Terkini

Resepi Soto Ayam Versi Johor - Pasti Sedap Jika Dimakan Ketika Cuaca Hujan

Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kalau perut sedang lapar kena pula dalam suasana hujan kan. Bukannya susah sangat pun, cuma memerlukan sedikit masa yang agak panjang untuk menyediakan bahan-bahan dan hidangan yang sempura. Bukan untuk siapa pun, diri sendiri dan keluarga juga manalah tahu kalau jadi boleh juga buat untuk jamuan makan-makan pula.

Tanpa Membuang masa mari kita sediakan beberapa bahan yang perlu untuk  masakkan.

resepi soto ayam
Google Image

Bahan bahan:- Ikut pada keperluan

1 ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih  
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:-

5 ulas bawang merah                  
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Cara Menyediakan:- Soto Ayam Versi Johor

Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.

Terima kasih pada blog : Cik Matahariku


Sumber Youtube




Selamat mencuba ~

Share this:

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)