara-negara tersebut akhirnya gagal untuk mempertahankan nilai mata wangnya. Bermula dengan Thailand, kemudian diikuti oleh mata wang peso Filipina, dolar Singapura dan Brunei, rupiah Indonesia dan tidak ketinggalan ringgit Malaysia.-sumber


Kesan serangan ini menyebabkan negara-negara di ASEAN mengalami susutan nilai mata wang dan merugikan ekonomi. Misalnya Thailand kerugian sebanyak 20 bilion US, peso Filipina 2 bilion dolar US, dan Malaysia kerugian RM9 bilion. Jika sebelum ini negara ASEAN meletakkan nilai dagangan mereka berasaskan ‘standard’ dolar US, maka sebagai tindakbalas kepada serangan berterusan ini, negara-negara ASEAN (Thailand, Filipina dan Indonesia) telah mengasaskan perdagangan negara mereka yang berasaskan nilai mata wang masing-masing demi mengukuhkan kestabilan.-sumber


Malaysia, tidak ketinggalan dalam cuba untuk menangkis serangan ini dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Bank Negara sebagai peneraju utama untuk mematahkan serangan ini terpaksa akur dengan pengurangan rizab sebanyak RM9 bilion (menyamai perbelanjaan 3 bulan import negara). Namun usaha ini gagal. Akibatnya nilai mata wang negara, hari demi hari terus turun sehingga negara kita terpaksa membayar lebih RM3 untuk membeli 1 dolar US. Cuba fikirkan bagaimanakah kesan ke atas segala aktiviti negara di luar negara akibat kejatuhan nilai mata wang ringgit ini?-sumber


Hasil penat lelah kita selama bertahun-tahun juga sia-sia dalam masa yang singkat. Ini terbukti dalam tempoh 10 tahun kita berjaya meningkatkan pendapatan perkapita negara dari 4 ribu dolar kepada 5 ribu dolar. Tetapi dalam tempoh 2 minggu sahaja nilai ini menyusut kembali kepada 4 ribu dolar. Malang terus menimpa, dianggarkan kerugian di BSKL sebanyak RM500 bilion.-sumber


Sampai bilakah kita akur dan terpaksa menanggung kerugian demi kerugian ini akibat kegiatan spekulator-spekulator ini? Persoalan ini tidak akan terjawab selagi kita masih meletakkan nilai dolar US sebagai piawaian mata wang negara. Oleh itu, adalah pendekatan alternatif yang tersedia untuk menangani permasalahan ini ? Untuk mengkaji persoalan tersebut, maka kita seharusnya melihat permasalahan ini dari akar umbi kepada kewujudan sistem mata wang kapatalis ini. Diharapkan rencana ini dapat menjawab permasalahan kepada krisis kewangan yang melanda selama ini. -sumber



Sebenarnya duit kertas yang kita gunakan hari 
ini tidak ada kena-mengena lagi dengan emas sejak 15 Ogos 1971, iaitu setelah Amerika memutuskan hubungan antara emas dengan US Dollar dan melanggar perjanjian Bretton Woods yang dipersetujuinya pada 1944. Semenjak daripada itu, ia menjadi “wang fiat”, iaitu duit yang dikeluarkan tanpa disandarkan kepada apa-apa aset fizikal. Ia dikeluarkan out of nothing menurut Profesor Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera.-sumber


Selepas tahun 1971, ekonomi berkembang dengan mencipta semakin banyak hutang dari segi teori sekiranya semua orang melangsaikan hutang mereka maka ekonomi moden akan lenyap. Oleh kerana itu apabila negara mula berhutang dengan bank dunia secara automatik hutang itu memang tidak akan berjaya di langsaikan walaupun setiap hari lahirnya generasi baharu yang baru nak kenal dunia.


Hutang negara pada masa ini adalah bergerak setiap saat dimana sama ada pemimpin kita dapat membayar bunga dalam masa yang singkat atau memerlukan jangka masa panjang. Ingat itu hanyalah pembayaran bunga sahaja belum lagi hutang kasar negara yang telah dibina sekian lamanya demi mengejar kemajuan dan membayar gaji menteri dan kakitangan kerajaan pada masa itu.


Belum masuk isu pecah amanah oleh ahli jemaah menteri dan juga isu-isu rasuah dalam negara sendiri, perkara sebegini yang mampu menghancurkan ekonomi negara kerana duit yang ada sepatutnya digunakan untuk menampung kos perbelanjaan negara namun ada individu telah membelot demi kekayaan diri sendiri dan yang menderita adalah rakyat sendiri kerana terpaksa menanggung inflasi disebabkan hutang negara semakin diabaikan oleh jemaah menteri pada ketika itu dan mungkin sehingga ke hari ini.


Sekarang sudah kita boleh lihat dimana ramai dikalangan ahli politik yang keluar bertanding pilihan raya meminta rakyat mengundi mereka demi kesejahteraan negara namun apa yang kita tahu adalah pendapatan gaji mereka terlalu tinggi dari gaji minima yang disarankan oleh majikan terhadap pekerja mereka. Jika kita mengikut logik akal patutkah menteri mempunyai gaji sebegitu tinggi iaitu melebihi dari RM10,000 sebulan tidak termasuk elaun dan makan minum yang ditanggung oleh pengundi atau rakyat?


Bagaimana jika hasil dari gaji menteri itu dikumpulkan untuk membayar bunga atau hutang kasar negara supaya Inflasi dapat dipulihkan dan rakyat dapat hidup dengan mewah tanpa perlu bekerja siang dan malam semata-mata ingin memenuhi keperluan dan mengikuti sedikit sebanyak peredaran zaman. Sistem kapitalis matawang yang moden ini yang dipanggil 'wang fiat' mampu merosakkan negara dengan memberikan tekanan kepada peniaga dan pengguna disebabkan pengilang harus menaikkan harga produk disebabkan kos bahan dan pembuatan telah meningkat manakala pembeli pula terpaksa membeli dengan harga yang semakin mahal disebabkan harga itu memang sedang berada di pasaran cuma beza beberapa sen sahaja.



Bayangkan jika zaman moyang kita dulu dapat makan nasi lemak lauk mewah dengan harga 10sen atau paling mahal 50sen, cuba kita lihat sekarang adakah harga itu berkekalan? ia sudah pasti tidak kerana zaman itu duit bersandarkan dengan nilai emas manakala kini duit sudah bersandarkan dengan nilai hutang semasa negara. Lagi banyak hutang negara yang gagal dibayar maka sempatlah kita rasa nasi lemak harga RM13.50 sepinggan.


Berbalik pada tajuk utama 'Bantuan Sara Hidup RM100 Untuk Bujang Mencukupi?' semuanya terletak pada pemikiran anda yang lebih pintar dan bijak berfikir mengalahkan pakar ekonomi dan ahli jemaah menteri.


Sejarah yang telah tercatat sekian lama sudah ada untuk dibaca cuma malas atau rajin sahaja untuk baca dan renungkan .


Share this:

Catat Ulasan

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)