Terkini

Percutian Singkat Di Cameron Highlands, Pahang

Gambar Di Ambil Oleh Asus Zen 5

Percutian singkat di Cameron Highlands, Pahang . Sebenarnya telah lama merancang tapi nak dijadikan cerita bangun dari tidur pada hari sabtu, isteri terus buat kejutan dengan mengajak berjalan ke Cameron Highlands, apa lagi kami pun bergegas bersiap dan terus memulakan perjalanan tanpa melakukan tempahan penginapan terlebih dahulu juga menggunakan jalan lama sedikit tujuan murahkan kos Tol ke Tapah, setelah masuk ke lebuhraya kami pun sempat berhenti rehat mengisi perut dengan roti gardenia dan meneruskan perjalanan.

Carian Google

Oleh kerana baru pertama kali memandu kereta ke Cameron Highlands dengan jalannya agak mencabar. Ketika itu kami boleh dikatakan diantara orang yang awal memulakan perjalanan ke sana jadi tidak perlulah mengadap kesesakkan lalu lintas cuma cuaca pada ketika itu tidak berapa mengizinkan dan kami juga telah ditemani hujan.

Setelah melalui Ringlet dan kami pun berhenti di Bharat Tea dalam jam 5 petang untuk mengambil gambar pemandangan secara dekat dengan dikenakan bayaran RM2 satu kepala. Sempat bertanya buka sehingga jam berapa pada penjaga pintu masuk ke ladang teh Bharat Tea katanya ia akan ditutup pada jam 7pm setiap hari.

iPendamping

Kalau anda tidak mahu dikenakan bayaran RM2 bolehlah beramai-ramai parking di bahu jalan atas sikit dari Bharat Tea kerana penulis lihat disana kelihatan ramai yang berhenti untuk mengambil gambar dari jauh bukan macam kami ini teruja sampai sanggup bayar untuk bergambar lebih dekat.

Setelah siap sesi bergambar kami pun meneruskan perjalanan ke bandar Tanah Rata cuba mencari tempat penginapan. Sampai sahaja kami di bandar memang agak mengejutkan kerana tiada sedikit pun ruang tempat letak kenderaan untuk bertanya mana-mana hotel yang masih ada kekosongan.

Tanpa melengah lagi kemi teruskan perjalan ke Brinchang kami terus berhenti berdekatan kawasan penginapan dan mujur setiap papan perniagaan hotel tersebut mempunyai nombor untuk dihubungi. Setelah siap dihubungi hotel yang masih mempunyai kekosongan iaitu hotel Flora De Cottage kami pun dapat satu bilik yang mempunyai tingkap juga mempunyai parking kenderaan betul-betul di pintu masuk hotel berharga RM150 semalam.

Hotel Flora De Cottage

Seperti yang anda sedia maklum kebanyakkan hotel di Cameron Highlands tidak memerlukan penghawa dingin. Ketika itu penulis nak buka kipas pun tak lalu lagikan korang minta penghawa dingin ? ish jangan buat pasal mahu kejung satu badan anda nanti, kena pula ketika hujan gerimis membasahi bumi.

Dalam keadaan cuaca sejuk perut pasti akan merungut meminta makanan, fuhhh! mujur isteri bawa bungkusan mee segera yang bakal direndam oleh kami untuk memanaskan suasana. Tidak cukup dari mee segera kami buat keputusan untuk keluar mencari restoran berdekatan untuk bungkus makanan terutamanya nasi dengan kos serendah RM9.50.

Keesokkan harinya ahad selepas subuh lagi kami sudah bersiap untuk keluar mencari sarapan pagi. Dalam pening-pening cari tempat bersarapan isteri terpandang ada gerai yang menjual nasi kerabu , nasi lemak dan lain-lain dengan harga berpatutan. Maklumlah ramai yang ingat makanan di atas ni semuanya mahal-mahal belaka, jadi kos sarapan pagi kami cumalah RM6.50.

Pendamping Dan Peneman

Setelah itu kami pun berangkat ke ladang Strawberry Park yang hanya dibelakang kami sahaja, oleh kerana kenderaan kami sudah cantik parking betul di depan pintu hotel jadi kami pun membuat keputusan untuk berjalan kaki.

Ketika itu juga kami paling awal berada di Strawberry Park , sempat juga swafoto maklumlah masih tiada pengunjung pada ketika itu dan teruskan pendakian kami sehingga jumpa kaunter strawberry . Kami difahamkan boleh memetik buah strawberry sendiri dengan syarat harus meletakkan deposit sebanyak RM50 dan harga setengah kilo strawberry adalah RM25 sahaja.

Gambar Di Ambil Oleh Asus Zen 5

Lepak hingga jam 10am kami pun pulang ke hotel untuk rehat kerana jam 12pm sudah kena keluar dari tempat penginapan. Dalam perjalanan nak turun dari Cameron Highlands jalan sudah mula sesak sehingga lebih dari 4 buah kenderaan depan kami telah membuat keputusan untuk berpatah balik.


"Have a great trip!"

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)