Terkini

Rahsia Pentingnya Memiliki Skim Perlindungan Yang Ramai Tidak Tahu


Skim Perlindungan boleh membuatkan anda berfikir lebih 10 kali untuk memiliki atau tidak. Tetapi di sini saya sediakan beberapa alasan yang sangat baik mengapa anda memerlukan insurans atau takaful islamik.


Apabila kita bertambah tua, berkahwin, membina keluarga dan memulakan perniagaan , kita semakin menyedari bahawa perlindungan nyawa adalah bahagian penting dalam mempunyai pelan kewangan yang kukuh juga bergantung kepada jenis polisi anda, perlidungan hayat adalah agak murah, yang bermaksud tidak ada alasan untuk tidak mendapat perlindungan sekarang.


Payung Keluarga Anda Dahulu Sebelum Payung Orang Lain


Selain itu, sepanjang tahun, anda akan dapati dimana sudah punyai keselesaan dalam faktor kewangan untuk melindungi orang yang anda sayangi sekiranya berlaku perkara tidak baik terhadap diri anda. Berikut adalah beberapa sebab mengapa insurans hayat adalah penting.


Untuk Melidungi Diri Dan Keluarga Anda


Jika orang yang anda sayang 100% peratus bergantung kepada kewangan anda untuk kehidupan mereka, maka insurans nyawa adalah suatu keharusan bagi anda, kerana ia akan menggantikan pendapatan anda apabila berlakunya kematian atau mengalami kecacatan sehingga menyebabkan tidak lagi boleh mencari nafkah.


Informasi ini sangat penting bagi para pencari nafkah atau sebagai ketua keluarga, kerana kita tidak tahu bila berlakunya kemalangan atau jatuh sakit seperti mana kita lihat kemalangan kenderaan di jalan raya dimana rata-rata pemandu tidak menyangka akan boleh terjadinya pelanggaran sesama mereka justeru perkara itu tidaklah perlu dipeningkan kerana setiap kenderaan di malaysia sudah diwajibkan mempunyai polisi kemalangan.


Perbezaan takaful & Insurans


Untuk meninggalkan sesuatu kepada pewaris

Walaupun anda tidak mempunyai aset lain untuk diserahkan kepada ahli keluarga atau pewaris anda, juga boleh membuat pilihan dengan membeli polisi insurans hayat dan menamakannya kepada pewaris. Ini adalah cara yang baik untuk menentukan masa depan anak-anak anda di masa hadapan.


Untuk melangsaikan hutang dan perbelanjaan lain

Di samping menyediakan pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian, keluarga anda juga memerlukan insurans untuk menampung hutang yang belum dijelaskan apabila hidup tanpa anda, seperti hutang rumah, kad kredit dan pinjaman kereta .


Untuk melapangkan minda

Kita tidak boleh tahu bila kita akan lenyap. Ia boleh menjadi hari ini, esok atau 50 tahun dari sekarang, tetapi ia akan berlaku pada akhirnya. Tiada jumlah wang yang boleh menggantikan seseorang.


Kesimpulan

Aku harap melalui artikel ini, korang akan mempunyai pandangan yang lebih jelas kepada jenis insurans hayat yang diperlukan untuk diri dan keluarga. Sekarang korang boleh mendapatkan insurans hayat secara mahir dan lapang dada.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)