Terkini

Fungsi Dan Cara Manfaatkan Kunyit Khas Untuk Wanita


Tahukah Anda Bahawa Penyelidik Israel Telah Membuat Kajian Dan Hasilnya Positif.


Zaman kini netizen sering menamakan kunyit kepada pasangan lelaki suka lelaki , tapi dalam artikel ini kita akan cuba rungkai dan kembali ke zaman nenek moyang dimana mereka sangat gemar menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mengubati penyakit dan juga menjaga kecantikan.


Jus Kunyit


Kunyit adalah termasuk salah satu tanaman rempah dan ubat asli dari wilayah Asia Tenggara dan tanaman ini kemudian mengalami penyebaran ke daerah Malaysia, Indonesia, Australia bahkan Afrika.


Seperti yang kita ketahui Kunyit adalah rempah yang biasa digunakan dalam masakan di negara-negara Asia. Kunyit sering digunakan sebagai bahan dalam masakan gulai dan juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan boleh juga dijadikan sebagai pengawet.


Sedikit pengetahuan, kunyit terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit memang digemari oleh sesetengah masyarakat Melayu sebagai ulam.


Para penyelidik Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam dan Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv.


Kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain itu mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan.


Korang lihat tu kunyit pun orang israel ambil untuk kajian, manakala rata-rata kalau tergigit kunyit dalam masakan mahunya terus berhenti makan, ada satu lokasi pasar malam yang pernah aku pergi ada peniaga warga indo menjual mi bakso bersama jamu-jamu. Apa yang menariknya orang dari indo juga turut gemar menjadikan kunyit sebagai jamu untuk melansingkan badan kerana ia turut berfungsi untuk menghilangkan lemak-lemak yang tepu macam korang .....siapa lagi kalau bukan korang.


Kita tahu bahawa pesakit diabetes seringkali merasa lapar. Hal ini disebabkan kerana kekurangan glikogen dan akibatnya tubuh mudah lelah dan lemas. Keadaan ini akan dianggap oleh otak sebagai tanda lapar. Manakala kandungan curcumin yang ada pada jamu kunyit sekaligus dapat membantu mencegah akumulasi lemak yang berbahaya kepada tubuh.


Cara sederhana resepi yang aku jumpa :

- Ambil segenggam kunyit, lalu kupas

- Hancurkan dengan blender (ditambahkan air secukupnya)

- Rebus 2-3 kali

- Tambahkan garam sedikit (seujung sendok)

- Tapis dan perah

- Tuangkan perasa jeruk nipis (mungkin untuk memberi rasa masam)

- Tambahkan gula atau madu secukup rasa (supaya korang tak muntah)

- Disarankan minum dalam keadaan hangat (jangan panas sangat nanti melecur pula)


Ramuan di atas juga sangat efektif untuk menyembuhkan demam pada ibu-ibu yang hamil (jangan kerap), juga boleh dijadikan alternatif ubatan untuk hindar dari penggunaan ubat moden yang mempunyai bahan kimia sekaligus boleh membahayakan janin dalam kandungan.


Orang indo yang gemar akan jamu ini mempercayai kelak bayi yang lahir akan bersih dari lemak-lemak yang seringkali menutupi badan bayi manakala disarankan juga jangan sesekali mengambil ubat berunsur kunyit yang berbentuk kapsul atau paket segera kerana risau mempunyai bahan-bahan bukan semulajadi.


Pautan ke Wikipedia jika perlu

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)