Terkini

Shopback, Program Rebat Online Yang Pertama Memberi Pulangan Tunai



Kalau sebelum ini pernah diceritakan bagaimana pengguna telefon bimbit setiap kali topup dapat pulangan tunai apabila guna simkad dari Tone Group, kini tiba giliran membeli-belah atas talian walaupun program rebat ini telah lama dibangunkan iaitu pada tahun 2014 oleh syarikat singapore. Tapi masih ramai diantara kita tidak tahu akan program ini, iaitu pelangan akan menerima pulangan tunai ketika membeli belah melalui program Shopback .

Shopback adalah program rebat tunai , ketika anda membeli barangan atas talian dengan adanya Shopback ia menawarkan diskaun dan pulangan tunai kepada pelangan. Ia membolehkan pembeli dalam talian untuk mengambil sebahagian wang tunai apabila mereka membeli produk melalui perkhidmatan ini.

Mereka juga menyediakan kupon diskaun dan kod baucar untuk membeli-belah dalam talian. Ia kini bergabung dengan lebih 300 web membeli belah dari seluruh dunia, termasuk peruncit seperti Taobao, Zalora, Lazada_Group, Rakuten, Groupon, EBay, Paytm, ShopClues, Jabong.com & Flipkart.

Untuk permulaan perniagaan syarikat ini, ShopBack telah berjaya mengumpulkan lebih kurang USD $ 500,000 sejak syarikat itu telah mengalami pertumbuhan yang cepat dari penubuhannya pada Ogos 2014, dengan purata 10,000 pesanan dalam setengah tahun. Pada bulan Mac 2015, ShopBack menerima pembiayaan pelaburan tambahan sebanyak USD $ 600,000.

Antara domain yang telah ShopBack perolehi :-

https://www.shopback.sg
https://www.shopback.my
https://www.shopback.ph
https://www.shopback.co.id
https://www.shopback.com.tw
https://www.shopback.in
https://www.shopback.com

Dibawah ini adalah beberapa Laman Web yang popular di Shopback, setiap web ini mempunyai kupon diskaun yang berlainan memang sangat menguntungkan pelangan yang gemar membeli atas talian.


Cara penggunaan juga mudah , pelangan hanya perlu mendaftar akaun di laman rasmi Shopback dan anda hanya perlu tekan web kesukaan anda seperti Lazada.


Setelah keluar kotak "Few things to note" terus tekan butang "Shop Now" atau tunggu sehingga dia hantar anda ke web Lazada , setelah berjaya loading web lazada maka anda sudah pun membuat pembelian . Setiap pembayaran yang berjaya Shopback akan menghantar statement berjaya ke email rasmi anda.


Makin hari makin canggih sehinggakan membeli belah pun boleh dapat pulangan tunai , belum lagi topup handphone pun turut boleh mendapat pulangan tunai. Akan datang tak tahu program apa yang bakal dicipta bagi tujuan menguntungkan pengguna. Terima Kasih sudi membaca artikel ini yang tidak seberapa.

Share this:

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)