Terkini

Shopeefood Semakin Rancak Kerana Masih Mempunyai Percuma Voucher Diskaun Dan Penghantaran

9:29:00 PG

Tahukah anda Shopeefood semakin rancak di kawasan lembah klang diikuti dengan negeri lain kerana khabarnya ia tidak henti memberi voucher diskaun makanan dan paling menarik penghantaran percuma tanpa order minima.



Setelah penulis ikut rapat akan perkembangan pemasaran Shopeefood dapati ia masih lagi releven untuk pelangan dan rakan penghantar mereka.


Radius vendor dan penghantaran juga tidak melebihi 12km kecuali sistem mengalami masalah atau rakan penghantar mereka tersalah jalan tapi boleh jadi jika ada cubaan manupulasi GPS dari pelangan iaitu sengaja pin salah alamat supaya dapat akses kepada vendor yang diingini.



Mata Ganjaran?

Jika syarikat Hijau ada pengumpulan mata ganjaran dengan setiap pembelian maka Shopee turut ada iaitu dikenali sebagai coins. Pelangan Shopee juga boleh mengumpul coins tersebut dengan pelbagai cara dan paling menarik coins tersebut sangat mudah di kumpul.


Pembayaran PayLater?

Shopee mempunyai pembayaran SpayLater namun ia tidak terpakai untuk pembelian makanan ShopeeFood. Sebaliknya syarikat Hijau memberi akses PayLater kepada pelangan yang mempunyai rekod baik dengan pengesahan kad pengenalan.


Pilihan Vendor Banyak?

Penulis dapati Shopeefood ada sedekit sebanyak ikut seperti syarikat Merah Jambu iaitu membenarkan peniaga kecil turut serta walaupun hanya berniaga dibawah kanopi.


Cuma sedikit nasihat untuk peniaga kecil supaya melabur untuk pemasangan banner perniagaan supaya rakan penghantar tidak membuang masa mencari tapak perniagaan anda.


Setakat ini setiap tempahan shopeefood hanya boleh dibuat melalui app shopee sahaja. Penulis akan kemaskini lagi jika ada perkara baru dalam shopeefood demi penjimatan korang.


Khasiat Garam Bukit Untuk Kesihatan yang Anda Perlu Tahu

4:01:00 PTG

Apakah khasiat garam bukit pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat garam bukit, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Garam adalah mineral yang terbentuk daripada sebatian natrium klorida melalui proses pemeluapan air garam atau dengan mengekstrak garam daripada bawah tanah. Sebelum terhasilnya garam yang berada di pasaran, pelbagai proses dijalankan seperti proses penapisan untuk menyingkirkan bendasing dan mineral selain daripada natrium klorida.


Setelah itu, agen anti ketulan akan dicampurkan untuk meningkatkan kelembapan dan iodin akan ditambah untuk membantu para pengguna yang kekurangan iodin. Garam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana digunakan untuk memberikan rasa dan agen pengawet sejak zaman dahulu lagi.


Dalam era moden, garam bukit telah mendapat tempat di pasaran. Garam bukit adalah garam yang berwarna merah hambu yang diekstrak daripada Lombong Garam Khewra yang terlerak berdekatan dengan kawasan Himalaya di Pakistan. Lombong Garam Khewra adalah satu satu lombong yang terbesar dan tertua didunia.


Garam bukit yang terhasil daripada lombong ini dipercayai terbentuk melalui proses pemeluapan air. Garam bukit ini diekstrak secara manual dan melalui proses yang minimum untuk menghasilkan produk yang bebas daripada bahan pengawet. Ini menjadikan garam bukit lebih semulajadi berbanding dengan garam biasa.


Kandungan nutrisi utama dalam garam bukit dan garam biasa adalah natrium klorida tetapi istimewanya garam bukit ini, ianya mengandungi 84 mineral dan unsur surih tambahan. Tambahan pula, kandungan mineral penting seperti kalsium, kalium, magnesium dan zat besi dalam garam bukit lebih tinggi berbanding garam biasa.



Senarai dibawah menunjukkan kandungan mineral dalam 1g garam bukit.


Kalsium (mg) - 1.6

Kalium (mg) - 2.8

Magnesium (mg) - 1.06

Zat besi (mg) - 0.0369

Natrium (mg) - 368


Nutrisi penting dalam garam bukit, ianya mengandungi 40% natrium dan 60% klorida. Natrium adalah mineral dan elektrolit yang diperlukan oleh badan. Natrium akan menarik dan menyimpan air iaitu cecair yang ada didalam dan juga diluar sel badan. Selain itu, natrium diperlukan untuk keseimbangan elektrolit dalam badan.


Badan turut memerlukan natrium untuk pergerakan otot dan fungsi saraf. Kebanyakkan natrium dalam badan iaitu kira-kira 85% ditemui dalam darah dan cecair limpa. Untuk memastikan kandungan natrium dalam badan pada paras normal, hormon aldosteron yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal akan menghantar maklumat kepada buah pinggang untuk menyimpan natrium dalam badan daripada merembeskan melalui air kencing.


Selain daripada disingkirkan melalui air kencing, badan akan kehilangan natrium melalui kulit apabila berpeluh. Natrium juga digunakan untuk masakan dalam bentuk natrium klorida ataupun garam dan natrium bikarbonat iaitu serbuk penaik. Natrium juga digunakan dalam bidang perubatan iaitu sebagai laksatif, aspirin, ubat kumur dan ubat gigi.


Klorida pula adalah elektrolit yang diperlukan dalam darah. Ianya membantu untuk mengawal jumlah cecair yang berada didalam dan diluar sel supaya dalam keadaan yang seimbang. Klorida akan bertindak seiringan dengan natrium dan kalium untuk mengekalkan homeostasis dalam badan.


Selain itu, klorida juga diperlukan untuk mengawal isi padu darah, tekanan darah dan pH cecair badan. Sama seperti natrium, klorida juga penting untuk pergerakan otot, fungsi sarad dan sel hati dimana ianya diperlukan untuk menghantar impuls elektrik untuk impuls saraf dan pengecutan otot.


10 Khasiat Garam Bukit Kepada Kesihatan iaitu :


1. Mengandungi mineral penting untuk penyingkiran toksin


Proses detoksifikasi menjadi amalan untuk menyingkirkan toksin yang berkumpul dalam badan melalui air, makanan berserat, jus dan bersenam. Toksin yang terkumpul akan menyebabkan badan berasa letih, kenaikan berat badan, sembelit, jerawat tumbuh di muka, sakit pada bahagian otot dan ketidakseimbangan perasaan.


Cara yang paling mudah untuk detoksifikasi adalah melalui air. Garam bukit menjadi pilihan untuk dilarutkan dalam air dan diminum sebagai agen detoks. Ini kerana garam bukit mengandungi mineral seperti magnesium, sulfida, kalsium sulfida, kalsium klorida dan kalium klorida.


Apabila air garam bukit melalui bahagian perut, ianya akan menyingkirkan toksin yang terkumpul dan menggantikannya dengan mineral yang berkhasiat untuk badan. Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, larutkan air garam dalam air suam.


2. Kandungan Natrium Lebih Rendah


Seperti yang telah diterangkan, garam biasa terhasil melalui pelbagai proses dan ditambah dengan bahan pengawet. Ini menjadikan kandungan natrium dalam garam biasa lebih tinggi daripada garam bukit. Kandungan natrium yang lebih tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular.


Garam bukit pula mengandungi mineral penting yang lain dan kandungannya lebih tinggi berbanding garam biasa. Sebagai contoh, garam bukit diperkaya dengan iodin dimana iodin berperanan untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit, membantu usus untuk menyerap nutrisi dan menurunkan tekanan darah.


3. Mengekalkan Kehidratan


Air merupakan bahan kedua terpenting dalam badan selepas oksigen kerana air membentuk 60% komposisi dalam badan. Air memainkan peranan yang besar dalam memastikan badan sentiasa sihat dan cergas. Air merupakan bahan utama dalam darah, sistem limfa dan peluh.


Air diperlukan untuk mengawal suhu badan terutama semasa melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Apabila badan kita tidak mengandungi air yang mencukupi kerana pengambilan air yang kurang dan kehilangan air melalui peluh, menyebabkan badan kita berasa letih. Pengambilan air yang dicampur dengan garam bukit adalah pilihan yang tepat terutamanya selepas bersenam.


Ini kerana apabila kita bersenam, badan kita akan mengeluarkan peluh yang mengandungi mineral dan elektrolit. Pengambilan air yang ditambah dengan garam bukit akan menjadikan badan terhidrasi dan menggantikan semua mineral dan elektrolit yang telah hilang.


4. Membantu Proses Pencernaan


Untuk memastikan proses pencernaan yang sihat, penghasilan enzim dan pH dalam sistem pencernaan sangatlah penting. Ini kerana setiap bahagian dalam sistem pencernaan memerlukan pH yang berbeza bergantung kepada peranan bahagian tersebut.


Sebagai contoh, air liur yang diperlukan untuk mencernakan kanji dan memudahkan pergerakan makanan melalui saluran makanan memerlukan pH 6.5 hingga 7.5. Garam bukit mengandungi mineral seperti natrium, kalium, klorida dan bikarbonat yang diperlukan untuk mengekalkan keseimbangan asid-alkali dalam badan. Secara tidak langsung, garam bukit membantu proses pencernaan.


5. Memberikan Tidur Yang Berkualiti


Tahukah anda bahawa pengambilan garam mempunyai kaitan dengan tidur? Kajian menunjukkan bahawa tindak balas biokimia dalam badan selalunya berlaku pada jam 2 pagi sehingga jam 4 pagi. Ini kerana paras hormon tekanan yang tinggi menyebabkan tidur kita terganggu. Diet yang rendah garam menyebabkan isi padu darah dalam sistem simpatetik berkurangan lantas, mengaktifkan adrenalin dan respons lari atau lawan. Oleh itu, disarankan untuk mencampurkan sedikit garam bukit dan madu dalam minuman sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.


6. Mencantikkan Kulit


Seperti yang telah diketahui, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tahukah anda bahawa garam bukit berupaya mencantikkan kulit kita? Garam bukit boleh dijadikan sebagai skrub wajah dengan mencampurkannya dengan minyak badam dan minyak untuk melembapkan kulit wajah. Campuran tiga bahan ini sangat berguna untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Sel-sel kulit mati ini yang menyebabkan kulit menjadi kusam. Selain itu, penggunaan garam bukit membantu dalam mengurangkan kesan kedutan yang menyebabkan penuaan pada wajah.


7. Membersihkan Udara Sekeliling


Garam bukit yang sinonim penggunaanya dalam makanan turut dijadikan sebagai bahan untuk membersihkan udara sekeliling. Sejarah menceritakan bahawa lampu yang diperbuat daripada garam bukit berperanan dalam membersihkan udara sekeliling. Ianya akan mengurangkan alergi dan meningkatkan tahap kesihatan.


Oleh kerana garam bukit bersifat ‘hygroscopic’ dimana garam bukit akan menyerap air dalam udara sekeliling. Lampu yang diperbuat daripada garam bukit akan menyerap air melalui proses penyejatan. Keadaan ini membantu dalam mengurangkan pertumbuhan kulat dan alergi.


8. Memberikan Perasaan Yang Tenang dan Gembira


Berdasarkan khasiat garam bukit sebelum ini, lampu daripada garam bukit berupaya memberikan ketenangan dan kegembiraan. Kajian menunjukkan setiap hari, badan kita terdedah kepada ‘blue light’ iaitu cahaya yang datang daripada telefon bimbit, komputer dan tablet.


Lampu daripada garam bukit menghasilkan cahaya yang lembut iaitu cahaya yang sesuai apabila sedang tidur. Tambahan pula, lampu daripada garam bukit menghasilkan ion bercaj negatif yang sama seperti ion yang terdapat pada persekitaran semulajadi seperti di bukit dan di pantai. Ion ini akan menghasilkan serotonin, hormon yang menstabilkan perasaan dan memberikan perasaan gembira pada badan. Penghasilan serotonin membantu untuk mengurangkan tekanan.


9. Memberikan Kelegaan Pada Sengal Otot


Garam merupakan bahan pengelupasan semulajadi dan bersifat anti keradangan, dimana ianya digunakan untuk merawat sakit otot dan sengal otot. Caranya adalah dengan merendam bahagian otot yang sakit atau sengal ke dalam air yang dicampurkan dengan garam bukit.


Untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus, gunakan air suam untuk rendaman tersebut. Ini kerana garam bukit mengandungi mineral seperti magnesium yang akan diserap ke dalam badan. Ini akan menguatkan tulang dan tisu penyambung yang menyebabkan sakit otot dan sengal otot.


10. Meningkatkan Sistem Pernafasan


Kajian menunjukkan bahawa terapi menggunakan garam bukit sangat baik untuk sesiapa yang mengalami masalah pernafasan seperti penyakit asma, alergi, jangkitan sistem pernafasan atas dan sebagainya. Ini kerana apabila kita bernafas, partikel garam bukit akan diserap ke dalam paru-paru dan terus kepada saluran pernafasan.


Partikel garam bukit akan membersihkan saluran pernafasan daripada partikel berbahaya yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Saluran pernafasan akan menjadi lebih luas dan memudahkan untuk bernafas.


Selain itu, garam bukit yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti mikroorganisma akan membunuh dan menghalang pertumbuhan toksin dan patogen dalam paru-paru. Apabila partikel garam bukit masuk ke dalam sistem pernafasan, ia akan menyerap mukus berlebihan dan bakteria yang berbahaya.


Kesimpulannya, walaupun garam bukit mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh badan, namun demikian, pengambilan garam bukit perlulah mengikut kepada saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 1 sudu teh (5g) sehari. Ini kerana pengambilan garam bukit yang berlebihan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Selain itu, garam bukit yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang. Oleh itu, ayuhlah kita mempraktikkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan hidup kita.


SUMBER
Advertisement

Khasiat Tongkat Ali Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

7:44:00 PTG

Apakah khasiat tongkat ali? Artikel ini akan membincangkan khasiat tongkat ali, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Di Malaysia, Tongkat Ali terkenal sebagai tumbuhan herba ajaib terutama bagi merawat atau mengatasi masalah kesuburan lelaki. Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia (EL) mempunyai pelbagai fungsi dari pelbagai bahagian tumbuhan termasuk daun, batang dan juga akar.


Tumbuhan kecil Tongkat Ali biasanya dijumpai di hutan tropika, hutan berpasir ke kawasan pergunungan sekitar 1 kilometer atau 1000 meter. Tongkat Ali telah dipercayai mempunyai fungsi yang pelbagai kepada kesihatan manusia termasuklah sebagai anti-bakteria, anti-malaria, mencegah pereputan tulang dan sebagainya.


Kandungan Nutrisi


Kalori – 84 kalori

Karbohidrat – 15 gram

Protein – 5 g

Lemak – 2 g

*Merujuk kepada Ali Cafe 5 in 1 -Tongkat Ali (20 g)



Tongkat Ali mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang mampu mencegah pelbagai jenis kanser. Selain itu, Tongkat Ali juga mengandungi alkaloid. Alkaloid dikatakan terdiri daripada quinine, iaitu sejenis komponen yang bersifat anti-malaria.


Tongkat Ali juga mengandungi kandungan mineral yang tinggi seperti kalsium, magnesium dan potassium di mana komponen-komponen ini terlibat dalam mencegah jangkitan bakteria dan meningkatkan metabolisma badan.


Khasiat Tongkat Ali Pada Kesihatan adalah :


1. Meningkatkan Kesuburan Lelaki


Satu kajian telah dijalankan selama 30 hari dengan penglibatan 76 orang lelaki yang lebih tua dan mempunyai kadar testostron yang rendah. Peserta-peserta kajian ini diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari untuk melihat sebarang perubahan pada tahap hormon.


Keputusannya tahap hormon mereka meningkat secara signifikan dalam kalangan 90% peserta kajian.


2. Mengelakkan dari Tulang Reput (osteoporosis)


Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana tulang kepadatan tulang berkurangan dan menjadi rapuh. Keadaan ini menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Keadaan ini kerap dialami oleh golongan warga emas terutama wanita selepas menopous, apabila badan tidak dapat lagi menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.


Tongkat Ali atau Eurycoma longifolia (EL) telah menunjukkan kesan yang berbeza apabila pada dos 25 g/mL, sel-sel lebih aktif membesar atau membahagi berbanding sel-sel yang tidak dirawat.


3. Mengurangkan Stres dan Tekanan


Tekanan sering dialami oleh golongan dewasa oleh sebab pelbagai tanggungjawab dan tugasan harian. Oleh itu pelbagai cara telah ditemui untuk mengurangkan tekanan, termasuklah berikhtiar dengan minuman ekstrak Tongkat Ali.


Seramai 63 peserta (32 lelaki dan 31 perempuan) telah menjalani analisis hormon tekanan sebelum dan selepas uji kaji. Hasil kajian mendapati, peningkatan yang signifikan telah ditemui dengan Tekanan (-11%), Kemarahan (-12%) dan Kekeliruan (-15%).


Setelah peserta-peserta kajian mengambil minuman ekstrak Tongkat Ali ini juga mendapati, status hormon testosteron juga meningkat, dan berkurang hormon stress, cortisol.


4. Boleh Meningkatkan Saiz dan Kekuatan Otot


Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kemampuannya yang mampu meransang penghasilan hormon testosteron. Hormon testosteron yang tinggi dikaitkan dengan fizikal yang tegap dan maskulin.


Oleh itu, pengambilan ekstrak minuman Tongkat Ali yang konsisten mampu membantu meningkatkan jisim otot dan mengurangkan penghasilan lemak dalam badan.


5. Mempunyai kesan Anti-Malaria


Malaria adalah penyakit berjangkit yang tersebar melalui jangkitan nyamuk. Di Malaysia, prevalens penyakit malaria amat rendah tetapi di peringkat global telah mencatatkan hampir setengah juta kematian akibat penyakit Malaria pada tahun 2018.


Tongkat Ali dipercayai mempunyai sebatian eurycomnone dan asid 7-methoxy-beta-carboline-1-propionic yang mempunyai kesan anti-malaria.


6. Mencegah Jangkitan Bakteria


Daun Tongkat Ali telah terbukti mampu mencegah dari jangkitan bakteria seperti Salmonella Typhi, Escherichia Coli (E.Coli), Staphylococcus aureus dan Serratia marscesens. Bakteria - bakteria ini mampu menyebabkan jangkitan pada kulit, paru-paru dan darah.


7. Meningkatkan Prestasi Seks Lelaki


Golongan dewasa lelaki sering dikaitkan dengan ‘mati pucuk’ atau kualiti hidup terganggu. Satu minuman tambahan mengandungi ekstrak Tongkat Ali atau ‘Physta’ telah diberikan kepada peserta kajian yang berusia 40-45 tahun. Setelah 12 minggu, peserta kajian melaporkan peningkatan pada prestasi seks, dan juga kualiti hidup mereka.


8. Membaiki atau menambah baik metabolisma badan


Kadar metabolisma badan yang baik akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dan pembebasan tenaga dalam badan. Tongkat Ali dipercayai mampu mempercepatkan fungsi hormon Thyroxine yang berfungsi meransang pengambilan oksigen lalu mempercepatkan proses pembebasan tenaga dari badan.


9. Melambatkan Kenaikan Paras Gula dalam Darah


Bagi pesakit kencing manis, kenaikan paras gula mendadak merupakan ‘red flag’ yang patut diawasi sepanjang masa. Jika tiada pengawalan pada paras gula, pelbagai komplikasi yang lebih buruk mungkin berlaku kepada tubuh badan.


Kajian telah dilakukan ke atas pelbagai tumbuhan herba dan mendapati Tongkat Ali antara 13 tumbuhan yang menunjukkan kemampuan dalam meningkatkan pengambilan glukos atau gula dalam darah di sel lemak 3T3-L1 selepas suntikan insulin dilakukan.


10. Boleh Melawan Kanser


Satu kajian telah dijalankan ke atas pelbagai bahagian Tongkat Ali meliputi daun, batang dan akar. Hasil dapatan menunjukkan 16 dari bahagian tersebut menunjukkan kesan anti-kanser dan mampu menghalang perebakan sel-sel kanser dalam badan.


Antara kanser yang dikesan mampu dihalang adalah kanser payudara dan kanser paru-paru. Secara ringkasnya, Tongkat ali boleh dianggap sebagai terapi tambahan untuk rawatan pelbagai jenis kanser pada manusia.


Kesimpulannya, pelbagai khasiat Tongkat Ali telah dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji saintifik. Khasiat dan fungsi Tongkat Ali bukan sahaja pada akarnya, tetapi juga daun dan batangnya. Namun harus diingatkan tentang dos dan saranan pengambilan seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan.


SUMBER
Advertisement

Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

1:59:00 PTG

Apakah khasiat buah tembikai? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat buah tembikai, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Buah tembikai atau nama saintifiknya Citrullus lanatus adalah sejenis buah yang berasal dari keluarga Cucurbitaceae. Ianya berkulit licin dan tebal berwarna hijau belang dan kekuningan manakala isinya pula berwarna merah atau kuning. Buah tembikai juga mempunyai biji yang banyak berwarna hitam.


Pokok tembikai merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar di atas tanah dan turut mempunyai daun yang berlekuk di bahagian tepi. Buah tembikai merupakan antara buah-buahan yang kaya dengan kandungan air dan sering dikenali sebagai buah musim panas kerana rasanya yang menyegarkan dan sesuai untuk menghilangkan dahaga.


Selain dijadikan makanan dan minuman, buah tembikai turut digunakan di dalam penghasilan produk-produk kosmetik seperti produk penjagaan kulit wajah dan penjagaan badan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan yang ditawarkan oleh buah tembikai.



Buah tembikai mengandungi makronutrisi dan mikronutrisi yang terdapat pada setiap 100 g. Setiap 100 g buah tembikai mengandungi sebanyak 28 kcal manakala bagi kandungan makronutrisi pula, terdapat sebanyak 6 g karbohidrat, 0.6 g protein dan 0.2 g lemak. Tetapi kandungan protein dan lemak di dalam buah-buahan sering diabaikan dan tidak diambil kira kerana nilainya yang tidak signifikan. Bagi kandungan mikronutrisi pula, terdapat sebanyak 6 mg kalsium, 0.2 mg zat besi, 11 mg fosforus, 78 mg kalium, 4 mg natrium dan 5.5 mg vitamin C.


Terdapat pelbagai komponen berkhasiat yang boleh didapati di dalam buah tembikai. Antaranya adalah komponen likopena iaitu sejenis karotenoid yang memberi warna merah kepada buah tembikai. Komponen ini juga bersifat antioksida di mana ianya dapat melawan radikal bebas.


Selain itu, tembikai turut menganduni B-karotin di mana ianya adalah sejenis vitamin tidak larut dan memberikan warna jingga kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti likopena, komponen ini turut bersifat antioksida di mana ianya terlibat di dalam menghalang aktiviti spesis oksigen reaktif.


Di samping itu, buah tembikai turut kaya dengan sumber vitamin C di mana kebaikan vitamin C sudah jelas diketahui umum. Antara kebaikannya adalah dapat meningkatkan sistem imunisasi dan mencegah penyakit skurvi. Citrulline juga merupakan antara asid amino bukan protein yang terdapat di dalam buah tembikai. Citrulline ini dikatakan dapat memberikan manfaat kepada otot dan sangat berfungsi untuk atlet.


10 Khasiat Buah Tembikai yang didapati iaitu


1. Menghidrat tubuh badan


Tidak perlu dijelaskan lagi, umum mengetahui bahawa buah tembikai merupakan sejenis buah yang kaya dengan kandungan air. Setiap 100 g buah tembikai mengandungi sebanyak 92.6 g air. Satu jumlah yang agak banyak bukan?


Rasanya yang menyegarkan menjadikan buah tembikai ini sebagai salah satu buah pilihan yang sering diambil semasa musim dan cuaca panas.


2. Mencegah sembelit


Buah tembikai turut mengandungi komponen serat di dalamnya di mana serat mempunyai pelbagai terhadap kesihatan. Serat adalah sejenis karbohidrat kompleks yang tidak dapat dicerna oleh tubuh badan. Antara kebaikan serat adalah dapat mencegah sembelit dan meransang peristalsis di bahagian usus besar.


Selain itu, tembikai turut kaya dengan kandungan air yang tinggi di mana pengambilan air yang mencukupi juga dapat mencegah sembelit.


3. Bersifat anti oksida


Komponen yang bersifat anti oksida dapat mencegah kerosakkan sel yang diakibatkan oleh radikal bebas dan spesis oksigen reaktif. Tembikai mengandungi komponen likopena dan B-karotena yang bersifat anti oksida.


Pengambilan komponen-komponen ini dapat memberi kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan dan mencegah penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksida.


4. Bersifat anti inflamasi


Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian serbuk tembikai ke atas profil lipid, kapasiti antioksida dan inflamasi. Kajian ini mendapati bahawa pemberian serbuk tembikai dapat mengurangkan paras tekanan oksida.


5. Mengawal paras kolesterol di dalam darah


Tahukah anda bahawa di dalam tubuh badan kita terdapat dua jenis iaitu kolesterol baik seperti HDL dan kolesterol tidak baik seperti TG dan LDL. Kajian mendapati bahawa ekstrak tembikai dapat menurunkan paras jumlah kolesterol dan LDL dan tidak mengganggu paras kolesterol baik, HDL.


Kandungan serat di dalam tembikai juga sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah.


6. Mengurangkan paras tekanan darah


Tekanan darah yang tinggi menunjukkan bahawa terdapat tekanan yang tinggi dikenakan terhadap salur darah. Keadaan ini sangat merbahaya di mana ianya dapat menyebabkan beberapa komplikasi seperti strok atau angin ahmar.


Buah tembikar dapat mengurangkan tekanan darah melalui perkembangan salur darah yang dapat menurunkan paras tekanan di dalam darah. Kajian turut mendapati bahawa pemberian tembikai dapat membantu untuk menurunkan paras tekanan sistolik dan diastolik.


7. Bersifat anti diabetes


Diabetes adalah salah satu penyakit di mana paras gula di dalam darah melebihi paras normal kerana terdapatnya kekurangan atau rintangan insulin.


Kajian terhadap haiwan diabetic mendapati bahawa pemberian serbuk buah tembikai dapat mengurankan paras gula di dalam darah dan meningkatkan paras insulin.


8. Mencegah pereputan makular berkait dengan usia


Apakah itu macula? Macula adalah sejenis saraf mata yang berfungsi untuk penglihatan. Pereputan macular berkait dengan usia adalah keadaan di mana terdapat perubahan pada macular terutamanya bagi mereka yang berusia dan perubahan ini dapat mengganggu penglihatan mereka. Likopena di dalam buah tembikai dapat mencegah pereputan macular dan menjaga kesihatan.


9. Membantu pemulihan tubuh badan


Di dalam buah tembikai terdapat sejenis asid amino yang digelar l-Citrulline. Asid amino ini dikatakan dapat membantu untuk melegakan keletihan otot. kajian telah dijalankan di mana atlet telah diberi jus tembikai dan kajian ini mendapati bahawa pemberian jus tembikai dapat memulihkan kadar denyutan jantung dan melegakan keletihan otot selepas 24 jam.


10. Menjaga kesihatan kulit


Selain dimakan begitu sahaja, tembikai turut digunakan secara meluas di dalam penghasilan produk penjagaan kulit seperti pelembap wajah. Hal ini kerana terdapatnya kandungan vitamin C dan vitamin A di dalam buah tembikai yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan kulit. Vitamin C bertanggungjawab di dalam penghasilan kolagen manakala vitamin A bertindak untuk membaiki sel kulit.


Kesimpulannya terdapat pelbagai manfaat dan khasiat yang dapat diperolehi daripada buah tembikai. Pengambilannya bersama diet seimbang yang lain pasti dapat memberikan manfaat kepada kesihatan. Namun haruslah diingat pengambilannya haruslah secara bersederhana terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes untuk mengelakkan sebarang komplikasi terhadap kesihatan.


SUMBER


10 Makanan Yang Perlu Di Ambil Untuk Pesakit Angin Ahmar

11:21:00 PG


Apakah makanan yang sesuai untuk pesakit angin ahmar? Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk pesakit ini.



Adakah anda mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan angin ahmar? Angin ahmar membawa maksud yang sama seperti strok iaitu berlakunya penyempitan salur darah atau salur darah pecah pada bahagian salur darah yang membawa darah beroksigen ke bahagian otak.


Apabila ini terjadi, akan berlakunya gangguan pada fungsi otak lalu mengakibatkan gangguan pada anggota badan yang lain kerana otak merupakan pusat bagi anggota badan. Mereka yang mengalami serangan angin ahmar perlulah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.



Antara tanda-tanda ataupun gejala bagi mereka yang diserang angin ahmar adalah:


- Merasa lemah, kebas pada bahagian muka, tangan, kaki terutamanya pada sebelah bahagian badan.

- Berasa keliru, susah untuk bertutur atau memahami sesuatu perkara.

- Mempunyai masalah penglihatan.

- Mengalami kesusahan untuk berjalan dan hilang keseimbangan badan.

- Mengalami sakit kepala yang teruk

- Mengalami masalah menelan (disfagia)


Berikut merupakan punca-punca bagi serangan angin ahmar.


- Tekanan darah yang terlalu tinggi dan tidak terkawal

- Disebabkan oleh trauma seperti kemalangan

- Tabiat merokok

- Menghidap penyakit kencing manis

- Tahap kolesterol yang tinggi di dalam darah

- Gaya hidup yang sedentari dan berat badan yang berlebihan

- Pengambilan alkohol yang berlebihan

- Mempunyai penyakit kardiovaskular (jantung)


10 Makanan untuk Pesakit Angin Ahmar dibawah


1. Sumber tenusu rendah lemak


Antara kunci untuk mengelakkan serangan angin ahmar adalah mengamalkan makanan rendah lemak. Antara sumber tenusu rendah lemak adalah yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, susu skim dan lain-lain.


Beberapa kajian telah menunjukkan kebaikan pengambilan sumber tenusu rendah lemak terhadap risiko mendapat angin ahmar. Kajian yang dijalankan di Swedish mendapati bahawa penambilan makanan ini tidak meningkatkan risiko untuk mendapat angin ahmar.


Satu lagi kajian turut mendapati bahawa pengambilan makanan sumber tenusu rendah lemak mengurangkan risiko untuk penyakit jantung dan tidak meningkatkan risiko untuk mendapat angin ahmar.


2. Makanan kaya beta glukan


Antara makanan yang mengandungi beta glukan adalah oat. Oat merupakan salah satu makanan yang sihat dan boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan paras kolesterol di dalam darah untuk mencegah angin ahmar.


Hal ini kerana oat mengandungi kandungan beta glukan, sejenis serat yang mampu untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah. Cadangan pengambilan beta glukan harian adalah 3g sehari di mana jumlah ini boleh dicapai dengan pengambilan oat sebanyak 3 sudu makan sehari.


3. Sayur-sayuran hijau


Pengambilan sayur-sayuran hijau juga penting bagi pesakit angin ahmar. Kerana seperti yang kita sedia maklum, sayur-sayuran hijau mengandungi kandungan serat yang tinggi. Seperti yang diterangkan di atas, pengambilan serat dapat membantu pengawalan kolesterol di dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mendapat angin ahmar.


Cadangan pengambilan sayur-sayuran sehari adalah sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari (1 hidangan sayur-sayuran = 1 cawan sayur mentah/ ½ cawan sayur dimasak).


4. Buah-buahan


Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga merupakan antara sumber serat yang kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang lain. Cadangan pengambilan buah-buahan adalah 2 hidangan sehari dan ini harus diambil perhatian oleh pesakit kencing manis untuk mengelakkan kenaikan gula di dalam darah.


Kajian turut mendapati bahawa pengambilan buah-buahan dapat mengurangkan risiko mendapat serangan angin ahmar.


5. Protein rendah lemak


Pesakit angin ahmar digalakkan untuk mengambil sumber protein yang rendah lemak seperti ikan, ayam yang dibuang kulit dan protein sumber tumbuhan seperti tempe dan tauhu.


Hal ini kerana lemak yang terdapat pada protein sumber haiwan seperti kulit ayam mengandungi kandungan kolesterol dan lemak tepu yang tinggi di mana pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan paras kolesterol tidak baik di dalam darah.


6. Makanan bijirin penuh


Makanan bijirin penuh merupakan antara pilihan makanan yang bagus bagi pesakit angin ahmar. Hal ini kerana makanan ini turut mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.


Antara makanan bijirin penuh adalah roti dan biskut bijirin penuh, barli, jagung dan lain-lain. Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita di Amerika Syarikat mendapati bahawa pengambilan makanan bijirin penuh berkait dengan risiko yang rendah untuk mendapat serangan angin ahmar.


7. Makanan kaya lemak baik


Antara contoh lemak baik adalah omega 3. Antara contoh makanan yang kaya dengan omega 3 adalah ikan salmon, sardin, biji chia, kacang soya dan lain-lain. Omega 3 mempunyai sifat anti radang dan dapat mencegah inflamasi pada sel.


8. Makanan rendah natrium


Apakah itu makanan rendah natrium? Pada bahasa mudahnya, makanan rendah natrium merupakan makanan yang rendah kandungan garam. Elakkan pengambilan makanan terproses dan penggunaan garam yang berlebihan kerana ianya dapat meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah yang terlalu tinggi dapat menyebabkan saluran darah pecah dan menyebabkan serangan angin ahmar.


9. Makanan yang mengandungi stanol dan sterol tumbuhan


Stanol dan sterol tumbuhan adalah sejenis komponen tumbuhan yang boleh didapati daripada tumbuhan dan mempunyai kebaikannya yang tersendiri iaitu dapat menurunkan paras kolesterol di dalam darah. Paras kolesterol yang berada di dalam julat normal dapat mencegah serangan angin ahmar.


Antara makanan yang mengandungi stanol dan stenol tumbuhan adalah susu omega, sayur-sayuran, bijirin penuh dan minyak sayuran.


10. Makanan tinggi kalium


Kalium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk pengecutan dan pengenduran otot badan. Antara makanan yang kaya dengan kalium adalah buah-buahan kering seperti kismis, pisang, avokado, bayam, brokoli dan lain-lain.


Pengambilan kalium dikaitkan dengan pengawalan tekanan darah. Kajian mendapati bahawa pengambilan kalium berkait dengan risiko yang rendah untuk mendapat serangan angin ahmar.


Kesimpulannya, pesakit yang pernah mengalami serangan angin ahmar perlulah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan tidak meninggalkan pengambilan ubat-ubatan yang diberi oleh pegawai perubatan anda untuk mengelakkan serangan semula angin ahmar.


SUMBER

Kanak-kanak Sembelit? 10 Makanan Yang Sesuai Diberikan

10:01:00 PG

Apakah makanan yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit? Artikel ini akan membincangkan makanan yang sesuai bagi mereka.



Kejadian sembelit di kalangan kanak-kanak bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Seringkali kita mendengar golongan ibu bapa mengadu bahawa anak-anak mengalami masalah ini. Apakah yang dimaksudkan dengan sembelit? Sembelit adalah salah satu masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan di mana pengalaminya mengalami masalah kesukaran untuk membuang air besar.


Sembelit didefinisikan sebagai apabila seseorang itu mengalami pergerakkan usus yang kurang dari tiga kali seminggu. Antara simptom-simptom yang akan dialami oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit adalah kekurangan membuang air besar, sakit semasa cuba mengeluarkan najis, mengeluarkan najis yang mungkin bercampur darah dan mengalami masalah kencing.



Berikut merupakan antara punca-punca sembelit di kalangan kanak-kanak.


- Pengambilan serat yang kurang

- Alergik terhadap protein susu lembu

- Tekanan psikologi

- Mempunyai masalah berkaitan sistem pencernaan

- Pengambilan ubat-ubatan seperti opiod

- Masalah metabolisma atau endokrin

- Mempunyai masalah gangguan makan


10 Makanan untuk merawat sembelit dalam Kanak-kanak


Berikut merupakan senarai makanan yang sesuai diambil oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit.


1. Air kosong


Pengambilan air yang mencukupi di kalangan kanak-kanak adalah penting kerana mereka sering bergerak aktif dan banyak kehilangan cecair daripada badan. Kekurangan air juga dapat menyebabkan masalah sembelit. Kanak-kanak haruslah mengambil sekurang-kurangan 4 ke 6 gelas air sehari untuk memenuhi keperluan harian.


2. Yogurt


Yogurt merupakan sejenis makanan yang terhasil daripada proses fermentasi bakteria di dalam susu. Ianya mengandungi bakteria baik yang dapat meningkatkan kesihatan usus. Satu kajian mendapati bahawa pemberian yogurt dapat memperbaiki simptom-simptom sembelit di kalangan kanak-kanak berusia 5 ke 15 tahun.


3. Minuman berkulturr


Minuman berkultur merupakan antara pilihan yang boleh diambil untuk merawat masalah berkaitan sistem penghadaman. Kajian mendapati bahawa pemberian minuman susu berkultur dapat merawat masalah sembelit. Hal ini kerana minuman berkultur mengandungi kandungan bakteria baik yang dapat membantu sistem pencernaan.


4. Buah kiwi hijau


Buah kiwi juga merupakan antara pilihan makanan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sembelit. Hal ini kerana buah ini mengandungi kandungan serat yang agak tinggi. Ianya juga mengandungi enzim actinidine iaitu sejenis enzim yang meransang pergerakkan usus. Pengambilan buah ini dapat meningkatkan isipadu najis dan memudahkan pembuangan najis.


5. Buah prune


Apakah itu buah prune? Buah prune adalah buah plum yang telah dikeringkan dan ianya dikatakan berkesan untuk merawat masalah sembelit. Ianya mengandungi kandungan serat, fruktos dan sorbitol yang tinggi. Selain itu, ianya mempunyai beberapa komponen yang bersifat laksatif di mana ianya dapat meransang proses pembuangan air besar.


6. Ubi keledek


Ubi keledek merupakan sayur-sayuran berkanji yang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian ubi keledek, mandian kaki dan tekanan akupuntur terhadap pesakit koronari. Kajian mendapati pemberian ketiga-tiga rawatan ini efektif di dalam mengawal simptom sembelit di kalangan pesakit.


7. Buah pear


Buah pear juga merupakan antara pilihan buah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sembelit. Hal ini kerana buah ini mengandungi kandungan serat yang tinggi dan juga kandungan fruktos dan sorbitol yang tinggi. Sorbitol berfungsi untuk menarik air ke kawasan usus besar lalu bertindak seperti laksatif.


8. Buah epal


Buah epal juga merupakan antara buah-buahan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi. Epal mengandungi serat yang tidak larut dan serat larut yang digelar pektin. Pektin merupakan sejenis serat yang menggalakan pergerakkan najis di dalam usus.


9. Sayur-sayuran hijau


Selain buah-buahan, sayur-sayuran terutamanya sayur-sayuran hijau juga penting di dalam pencegahan sembelit. Hal ini kerana ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi. Umum mengetahui bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang kurang gemar dengan sayur-sayuran. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi kreatif di dalam menyediakan sayur-sayuran kepada anak-anak.


10. Makanan bijirin penuh


Makanan bijirin penuh merupakan sejenis kategori makanan yang terkenal dengan kandungan seratnya yang tinggi. Antara makanan yang dikategorikan sebagai makanan bijirin penuh adalah roti gandum penuh, oat, beras perang, biskut gandum penuh dan lain-lain.


Kesimpulannya, masalah sembelit di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan punca. Langkah pertama yang perlu dilakukan sekiranya anak anda mengalami masalah sembelit adalah berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Pengambilan makanan-makanan seperti yang dinyatakan di atas boleh dilakukan selepas anak anda mendapatkan rawatan yang sebetulnya dengan pegawai perubatan untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.


SUMBER

10 Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

4:40:00 PTG

Apakah khasiat buah bidara pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat buah bidara, kandungan nutirisi dan juga jompaun sihat di dalamnya.



Buah bidara atau nama saintifiknya Ziziphus mauritiana merupakan sejenis buah yang berasal dari Asia Tenggara dan pokoknya pula renek yang berketinggian sehingga 15 meter. Buah bidara mempunyai bentuk yang bulat, berkulit halus dan mempunyai permukaan kulit buah yang licin dan menggilap.


Pada permulaannya, buah ini berwarna hijau lalu bertukar kekuning kejinggaan dan kemerah setelah masak. Buah bidara mempunyai isi yang berwarna putih dan rasa yang masam manis. Buah ini telah telah digunakan sekian lama di dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan yang ditawarkan buah bidara.



Di dalam setiap 100 g buah bidara terdapat sebanyak 79 kcal tenaga, 20.23 g karbohidrat, 1.20 g protein dan 0.20 g lemak. Bagi kandungan mikronutrisi pula, terdapat sebanyak 21 mg kalsium, 0.48 mg zat besi, 10 mg magnesium, 23 mg fosforus, 250 mg kalium, 3 mg natrium, 0.05 mg zink, 69 mg vitamin C and 40 IU vitamin A.


Terdapat pelbagai komponen berkhasiat yang terakandung di dalam buah bidara adalah serat yang dapat memberi manfaat kepada sistem penghadaman dan pengawalan gula di dalam darah. Selain itu, buah bidara juga mengandungi beberapa jenis lemak seperti asid linoleic (omega 6).


Buah bidara juga kaya dengan kandungan vitamin C yang bersifat antioksida. Di samping itu, di dalam buah bidara terdapat satu komponen yang dinamakan asid triterpenik yang mempunyai pelbagai kebaikan seperti anti inflamasi, anti mikrob, anti oksida dan melindungi hati.


10 Khasiat Buah Bidara Terhadap Kesihatan


Berikut merupakan kebaikan yang ditawarkan oleh buah bidara terhadap kesihatan.


1. Bersifat anti kanser


Di dalam perubatan tradisional negara China, buah bidara digunakan sebagai rawatan untuk penyakit kanser. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak buah bidara ke atas penyakit kanser payudara.


Kajian mendapati bahawa ekstrak buah bidara memberikan kesan anti proliferatif di mana ianya dapat menghalang perkembangan sel kanser. Sifat anti kanser ini dipercayai kerana kandungan asid tripernik di dalamnya yang bersifat anti kanser.


2. Anti radang dan inflamasi


Di dalam perubatan tradisional China juga, buah bidara dikatakan dapat merawat keradangan dan inflamasi. Di dalam satu kajian yang dijalankan, telah ditemukan bahawa komponen asid triperpena di dalam buah bidara merupakan antara komponen aktif di dalam buah bidara yang menyekat keradangan yang berlaku pada sel.


3. Mencegah proses adipogenesis


Adipogenesis adalah proses penghasilan sel lemak dari sel stem. Proses ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya pengambilan kalori dan tenaga yang berlebihan.


Satu kajian telah mengkaji akan kesan ekstrak buah bidara ke atas proses adipogenesis. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak buah bidara mencegah pengumpulan lemak dan mencegah adipogenesis.


4. Merangsang sistem imunisasi tubuh


Satu kajian telah dijalankan untuk melihat hubungan di antara sistem imunisasi tubuh dan ekstrak buah bidara. Kajian ini menemui bahawa komponen di dalam buah bidara telah meransang pembahagian makrofaj, iaitu sejenis sel yang terlibat di dalam melindungi tubuh badan daripada serangan organisma yang berbahaya.


5. Melindungi hati


Untuk mengkaji kesan ini, kajian terhadap haiwan telah dijalankan dan kajian ini telah mendapati bahawa pemberian buah bidara dapat melindungi hati dari kecederaan dengan mengurangkan tekanan oksida dan keradangan. Kajian lain turut menemui bahawa buah bidara menghasilkan indeks hepatosomatik yang lebih baik.


6. Melindungi saluran pencernaan


Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian karbohidrat larut air yang diekstrak dari buah bidara terhadap haiwan.


Kajian ini menemukan bahawa pemberiaan karbohidrat larut air dari buah bidara sekurang-kurangnya 40 mg/sehari dapat mengurangkan pendedahan mukosa usus daripada ammonia yang bersifat toksik.


7. Menghalang hiper-agregasi platelet


Agregasi platelet adalah keadaan normal di mana platelet berkumpul di dalam darah untuk membentuk gumpalan. Hal ini sering terjadi apabila berlaku luka pada mana-mana bahagian badan untuk melindungi badan dari jangkitan luar.


Namun, keadaan hiper-agregasi dapat menyebabkan masalah terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular dan strok kerana ianya dapat menghalang bekalan darah ke anggota badan yang tertentu.


Satu kajian terhadap haiwan telah menemui bahawa ekstrak biji buah bidara dapat mencegah hiper-agregasi lalu menjadikan buah ini sebagai potensi untuk dijadikan perubatan herba bagi merawat masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan hiper-agregasi.


8. Merawat masalah insomnia


Insomnia adalah salah satu masalah di mana seseorang itu mengalami kesukaran untuk tidur. Di dalam perubatan tradisional, buah bidara digunakan untuk merawat masalah kesukaran untuk tidur. Kajian terhadap haiwan menemui bahawa pemberian ekstrak etanolik biji buah bidara meningkatkan tempoh masa yang diambil oleh haiwan untuk tidur. Kajian ini menunjukkan potensi biji buah bidara untuk dijadikan kajian bagi penghasilan ubat-ubatan untuk merawat masalah insomnia.


9. Mengawal tekanan darah


Buah bidara mengandungi kandungan kalium yang tinggi di mana setiap 100 g buah bidara mengandungi sebanyak 250 mg kalium. Kalium adalah salah satu mikronutrisi yang diperlukan untuk mengawal pengecutan otot seperti otot jantung dan mengelakkan penyempitan salur darah.


Pengecutan jantung yang normal dan salur darah yang sihat dapat mengawal tekanan darah di dalam paras normal.


10. Melindungi sel saraf


Beberapa kajian telah menemukan bahawa buah bidara dapat melindungi sel saraf dari tekanan neurotoksin dan meransang pembahagian sel saraf. Selain itu, buah bidara juga didapati dapat meningkatkan memori dan pembelajaran di samping melindungi dari penyakit neurologikal.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai khasiat yang ditawarkan oleh buah bidara terhadap kesihatan. Namun begitu, segelintir kajian yang telah dijalankan adalah kajian yang dijalankan ke atas haiwan dan ini memerlukan kajian yang lebih mendalam.


SUMBER

Khasiat Kacang Panjang Rahsia Ulaman Tempatan Yang Perlu Tahu

1:32:00 PTG

Apakah khasiat kacang panjang pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat kacang panjang, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Kacang panjang ataupun nama saintifiknya Vigna unguiculata subsp. sesquipedalis merupakan sejenis tumbuhan yang berketinggian antara 8 ke 12 kaki dan tumbuh dengan memanjat dan melilit pada penyokong. Ianya tumbuh di kawasan tanah gambut, BRIS atau tanah bekas lombong.


Tumbuhan ini berasal dari negara Afrika dan kebiasaannya tumbuh di kawasan dan zon panas. Di Malaysia, kacang panjang sering dijadikan ulam-ulaman yang dimakan bersama nasi putih. Apakah kebaikan kacang panjang terhadap kesihatan tubuh badan kita? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan kacang panjang terhadap kesihatan.



Kacang panjang merupakan antikanser. Mengubati penyakit seperti leukemia, gangguan saluran kencing, reumatik, sakit pinggang, pembengkakan dan antivirus.


Setiap 100 g kacang kuda dapat membekalkan sebanyak 33 kcal tenaga. Bagi makronutrisi pula, ianya dapat membekalkan sebanyak 2.1 g protein, 4 g karbohidrat, 1.4 g serat dan 0.9 g lemak. Bagi kandungan mikronutrisi pula, ianya dapat membekalkan sebanyak 61 mg kalsium, 0.8 mg zat besi, 53 mg kalium dan 5 mg natrium.


Kacang panjang juga mempunyai pelbagai komponen yang berkhasiat. Antaranya adalah mangan, asid folik, beta karotin, vitamin C dan pelbagai lagi di mana kebaikannya akan dibincangkan di bawah.


1. Rendah kandungan kalori


Tahukah anda sayur-sayuran merupakan antara makanan yang rendah kandungan kalorinya? Setiap 100 g kacang panjang hanya mengandungi sebanyak 33 kcal tenaga. Satu jumlah yang rendah bukan?


Dengan mengambil sayuran ini, anda dapat mengawal pengambilan kalori harian tetapi masih tetap merasa kenyang jika diambil secara seimbang bersama dengan kumpulan makanan yang lain. Jadi bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan jangan lupa untuk tambahkan sayuran di dalam diet harian ya.


2. Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman


Sembelit merupakan antara masalah yang berkait dengan sistem penghadaman di mana pengalaminya akan mengalami masalah untuk membuang air besar. Kacang panjang merupakan sayur yang mengandungi sumber serat dan dapat meransang proses pergerakkan usus (peristalsis) lalu dapat mencegah masalah sembelit.


3. Sumber serat harian


Tahukah anda berapakah jumlah serat yang perlu kita ambil sehari? Seorang lelaki atau wanita dewasa disarankan untuk mengambil sebanyak 25 ke 30 g serat sehari namun kajian mendapati bahawa pengambilan serat harian kita masih tidak mencukupi.


Keperluan serat harian dapat dipenuhi dengan pengambilan 2 hidangan buah, 3 hidangan sayur-sayuran dan 1 hidangan makanan bijirin penuh sehari. Kacang panjang merupakan antara sumber serat di dalam makanan anda dan pengambilannya membantu untuk mencukupkan keperluan serat harian.


4. Bagus bagi pesakit diabetes


Pesakit diabetes sering mengalami masalah untuk mengawal paras gula di dalam darah mereka. Seringkali pemeriksaan gula di dalam darah selepas makan menunjukkan peningkatan gula yang agak tinggi.


Tahukah anda bahawa dengan menambah serat di dalam diet dalam membantu pesakit diabetes untuk mengawal gula di dalam darah mereka. Selepas ini, pastikan makanan yang diambil oleh anda seimbang dari semua jenis kumpulan makanan untuk pengawalan paras gula yang lebih baik.


5. Kaya dengan sumber folat


Antara sumber folat yang terdapat pada kacang panjang adalah asid folik. Antara kebaikan asid folik adalah dapat mencegah spina bifida iaitu kecacatan pada bayi dan sangat penting untuk diambil oleh wanita yang sedang merancang untuk hamil, diperlukan untuk penghasilan DNA dan RNA, nutrisi untuk otak, membantu pembahagian sel dan pelbagai lagi.


6. Kaya dengan vitamin C


Pasti ramai yang sudah tahu akan kebaikan vitamin C. Vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air yang mempunyai pelbagai kebaikan seperti dapat mencegah skurvi.


Skurvi adalah salah satu penyakit di mana badan kekurangan vitamin C. pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet sehari dapat mencukupkan keperluan vitamin C seharian, tidak perlu untuk membelanjakan duit untuk membeli suplemen tambahan lagi.


7. Menjaga kesihatan kulit


Siapa yang tidak mahu kulit yang sentiasa sihat dan kelihatan sihat. Kacang panjang mengandungi vitamin C yang dapat menjaga kesihatan kulit kerana vitamin C dapat membantu mengurangkan kedutan, melambatkan proses penuaan dan membantu penghasilan kolagen.


8. Mencegah radikal bebas


Radikal bebas adalah komponen yang dapat menyebabkan kerosakkan pada sel. Kacang panjang mengandungi beberapa komponen yang bersifat antioksida seperti vitamin C yang dapat mencegah oksidasi yang disebabkan oleh radikal bebas.


9. Meningkatkan sistem imunisasi


Sistem imunisasi adalah salah satu sistem pada tubuh badan kita yang berfungsi untuk melindungi diri bahaya dan serangan patogen luar. Kacang panjang mengandungi vitamin B1 yang dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Vitamin B1 membantu pengeluaran asid hidroklorik yang dapat membantu penghadaman dengan lebih baik.


10. Kaya dengan vitamin K


Vitamin K mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan antaranya adalah menjaga kesihatan jantung, mencegah masalah kerapuhan tulang, dan mencegah masalah Alzheimer’s.


Kesimpulannya terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi daripada pengambilan kacang panjang. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk menambah sayur di dalam diet seharian anda. Pengambilan diet yang seimbang mengikut saranan pasti membantu meningkatkan taraf kesihatan dan berupaya untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.


SUMBER

Definisi, Sifat Kimia dan Kegunaan Soda Bikarbonat

11:02:00 PG

Apakah itu soda bikarbonat? Artikel ini akan membincangkan definisi soda bikarbonat, sifat dan kegunaan bahan ini dalam kehidupan seharian.



Natrium bikarbonat (nama IUPAC: natrium hidrogen karbonat), atau umumnya lebih dikenali sebagai serbuk penaik (baking soda) atau soda bikarbonat, adalah sejenis sebatian kimia dengan formula kimianya ialah NaHCO3.


Soda bikarbonat sering ditemukan di dalam bentuk serbuk putih yang halus. Ia mempunyai rasa sedikit masin. Bentuk mineral semula jadi adalah nahcolite yang merupakan komponen daripada mineral natron yang ditemukan terlarut di dalam kebanyakkan mata air mineral.


Molekul soda bikarbonat terdiri daripada kation natrium (Na+) dan anion bikarbonat (HCO3−). Ikatan ion terbentuk di antara ion natrium yang bercas positif dan ion oksigen yang bercas negatif yang membentuk ikatan tunggal bersama dengan atom karbon pusat.



Pada tahun 1791, seorang ahli kimia Perancis yang bernama Nicolas Leblanc telah menghasilkan natrium karbonat, yang juga dikenali sebagai abu soda (soda ash). Pad tahun 1801, seorang ahli farmasi, Valentin Rose the Younger telah diberikan kredit kerana telah menemukan soda bikarbonat di Berlin. Kemudian, pada tahun 1846, dua orang pembuat roti daripada Amerika, iaitu John Dwight dan Austin Church telah melancarkan kilang pertama di Amerika Syarikat yang menghasilkan soda bikarbonat daripada natrium karbonat dan karbon dioksida.


Pada tahun 1919, seorang senator US telah mengisytiharkan bahawa soda bikarbonat boleh menyembuhkan selsema Sepanyol.


Berikut merupakan beberapa sifat fizikal bagi soda bikarbonat;


- Berat molekul bagi soda bikarbonat ialah 84.0066 g/mol

- Ia merupakan pepejal berwarna putih yang boleh melarut di dalam air

- Takat didih bagi soda bikarbonat ialah 851℃

- Takat lebur bagi soda bikarbonat ialah 50 ℃

- Ketumpatan bagi soda bikarbonat ialah 2.20 g/cm3

- Ia adalah sebatian yang tidak mempunyai bau


Dari segi sejarah, soda bikarbonat diekstrak daripada abu tumbuh-tumbuhan yang membersar di dalam tanah yang kaya dengan unsur natrium. Kini, ia dihasilkan melalui pelbagai cara dan kaedah seperti proses Solvay, proses Leblanc, proses elektrolitik, proses Hou dan bermacam-macam lagi. Ia juga dilombong dari pelbagai tempat. Amerika Syarikat mendapatkan bekalan sodium bikarbonat melalui perlombongan untuk memenuhi permintaan domestik mereka. Proses Solvay digunakan secara eksklusif untuk mengilangkan soda bikrbonat dari banyak-banyak kaedah yang ada.


Proses Solvay telah ditemui oleh Ernest Solvay, pada tahun 1861. Proses ini lebih menjimatkan daripada proses-proses yang lain. Ia hanya menghasilkan kalsium klorida sebagai bahan buangan. Proses Solvay juga dikenali sebagai proses ammonia-soda. Larutan air garam, batu kapur dan ammonia digunakan di dalam proses Solvay yang mana kosnya tidak terlalu tinggi dan mudah untuk didapatkan. Larutan natrium klorida dikenali sebagai larutan air garam yang mana ia membekalkan ion natrium untuk menghasilkan soda bikarbonat. Batu kapur ialah kalsium karbonat yang mana ia membekalkan ion karbonat untuk soda bikarbonat.


Pembersihan pertama larutan air garam tepu dilakukan. Karbon dioksida yang diperlukan di dalam proses ini disediakan dengan memanaskan batu kapur pada suhu sehingga 1300K. Apabila dilarutkan di dalam air, ia menghasilkan kalsium hidroksida yang kemudiannya dipindahkan ke menara pemulihan ammonia. Seterusnya, karbon dioksida disalurkan melalui larutan air garam yang tepu dengan ammonia untuk membentuk natrium bikarbonat yang dikeringkan dan dibakar untuk membentuk natrium karbonat.


Proses Solvay ini boleh diperhatikan dengan lebih dekat melalui persamaan kimia seperti di bawah;


CaCO3 -> CaO + CO2

CaO + H2O-> Ca(OH)2

2NH3 + H2O + CO2 -> (NH4)2CO3

(NH4)2CO3 + H2O + CO2 -> 2NH4HCO3

2NH4HCO3 + NaCl -> NaHCO3 + NH4Cl

NaHCO3 -> Na2CO3 + CO2 + H2O


Soda bikarbonat mempunyai pelbagai kegunaan di dalam pelbagai industri yang berbeza-beza, antaranya ialah;


1. Masakan


Di dalam masakan, soda bikarbonat digunakan dengan sangat meluas sebagai ragi atau agen penaik. Apabila ia bertindak balas dengan asid, karbon dioksida akan dibebaskan yang menyebabkan pengembangan kepada adunan dan membentuk tekstur tertentu di dalam kek, roti, dan beberapa lagi makanan lain. Tindak balas asid-alkali tersebut boleh dilihat melalui persamaan kimia seperti di bawah;


NaHCO3 + H+ → Na+ + CO2 + H2O


Bahan berasid yang mendorong tindak balas tersebut termasuklah hidrogen fosfat, krim tartar, jus lemon, yogurt, susu mentega, koko dan cuka. Soda bikarbonat boleh juga digunakan bersama dengan doh masam, yang mana ia adalah berasid. Selain bahan berasid, haba juga boleh menyebabkan soda bikarbonat bertindak sebagai agen penaik disebabkan penguraian termal berlaku yang membebaskan karbon dioksida pada suhu 80 °C (180 °F) dan ke atas seperti persamaan berikut;


2 NaHCO3 → Na2CO3 + H2O + CO2


2. Piroteknik


Bahan ini merupakan salah satu bahan utama dalam bunga api ‘ular hitam’ (black snake firework). Kesan yang terhasil disebabkan penguraian termal, yang mana menghasilkan gas karbon dioksida bagi membuat abu seperti ular yang panjang. Soda bikarbonaat juga digunakan untuk melambatkan pembakaran dengan cara membebaskan gas karbin dioksida dan air apabila dipanaskan.


3. Pembasmi Kuman


Bahan ini mempunyai sifat membasmi kuman yang lemah. Ia mungkin efektif untuk membunuh kuman yang lemah. Disebabkan soda bikarbonat menyerap bau hapak, ia sering digunakan oleh penjual buku terpakai untuk membuatkan buku lama menjadi kurang berbau busuk.


4. Pemadam Api


Bahan ini boleh digunakan untuk memadam api daripada minyak atau dicetuskan oleh eletrik kerana soda bikarbonat membebaskan karbon dioksida.


5. Peneutralan Asid


Soda bikarbonat bertindak balas secara spontan dengan asid yang mana membebaskan gas karbon dioksida sebagai produk hasil tindak balas. Ia sering digunakan untuk meneutralkan larutan asid yang tidak diingini atau asid yang tertumpah di dalam makmal pembuatan bahan kimia.


6. Agrikultur


Apabila soda bikarbonat diletakkan di atas daun, ia boleh mencegah pertumbuhan kulat, tetapi tidak boleh membunuh kulat tersebut. Penggunaan soda bikarbonat yang berlebihan boleh menyebabkan kelunturan warna ke atas buah.


7. Perubatan


Soda bikarbonat jika dicampurkan dengan air boleh digunakan sebagai antacid untuk merawat ketidakcernaan asid dan pedih ulu hati. Tindak balas soda bikarbonat dengan asid perut menghasilkan garam, air dan karbon dioksida seperti persamaan kimia di bawah;


NaHCO3 + HCl → NaCl + H2O + CO2(g)


SUMBER

10 Khasiat Kacang Kuda Kepada Kesihatan yang Anda Perlu Tahu

12:22:00 PTG

Apakah khasiat kacang kuda kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat kacang kuda, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.



Siapa sahaja yang tidak kenal akan kacang kuda, sejenis makanan yang sering dijadikan snek oleh rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah penyediaan kacang kuda sebagai snek antaranya adalah merebus ataupun digoreng bersama sambal.


Selain dijadikan snek, kacang kuda juga digunakan di dalam penyediaan makanan terutamanya penyediaan makanan masyarakat India. Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum merupakan sejenis legum yang berasal dari keluarga Fabaceae. Pokok kacang kuda mempunyai ketinggian antara 20 ke 50 cm dan mempunyai daun yang bersaiz kecil.


Kacang pula boleh didapati di dalam pod pada pokok tersebut di mana setiap pod mempunyai antara 2 ke 3 biji kacang kuda. Adakah anda tahu apakah kebaikan kacang kuda terhadap kesihatan tubuh badan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan kacang kuda kepada kesihatan.



Setiap 100 g kacang kuda dapat membekalkan sebanyak 365 kcal tenaga. Bagi makronutrisi pula, ianya dapat membekalkan sebanyak 20.4 g protein, 59.4 g karbohidrat, 2.6 g serat dan 5.1 g lemak. Bagi kandungan mikronutrisi pula, ianya dapat membekalkan sebanyak 144 mg kalsium, 6.9 mg zat besi, 835 mg kalium dan 7 mg natrium.


Berikut merupakan antara komponen berkhasiat yang boleh didapati di dalam kacang kuda.


1. Karotenoid


Karotenoid adalah sejenis pigmen yang memberikan warna yang terang kepada tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kehadiran karotenoid ini memberikan warna seperti merah, kuning dan jingga kepada tumbuh-tumbuhan. Antara karotenoid yang terdapat di dalam kacang kuda adalah B-karotin, lutein, zeaxanthin, B-crytoxanthin dan likopena.


2. Isoflavon


Isoflavon adalah komponen yang tidak asing lagi bagi kumpulan legum. Benih kacang kuda mengandungi beberapa kandungan fenolik seperti isoflavon biochanin A dan formononetin.


Berikut merupakan antara 10 khasiat kacang kuda terhadap kesihatan.


1. Mengurangkan paras kolesterol


Terdapat dua jenis kolesterol di dalam darah iaitu kolesterol baik seperti HDL dan kolesterol tidak baik seperti TG, LDL dan VLDL. Peningkatan jumlah kolesterol tidak baik dapat meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit yang berkait dengan sistem kardiovaskular.


Kacang kuda mengandungi komponen serat larut yang dapat mengurangkan paras kolesterol di dalam darah. Kandungan isoflavon yang terdapat di dalamnya juga dapat membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.


2. Mengawal paras gula di dalam darah


Penyakit kencing manis adalah penyakit di mana paras gula di dalam darah melebihi paras normal dan ini boleh disebabkan oleh kekurangan insulin ataupun insulin yang kurang sensitif di dalam badan.


Kacang kuda mengandungi kandungan kanji tahan dan amilosa yang tinggi yang menyebabkan gula lambat diserap masuk ke dalam salur darah.


3. Mencegah kanser


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal lalu membentuk sekumpulan sel yang tidak normal.


Pengambilan kacang kuda menyumbang kepada pengambilan butyrate, sejenis komponen yang dapat menghentikan pembahagian sel dan mengurangkan risiko kanser kolon.


Kandungan karotenoid di dalamnya juga dapat mengurangkan risiko mendapat kanser.


4. Membantu menurunkan berat badan


Pernahkah anda cuba untuk menurunkan berat badan? Menurunkan berat badan merupakan antara proses yang sukar dan memakan masa yang lama namun ianya tidak mustahil dengan cara dan kaedah yang betul.


Tahukah anda bahawa makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Ini mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan dan membantu proses penurunan berat badan.


5. Meningkatkan kesihatan usus


Masalah sembelit dan cirit-birit merupakan antara masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Kajian mendapati bahawa pengambilan kacang kuda membantu meningkatkan kesihatan usus di mana ianya meningkatkan frekuensi untuk membuang air besar, memudahkan proses pengeluaran najis dan melembutkan najis.


6. Kaya dengan sumber karotenoid


Seperti yang diterangkan di atas, karotenoid merupakan antara komponen berkhasiat yang terdapat di dalam kacang kuda. Antara kepentingan karotenoid adalah meningkatkan aktiviti sel natural killer iaitu sejenis sel di dalam sistem imunisasi badan.


7. Digunakan di dalam perubatan tradisional


Selain dijadikan makanan, kacang kuda juga digunakan untuk perubatan tradisional. Antara penggunaan kacang kuda untuk tujuan perubatan adalah untuk mengubati penyakit kecacingan, mengurangkan kepanasan di dalam perut, mengubati masalah tekak, penyakit kulit dan lain-lain.


8. Kaya dengan sumber zat besi


Anemia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Antara komponen yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah adalah zat besi. Kacang kuda merupakan antara makanan yang kaya dengan sumber zat besi.


Pengambilan makanan yang tinggi zat besi bersama makanan yang tinggi vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi. Oleh itu, setiap kali anda mengambil kacang kuda, jangan lupa tambahkan sekali makanan ataupun minuman yang tinggi kandungan vitamin C.


9. Mengawal paras tekanan darah


Penyakit darah tinggi adalah apabila paras tekanan darah melebihi paras normal tekanan darah dan ini boleh mendatangkan bahaya seperti serangan angin ahmar. Kacang kuda mengandungi kandungan kalium yang tinggi di mana makronutrisi ini dapat membantu untuk menurunkan paras tekanan darah. Kacang kuda juga mengandungi kandungan natrium yang rendah.


Namun anda harus berhati-hati jika membeli kacang kuda yang sudah siap dimasak kerana mungkin terdapat tambahan garam di dalamnya.


10. Menjaga kesihatan sistem saraf


Kacang kuda mengandungi kandungan kolin sejenis komponen yang dapat menyokong fungsi otak dan sistem saraf. Kolin diperlukan untuk penghasilan acethycholine sejenis komponen yang diperlukan untuk fungsi mood, memori, pengawalan otot dan lain-lain.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi daripada kacang kuda. Namun pengambilannya haruslah secara bersederhana kerana pengambilan yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.


SUMBER

Apakah Kurma Mengandung Vitamin C? Vitamin Apa Saja Yang Dikandung Kurma?

12:50:00 PTG

Adakah kurma mengandungi vitamin C? Apakah Vitamin yang Mengandungi Kurma? Kurma merupakan buah yang merupakan sumber makanan yang baik untuk tubuh. Banyak khasiat kurma antaranya mampu melambatkan penuaan, memperbanyakkan susu ibu, masalah penghadaman dan pelbagai lagi.



Kemudian apakah khasiat, zat dan vitamin yang terkandung dalam kurma? Adakah kurma mengandungi vitamin C? Apakah kebaikan kurma untuk kesihatan?


Adakah Kurma Mengandungi Vitamin C? Kurma, yang terkenal dengan rasa manisnya yang tersendiri, adalah makanan yang sangat baik untuk melawan beberapa penyakit dengan serat dan vitamin A, C, B1 dan B2 yang banyak.


Kurma mengandungi sejumlah kecil vitamin C dan sekurang-kurangnya enam vitamin, termasuk B(1) tiamin, B(2) riboflavin, asid nikotinik (niasin) dan vitamin A. 14 jenis kurma telah terbukti mempunyai serat makanan. setinggi 6.4-11.5% bergantung pada kepelbagaian dan tahap kematangan.



Berikut adalah nilai pemakanan yang terkandung dalam 100 gram kurma: Kalori: 300.4 kcal, Karbohidrat: 72.9 g, Protein: 2.2 g, Kolesterol: 0, Life (pose): 9.3 g, Dan vitamin: 0.5 g, Vitamin B1 : 0.1 mg, Vitamin B2: 0.1 mg, Vitamin B3: 2.2 mg, Vitamin B6: 0.153 mg, Vitamin B9 (Asid Folik): 24.9 mcg, Vitamin C: 3 mg, Kalsium (Ca): 59 mg, Besi (Fe) : 3 mg, Fosforus (P): 63 mg, Natrium (Na): 5.4 mg, Kalium (K): 700 mg, Magnezium (Mg): 58 mg.


Buah yang mempunyai sumber vitamin dan mineral yang tinggi ini juga mempunyai beberapa khasiat seperti mengawal kadar gula dalam tubuh manusia.


Apakah Kebaikan Kurma? Anda boleh mengambil 2 atau 3 biji kurma sehari untuk mendapatkan manfaat yang baik untuk tubuh. Kurma juga sangat baik untuk masalah sembelit dan senak dengan kandungan seratnya yang tinggi, ia berkesan mengawal aktiviti usus yang terganggu akibat rasa lapar yang berpanjangan ketika berpuasa. Lalu apa khasiat kurma?


Khasiat kurma yang terkenal dengan khasiat luar biasa untuk tubuh manusia cukup tinggi. Ia adalah makanan nombor satu untuk wanita dengan ciri penurunan berat badan dan mengenyangkan. Selain itu, jangan ketinggalan menjamu selera di bulan Ramadhan. Kami telah menyediakan khasiat kurma yang boleh anda makan dengan selamat pada bila-bila masa.


1. Kekebalan terhadap kanser


Kurma mempunyai kesan perlindungan terhadap kanser. Kurma adalah pelawan kanser yang sangat baik berkat vitamin yang terkandung di dalamnya, serta memastikan ia kenyang dan sumber serat yang hebat.


2. Menguatkan sistem imun


Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, kurma menguatkan sistem imun dan meningkatkan fungsi seluruh badan.


3. Membantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit


Kurma memainkan peranan penting dalam mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit. Yang penting bukan kecantikan kulit, tetapi kesihatannya. Seperti mana-mana organ, adalah penting untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan kulit.


4. Meningkatkan kesihatan penghadaman


Oleh kerana kurma adalah sumber yang kaya dengan serat makanan larut dan tidak larut, ia membantu dalam menggalakkan kesihatan dan fungsi sistem penghadaman serta mencegah gangguan usus tertentu seperti:


- Memperbaiki pergerakan usus dengan mencegah sembelit dan merawat cirit-birit.


- Mencegah jangkitan usus kerana sifat antibakteria dan peranannya dalam merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus.


- Mencegah buasir dan kanser saluran penghadaman.


- Mengekalkan enamel gigi yang sihat dan mencegah kerosakan gigi.


5. Rawatan penyakit anemia


Kurma merupakan sumber mineral yang sangat baik, termasuk zat besi, menjadikannya memainkan peranan yang baik dalam rawatan anemia kekurangan zat besi, dan zat besi membantu membekalkan tenaga kepada badan dan melegakan keletihan yang disebabkan oleh anemia.


6. Memberi tenaga kepada badan


Kurma mengandungi peratusan tinggi karbohidrat dan gula semulajadi seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa, membekalkan tenaga kepada badan, meningkatkan paras gula dalam darah dan menjadikan snek pra-senaman yang ideal sesuai untuk atlet.


7. Membina sistem saraf yang sihat


Kurma mengandungi sekumpulan vitamin yang penting dan penting untuk berfungsi sistem saraf dan otak. Kandungan glukosa yang tinggi dalam kurma adalah penting untuk otak berfungsi, kerana ia merupakan sumber tenaga utama.


Kurma mengandungi kalium, yang membantu saraf berfungsi dengan lebih berkesan. Selain itu, komponen kurma meningkatkan kewaspadaan, kecerdasan cepat, dan tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.


8. Menjaga kesihatan jantung


Kurma sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung, kerana ia merupakan sumber kalium dan magnesium yang hebat, yang penting untuk fungsi jantung, dan kekayaan serat dalam kurma membolehkannya memainkan peranan dalam menurunkan kolesterol berbahaya. (LDL).


Tubuh memainkan peranan dalam pencegahan strok dan sawan, kardiomiopati dan aterosklerosis.


9. Anti-radang


Kurma kaya dengan magnesium, sulfur dan antioksidan serta mempunyai kesan anti-radang.


Ia telah terbukti mempunyai peranan dalam mengurangkan kemungkinan penyakit jantung, arthritis, penyakit Alzheimer, arthritis, dan jangkitan gastrousus akibat daripada melawan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.


10. Mengawal tekanan darah


Kurma adalah sumber yang kaya dengan kalium dan magnesium, yang membantu menurunkan tekanan darah, serta elemen penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan mengawal tekanan darah.


11. Bermanfaat untuk pesakit kencing manis


Walaupun kurma merupakan sumber karbohidrat dan gula ringkas yang tinggi seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa, penghidap diabetes boleh memakannya secara sederhana dan secara amnya disyorkan bahawa pesakit kencing manis memakan kurma sebagai sebahagian daripada pelan diet yang dikira.


Walau bagaimanapun, anda mesti berjumpa doktor untuk mengetahui peruntukan secara terperinci.


12. Baik untuk kesihatan tulang


Kurma mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tulang dan pencegahan osteoporosis dan osteoporosis kerana ia mengandungi unsur penting untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan tulang, seperti selenium, tembaga dan mangan.


13. Penting untuk kesihatan kanak-kanak


Kurma lembut, mudah dihadam, kaya dengan serat dan nutrien untuk kanak-kanak, dan kerana kelembutannya, kurma boleh digunakan semasa bercerai susu dan pada peringkat awal tumbuh gigi, tetapi perhatian harus diberikan kepada keperluan untuk membersihkan gigi kanak-kanak dengan teliti. selepas makan, untuk mengelakkan kerosakan gigi.


14. Baik untuk kesihatan seksual


Kurma didapati memainkan peranan dalam meningkatkan keupayaan seksual dan merawat beberapa gangguan seksual yang boleh menyebabkan ketidaksuburan, dan selain daripada fakta bahawa kurma menyediakan tubuh, kurma didapati mempunyai peranan dalam meningkatkan jumlah sperma dan memperbaikinya.


Sumber gula ringkas yang diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada sel dan meningkatkan keupayaan ereksi.


Sekiranya anda ingin mendapat manfaat daripada kurma dalam hal ini, kami mencadangkan anda makan kurma dengan susu yang dimaniskan dengan madu sebelum tidur dan anda akan melihat perbezaannya.


SUMBER

Resepi Nugget Ayam Homemade Yang Digemari Anak-Anak

1:52:00 PTG

Nugget ayam adalah salah satu makanan yang diproses yang mempunyai rasa tertentu, biasanya kuning keemasan. Pada masa ini, nuget ayam adalah salah satu produk daging ayam yang berkembang pesat.



Makanan segera memang menjadi pilihan orang ramai jika malas memasak. Kerana ia selalunya hanya menggoreng atau merebus, ia sedia untuk dihidangkan. Salah satu makanan segera yang digemari semua orang ialah nugget yang ada banyak jenisnya.


Tapi daripada beli makanan segera yang belum tentu bersih, lebih baik buat nuget ayam sendiri. Bagaimana untuk membuat nugget ayam yang lazat dan mudah? Anda boleh menggunakan resipi berikut dengan membuat nuget ayam yang lazat, ringkas dan mudah.



Membuat nugget ayam mungkin kelihatan sukar, tetapi jika anda sudah tahu resipinya, ia akan menjadi mudah. Kerana ada cara untuk membuat nugget ayam yang mudah, tentunya dengan rasa yang enak. Malah membuat nuget ayam anda sendiri boleh menjimatkan lebih banyak wang daripada membeli yang segera.


Bahan-bahan:


1 ketul dada ayam

1 sudu lada hitam

(kisar kering)

1 biji bawang merah dan putih

1 biji telur

Garam aji secukup rasa


Cara penyediaannya :


KISAR SEMUA BAHAN DI ATAS DAN TUANG AIR SEDIKIT UNTUK MENGISAR.

Dah siap kisar kesemua bahan tadi tuang dalam bekas tambah tepung gandum 3 sudu tepung pulut 2 sudu.

Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk pekatkannya.

Gaul rata dan tambah kan hirisan daun sup.

Dah siap gaul masuk dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. Lepas tu boleh lah potong ikut suka.

Celup kan dengan telur dan tabur kan serbuk nugget.

Jika tak ada serbuk nugget, guna tepung goreng ayam pun boleh.


Dalam simpanan, makanan ini memerlukan rawatan khas, yang sentiasa disimpan dalam keadaan beku. Ini kerana nuget ayam merupakan produk daging yang diproses yang dikategorikan sebagai mudah rosak oleh mikroorganisma.


Selamat mencuba!


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)