Terkini

Ekspo Halal Malaysia (Halfest) Bakal Mengumpulkan Peniaga Dari Seluruh Asia


PENGGUNA MUSLIM MEMBERI SEGMEN PASARAN PENTING DALAM EKONOMI.


Ekspo Perdagangan Halal dan Pengguna Halal, HALFEST ASEAN 2017 yang berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Kuala Lumpur.


Halfest Asean 2017


Festival ini juga adalah kali ke- 6 dan akan dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).


Turut disertai oleh pihak berkuasa pembangunan industri Halal Malaysia dengan kerjasama strategik Jabatan Pembangunan Islam Malaysia JAKIM. Dengan sokongan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekaligus dapat memeriahkan lagi pameran ekspo halal kali ini.


Dengan anggaran 100,000 pelawat serta mempunyai lebih 550 gerai produk dan perkhidmatan Halal yang inovatif dan berkualiti, HALFEST juga kembali ke asia dengan pelbagai program perdagangan dan pengguna.


Semua peserta pameran HALFEST ASEAN akan berpeluang menyertai sesi perdagangan dengan pembeli-pembeli yang diundang khas dari negara-negara asia yang lain dan seluruh Malaysia di mana peniaga boleh mempromosikan dan menjual produk mereka di luar jangkauan pasaran semasa mereka dari jam 11 pagi-09 malam.


Klinik HALAL MALAYSIA juga akan menyediakan komuniti perniagaan serta sedikit sebanyak maklumat tentang prosedur untuk membantu usahawan mempunyai pensijilan Halal.


HALFEST ASEAN 2017 dijamin akan memberi tenaga dan nafas baharu kepada peniaga-peniaga muslim di Malaysia untuk meneruskan usaha mereka turut mengekalkan status halal akan produk-produk yang dikeluarkan.


Sumber terkait : Halfest Malaysia

Share this:

 
HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)