Terkini

Saji Mengucapkan Terima Kasih Kepada Semua Pelangan Setia

8:00:00 PTG

Saji dimiliki oleh syarikat FGV yang menyediakan produk-produk berkualiti seperti minyak masak dan lain-lain. Disebabkan pengurusan FGV mengalami masalah yang bercampur aduk dengan isu semasa politik maka pasaran produk juga terganggu.



Apabila pihak pengurusan mengalami tekanan maka ada pembeli sudah mula boikot dan para pelabur-pelabur juga mengundur diri sehingga dalaman syarikat dipulihkan semula.


Dari permasalahan diatas yang terkesan adalah orang-orang kampung dan pelabur yang selama ini menyokong, namun demi menyelesaikan isu ini pihak NGO dari pelbagai persatuan yang mengutamakan bangsa Melayu dan Muslim terus membuat kempen menyeru supaya pembeli muslim terus menyokong produk keluaran muslim.



Selepas itu keluarlah slogan #BMF buy muslim first dan kempen ini juga dibantah oleh peniaga non-muslim mahupun dari kalangan ahli politik. Tapi ia tidak mematahkan semangat pengguna muslim walau adakalanya harga produk muslim lebih mahal dari pasaran namun ia tetap disokong mengikut kadar kemampuan masing-masing.


Saji Malaysia


Kami tahu, kadang kala minyak SAJI cepat habis di pasaran. Kami juga tahu, kadang kala ada jenama lain yang lebih murah. Tetapi kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang sedia ada dan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk anda semua. Produk keluaran SAJI semestinya Halal dan berkualiti tinggi. Ini janji kami. Apabila anda membeli produk SAJI, anda juga membantu membangunkan ekonomi masyarakat tempatan. Dari peneroka, penyelidik, pekerja kilang, pembawa lori, peniaga, sehinggalah tiba ke pengguna, semuanya mendapat manfaat. Oleh itu, kami ingin berkongsi kejayaan ini bersama anda kerana tanpa sokongan anda, SAJI tidak akan berada di sini. Ini kejayaan kita bersama. Mohon share jika sudi agar kejayaan ini dapat dipanjangkan dan dikongsi bersama. Sekali lagi, dengan rasa rendah diri kami ingin mengucapkan Terima Kasih Malaysia! *Isi rumah Warga Malaysia memilih Minyak Masak Saji sebanyak 21,479,810 kali di Semenanjung Malaysia dari Januari 2016 sehingga Disember 2018,jumlah tertinggi antara jenama minyak masak. Sumber : Kantar Malaysia


Dengan kempen ini ramai dikalangan pengguna muslim dapat tahu akan jenama dan produk keluaran bumiputra muslim sekaligus ia dapat membantu lagi pembeli untuk membuat keputusan atau mencari produk keluaran muslim.


Dalam masa kempen ini berlangsung dapat lihat dimana banyak produk-produk syarikat bumiputra di pasaraya laku dan kehabisan stok berbanding jenama non-muslim yang lain.


Itulah orang dulu kata jika kita bersatu demi agama dan bangsa maka dengan semudah itu ekonomi sesebuah negara mampu dikuasai oleh Islam. Jadi berbalik pada cerita Saji diatas dengan sukacitanya pihaknya telah memasukkan video Terima kasih pada siaran TV berbayar atau jika korang nak ulang tayang sila nonton pautan video dibawah ini memang kool.


Terima kasih Malaysia


Cara Batalkan Cukai Jalan dan Insurans Kenderaan

7:05:00 PTG

Setiap kenderaan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans namun sehingga kini masih ada rakyat Malaysia masih tidak mampu memberi perlindungan insurans untuk diri sendiri.



Dalam posting ini bukanlah nak cerita tentang PA insurans tapi lebih kepada sedikit sebanyak pengetahuan yang mungkin diperlukan orang lain iaitu cara membatalkan cukai jalan dan sijil insurans kenderaan.


Orang tanya kenapa nak batalkan insurans kenderaan sedangkan masih ada beberapa bulan lagi, salah satu sebabnya yang pertama adalah tukar hak milik seterusnya jika berminat dengan tawaran mana-mana syarikat insurans simpolan-simpolan.



Ada kawan bertanya, lecehlah sekarang ni perkhidmatan E-Hailing diwajibkan kena ada insurans pula tu bukan semua syarikat insurans ada sediakan add-ons jadi macam mana erk?


Ada kawan lagi bertanya, sekarang ni ekonomi tidak menentu adakalanya cukup adakalanya tak cukup macam nak jual kereta yang ada.


Akhir pertanyaan, kereta belum pernah buat klaim lagi buat masa ni tetiba macam kecemasan nak guna duit ni ada cara tak?


Penulis Jawab


Kepada pemandu sepenuh masa E-Hailing, anda mempunyai pilihan iaitu menyewa kenderaan E-Hailing atau turutkan sahaja undang-undang baharu itu. Jika anda menyewa kenderaan dari syarikat E-Hailing yang pertama anda tidak perlu fikir tentang kos penyelenggaraan kerana semua itu sudah dimasukkan sekali dengan yuran sewaan.


Manakala kepada pemandu sambilan pula, anda perlulah membuat keputusan dengan melupakan peluang pendapatan dari pekerjaan E-Hailing sambil mengawal perbelanjaan dari hasil kerja hakiki.


Soalan seterusnya, sekarang ramai pemilik kenderaan semakin pintar iaitu tidak mengharapkan jualan pada kereta terpakai mahupun salesman. Jika jual kepada usahawan kereta terpakai seperti yang kita ketahui harganya amatlah tidak berbaloi walaupun dia kata tawarannya adalah paling mahal di seluruh Malaysia.


Manakala jika kita berikan kepada salesman, rahsia yang perlu kita tahu adalah ketika penukaran nama dilakukan semestinya insurans secara automatik akan terbatal dan paling menarik jika kenderaan korang tidak pernah membuat klaim dalam masa setahun maka duit pembayaran balik itu akan diserahkan kepada salesman atau kereta terpakai.


Akhir soalan pula, jawapanya sama seperti diatas ini katakan korang ada lebih dari sebuah kereta tetiba nak guna duit haa yang pertama pastikan korang belum pernah membuat klaim dari syarikat insurans kerana jika sudah pernah buat klaim walaupun hanya penukaran cermin secara automatik korang tidak akan dapat satu sen pun.


Yang pertama caranya bawa pelekat cukai jalan, salinan geran, salinan IC pemilik lalu pergi ke JPJ berdekatan di kaunter Nombor tu cakap nak batalkan LKM nanti dia akan beri borang untuk di isi sebelum diberi nombor.


Sampai giliran nombor, serahkan je tiga dokumen tu kepada pegawai sekali dengan borang yang di isi tadi untuk diproses. Kalau pegawai tanya untuk apa korang cakaplah secara jujur iaitu nak tukar syarikat insurans atau nak guna duit(hehehe).


Akhir proses selepas pegawai tu siap dia akan berikan korang slip pengesahan pembatalan LKM, tanpa membuang masa korang terus enjut pergi ibu pejabat syarikat insurans cakap nak batalkan sijil insurans kenderaan.


Sebelum dia bagi nombor tu seperti biasa korang kena isi borang dahulu contoh nama, alamat dan maklumat akaun bank kut ada duit lebihan nak dimasukkan ke. Prosesnya amatlah sekejap tapi yang membuatkan ia lama adalah masa menunggu dan mencari ruang letak kenderaan.


Dalam masa satu jam korang sudah boleh melakukan pembaharuan insurans mengikut jenama yang korang suka atau teknik ini juga dapat membantu korang untuk memilih bila masa sesuai untuk tentukan tarikh tamat cukai jalan. Katakan masa korang beli kereta dulu tamat pada pertengahan tahun haa korang tukarlah kepada tarikh hujung tahun berdekatan dengan tarikh bonus tapi syaratnya korang tidak boleh guna kereta dalam masa menunggu tarikh yang korang suka.


Bukan apa, risau keluar dari kotak parking je orang dah bedal kereta korang haa tak pasal-pasal korang kena tanggung kos baiki guna duit poket sendiri.


Advertisement

Penting Mengawal Selera Makan Sebelum Terlambat

9:57:00 PTG

Ramai beranggapan bahawa diet perlu berlapar dan jangan fikir jika anda tidak makan nasi, anda akan kurus. Itu semua tidak benar sama sekali dan mungkin akan menyebabkan kilang beras tutup dalam masa 5 hingga 10 tahun dari sekarang jika benar itu dapat membuatkan anda kurus.



1- Kesihatan memerlukan anda makan dan minum yang secukupnya.


Kalau korang nak sihat dan bentuk badan yang maintain, pola pemakanan mestilah betul salah satunya dalam pemilihan masa. Jangan korang melantak tengah pagi buta lepas tu tidur sampai ke esok, perut juga memerlukan korang aktif untuk menghancurkan bahan makanan yang korang telan tu dan diet yang betul adalah mengawal pengambilan makanan serta waktu.


Pengambilan gula dalam pemakanan mahupun minuman juga harus diambil kira kerana gula juga adalah punca kegemukkan. Kuantiti kalori juga harus dikira bersesuai dengan kadar yang diperlukan oleh kerana itu senaman ringan harus dilakukan walaupun sekejap.


Minuman air kosong harus diamalkan sebelum dan selepas makan untuk elakkan terlebih makan kerana perut yang ada air dapat mengenyangkan perut dengan cepat oleh kerana itu petua orang lama mengatakan kalau makan jangan sulam dengan air.


Harus bersenam 4-5 kali seminggu mengikut faktor usia dan kesihatan masing-masing kata orang jangan dalam keadaan memaksa risau pengsan pula, paling malas pom 3 kali seminggu (30 minit). Pada hari cheat day nak makan apa pun boleh, cheat day tu sehari je okay esok tu on track balik jangan pula dah seronok makan semalam lepas tu nak teruskan sampai ke next day memang kirim salam jelah.



2- Merasa diri gemuk atau cepat penat?


Salah satu punca cepat penat adalah dari faktor berat badan juga, ada berpendapat bahawa kurus atau gemuk yang penting taqwa dan amalan tapi cuba fikir balik, kalau kita sihat bukan ke amalan kita lebih sempurna. Ibadah kita lebih sempurna. Nak buat amalan sunat pon tiada masalah nak solat tahajjud tengah malam kul 2, 3 pagi tiada mengalami sakit lutut.



Nak puasa juga tiada masalah tapi cuba kalau kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, terasa malas kerana cepat berasa kepenatan. Nak bawa badan pon malas apa kan lagi sering terasa nak tidur sahaja sekaligus membuatkan diri Kita jadi kurang produktif.


Sebab tu la kena mengawal berat badan biar tidak kurus tapi mengikut kadar BMI yang sepatutnya. Terlalu kurus pun tidak nampak hensem atau cantik begitu juga jika terlalu berisi, apa yang baik adalah suam-suam kata orang.


"Daripada Aisyah ra, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari)"


3- Selasa bila beribadah


Selagi kita masih bertenaga dan mampu bergerak bolehlah kita nak buat kerja sendiri, bersihkan diri sendiri, Solat sendiri. Nanti kalau dah terbaring tiada tenaga, kita akan rasa kita ni useless. Ibadah pon tak tentu hala pastu ketika itu baru nak salahkan diri sebab susahkan orang lain. Ye la, kalau badan berat tetiba jatuh sakit, susah nak bangun ke tandas dan ketika itu terpaksa minta bantuan orang lain kan agak-agak orang larat ke nak tolong?


Advertisement

Anak Suka Main Telefon Pintar? Jom Gantikan Kepada 'Ebook-Ku'

11:50:00 PG

Orang dewasa pada hari ini memang tidak boleh lari dari menggunakan telefon bimbit tak kira dimana jua termasuk di depan anak-anak seawal dua tahun.



Bilamana anak yang baru nak pandai berjalan atau baru nak belajar pegang barang selalu melihat orang tua-nya pegang telefon di hadapan mereka, lama kelamaan dia pun ingin tahu apakah yang seronok sangat menatap kaca sentuh telefon sehingga lupa yang mereka ada disisi.


Dan ketika itu kita pun dengan baik hati memberi sambil membuka animasi di youtube, adakala teknik ini digunakan bagi mendiamkan anak yang merengek bagi memberi keselesaan kepada ibu bapa buat kerja.



Tapi tahukah kita dengan mengajar anak yang seawal dua tahun memegang atau melihat telefon dalam jangka masa yang lama dapat merosakkan penglihatan dan membantutkan penggerakkan mereka serta tidak memiliki anggota badan yang cergas.


Budak yang baru membesar seeloknya kita menyuruh mereka bergerak secara aktif dan memiliki tidur yang cukup dan bukan membiarkan mereka terbayang-bayang akan rupa animasi di dalam telefon pintar.


Ada budak yang sudah terbiasa dengan telefon pintar akibatnya bila bangun tidur sahaja sudah mencari telefon ibu bapa untuk menonton animasi kesukaan mereka. Jadi ini bukanlah aktiviti yang normal bagi budak yang sedang nak membesar dan seeloknya ia mempunyai aktiviti yang sihat setiap masa seperti berlari secara sederhana dan membaling bola sebagai contoh.


Bayangkan jika kita duduk terlalu lama sambil melihat komputer, juga akan merasa bosan dan otak menjadi lemah kerana melihat cahaya komputer yang lama menyebabkan kita mudah jadi letih.


Begitu juga situasi kanak-kanak yang baru nak kenal dunia, mereka juga perlu perbanyakkan pegang barang bagi merangsangkan minda serta perlu berlari didalam kawasan rumah bagi kesihatan jantung.



Jadi dengan ada teknologi E-book Ku variasi kanak-kanak ini mungkin dapat ubati ketagihan video animasi atas talian di telefon pintar. Tambahan lagi anak kita turut dapat belajar sesuatu dari gambaran dan bunyi dalam E-book ku ini berbanding hanya melihat video animasi bercakap.


Akhir kata bukan tidak bagi mereka main telefon pintar cuma belum tiba masanya dan percayalah pada zaman mereka nanti teknologi lebih canggih sehingga kita berasa ketinggalan dan ketika itu bukan kita yang mengajar mereka tapi ia akan jadi terbalik.


Pengalaman Ganti Brake Pad Motosikal Yamaha LC135

6:47:00 PTG

Sekian lama tidak menggunakan motosikal dan terbiar begitu lama seperti tiada tuan apa kan lagi bab penyelenggaraan memang hancur, tapi oleh kerana mood hari ini baik maka pertukaran semua dibuat secara sendiri walaupun tiada pengalaman.


Setiap individu mempunyai kemahiran tersendiri cuma menonjol atau tidak sahaja, tapi kalau lihat ramai dari kita suka memberi alasan tidak pandai dan malas untuk belajar walaupun ia adalah bidang paling penting untuk menentukan kewangan poket kita.


Masalahnya jika selongkah bahagian motosikal seorang diri tanpa guru disebelah sudah semestinya banyak masa yang perlu kita luangkan, maklumlah kena buka pelbagai skru untuk ketahui cara mana untuk membuka sesuatu bahagian motosikal tapi itu semua bukan alasan kata orang belajar dari kesalahan lebih mahal nilainya.



Semasa nak turun ke padang peperangan walaupun hanya menukar brake pad, harus memastikan peralatan serba mencukupi untuk mengelak dari apa permasalahan seperti kerja separuh jalan.


Seterusnya pastikan alat ganti dibeli dari pembekal alat ganti motosikal kerana murah dan bukannya dari kedai motosikal yang ramai duk hantar baiki tu, dari korang beli di bengkel motosikal lebih baik terus hantar motosikal kepada diorang minta full servis.


Harga pun jangan peliklah jika separuh dari gaji korang hehe! . . Terus terang kita sama sekali tidak boleh marah pada tuan punya bengkel kerana diorang dalam situasi berniaga iaitu dari alat ganti hinggalah upah pasang semuanya sudah ada harga korang pula cuma sediakan wang kertas sahaja.


Oleh itu jika nak menjaga kewangan poket ada baiknya korang beli sikit-sikit alat pembuka sebabnya jika ia dijaga elok besar kemungkinan boleh dimanfaatkan selama bertahun.


Harga semasa brake pad motosikal yamaha LC 135 sekarang ini adalah sekitar RM 15 sudah semesti original dari Indonesia dan ketebalan pad dia pun puas hati dan sedikit info original adalah dari dalam kotak bukan plastik kosong macam tu je.


Begitu juga kalau barang itu adalah buatan dari Thailand atau Taiwan memang tak seronoklah pakai walaupun ia lebih murah dari yang original, macam mana nak tahu tiruan atau tidak tayar depan motosikal akan ada bunyi ketika menarik brake.


Bahagian ini agak susah sikit nak cerita, sebabnya masalah pada motosikal kita mungkin berbeza tapi jangan risau kerana caranya masih sama cuma bergantung bagaimana akal kita berfungsi untuk mencari penyelesaian.


Macam kami telah menghadapi masalah pump brake jemmm jadi ruang yang ada untuk letak brake cukup-cukup je tanpa meninggalkan sedikit pun ruang untuk memasukkan piring brake. Masalah sebegini telah memakan masa lebih dari 1 jam untuk mencari penyelesaian dan kekuatan tenaga untuk menekan pump brake tu kedalam.


Setelah lama berusaha baru kami tahu ada satu skru angin di pump brake itu yang berfungsi untuk mencekam piring brake, jadi jalan penyelesaian adalah dengan melonggarkan sedikit skru tu sambil tekan pump tu kedalam bagi memberi ruang kepada brake pad dan piring brake dan hasil dari skru angin itu akan termuntah sedikit minyak brake.


Selepas itu ketatkan semula skru angin tu dan barulah boleh memasukkan tayar serta piring brake dibahagian tengah-tengah pad, sebelum itu jangan lupa pasangkan semula dua pin yang korang cabut tadi.


Yang lain-lain tu korang buatlah sendiri tak kan tu pun nak cerita, gambaran dalam ini mungkin tidak nyata tapi sekurangnya korang tahu apa benda.


Ketagihan Gadjet Terhadap Kanak-kanak Harus Dibendung

11:56:00 PTG

Jika diperhati ibu bapa sekarang sering mengambil mudah dengan membenarkan anak mereka seawal usia 2 tahun bermain telefon bimbit tanpa pengawasan, perkara ini boleh dilihat dengan ketara baik di dalam pasaraya mahupun dirumah.



Ada juga yang berpendapat dengan membenarkan anak mereka bermain telefon bimbit dapat merangsangkan otak contoh menonton kartun di youtube atau permainan video.


Apabila kanak-kanak ini diberikan kebebasan seawal usia 2 tahun, lambat laun ia akan memberi impak yang besar kepada ibu bapa sebagai contoh mudah memberontak mana tak sebelum ni elok je bagi tiba-tiba tak bagi pula jadi peliklah budak tu.



Jika ibu bapa masih meneruskan sikap ambil mudah akan perkara ini kebarangkalian sesuatu yang diluar jangkaan boleh berlaku dimasa hadapan sebagai contoh anak mungkin tidak mahu mendengar kata dan mudah merengek jika gagal penuhi permintaan.



Ketika itu baru kita nak didik mungkin sudah terlambat, jadi untuk mengelak dari permasalahan ini berlaku dimasa hadapan seeloknya gunakan kata-kata pujuk untuk menarik semula telefon bimbit dari tangan kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia.


Seterusnya luangkan sebanyak mungkin masa kepada mereka supaya dapat melupakan ketagihan gadjet sekaligus anda mungking dapat berjimat dalam pengurusan data internet bagi yang masih ada had penggunaan.


Corak kan anak dengan perkara lebih murni serta selitkan dengan ibadah dan bergaul lebih rapat selagi usia anda masih muda, esok dah cecah umur 50an mungkin penyakit sakit sendi sudah datang menyapa tubuh badan kita.


Semakin maju teknologi semakin susah kita nak kawal anak-anak salah satu sebabnya suatu hari nanti mungkin diri kita sendiri tidak sempat nak mengikuti peredaran zaman disebabkan beberapa faktor iaitu kewangan dan mempunyai IQ yang lemah untuk pelajari benda baru.


Seterusnya jika menegur pastikan jangan sampai buat mereka tersinggung atau merajuk seperti tiada kasih sayang pada nya. Maklumlah adakala cara ibu bapa bercakap mungkin tidak sesuai dengan cara kanak-kanak mendengar oleh sebab itu bila orang tua membebel diorang akan buat perkara sama lagi dan itu tandanya cara penyampaian kita itu tidak kena.


Kita jika nak berniaga boleh pula cakap sopan santun dengan pelangan tapi bila dengan anak nada suara jadi lain pula, garang itu bagus tapi jangan sampai anak takut mendekati kita kerana mungkin ada masanya mereka ingin mengadu sesuatu seperti kena gigit nyamuk atau terjatuh.


Akhir sekali sebelum menyalahkan pengasuh atau sesiapa, mohon kaji selidik diri sendiri dahulu dimanakah kurang dan lebihnya ketika menjadi ibu bapa kepada kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia mungkin ada masanya kita terlalu leka melayan telefon bimbit sehingga mengetepikan anak sekaligus mengharapkan mereka bermain sendirian.


Pengalaman Lantai Kereta Banjir Dimasuki Air Hujan

3:14:00 PTG

Siapa tidak tahu Roof Moulding ni yang mana satu sila google atau lihat gambaran dibawah nanti dan untuk pengetahuan bersama getah atas atap kereta bahagian luar ini mempunyai hayat yang sungguh singkat jika selalu terdedah pada hujan dan panas.



Maklumlah bukan semua kediaman parking kereta berbumbung betul? jadi bila kenderaan anda selalu terdedah dengan cuaca yang tidak menentu sudah pasti banyak bahagian terutama getah akan mengeras sekaligus reput.


Begitu juga kondisi tayar jika jarang dibawa jalan ia turut akan memberi permasalahan seperti benjol dan merekah oleh kerana itu jika kita perasan banyak kejadian tayar pecah diatas jalan raya.



Berbalik pada getah Roof Moulding ini, setelah kami dapatkan penjelasan dari pusat servis kenderaan fungsi dia adalah mengelak kenderaan dimasuki air hujan. Kepada sesiapa sedang mengalami masalah lantai kereta banjir ketika hujan maka sila periksa dibahagian ini dan periksa juga di setiap cermin kereta kut ada kesan retak atau pecah.



Berdasarkan pengalaman kami ketika kenderaan dimasuki air hujan ketika itu fikiran masih malas nak mencari punca dan membiarkan permasalahan itu berlanjutan sehingga membuat dalaman kenderaan mula berbau kerana gagal keringkan karpet lantai yang masih basah.


Setelah itu barulah satu persatu kami periksa dengan bermula dari setiap cermin tingkap seterusnya bahagian-bahagian yang mempunyai getah. Setelah tukar dua perkara ini kelihatan tiada lagi kesan air hujan memasuki ruang lantai kereta.


Kami difahamkan bahagian lantai kenderaan lama kelamaan akan berkarat sekaligus kondisi badan kenderaan juga akan mudah reput jika tidak dicegah awal. Nasihat dari kami jika boleh beli siap-siap insuran cermin supaya mudah melakukan pertukaran jika perlu bagi mengelak dari masalah dimasuki air hujan.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)