Terkini

Pelan Data Tanpa Had Dari Umobile - App Onz


Pelan umobile ini sudah pun lama berada di pasaran bagaimana pun sudah pasti masih yang belum tahu maklumlah telekomunikasi di Malaysia mempunyai 1 jenis simkad tapi pelbagai pelan sampai pengguna pun pening nak buat pilihan.

Penulis mempunyai sekeping simkad umobile dimana ia telah pun mempunyai pelan yang agak menarik iaitu i-plan. Pelan ini menawarkan internet data sebanyak 2GB setiap bulan dengan hanya topup minima RM10 untuk 7hari dan menyediakan panggilan percuma setiap hari selama 15Minit.

Berdasarkan statistik penggunaan, ternyata rakyat Malaysia termasuk penulis gemar melayari media sosial iaitu Facebook , Twitter, Instagram dan pada 2013 Malaysia adalah di tangga Ke-18 berdasarkan statistik dipetik dari Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

App Onz pelan data tanpa had terbaru dari umobile dan hanya untuk  3 aplikasi sosial diatas sahaja iaitu Facebook, Twitter, Instagram manakala penggunaan lain pula akan ditolak data sedia ada yang termasuk dalam pelan iaitu sebanyak 1GB atau pembelian pakej UMI.

Untuk pengguna umobile sedia ada tetapi masih belum tahu bagaimana untuk beralih ke pelan ini, anda tidak perlu bersusah beratur di kaunter untuk membuat permohonan kerana pada zaman teknologi masa kini semua urusan adalah dihujung jari.

Beralih ke pelan App Onz mempunyai dua cara iaitu sama ada melalui sms atau panggilan, setiap permohonan juga akan dikenakan fee sebanyak RM3 jadi sila sediakan kredit yang mencukupi sebelum melakukan permohonan.

Ikuti langkah-langkah dibawah:-

- SMS
MIG UNLIMITED hantar ke 28118

Panggilan
*118*6*2*3#

Setelah selesai, anda diwajibkan melakukan tambah nilai sekurangnya RM10 untuk aktifkan pelan App Onz.

**Sedikit pendapat dari penulis, pelan ini agak menarik kerana pengguna lebih gemar menonton video dari facebook berbanding youtube adakala admin pages facebook turut menjemput orang ramai layan live streaming pula tu ada yang memuat naik filem secara percuma selagi mana pihak facebook tidak mengambil tindakan.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)